E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN
TAJUK:SUKAN DAN PERPADUAN
NAMA PENSYARAH : ASMAH BINTI MOHD SUBARI @ SARMAN
1. MUHAMMAD HANIF BIN MOHD HISHAM (16DGU21F1046)
2.MUHAMMAD SHAHRIL IQBAL BIN MOHD SHAIMI (16DGU21F1051)
3.MUHAMMAD AZRI HASBI BIN SOBERI (16DGU21F1052)
KOD : MPU21032
KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman
politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh
dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita
memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.
Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama
kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.
Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam
kalangan peserta.
Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan
sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua
pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat
falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang
bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam
aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu
padu,” jelasnya.
Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan
juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan. “Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang
berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan
integriti yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain
bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan.
SUKAN MALAYSIA
Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakan semangat
patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka
peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan
termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat awal.Kemudian SUKMA mula diadakan setiap
tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain
ataupun penonton.
Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia ,Majlis-
Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan
Polis Diraja Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan
berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.
Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan,kemudian diadakan setiap tahun untuk mencungkin bakat
atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang
dipertandingkan.
PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
• Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
kaum.
• Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
• Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami antara kaum.
• Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain
JENIS-JENIS SUKAN
• BOLA SEPAK
• BADMINTON
• BOLA JARING
• OLAHRAGA
• RAGBI
• BOLA BALING
BADMINTON
BIODATA DATUK LEE CHONG WEI
Nama penuh:Lee Chong Wei
Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
Tempat Lahir:Penang,Malaysia
Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan
Lelak
PENCAPAIAN
1) SUKAN SEA 2005 DI MANILA
• Dato' Lee Chong Wei telah membanggakan nama Malaysia
setelah mendapat tempat ke-2 pada aksi final di sukan SEA 2005 di
Manila.
2) SUKAN OLIMPIK RIO 2016
• Pingat Perak milik Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat
negara dalam perjuangan mengharumkan nama negara di Temasya
Sukan Olimpik 2016 di Rio.
RUMUSAN
Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah
contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu
Dato'Lee Chong Wei.Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan
menyertai sukan ini.Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama
lain.Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah berganding bahu untuk memberi
sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini.Hal yang
demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.
BOLA SEPAK
• Bola Sepak sebagai ejen penyatuan perpaduan kaum
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan bola
sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan membina negara
untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin
berkata perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an
hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat bukan Melayu,Zaman
kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengajak masyarakat Cina untuk
menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan
dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu
pilihan kerjaya anak-anak mereka.
RUMUSAN
Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis sukan yang menarik tetapi bola sepak juga merupakan raja sukan
dan dijadikan sukan utama di negara kita pada masa kini.Jika dilihat di sukan SEA 2017 Malaysia telah menjadi tuan
rumah dan telah mendapat juara keseluruhan .Tetapi untuk sukan bola sepak pula Malaysia yang mempunyai pemain
yang berlainan kaum telah layak ke peringkat akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
bersemangat memberi sokongan kepada pasukan Malaysia .Ini terbuktilah bahawa sukan bola dapat memberi
perpaduan kepada negara.
Ternyata bidang sukan memang menjadi salah satu menyatupadukan masyarakat di Malaysia.Tanpa
mengira warna kulit,bangsa dan agama,bidang sukan sebenarnya telah memainkan peranan penting
dalam kehidupan masyarakat majmuk.Kerajaan dan pihak-pihak terlibat perlulah memainkan peranan
dalam melestarikan bidang sukan dan tidak hanya memandang enteng terhadap bidang sukan yang
merupakan salah satu agen menyatupadukan masyarakat.
PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang
interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan
lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan
Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi
perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan
menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk
fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan
masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang
pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari
penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang
diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di
Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat
Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik
yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan
1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam
negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung'
keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan
termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan
nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea
Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung
kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi
kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat
memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat
pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan
penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan
mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal
dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan
perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok
etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian,
kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya
sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan
sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan
kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu
yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan
pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat
antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang
sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan.
Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti
moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang
bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan
sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.
FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing,
peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah,
pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan,
kerjasama dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa,
peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dalam konteks pembapngunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan
peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media
dan lain-lain pihak yang berkaitan.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum.
Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan
sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak
dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada
aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan
menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat,
sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan
kerjasama antarabangsa.
RUJUKAN
1)Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan Dalam Masyarkat Malaysia. Johor Bharu:
Penerbitan Pelangi.
2) 'Sukan Alat Perpaduan Di Malaysia', Kolum Pena Dr. Siva, Utusan Malaysia, 7
Ogos 2012.
3)MZ Zainudin, Fadzrul Ikhwan Mohd Zaid, Mohd Firdaus Halim, Dailami Mansor,
Muhamad Faiz Che Pa @Mustapa, Mohamad Hafiz Mat, Ahmad Tharmizi Md.
Sukhaimi, Tee Hoo Yeow