The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ariffhakimi374, 2021-12-26 04:07:34

SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN MELAYU MELAKA

SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN MELAYU MELAKA

SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA

KOD KURSUS : MPU21032
NAMA PENSYARAH : PUAN ASMAH BNTI MOHAMAD SUBARI

NAMA :MUHAMAD SHAMIL BIN MOHD AZMAN
NO. MATRIKS : 16DGU21F1035

NAMA :ARIFF HAKIMI BIN ABD RAZAK
NO. MATRIKS :16DGU21F1043

NAMA :MUHAMAD SYAHRUL AKMAL BIN ZULKIFLI
NO. MATRIKS :16DGU21F1043

ISI KANDUNGAN

No Isi Kandungan Muka Surat

1 PENGHARGAAN 1

2 PENGENALAN 2-3

3 PEMBUKAAN MELAKA 4

4 PERKEMBANGAN MELAKA 5-8

5 SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAKA 9

6 STRUKTUR PENTADBIRAN MELAKA 10-11

7 KEJATUHAN KESULTAN MELAYU MELAKA 12

8 KESIMPULAN 13

9 RUJUKAN 14

2

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran teradap ilahi kerana telah
mempermudahkan kami untuk

menyiapkan tugasan efolio bagi subjek penghayatan etika dan peradaban (MPU21032)
dengan jayanya.

Kami ingin mungucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pensyarah kami iaitu Puan Asmah Binti

Mohd Subari , selaku pensyarah penghayatan etika dan peradaban kerana telah memberi tu
njuk ajar cara-cara membuat tugasan efolio mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan

kepada kami.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menja
yakan tugasan ini sama ada secara lansung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan

ini.
Sekian, terima kasih.

3

PENGENALAn

Kesultanan Melayu Melaka memang jelas mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa dalam
sejarah Malaysia dan Asia Tenggara . Kemunculannya pada penghujung kurun keempat belas /awal
kelima belas dahulu telah banyak membawa perubahan terhadap Semenanjung Tanah Melayu dan
juga rantau Asia Tenggara ini. Kemunculannya itu sendiri merupakan suatu peristiwa berlakunya
perubahan/perpindahan kuasa daripada Srivijaya dan Palembang ke Melaka. Atau dengan kata lain
ia adalah merupakan kemunculan sebuah lagi empayar Melayu di Alam Melayu dan dalam konteks
tempoh tersebut, merupakan yang termuda. Ahli Sejarawan seperti D.W. Wolters misalnya
mengatakan bahawa pada asasnya empayar Melaka itu adalah sambungan daripada empayar
Srivijaya itu juga, iaitu yang telah runtuh pada lewat kurun keempat belas Masihi. Melaka telah
mewarisi pelbagai unsur sosio-budaya dan adat-istiadat diraja Srivijaya yang diamalkannya
sekurang-kurangnya pada tahap awal perkembangannya.' Kemudian mulai awal dekad kedua kurun
kelima belas itu Melaka telah menjadi negara "Islam" setelah rajanya yang kedua, iaitu Mahkota
Iskandar Syah memelok agama Islam pada kira-kira tahun 1414.' Penerimaan Islam ini adalah suatu
titik permulaan bagi perkembangan Melaka menjadi sebuah empayar kelautan Melayu yang pesat
pada kurun kelima belas dan awal keenam

belas dahulu.Walau bagaimanapun seeara kelaziman dan realitinya, sejarah perkembangan Melaka
menuju kepuncak keagungannya itu bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Ia telah menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan dan dari pelbagai segi telah melakukan pelbagai perubahan, anjakan

"paradigma" dan penyesuaian. Pemimpin dan rakyat telah berusaha menyumbang sebaiknya untuk

menwujudkan suatu tamadun yang kemudiannya4 menjadi warisan negeri-negeri Melayu yang lain.

