The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqu.au0306, 2022-05-23 03:10:30

E-folio KUMPULAN SENTAH

E-folio KUMPULAN SENTAH

I-ETIKA

DASAR


KESELAMATAN


NEGARA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

Ahli Kumpulan:

『 』Aeron Diu
『 』Aniq Hassan bin Mohamad Hizam
『 』Azhad Nazhan bin Abdul Khalid
05DEE21F1110
05DEE21F1119
05DEE21F1122

ISI

KANDUNGAN

2 Pengenalan
5 Malaysia dalam Konteks

Geostrategik
8 Persekitaran

Keselematan Negara
14 Nilai-Nilai Teras

Malaysia
19 Strategi-Strategi Utama
25 Penutup

Sidang Redaksi

Disediakan oleh:
Kumpulan Sentah

Editor:
Aeron Diu

Penulis:
Azhad Nazhan
Aniq Hassan

Aeron Diu

Pereka Grafik:
Aeron Diu

Aniq Hassan

Penyunting:
Azhad Nazhan

KATA PENASIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Politeknik Kuching Sarawak

Majalah I-Etika merupakan satu platform yang disediakan
bagi para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi

kursus MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban. Tugasan ini telah
mengenengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan Dasar
Keselamatan Negara.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar
daripada kelas DEE2-S1, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal, Politeknik
Kuching Sarawak yang telah memberi komitmen yang sepenuhnya
dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya majalah I-Etika
untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat.

Harapan kami agar semoga mesej yang disampaikan daripada majalah ini dapat memberi kefahaman serta
kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan aspek perpaduan dalam memastikan kestabilan dan keharmonian
masyarakat majmuk di Malaysia.

Semoga semua usaha-usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea
dan pandangan yang kritis dalam merealisasikan matlamat keselamatan negara.

Pn. Faridah binti Husain
Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang mengamalkan
sistem pentadbiran berasaskan demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan
serta berteraskan kepaduan, wilayah, kedaulatan dan pengiktirafan.

Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan
negara sentiasa dilindungi dan terus dipelihara. Keselamatan negara merujuk
kepada situasi yang bebas daripada ancaman seperti yang telah berlaku sejak tahun
1957 di mana ancaman Parti Komunis Malaya, usaha-usaha untuk menjatuhkan
Kerajaan luar dari proses demokrasi.

Dasar Keselamatan Negara atau DKN deperkenalkan sebagai dokumen utama dalam
menghadapi ancaman yang semakin dinamikserta kompleks. Realitinya, DKN yang
menjadi panduan dan rujukan utama Kementerian dan Agensi di
peringkatPersekutuan serta negeri merupakan bukti bahawa Kerajaan sentiasa
berkomitmen untuk menjamin keselamatan negara yang dipelihara. Hal ini kerana
kerjasama rakyat amat diperlukan dari segi sokongan, gandingan dan kerjasama
untuk menjamin kelangsungan Malaysia sebagai negara yang merdeka. Kerena ini
bukan untuk masyarakat masa kini namun demi kesejahteraan dan keamanan
generasi akan datang.

MALAYSIA

DALAM

KONTEKS

GEOSTRATEGIK

Malaysia kini berada pada kedudukan

yang strategik di tengah-tengah

ratauan Asia Tenggera. Malaysia juga

terletek di laluan perkapalan pedagang

utama dunia yang menjadi perhatian

kuasa-kuasa besar yang

berkepentingan. Kedudukan geografi

ini memperolehi dengan hubungan

pelbagai hala Malaysia dengan negara-

negara serantau dalam aspek politik,

sosio-ekonomi, keselamatan, budaya,

dan pertahanan. Oleh itu, keselamatan

Malaysia juga banyak dipengaruhi

serantau dan antarabangsa berikut;

Serantau

ASEAN adalah tumpuan utama dari

segi aspek dasar luar negara. Sebagai

sebuah satu negara yang mengasaskan

ASEAN, Malaysia menyokong

sepenuhnya kepada prinsip-prinsip asas

yang terkandung dalam Piagam ASEAN

seperti menentang penggunaan

kekerasan, tidak menimbul hal dalam

politik dalaman serta mengutamakan

penyelesaian pertikaian secara aman

sebagai objektif untuk mengekalkan

keamanan, kestabilan dan kemakmuran

di rantauan ini.

Malaysia juga menjalin kerjasama
strategik di peringkat serantau melalui
penglibatan aktif dalam organisasi
kesalamatan dan pertahanan seperti
ASEAN Regional Forum (ARF), ASEAN
Defence Ministerial Meeting (ADMM),
dan sebagainya bagi menjaminkan
perlindungan negara.

