Projek Rintis Sekolah Digital adalah inisiatif YDN dalam menyokong Dasar Pendidikan Digital. Melalui inisiatif ini, YDN berusaha untuk menyediakan peranti tablet kepada semua murid agar dapat digunakan sebagai buku teks digital di dalam sesi pembelajaran serta dapat memperkasakan pembelajaran interaktif. YDN menerima sokongan yang baik dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi menjayakan inisiatif ini. Oleh itu, YDN telah menerima peruntukkan zakat berjumlah RM455,000.00 daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang diuruskan oleh MUIS. Peruntukkan ini digunakan sepenuhnya bagi menjayakan Projek Rintis Sekolah Digital mengikut syarat-syarat penggunaan duit zakat seperti yang ditetapkan. Buat julung kalinya di negeri Sabah, YDN dengan kerjasama JPN Sabah telah berjaya melaksanakan Projek Rintis Sekolah Digital di 5 buah sekolah rendah yang terpilih. Seramai 1,350 muridmurid akan menerima manfaat melalui perlaksanaan program ini. Sekolah yang terpilih akan diberikan peranti tablet Didik Tab dan perlu digunakan sebagai buku teks digital dan juga pembelajaran secara interaktif dalam masa yang sama mengurangkan isu beg berat dalam kalangan murid-murid. YDN telah melancarkan peranti tablet khas iaitu Tablet Didik Tab semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024. Peranti Tablet Didik Tab ini merupakan peranti yang telah dimuat naik buku teks digital sekolah rendah dan boleh diakses tanpa menggunakan capaian internet. Selain itu, Tablet Didik Tab juga merupakan sebuah peranti mampu milik kerana ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Pelancaran Tablet Didik Tab juga merupakan inisatif YDN dengan hasrat untuk melahirkan kemenjadian murid di tahap yang optimum sejajar dengan perkembangan teknologi dan digital yang pesat pada masa kini. PROGRAM RINTIS SEKOLAH DIGITAL NEGERI SABAH
Ketibaan Para Undangan dan Tetamu Kehormat Ketibaan Ybhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ketibaan Tuan Ramlan Awang Ali Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Ketibaan YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku Ikrar & Bacaan Doa Persembahan Tarian Sambut Tamu Murid SK Lapasan, Kota Kinabalu Ucapan Alu-aluan YBhg Datuk Haji Raisin bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ucapan Perasmian YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Gimik Penyerahan Peranti Tablet kepada Murid-murid dan Guru Besar 5 buah Sekolah Rintis Negeri Sabah Sesi Bergambar Jamuan Minum Petang Majlis Selesai Atur Cara Majlis 1.40 petang 1.50 petang 2.00 petang 3.00 petang
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Semua agensi kerajaan persekutuan dan agensi kerajaan negeri serta semua pihak yang terlibat dalam program ini Semua Pejabat Pendidikan, sekolah, guru-guru, dan murid-murid yang terlibat menjayakan majlis pada hari ini Guru Besar, guru-guru, AKP dan murid-murid SK Lapasan, Kota Kinabalu Penghargaan