Pensejarahan Tentang Melaka Memanglah benar jika dikatakan bahawa apa yang
berlaku dalam proses pergerakan dan perkembangan di dalam sejarah Kesultanan

Melayu Melaka itu adalah gambaran yang dapat disedut daripada pelbagai
pensejarahan tentangnya iaitu sama ada yang berbentuk tempatan (khususnya
Melayu) mahupun asing (Portugis, Cina, Belanda dan Inggeris.)' Namun tidaklah
semua pensejarahan itu telah menggambarkan keadaan sejarah Melaka itu dengan
sikap yang objektif lagi seimbang dengan keadaan yang sebenarnya. Kita dapati
pensejarahan yang awal yang dihasilkan oleh sejarawan tempatan seperti Tun Seri
Lanang, juga penulisan orang-orang Portugis dan kemudiannya Belanda, secara
umumnya telah memberikan gambaran yang lebih objektif dan seimbang tentang

Kesultanan Melaka itu berbanding dengan pelbagai karya pentadbiran. Ahli
sejarawan British dan seorang dua penulis atau sejarawan tempatan mutakhir yang

menulis atau menyentuh tentang Melaka itu.

5

PEMBUKAAN MELAKA

- Kesultanan tertua dalam sejarah Melayu
- Mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15
- Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian
besar Timur
Sumatera
- Melaka diwarisi oleh kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang
- Melaka dibuka oleh seorang putera raja yang berasal dari Palembang iaitu
Parameswara.
- Berketurunan Dinasti Sailendra
- Tidak mahu tunduk kepada kuasa Majapahit
- Timbul kemarahan lalu menyerang Palembang
- Tetapi gagal dalam peperangan itu, Parameswara terpaksa melarikan diri ke
Temasik yang pada
masa itu berada di bawah Siam
- Membunuh wakil Siam iaitu Temangi> diserang oleh Kerajaan Ayuthya di Siam
lalu melarikan diri di
Muar dan menetap selama enam tahun
- Namun tidak kekal lama lalu berpindah ke sebuah perkampungan nelayan yang
diberi nama Melaka
- Parameswara telah memilih nama Melaka sempena nama jenis pokok yang
menjadi tempat
berehat Parameswara dan pengikutnya
- Mengisytiharkan dirinya sebagai raja Melaka menggunakan gelaran Raja
Iskandar
- Berkembang menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan para pedagang di sana

6

Perkembangan Politik

3.1 Kecekapan Pemerintah Melaka
- mewujudkan beberapa jawatan pembesar untuk membantu melancarkan pentadbiran
Melaka
pada ketika itu.
- Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah Raja atau
Yang
diPertuan.
- Gelaran Sultan telah digunakan apabila pemerintah kerajaan Melaka memeluk agama
Islam
- dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang paling
tersusun pada
ketika itu.
- berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan, menghakimi
perbicaraan,
mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan diplomatik
dan
melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.
- Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
3.2 Hubungan Luar Melaka
- memerlukan perlindungan dan jaminan keselamatan dari negara-negara kuat yang lain.
- memerlukan keadaan yang selamat dan tenang untuk menggalakkan lebih ramai
pedagang datang
berniaga di Melaka.
- menetapkan dasar luar yang jelas dan tegas untuk memastikan setiap kerajaan yang
berhubung
dengan Melaka mengetahui akan kedudukan masing-masing.

7

Perkembangan Sosial

- Peranan rakyat dalam struktur masyarakat Melayu tradisi lebih menjurus kepada pemberian taat

setia kepada golongan bangsawan.

- Peranan mereka adalah untuk dilindungi dan dinaungi supaya keselamatan dan kehidupan mereka

terjamin.

- Kepercayaan dan agama serta adat juga boleh dilihat perkembangannya setelah kedatangan

agama

Islam ke Tanah Melayu.

4.1 Status Sosial Masyarakat

Terdapat empat susun lapis masyarakat di Melaka.

- golongan pertama ialah golongan yang tertinggi sekali iaitu golongan raja yang terdiri daripada raja

dan kerabat baginda.

- golongan kedua ialah golongan bangsawan yang dikenali sebagai orang kaya-kaya.

- golongan ketiga pula ialah golongan orang kebanyakkan atau orang-orang awam.

- golongan keempat ialah golongan paling bawah ialah golongan hamba abdi.

4.2 Agama dan Kepercayaan

- Sebelum kedatangan Islam di Melaka, kepercayaan yang digunakan oleh penduduk Melaka ialah

Buddha dan Hindu yang dipengaruhi dari kerajaan Majapahit dan Srivijaya

- -Kedatangan islam ke Melaka pada zaman itu disambut baik oleh Sultan,pembesar dan rakyat

Melaka

- -Selain itu, Sultan pernah menjemput ulama mengajar agama islam di Melaka.