Antarabangsa
Negara- negara seperti Amerika
Syarikat, China, Jepun serta beberapa
negara lain merupakan negara yang
mempunyai kepentingan strategik
kepada Malaysia dan rantau ini.
Negara-negara ini penting bagi
mempunyai keupayaan untuk
mencorakkan persekitaran politik dan
ekonomi antarabangsa dengan cara
ketenteraan selain kekuatan ekonomi
dan teknologi bagi meluaskan pengaruh
politik serta memenuhi kepentingan
mereka.

Komitmen negara dalam pertubuhan

antarabangsa seperti Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

(NAM), Komanwel, serta lain-lain

pertubuhan antarabangsa menangani

isu-isu strategik global telah meletakkan

Malaysia selaku negara sahabat yang

dipercayai di peringkat antarabangsa.

Penglibatan dalam mana-mana

pertubuhan dasar dan kepentingan

negara dalam isu keselamatan dapat

diketepikan dan dipertahankan. Oleh

itu, penyertaan negara dalam operasi

pengaman dan rehabilitasi pasca konflik

di negara yang terjejas telah

dikukuhkan persepsi terhadap peranan

dan keprihatinan Malaysia sebagai

pemain global.

Persekitaran Keselamatan Negara

Malaysia telah melalui evolusi yang berhilir dalam menegakkan kedaulatan,
keselamatan negara dann ketenteraman awam. Landskap keselamatan pada masa
kini telah menjadi semakin kompleks yang melibatkan ancaman-ancaman dari
pelaku negara dan pelaku bukan negara yang berpotensi memberikan impak besar
ke atas keselamatan serta kedaulatan negara. Pengalaman yang pernah dialami
negara dari segi keselamatan termasuk kolonialisme kuasa asing, keganasan
komunis, konflik perkauman 13 Mei 1969, dan selainnya. Usaha memastikan
keselamatan negara dan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara dan
suasana geopolitik di peringkat serantau dan antarabangsa seperti;

Kerapuhan Perpaduan Nasional
Isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum, etnik, agama dan kepercayaan dan
kebudayaan yang tersebar dengan meluas tanpa sekatan di sosial media masih
menjadi punca pergeserah antara kaum di Malaysia yang menjejaskan hasrat
negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu dan progresif.

Cabaran Terhadap Sistem Demokrasi Negara
Wujud usaha dan gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan melalui cara luar dari
proses demokrasi yang melanggar undang-undang negara. Tindakan ini mampu
melemahkan institusi aset negara untuk menterorize ketenteraman awam dan
keselamatan negara.

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Keamanan, kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi yang pesat turut menjadi
faktor penarik kepada kemasukan Pendatang Tanpa Izin. Kehadiran PATI ini selain
dari menyerah implikasi sosial , ekonomi, politik dan hubungan diplomasi, ini juga
berupaya untuk mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

Pertikaian Tuntutan Wilayah
Malaysia masih berdepan isu tuntuan bertindih dan pertikaian wilayah darat,
maritim dan udara dengan negara jiran serta kuasa-kuasa besar. Pertikaian ini
berpotensi menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara jiran.
Di peringkat serantau, tuntutan boleh menimbulkan risiko konflik bersenjata
sehingga mendatangkan kesan kolateral serantau dan berpotensi menyebabkan
pertingkahan pihak luar yang berpentingan sekiranya tidak ditangani dengan
sewajarnya.

Ekstremisme dan Keganasan
Isu keganasan antarabangsa terus menjadi ancaman global yang memberikan
impak langsung kepada keselamatan Malaysia. Elemen-elemen ekstremisme dan
keganasan yang menyusup masuk ke dalam negara serta penglibatan rakyat
Malaysia di dalam aktiviti keganasan di dalam dan luar negara, boleh mencetuskan
kekacauan dan menggugat keamanan negara.

Keselamatan Siber
Penemuan dan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
telah meningkatkan kebergantungan kepada teknologi ini yang turut membuka
ruang kepada risiko ancaman keselamatan siber. Sifat dimensi ruang siber yang
luas tanpa sempadan dengan akses mudah dan mampu dimiliki serta berciri
ketanpanamaan telah meningkatkan lagi risiko ancaman-ancaman serangan
terhadap infrastruktur maklumat kritikal negara, penyalahgunaan internet,
kegiatan perisikan/espionaj siber dan sebagainya. Trend serangan dan insiden
keselamatan siber yang berlaku kini semakin meningkat dengan impak yang sukar
diramal.

Kejadian Bencana
Malaysia terdedah kepada bahaya dan risiko bencana alam seperti banjir, taufan,
ribut, penyakit berjangkit, wabak, gempa bumi, tsunami, kemarau/El-Nino, tanah
runtuh, jerebu, kesan perubahan iklim ke atas kejadian bencana seperti kenaikan
paras laut, suhu udara dan darat dan bencana buatan manusia. Kejadian bencana
bersifat kompleks dan bermagnitud besar yang berlaku samada di dalam atau di
luar negara, boleh menjejaskan kehidupan rakyat dan merencatkan perjalanan
pentadbiran negara.

