PENGHARGAAN
ِِم يْــــــــــــــــــ مِ مل لّ رَ يِ مَ مِ لّ رَ مِ يْ م
Syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi nikmat kesihatan dan
kekuatan untuk melaksanakan tugasan kerja kursus BMMB1104 kali ini
dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terkira kepada pensyarah bagi mata pelajaran Kesantunan
Berbahasa yang dikasihi Encik Ag. Ahmad bin Ag. Siring kerana telah
memberi tunjuk ajar berkuliah dan dorongan kepada kami semua untuk
melaksanakan tugasan kerja kursus ini.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
barisan pensyarah BMMB1104 yang terlibat semasa memberikan taklimat
kerja kursus untuk semester ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua
ibu bapa saya kerana sentiasa memberikan dorongan disertai doa untuk
memperoleh kejayaan.
Akhir sekali, semoga dengan tugasan kerja kursus ini, saya dapat
menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya agar dapat menjadi seorang guru
yang berjaya pada masa hadapan dan mampu melahirkan modal insan yang
berkualiti.
Sekian, terima kasih.
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN………………………………………………………………………. 1
JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU…………….. 2-3
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU…………………………………………… 3-4
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN…………………………………… 4-5
RUMUSAN………………………………………………………………………………. 5
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu dianggap sebagai sebuah bidang yang tidak pernah
hilang dan pupus dalam setiap peredaran zaman. Malahan, kesusasteraan Melayu
masih tetap mekar dalam diri seorang pencinta sastera bagi mengisi kekosongan jiwa
mereka. Bagi pencinta sastera, mereka akan menghasilkan karya-karya sastera
sebagai suatu hobi untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan dalam bentuk
tulisan. Ini kerana bidang sastera mempunyai keunikan yang tersendiri serta kelainan
jika dibandingkan dengan bidang yang lain. Kesusasteraan Melayu mempunyai
keunikan dan keindahannya yang tersendiri. Kita dapat lihat dalam artikel yang
bertajuk “Mencari Definisi Kesusasteraan” hasil karya Ali Ahmad dan pandangan M.K
Dangizer yang menyatakan “segala-galanya adalah kesusasteraan”, sekali gus
mengangkat martabat kesusasteraan Melayu.
Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castra atau syastera
yang membawa maksud kitab suci. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2017), kesusasteraan ditakrifkan sebagai seni yang menggambarkan keindahan
sesuatu bahasa yang dapat dihasilkan melalui novel, sajak, gurindam,
karang-mengarang, persuratan dan sebagainya. Hashim Awang (1987) mengatakan
kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa”. Ia mungkin
dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di
samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya
pengucapannya.
Pertakataan kesusasteraan dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu “su”
dan “sastera”. “Su” diertikan sebagai indah, bagi dan lebih berfaedah. Manakalan
“Sastera” pula membawa maksud huruf atau buku. Rentetan daripada itu,
perkataan kesusasteraan ialah kumpulan buku-buku yang mempunyai nilai
keindahan bahasanya dan baik isi kandungannya. Oleh yang demikian,
kesusasteraan Melayu dapat disimpulkan sebagai sebuah seni yang dihasilkan
melalui pelbagai bentuk penulisan yang mempunyai keindahannya yang tersendiri.
2.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu memperlihatkan dua bentuk utama iaitu prosa dan puisi.
Kemudiannya, kedua-dua bentuk ini dipecahkan lagi kepada dua bahagian iaitu prosa
tradisional dan prosa moden. Begitu juga dengan puisi.
Prosa tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan ditulis dalam gaya
ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa yang mudah pada zaman dahulu.
Dalam prosa ini, ayatnya disusun dalam bentuk karangan. Prosa tradisional bersifat
mudah untuk difahami berbanding dengan puisi. Contoh karangan prosa tradisional
1
ialah mitos, legenda, cerita rakyat. Prosa merupakan hasil karya berbentuk naratif
yang mempunyai perkembangan plot yang menceritakan sesuatu peristiwa.
Kebiasaannya, prosa mempunyai elemen-elemen seperti watak perwatakan, latar
tempat, latar masa, tema dan gaya bahasa yang tertentu. Manakala prosa moden
pula merupakan karya sastera Bahasa Melayu yang bebas dalam ciptaan,
menggambarkan pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan isu atau kehidupan
sebenar dalam bentuk tulisan bagi menyampaikan mesej yang tersirat. Ciri-ciri prosa
moden adalah seperti bebas, mempunyai mesej tersirat, keterbukaan dan penulisan
kreatif. Jenis prosa moden dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fiksi dan bukan
fiksi. Contoh bukan fiksi adalah seperti artikel, rencana, pendapat, laporan dan
sebagainya. Manakala contoh bagi fikisi pulah adalah seperti cerpen, novel, dongeng,
resensi dan sebagainya.
Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pantun, syair, gurindam
dan seloka. Puisi tradisional mempunyai bentuk tertentu dan penggunaan bahasa
yang menarik dan indah, rima dan irama disusun membentuk pola ikatan tertentu.
Puisi tradisional bersifat lisan, boleh diwarisi dan disebarkan dengan tujuan mendidik,
menghibur dan berdakwah. Manakala puisi moden pula merujuk kepada seni
penulisan kontemporari yang mengarang kata dengan susunan yang indah untuk
menyampaikan maksud-maksud tertentu. Puisi Melayu moden menyimpang dari puisi
Melayu tradisional seperti pantun dan syair dari segi bentuk, susunan baris, rangkap,
dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Manakala dari segi isi,
puisi Melayu moden membicarakan isu-isu semasa pada ketika ia ditulis, sama ada
persoalan ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Puisi moden juga dikenali
sebagai sajak yang merupakan perkataan yang berasal dari perkataan Arab saja'
yang bermaksud persamaan bunyi.
Kesusasteraan Melayu juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri seperti yang
berikut:
1. Kesusasteraan Melayu disampaikan melalui lisan dan penulisan.
2. Karya-karya sastera yang dihasilkan merupakan kesusasteraan kreatif.
3. Mempunyai nilai estetika iaitu karya-karya sastera yang dihasilkan merupakan
keindahan dari idea penulis sendiri.
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
ASPEK HIBURAN
Salah satu fungsi utama kesusasteraan Melayu adalah sebagai hiburan buat orang
Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana kesusasteraan Melayu sepatutnya mampu
2
untuk menimbulkan rasa seronok apabila penggunaan kata-kata yang indah, irama
dan rentaknya yang tersusun serta kemampuannya yang mampu untuk menyentuh
emosi pembaca atau pendengar. Buktinya, pantun merupakan salah satu karya
sastera yang paling signifikan dengan kehidupan orang Melayu kerana pantun
merupakan salah satu karya sastera yang selalu digunakan oleh orang Melayu untuk
berhibur kerana rentak dan bahasanya yang menarik mampu menimbulkan rasa
seronok di samping menggunakan pantun untuk tujuan lain seperti menasihati
anak-anak, bermain teka teki dan sebagainya.
ASPEK PENDIDIKAN
Sastera Melayu juga berfungsi untuk mendidik masyarakat Melayu apabila sastera
Melayu mampu untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada
masyarakat. Tambahan pula, perkara ini jelas membuktikan bahawa sastera Melayu
sememangnya mampu untuk menjadi wadah yang dapat membawa kesedaran
kepada masyarakat, mengubah pemikiran seterusnya menerapkan nilai-nilai moral
yang terdapat di dalam karya sastera. Sebagai contoh, terdapat variasi cerita rakyat
yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Hasil karya ini kebiasaannya
digunakan untuk memberi didikan kepada kanak-kanak kerana kemampuannya untuk
menarik minat mereka dengan pelbagai watak yang menarik di samping menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri mereka dengan pengajaran-pengajaran yang terkandung
dalam cerita tersebut.
ASPEK DAKWAH
Sastera Melayu juga berperanan menjadi medium atau saranan yang difahami dalam
menyampaikan pesan suci Tuhan kepada manusia iaitu dakwah. Rentetan itu, Islam
amat menyanjungi nilai kesusasteraan sastera Melayu kerana sastera Melayu
sememangnya mampu untuk menjadi medium yang berkesan dalam berdakwah.
Sastera Melayu diaplikasikan ketika berdakwah apabila maksud tersurat dakwah
mampu disampaikan dalam pelbagai bentuk estetika, metafora, simbol, subjek dan
objek. Sebagai contoh, para pendakwah Islam menggunakan teknik penceritaan yang
dapat menarik minat masyarakat Melayu untuk mengenali Islam dengan lebih
mendalam kerana kehidupan masyarakat Melayu yang signifikan dengan teknik
tersebut.