- Kedatangan agama islam ke Melaka telah membawa perubahan dalam kepercayaan masyarakat di

Melaka iaitu dari segi

pemikiran,pentadbiran,perundangan dan nilai hidup masyarakat sedikit sebanyak telah berubah dan

berlandaskan agama islam.

- -Contohnya;Konsep Dewa Raja > Konsep Sultan

- -Raja Dikatakan berdaulat dan sesiapa yang ingkar serta tidak menghormati sultan akan menerima

balasan kerana menderhaka 8
kepada sultan

Perkembangan Ekonomi

5.1 Empayar Perdagangan Terkenal
- Kedudukan yang berada di antara laluan Perdagangan Timur dan Barat.
- Mudah untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta membaiki
kapal.
- Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut oleh Banjaran
Titiwangsa, dan
daripada angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.
- Lautnya yang dalam membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat.
- Perairan Selat Melaka yang sempit juga memudahkan kerajaan Melaka
mengawal kapal yang lalu di
sekitarnya.
- Sistem mata wang dan sistem pertukaran barang diwujudkan serta dilaksanakan
untuk
melancarkan proses jual beli barangan dagangan.
5.2 Kegiatan Perniagaan dan Perdagangan Orang Kiwi
- Golongan rakyat yang gemar dan giat menjalankan aktiviti perniagaan dan
perdagangan.
- membawa barang dagangan hingga ke India , China dan negeri-negeri di
kepulauan Melayu yang
lain.
- Mempunyai kapal untuk membawa banyak barang dagangan keluar berdagang
ke negeri lain.
- Golongan rakyat yang telah berkembang dari segi kemahiran dan ilmu
pengetahuan berkenaan
perniagaan dan perdagangan.

9

MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

7.1 Kedudukan yang Strategik
- Kelebihan dan keistimewaan dari segi kedudukan geografi yang strategik.
- Mendapat bekalan makanan dan air serta perkhidmatan membaiki kapal
disediakan.
- Terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran
Titiwangsa dan angin Monsun
Barat Daya oleh Pulau Sumatera.
- Menjadi pusat perdagangan entrepot apabila kegiatan perdagangan
semakin berkembang dan
dalam masa yang sama turut menjadi tempat pengumpulan, penyaluran dan
pertukaran barangbarang dagangan antara pedagang-pedagang.
7.2 Jentera Pentadbiran yang Teratur
- Membantu mentadbir urusan-urusan di pelabuhan dan kegiatan
perdagangan.
- Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal oleh
kerajaan Melayu Melaka
untuk memastikan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar dan adil.
- Jawatan Syahbandar diwujudkan dan dilantik oleh sultan untuk
menguruskan pentadbiran di
pelabuhan agar kegiatan perdagangan berjalan lancar.
- Antara tugas Syahbandar yang lain ialah:
- menguruskan pasar dan gudang
- memeriksa alat timbang dan mata wang
- menjadi hakim di pelabuhan
- menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal
- menguruskan cukai

10

PERKEMBANGAN ISLAM DI MELAKA
8.1 Teori Kedatangan Agama Islam di Asia Tenggara
- Terdapat 3 teori
- Teori 1: Tanah Arab
- melalui kegiatan perdagangan.
- Dikemukakan oleh John Crawford dan Profesor Syed
Muhammad Naquib al-attas.
- Teori 2: India
- hal ini juga dapat dibuktikan dengan terdapatnya cicir-
ciri
buatan India pada beberapa batu nisan
yang dijumpai di Jawa dan Pasai.
- Dinyatakan oleh Snouck Hurgronje iaitu sejarawan
Belanda.
- Teori 3: China
- Canton di China telah menjadi pusat perniagaan
terkenal
dalam kalangan peniaga Arab yang
beragama Islam.
- Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia.

