The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirun12345, 2019-02-21 23:32:50

BUKU LAPORAN TAHUNAN PIBG 2018 /2019

BUKU LAPORAN TAHUNAN PIBG SKDKr2

SK DATOK KERAMAT (2)

KAMPUNG DATUK KERAMAT
54000 KUALA LUMPUR

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
KALI KE-37 SESI 2019 / 2020

23 FEBRUARI 2019 (SABTU)
8:30 PAGI - 12:30 TENGAH HARI
DIRASMIKAN OLEH :
EN. SHAMSUL NORZAEN B. NORDIN
(YANG DIPERTUA PIBG )

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

 Sekapur Sireh Guru Besar 1
 Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 2
 Aturcara Majlis 3
 Ahli Jawatankuasa Kerja 4
 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 37 6
 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019 7
 Senarai Kehadiran AJK PIBG Ke Mesyuarat Peringkat AJK 8
 Senarai Kehadiran Ibu Bapa Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 36 9
 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 36 28
 Laporan Aktiviti 2018 34
 Laporan Kewangan 2018 37
 Bayaran Tambahan Persekolahan Murid 2019 42
 Usul-usul 46
 Senarai AJK PIBG 2019/2020 47
 Lampiran
49
 Aktiviti dan Pencapaian Kurikulum Murid 2018 52
 Aktiviti dan Pencapaian Kokurikulum Murid 2018 54
 Penghargaan

SEKAPUR SIREH GURU BESAR SK DATOK KERAMAT (2)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) SK Datok Keramat (2), Kuala
Lumpur. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2019 yang
telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah
sekolah. Justeru misi sekolah adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan
berkualiti memenuhi aspirasi negara Malaysia. Demi melahirkan modal insan yang cemerlang, Visi
Sekolah iaitu“SKDKr2 Menjadi Antara Sekolah Terbaik Di PPW Keramat Menjelang Tahun
2020"diharap dapat digapai sama ada dalam bidang akademik, kokurikum mahupun sahsiah pelajar.
Justeru itu PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul
tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan
sekolah . Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu melahirkan
sesuatu yang bernilai dan bermakna demi mencapai kecemerlangan anak-anak di SK Datok Keramat
(2).

Sesungguhnya, murid-murid hari ini perlu dilengkapi dengan kecekapan global dalam menyelesaikan
sebarang masalah ruang lingkup persekitaran budaya silang (cross cultural environment). Menyedari
perubahan ini, maka peranan PIBG cukup hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti
cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak SK Datok Keramat (2) pada abad 21.
Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG untuk menyumbang idea, material,
sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita menjadi permulaan yang positif dan
diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SK Datok Keramat (2).
Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad , memperteguh
muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhirulkalam, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya.
PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda
pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Datok Keramat (2) terus mara dan proaktif dalam usaha
merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SK Datok Keramat (2).

“SKDKr (2) SENTIASA HEBAT”

Sekian, terima kasih.

KASNIZA JUMARI B. SHAMSIR
Guru Besar,
SK Datok Keramat (2),
Kuala Lumpur.

1

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SK DATOK KERAMAT (2)

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W dengan limpah dan kurnia serta petunjuk dariNya dapatlah saya menyusun
sepatah dua kata di dalam buku program sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa-Guru
(PIBG) SK Datok Keramat (2) (SKDKr2) sesi 2019/2020.

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih diatas kehadiran para ibu bapa ke mesyurat kita
pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan
semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah untuk sama sama menjayakan
agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang
pendidikan mahupun sahsiah diri. Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup
meluangkan masa untuk bersama-sama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan
melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG.

Tahniah saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini kerana
selama saya menjadi YDP PIBG sekolah ini saya mendapat kerjasama yang erat terutama
Guru Besar yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam kegiatan PIBG sekolah ini.