Kejadian Krisis
Malaysia juga terdedah kepada pelbagai krisis sama ada di dalam ataupun di luar
negara termasuklah ekonomi, sosial dan peperangan. Krisis ini berupaya memberi
impak secara langsung kepada rakyat sekaligus menjejaskan keselamatan negara.
Krisis yang berlaku di luar negara juga boleh menyebabkan berlakunya migrasi
tidak terkawal ke negara lain termasuklah Malaysia.

Jenayah Rentas Sempadan
Kedudukan Malaysia yang mempunyai sempadan darat dengan negara jiran dan
terletak di laluan strategik maritim iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan
menjadikan Malaysia terdedah kepada ancaman bersifat rentas sempadan seperti
penyeludupan (manusia, hidupan liar, hasil hutan, dadah, barangan dan senjata),
pemerdagangan orang, pelanunan, jenayah terancang, jenayah siber, pengubahan
wang haram, jenayah ekonomi dan rompakan di laut dan sebagainya.

Pandemik dan Wabak Penyakit
Mobiliti penduduk dunia dan dalam negara yang lebih mudah dan pantas telah
mendedahkan rakyat Malaysia terhadap ancaman kesihatan. Penularan wabak
pandemik dan penyakit berjangkit sama ada berpunca dari dalam dan luar negara
boleh menjejaskan sosio-ekonomi negara. Penyakit tidak berjangkit pula seperti
darah tinggi, kencing manis sehingga sakit buah pinggang, sakit jantung dan lain-
lain lagi jika tidak diberi perhatian sewajarnya boleh menyebabkan negara muflis.

Keselamatan Tenaga
Dunia hari ini berhadapan dengan ketidaktentuan keselamatan sumber tenaga.
Kebergantungan kepada sumber tenaga tradisional yang berasaskan fosil dijangka
akan meningkat sehingga sumber tenaga alternatif yang lebih bersih dan murah
digunakan secara meluas. Namun, buat masa ini, perebutan terhadap sumber
tenaga tradisional berasaskan fosil boleh berlaku dan mencetuskan konflik
serantau dan antarabangsa.

Jaminan Bekalan Makanan
Kelangsungan negara juga bergantung kepada keselamatan sumber makanan.
Pertambahan penduduk dunia meningkatkan lagi permintaan kepada sumber
makanan. Kegagalan menguruskan sumber makanan, akan mewujudkan
persaingan terhadap sumber makanan dan mewujudkan kebergantungan yang
tinggi kepada sumber luar.

NILAI-NILAI

TERAS

MALAYSIA

Nilai-nilai teras negara merupakan nilai
yang perlu dipupuk dan dikukuhkan
bagi menjamin kelangsungan Malaysia
sebagai sebuah negara yang merdeka,
aman dan berdaulat. Nilai-nilai teras
yang dimaksudkan adalah seperti
berikut;

Nilai Teras 1: Kedaulatan dan Keutuhan

Wilayah

Kedaulatan negara dan keutuhan

wilayah merupakan teras kepada

kestabilan dan keselamatan sesebuah

negara. Kewujudan Malaysia

sepertimana termaktub di dalam

Perlembagaan Persekutuan yang

merangkumi negeri-negeri Johor,

Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri

Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak,

Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor,

Terengganu, dan Wilayah Wilayah

Persekutuan hendaklah dipelihara dan

dikekalkan. Kedaulatan Malaysia juga

merangkumi perairan laut wilayah dan

hak-hak berdaulat (sovereign rights) ke

atas zon maritim Malaysia selaras

dengan undang-undang antarabangsa

yang berkaitan. Malaysia perlu

melindungi dan mempertahankan

kedaulatan dan keutuhan wilayah dari

ancaman dalam dan luar negara.

Nilai Teras 2: Kestabilan Sosio-Politik

Kestabilan sosio-politik adalah penting

dalam mewujudkan suasana aman dan

harmoni di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan bertanggungjawab untuk

menjunjung demokrasi berparlimen, Raja

Berperlembagaan, kedaulatan undang-

undang, keluhuran Perlembagaan,

menghormati dan menjamin hak-hak asasi

rakyat berdasarkan Perlembagaan

Persekutuan. Pada masa yang sama,

rakyat juga bertanggungjawab untuk

menyokong dasar-dasar yang

dilaksanakan oleh Kerajaan bagi

memastikan keamanan dan kestabilan

negara. Prinsip-prinsip tersebut perlu

dihormati dan dipatuhi oleh seluruh

rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman

politik, agama, etnik, asal usul dan status

sosial.