11

Sistem pemerintahan Kesultanan Melaka

Pembentukan pemerintahan Islam telah berlaku secara beransur-ansur di Nusantara,

bermula dari tahap penyebaran Islam kepada tahap penerapan Syariah, sehingga akhirnya

mewujudkan sebuah Kerajaan dan Pemerintahan Islam. Berbanding dengan SamuderaPasai yang

menjadi pusat perkembangan dakwah Islam, kemunculan Melaka dengan

Sistem Pemerintahan Islam adalah lebih menonjol. Walaupun secara relatif, kewujudan

Melaka adalah sezaman dengan Samudera-Pasai, tetapi kerana Samudera-Pasai mewarisi

Perlak yang wujud sejak 840M, maka perkembangan Sistem Pemerintahan Islam di Melaka

lebih mendapat perhatian. Latar belakang Kerajaan-kerajaan Islam di Utara Sumatera itu

lebih dipengaruhi oleh tradisi Arab-Parsi-India, kerana Raja-raja mereka dikaitkan dengan

negara-negara tersebut, sedangkan Melaka benar-benar mewarisi dan mewakili peradaban

Melayu Islam. Kewujudan Melaka yang merupakan lanjutan Kerajaan Sriwijaya, telah

memperlihatkan percantuman Sistem Pemerintahan Islam dengan tradisi Kekerajaanan

Melayu di Nusantara. Menurut Auni Abdullah, Kerajaan Islam di Melaka telah menyambung

tradisi sebelumnya (Perlak dan Samudera-Pasai) dengan mewujudkan kesinambungan

Pemerintahan Islam dan pelaksanaan Syariat. Pemerintahan Islam di Melaka lebih

bertenaga, perkasa dan berwibawa berbanding Kerajaan-kerajaan Islam di Utara Sumatera,

di mana Melaka bukan sahaja menjadi pusat peradaban Islam, tetapi sebuah kuasa politik

yang mampu membentuk empayar dan menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia.

Hakikat kemajuan yang dicapai oleh Melaka ini adalah berpunca daripada Sistem

Pentadbiran dan Pemerintahan Islam yang dipraktiskan. Dengan Sistem Pemerintahan

Islam yang dicantumkan dengan Sistem Pemerintahan Melayu Tradisional telah dapat

membina kekuatan baru sehingga mengangkat kedudukan Melaka dalam bidang politik dan

juga ekonomi. Tradisi Pemerintahan Islam yang diterap daripada model kepemimpinan
Rasulullah S.A.W dan para Khulafa’ ar-Rashidin telah melahirkan suasana baru dalam

kehidupan bernegara bagi orang Melayu yang sebelum ini sangat mendewa dan
mensucikan Raja-raja melalui konsep “devaraja”, kepada menjadikan Sultan sebagai

bayangan Allah di atas muka bumi yang ditaati selagi baginda semua mentaati Allah dan

Rasul-Nya. 12

Struktur pentadbiran Melaka
Dengan berasaskan Sistem Kesultanan, Pemerintahan Melaka mengekalkan tradisi pentadbiran
Melayu, di mana para pembesar menjadi pentadbir atau Wazir-wazir dengan portfolio khusus.
Pada asasnya, sistem ini berasaskan pentadbiran Kerajaan Melayu di Palembang dan Singapura,
sebelum Sistem Islam diterapkan. Dalam sistem pentadbiran yang bermula pada zaman Sultan
Muhammad Shah, pembesar utama Melaka ada empat tingkat iaitu Orang Besar Empat, Orang
Besar Lapan, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32. Pentadbir utama ialah Orang Besar Empat
yang terdiri dari Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Bendahara
yang menjadi Menteri Utama Melaka adalah ketua pentadbir (seperti Perdana Menteri), dengan
tokoh yang paling terkenal ialah Tun Perak. Di samping itu juga, wujud jawatan-jawatan lain
yang merupakan pengukuh pentadbiran di Melaka, yang biasa bergelar Datuk, Penghulu,
Pemungut Cukai dan Saudagar. Struktur ini menggambarkan ketersusunan sistem pentadbiran
Kerajaan Melaka. -Selaku ketua pentadbir, Bendahara adalah penasihat utama Sultan dalam soal
pentadbiran dan hubungan luar negara, memberi arahan-arahan atas kepentingan negara dan
menjaga alat-alat kebesaran ketika kemangkatan Sultan, selain sebagai Ketua Hakim dan Ketua
Pentadbiran. Selalunya Bendahara terlebih dahulu memegang jawatan Temenggung dan
Penghulu Bendahari, sebelum dilantik ke jawatan tertinggi itu, dan memakai gelaran Seri Nara
Diraja. Pada awalnya Bendahara dibantu oleh dua Wazir, Temenggung dan Seri Bija Diraja yang
masing-masing bertanggungjawab terhadap keamanan dan perdagangan serta ketumbukan
hulubalang di Melaka. Selain bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri,
Temenggung yang bergelar Seri Maharaja juga adalah ketua protokol dan bertanggungjawab
terhadap Hulubalang Besar dan Laksamana. Penghulu Bendahari yang diwujudkan kemudian
adalah Setiausaha Kerajaan dan penjaga khazanah negara, manakala Syahbandar pula menjadi
penyelia pelabuhan dan pemungut cukai. Pada zaman Sultan Mansor Shah, jawatan Laksamana
diwujudkan secara rasmi sebagai ketua angkatan laut, yang setara dengan Seri Bija Diraja yang
bertanggungjawab terhadap pertahanan darat. Dengan struktur pentadbiran dan bidang tugas
para pembesar yang tersusun ini, Melaka telah bangkit sebagai kuasa politik Islam di Nusantara