Saya yakin dengan pentadbiran yang jujur dan berwibawa akan mendapat kejayaan kepada
anak-anak di sekolah ini di pada masa-masa akan datang. Saya berharap kerjasama daripada
masyarakat setempat dapat memberi sokongan terhadap PIBG untuk menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang diamanahkan
melalui pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara
pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Saya menyeru kerjasama yang erat ini diteruskan
kepada barisan AJK PIBG baharu yang akan dilantik pada hari ini.

Saya sebagai YDP PIBG SKDKr2 juga ingin mengambil kesempatan ini memohon ampun dan
maaf di atas kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan semasa saya menjalankan tugas
sebagai YDP PIBG. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG, para
Pentadbir sekolah, guru-guru dan seterusnya para ibu bapa di atas sokongan yang diberikan
sepanjang saya menjalankan tugas sebagai YDP PIBG.

“MUAFAKAT MENJANA KEHEBATAN”

Sekian, terima kasih.

SHAMSUL NORZAEN BIN NORDIN
Yang Dipertua PIBG,
SK Datok Keramat (2)
Sesi 2018/2019

2

ATURCARA MAJLIS

8:30 - 9:00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
9:00 - 10:00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku
: Alu-aluan Pengacara Majlis
10:00 - 11:15 pagi : Bacaan Doa
11:15 - 11:30 pagi ( Ustaz Ahmad Solehin Rezha B. Mustafa Kamal )
11:30 pagi : Ucapan Alu-aluan Oleh Guru Besar
12:30 tengah hari ( En. Kasniza Jumari B. Shamsir )
: Ucapan Perasmian Oleh Yang Dipertua PIBG
( En. Shamsul Norzaen B. Nordin )
: Penyampaian Sijil Dan Cenderahati AJK PIBG Sesi 2018/2019
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 37
: Rehat
: Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2019
: Bersurai

3

AHLI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA-GURU

KALI KE- 37 SESI 2019/2020
SK DATOK KERAMAT (2)

PENASIHAT : EN. KASNIZA JUMARI B. SHAMSIR (GURU BESAR)
PENGERUSI : EN. SHAMSUL NORZAEN B. NORDIN (YDP PIBG)

NAIB PENGERUSI : EN. MOHD SHUKRI B. ABDULLAH (GPK TADBIR & KURIKULUM)

: EN. MUHAMAD ALI B. JAAN @ MISPAN (GPK HAL EHWAL MURID)
: EN. AHAMAD SHUKRE B. MAD LAZIM (GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA : EN. HAMIRUN B. HAMZAH

BENDAHARI : PN. AHLA -WARDAH BT. MOHD AMIN

SAMBUTAN PENDAFTARAN

1. EN. KASNIZA JUMARI B. SHAMSIR 1. PN. NURUL HAIDA BT. JAHAROM (K)
2. EN. SHAMSUL NORZAEN B. NORDIN 2. PN. KHAIRRULNISA BT. SALLEH
3. EN. MOHD SHUKRI B. ABDULLAH 3. PN. ROSLINA BT. JUSOH
4. EN. MUHAMMAD ALI B. JAAN @ MISPAN 4. PN. JAMEAH BT. MOHD ALI
5. EN. AHAMAD SHUKRE B. MAD LAZIM

PENGACARA MAJLIS PENCATAT MINIT
PN. MUNIRAH BT MUHAMMED 1. PN. INTAN AMALINA BT. SHARUDIN (K)
2. CIK ADIRA AINUL BALQIS BT. ABDUL RAHIM

BACAAN DOA JURUGAMBAR & DOKUMENTASI
EN. AHMAD SOLEHIN REDZA B. MUSTAFA KAMAL 1. PN. NURRUL JANNAH BT. NORSHAM (K)
2. CIK NURAZILA BT. MOHAMAD ANUAR
SIAR RAYA
1. PN. NORMIZAN BT. MOHAMAD AZMI CENDERAMATA & SIJIL
2. EN. HAMIRUN B. HAMZAH 1. PN. ANIZAR BT. AHMAD (K)
2. PN. ROSMARIANA BT. AHAMAD