ASPEK KRITIKAN SOSIAL
Kritikan sosial dianggap begitu penting di dalam sastera Melayu kerana kritikan sosial
berfungsi untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Terdapat tiga aspek yang
3
perlu diambil berat di dalam kritikan sosial iaitu menilai, membandingkan serta
mengungkap. Ringkasannya, kritikan sosial berfungsi untuk memberi pengajaran
kepada masyarakat kerana persoalan sosial yang terdapat dalam kehidupan
masyarakat dapat digambarkan melalui sastera Melayu. Tambahan pula, sebuah
sastera juga kebiasaannya dihasilkan berteraskan fenomena sebenar yang berlaku di
dalam kelompok masyarakat. Buktinya, watak Sang Kancil di dalam kebanyakan
cerita-cerita rakyat digambarkan sebagai seekor binatang yang pintar dan sentiasa
dapat mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang dihadapinya. Perkara
ini jelas menunjukkan bahawa kita diingatkan untuk sentiasa berusaha untuk berdikari
di dalam kehidupan untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya berhadapan dengan
apa juga masalah.
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN
Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat dikenali dengan
meluas dalam rantau Nusantara. Ini kerana, ianya mempunyai perkaitan dengan
bahasa pertuturan masyarakat Nusantara di Asia Tenggara. Asas pantun mempunyai
dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di
hujung ayat. Pantun boleh dihasilkan dalam empat baris, enam baris ataupun lapan
baris. Walau bagaimanapun, masih terdapat pantun yang terdiri daripada lebih lapan
baris. Namun ianya sangat jarang untuk ditemui. Kebiasaannya, pantun yang
dikarang terdiri daripada empat baris bagi memudahkan pembaca membaca pantun
tersebut. Pantun dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembayang dan
diikuti dengan maksud pantun. Contohnya, bahagian pembayang bagi pantun empat
kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud.
Pantun memiliki peranan yang tersendiri dalam masyarakat Melayu . Masyarakat
Melayu menjadikan pantun sebagai medium untuk memberikan gambaran dan jati diri
masyarakat Melayu yang bersopan santun dan berakhlak mulia. Pantun yang
menggambarkan nilai-nilai baik dalam kehidupan masyarakat Melayu menunjukkan
perkaitan karya sastera pantun dengan manifestasi akal bud masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu secara jelas menunjukkan pemikiran dan akhlak mereka
daripada gambaran yang dijelaskan di dalam pantun. Adab dan akhlak menjadi salah
satu nilai kebaikan yang ditekankan dalam karya pantun. Berikut merupakan contoh
pantun:
Burung serandit terbang melayang,
Terhenti hinggap diranting mati,
Bukan ringgit dipandang orang,
Tetapi memandang bahasa dan budi.
4
Berdasarkan contoh pantun di atas, sifat berbudi bahasa menjadi keutamaan dalam
pantun tersebut. Pengarang pantun tersebut menyatakan bahawa wang ringgit yang
melambangkan kekayaan tidak menjadi sebab utama masyarakat memandang dan
menghormati kita, sebaliknya masyarakat akan memandang penggunaan bahasa
dan budi yang penuh adab yang menjadikan seseorang itu dihormati. Ini jelas kerana
masyarakat Melayu sejak lahiriah lagi sudah mementingkan dan terkenal dengan
ketinggian adab dan kelembutan dalam berbahasa.
4.0 RUMUSAN
Akhir kalam, kesusasteraan Melayu mempunyai pelbagai jenis dan
fungsi-fungsinya yang tertentu. Sebagai masyarakat Melayu yang mencintakan
bahasanya, kita perlulah mempelajari ilmu-ilmu sastera Melayu bagi meningkatkan
martabat sastera Melayu agar generasi seterusnya dapat mempelajari dan
mengetahui kewujudan dan keindahan sastera Melayu. Generasi muda seharusnya
melibatkan diri dalam hal-hal yang berkaitan dengan sastera Melayu bagi melahirkan
perasaan cinta akan keindahan bahasa ibunda mereka. Ini juga bertujuan untuk
menggelakkan kesusasteraan Melayu pupus dan tidak dihargai oleh generasi akan
datang. Oleh yang demikian, semua pihak seharusnya memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu kini
dan selamanya.
5
Rujukan
Ali Ahmad,“Mencari Definisi Kesusasteraan”, dlm Hamzah Hamdani (ed), Konsep dan
Pendekatan Kesusasteraan, (1988), Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1987). Kritikan Kesusasteraan: Teori dan penulisan. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kamus Dewan. (2017).Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Al Afzan. (2018). Konsep Prosa Tradisional. Diperoleh daripada:
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/konsep-prosa-tradisional.html
Nik Nur I. Z & Nur Azwa N. A. (T.T) Prosa Moden. Diperoleh daripada:
https://www.scribd.com/embeds/399994526/content?start_page=1&view_mode=
scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
Rahmat, A. bin, Zainuddin, M.N. bin, Abu Bakar, S. bin, Hassan, H. A. R. bin, &
Awang, H. binti. (2022), Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu,
PUSTAKA AL-EHSAN.
6