13

Pemerintahan Kesultanan Islam yang berasaskan struktur pentadbiran Melayu di
Melaka
telah memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat apabila Sultan Muzaffar Shah
menjadikan Islam sebagai agama rasmi Melaka, sekali gus meletakkan Islam sebagai
Dasar Pemerintahan Negara. Semua urusan negara ditadbir menurut peraturan
Syariat
dan hubungan dengan Negara-negara Islam, khususnya Khalifah di Kaherah
diperkukuhkan. Sultan Muzaffar Shah kemudiannya memperkenalkan Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka sebagai penguatkuasaan Undang-undang
Syariat, di mana jawatan Qadhi diwujudkan untuk mengendalikan urusan kehakiman
negara di bawah Bendahara. Elemen-elemen pentadbiran tradisional Melayu
dikekalkan
dalam pentadbiran Melaka, tetapi unsur-unsur Islam diterapkan sehingga elemen
Melayu tradisional tidak bercanggah dengan Syariat. Keterbukaan Islam menerima
sistem-sistem pentadbiran yang sedia ada, kemudian diterapkan dengan prinsip-
prinsip
Islam seperti persamaan, keadilan, Syura dan sebagainya, telah membolehkan Islam
berperanan besar terhadap Kerajaan Melayu di Melaka. Pengaruh Islam yang lebih
ketara dalam pemerintahan di Melaka ialah dengan berlakunya penglibatan para
ulamak
dalam pentadbiran kerajaan dan peranan kerajaan sendiri yang mendukung gerakan
dakwah Islamiyah di Nusantara. Semenjak Makhdum Syed Abdul Aziz menjadi guru
agama dan penasihat kepada Parameswara dan Raja K1e4chil Besar.

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan
merupakan
pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta
keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga menpunyai rancangan jahat dan pilih kasih.
Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa
keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)mangkat pada usia yang masih
muda.

Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Pada tahun 1509, Diego

Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di

Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara. Orang

Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri,

disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan

supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20

anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar

dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque

membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi

permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak

Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa

melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya

mendapat pertolongan daripada negera China. 15

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, perkembangan zaman Kesultanan Melayu
Melaka banyak bergantung kepada kebijaksanaan pemerintahnya
yang gigih merangka dan menyusun struktur serta strategi
pentadbiran kerajaannya. Kejayaan Melaka memainkan
peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam
tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-
barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan
Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar
barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun
perkembangandan pencapaian Melaka adalah berbeza daripada
Srivijaya kerana Melaka mampu menjadi satu tempat asas yang
mempelopori kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

16

RUJUKAN

-https://zdocs.tips/doc/sistem-pentadbiran-melayumelaka-
dpegq2e3m81e -
https://www.slideshare.net/kavitha_mnm/sistempentadbiran-
yang-sistematik-bab-5 -https://youtu.be/lXtbj4W-IU

17


Click to View FlipBook Version