4

PENCATAT UNDI PERSIAPAN PENTAS & BACKDROP
PN. SITI MARDIANA BT. SOO’AD 1. PN. SUZANA BT. SALLEH (K)
2. PN. NURUL NADIRAH BT. RAMLI
PENGIRA UNDI 3. PN. WAN ZUHAZLIN BT. MUSTAFA
KANAN DEWAN
CIK ROSILAWATI BT. SHAHDAN PERSIAPAN TEMPAT
KIRI DEWAN 1. PN. PARIDAH BT. SABTU (K)
PN. MARINI BT. MUHAMMAD 2. EN. ALIFF ASYRAF B. ARANI
3. EN. M. HAFIZUN B. ABDUL HALIM
JAMUAN & MAKANAN VIP 4. EN. AHMAD SOLEHIN REDZA B. MUSTAFA KAMAL
1. PN. NAZILAH BT. ABU HASSAN (K) 5. PN. FAZILAH BT. OMAR
2. PN. NORHAYAH BT. BAHAROM 6. CIK NOORASRIN BT. BAHARUDDIN
3 .PN. JUNITA DALINA BT. MOHAMED SHAAR 7. PN. NIK ROSAIDA BT. NIK ABD. KADIR
4. PN. DOLIKAR FONA BT. KAMALUDDIN 8. PN. NORSALWANI BT. MOHD SALLEH
5. PN. NURUL IZZATI BT. MAHAMUD 9. PN. AINOL FATIMAH BT. ABDUL AZIH
6. PN. AHLA -WARDAH BT. MOHD AMIN 10. AJK PIBG (IBU BAPA)

5

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA - GURU KALI KE - 37
SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2)
1. Ucapan Penasihat PIBG
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 36
4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2018
5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31
Disember 2018
6. Membentang dan membahaskan usul
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018/2019
8. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2019/2020
9. Pemilihan Juruaudit Dalaman
10. Hal-hal Lain
11. Ucapan Penangguhan

6

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PIBG SESI 2018/2019

Penasihat : En. Kasniza Jumari B. Shamsir

Yang Dipertua : En. Shamsul Norzaen B. Nordin

Naib Yang Dipertua : En. Zainuri B. Ahmad

Setiausaha : En. Hamirun B. Hamzah

Bendahari : Pn. Ahla-Wardah Bt. Mohd Amin

AJK Guru :

1. En. Ahmad Solehin Rezha B. Mustafa Kamal
2. Pn. Normizan Bt. Mohamad Azmi
3. Pn. Intan Amalina Bt. Sharuddin
4. Pn. Nurrul Jannah Bt. Norsham
5. Pn. Nurul Haida Bt. Jaharom

AJK Ibu Bapa :

1. En. Dasrul B. Yudit
2. En. M. Yani B. Khaidir
3. En. Muhammad B. Saleh
4. Pn. Nur Rina Bt. Mohamed
5. Pn. Saadah Bt. Fadil

Juruaudit :

1. En. Ahamad Shukre B. Mad Lazim
2. Pn. Siti Aziera Bt. Ahmad Rahin

7

SENARAI KEHADIRAN
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2018/2019
KE MESYUARAT PERINGKAT JAWATANKUASA

Bil. Senarai Nama 31 Mac Tarikh Mesyuarat 12 Januari Jumlah
2018 21 April 10 Nov. 2019 Kehadiran
1. En. Halim B. Khamis BS
2. En. Kasniza Jumari B. Shamsir / 2018 2018 / 3
3. En. Shamsul Norzaen B. Nordin - // / 1
4. En. Zainuri B. Ahmad / -- / 4
5. En. Hamirun B. Hamzah X // / 2
6. Pn. Ahla-Wardah Bt. Mohd Amin X X/ / 2
7. En. Ahmad Solehin Rezha B. / /X / 2
/ XX 3
Mustafa Kamal X/
8. Pn. Normizan Bt. Mohamad Azmi
9. Pn. Intan Amalina Bt. Sharuddin / // / 4
10. Pn. Nurrul Jannah Bt. Norsham 4
11. Pn. Nurul Haida Bt. Jaharom / // / 3
12. En. Dasrul B. Yudit 3
13. En. M. Yani B. Khaidir / /X / 2
14. En. Muhammad B. Saleh 4
15. Pn. Nur Rina Bt. Mohamed / /X / 1
16. Pn. Saadah Bt. Fadil 3
17. Pn. Nurulasyikin Bt. Mohd Fadzil X /X / 0
18. Pn. Siti Aziera Bt. Ahmad Rahin 1
/ // / 2

X /X X

/ // X

X XX X

/ BS BS BS

X /X /

Petunjuk :
/ = Hadir
X = Tidak Hadir
BS = Bertukar Sekolah

TURUT HADIR :
1. En. Mohd Shukri B. Abdullah(GPK Tadbir & Kurikulum)
2. En. Muhamad Ali B. Jaan @ Mispan (GPK Hal Ehwal Murid)
3. En. Ahamad Shukre B. Mad Lazim (GPK Kokurikulum)

8

9

10

1

11

1

12

1

13

1

14

1

15

1

16

1

17

1

18

1

19

2

20

2

21

2

22

2

23

2

24

2

25

2

26

2

27

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE - 36 2018/2019
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK DATOK KERAMAT (2)
54000 KUALA LUMPUR

Tarikh : 24 Februari 2018
Sabtu
Hari : Dewan Seri Keramat
240 orang
Tempat :

Kehadiran :

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN

Pengacara majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana sudi
meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Datok Keramat (2)
kali ke - 36.

2.0 BACAAN DOA

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Solehin Rezha b. Mustafa Kamal

3.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

3.1 Yang DiPertua PIBG, En. Mohd Fazli B. Abdul Kadir mengucapkan tahniah dan
terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua ibu bapa.

3.2 Beliau memaklumkan kepada ibu bapa bahawa dunia pendidikan telah banyak
berubah dari segi sistem dan penilaian. Jenis pentaksiran yang digunakan masa
kini juga sudah berbeza. Justeru, ibu bapa juga perlu berubah seiring dengan
perubahan sistem pendidikan dengan memberikan sokongan serta perhatian
kepada anak-anak.

3.3 Beliau juga menekankan bahawa saluran terbaik untuk membantu sekolah ialah
melalui PIBG dengan menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).

28

3.4 Beliau mengalu-alukan semua ibu bapa untuk menyertai KSIB melalui kumpulan
whatsapp dan menggunakan saluran tersebut jika ada sebarang masalah ataupun
cadangan. Segala bentuk sokongan dan sumbangan juga dapat disalurkan melalu
KSIB.

3.5 Beliau juga memaklumkan bahawa tahun 2018 adalah tahun terakhir beliau
menjadi YDP PIBG dan mengharapkan sokongan ibu bapa terhadap pihak
sekolah dapat diteruskan. Beliau menghargai segala jenis sokongan yang
diberikan

3.6 Beliau menekankan juga kepada ibu bapa supaya bergiat aktif didalam PIBG bagi
membantu anak-anak kerana PIBG adalah merupakan saluran terbaik untuk lebih
dekat kepada sekolah.

4.0 UCAPAN ALUAN PENASIHAT PIBG

4.1 Penasihat PIBG, En. Halim bin Khamis merangkap guru besar SK Datok Keramat
2 mewakili pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada kali ini.

4.2 Beliau menegaskan matlamat mesyuarat ini adalah untuk masa depan anak-anak.
4.3 Beliau juga menyatakan bahawa pertemuan dengan ibu bapa seperti ini adalah

sangat baik sebagai satu bentuk percambahan idea untuk membangunkan
kemajuan anak-anak.
4.4 Beliau juga menggalakkan supaya ibu bapa mengambil peluang yang diberikan
oleh pihak PTPTN untuk membuat tabungan anak-anak dengan PTPTN demi
masa depan anak-anak.
4.5 Beliau menegaskan tentang 11 anjakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang mana salah satunya melibatkan ibu bapa.
4.6 Beliau memaklumkan pihak sekolah sedia untuk bekerjasama dengan ibu bapa
dan pihak luar bagi membangunkan sekolah.
4.7 Penasihat PIBG turut berpesan sebagai ingatan kepada ibu bapa supaya
menghantar anak-anak pada waktu pagi hanya di pintu pagar sekolah sahaja dan
tidak memasuki ke dalam kawasan sekolah. Tujuannya ialah untuk melatih anak-
anak supaya pandai berdikari.
4.8 Beliau juga dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kehadiran ibu bapa pada
mesyuarat kali ini adalah sangat baik.
4.9 Akhir sekali beliau merasmikan mesyuarat agong PIBG kali ke 36 dan dimulai
dengan ucapan bismillah.

29

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-35 2017

Cadangan minit disahkan oleh : En. Johari Bin Othman

Disokong oleh : Pn. Paridah bt Sabtu

6.0 LAPORAN AKTIVITI
6.1 En. Hamirun b Hamzah selaku Setiausa PIBG membentangkan segala aktiviti
tahunan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017 termasuklah:

1. Mesyuarat Peringkat Ahli Jawatankuasa
2. Malam Doa Bersamamu
3. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR
4. Kembara Badan Beruniform ke Kundasang, Sabah
5. Karnival Usahawan & Kebudayaan
6. Kem Jati Diri di Ulu Sepri, Rembau
7. Sambutan Hari Guru
8. Sambutan Hari Raya Aidilfitri
9. Kejohanan Balapan & Padang Tahunan
10. Minggu Program Pendidikan Pencegahan dadah (PPDa)
11. Sambutan Bulan Kebangsaan
12. Sambutan Hari Kanak-Kanak
13. Hari Anugerah Cemerlang
14. Kelas Bimbingan UPSR
15. Sarapan Pagi Calon UPSR
16. Pembangunan, ICT & Keceriaan

Cadangan laporan aktiviti disahkan oleh : En. Zulhelmi
Disokong oleh : En. Munawar

7.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN

7.1 Pn. Ahla Wardah binti Mohd Amin selaku Bendahari PIBG membentangkan
penyata kewangan PIBG yang bermula pada 1 Januari 2017 hingga 31 Januari
2017. Penyata aliran tunai perbelanjaan wang PIBG telah disertakan di dalam
buku program. Baki akhir ialah sebanyak RM 1,862.40.

30

Cadangan penyata kewangan disahkan oleh : Pn. Siti Mardiana
Disokong oleh : Pn. Suriana

8.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2017/2018

AJK PIBG 2017/2018 dibubarkan secara rasmi oleh YDP PIBG berkuatkuasa serta
merta.

9.0 PELANTIKAN DAN PENGUMUMAN AJK PIBG 2018/2019

9.1 Calon Yang DiPertua PIBG

Calon 1 : En. Shamsul Norzaen
Cadangan oleh : En. Zainuri
Disokong oleh : Pn. Paridah bt Sabtu

Calon 2 : En. Zainuri
Cadangan oleh : En. Shamsul Norzaen
Disokong oleh : Pn. Nazilah bt Abu Hassan

Keputusan : En. Shamsul Norzaen b Nordin

9.2 Calon Naib Yang DiPertua PIBG

Calon 1 : En. Zainuri
Cadangan oleh : En. Johari
Disokong oleh : En. Mohd Satar

Calon 2 : Pn. Nur Rina
Cadangan oleh : En. Zainuri
Disokong oleh : Pn. Norhayah

Keputusan : En. Zainuri b Ahmad

31


Click to View FlipBook Version