Nilai Teras 3: Kesepaduan Nasional
Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai pelbagai etnik, budaya dan
agama. Kesepaduan nasional merupakan
teras kekuatan dan keselamatan negara.
Kesepaduan negara akan terhasil melalui
ikatan perpaduan di kalangan seluruh
rakyat Malaysia. Dalam hubungan ini,
formula perpaduan bagi negara yang
mempunyai masyarakat majmuk seperti
Malaysia terletak kepada kesatuan rakyat
pelbagai kaum untuk hidup saling faham
memahami, bertoleransi, menerima
kepelbagaian antara satu sama lain dan
memahami kontrak sosial yang menjadi
tunjang kesepaduan rakyat Malaysia dan
menghormati hak-hak asasi manusia
berteraskan kepada Perlembagaan
Persekutuan.

Nilai Teras 4: Tadbir Urus Yang Baik
Tadbir urus yang baik juga merupakan
teras penting keselamatan negara. Ia
bukan sahaja melibatkan sektor
kerajaan tetapi juga swasta. Ini kerana
tadbir urus yang baik akan
membolehkan sesebuah negara
tersebut dapat melaksanakan dasar-
dasar yang digubal, mengurus sumber-
sumber negara dengan cekap dan
berkesan, mendapat pengiktirafan
antarabangsa dan memenuhi
ekspektasi rakyat. Tadbir urus yang
baik antara lain meliputi integriti tinggi,
tiada rasuah, jujur, amanah, adil,
saksama, telus, bertanggungjawab dan
sebagainya.

Nilai Teras 5: Keutuhan Ekonomi

Keutuhan ekonomi bermaksud negara

mempunyai ekonomi yang mampan

serta berdaya tahan terhadap ancaman-

ancaman berkaitan ekonomi dari dalam

dan luar negara. Ekonomi yang tidak

kukuh akan menjejaskan kestabilan

negara akibat kemiskinan,

pengangguran dan rasa tidak puas hati

di kalangan masyarakat. Keutuhan

ekonomi juga melibatkan penyertaan,

pemilikan, penglibatan dan penguasaan

rakyat Malaysia dalam memastikan

kelangsungan ekonomi negara ini.

Selain itu, pengukuhan ekonomi dan

penambahbaikan keadaan sosial adalah

faktor penyumbang kepada

pengukuhan tahap keselamatan negara

dan kepincangannya berpotensi

mengancam keselamatan negara.

Nilai Teras 6: Keadilan Sosial
Keadilan sosial adalah teras penting dalam memastikan keselamatan negara.
Perlindungan hak asasi manusia bagi setiap rakyat Malaysia adalah selaras dengan
peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang antarabangsa yang
dianggotai (dengan reservasi) oleh Malaysia. Semua rakyat Malaysia termasuk dari
golongan minoriti hendaklah sentiasa dilindungi dan tiada mana-mana pihak akan
dipinggirkan. Nilai teras ini mestilah dipertahankan selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan dengan mengambilkira taraf kemajuan sosio-ekonomi kaum-kaum
yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan pembelaan
kepada golongan yang memerlukannya akan terus dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, prinsip keadilan sosial ini bukanlah landasan bagi mana-mana
pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan sehingga mengancam
keselamatan dan kedaulatan negara.

Nilai Teras 7: Pembangunan Mampan
Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa
serta masa hadapan bagi mencapai keseimbangan pembangunan ekonomi, sosial,
demografi dan alam sekitar. Aspek keselamatan perlu diberi keutamaan dalam
setiap perancangan pembangunan bagi memastikan kelangsungan sumber-sumber
negara, kesejahteraan rakyat dan keperluan generasi akan datang terpelihara.
Pembangunan yang tidak seimbang berpotensi menyebabkan ketidakseimbangan
ekologi dan demografi negara.

Teras 8: Keselamatan Rakyat
Perkembangan idea dan persekitaran keselamatan dunia menyaksikan perubahan
daripada pendekatan keselamatan berpaksikan negara (state centric security)
kepada pendekatan keselamatan berpaksikan insan (people centric security).
Kesejahteraan, kebajikan dan hak-hak rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan
Persekutuan perlu dilindungi dan dijamin oleh Kerajaan. Pada masa yang sama,
hak-hak negara juga perlu didukung dan dipertahankan oleh rakyat dengan penuh
semangat patriotik dan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan
kelangsungan negara.

Teras 9: Pengiktirafan Antarabangsa
Sikap pragmatik, berprinsip dan berkecuali Malaysia selama ini, telah menjamin
pengiktirafan dan kerjasama ekonomi, politik dan keselamatan yang berterusan
dengan kuasa-kuasa besar serantau dan antarabangsa. Strategi diplomasi dua hala
dan pelbagai hala yang dirangka secara menyeluruh disokong oleh pelaksanaan
dasar hubungan luar yang konsisten semenjak kemerdekaan negara telah
mewujudkan imej yang positif di peringkat antarabangsa sekaligus menjamin
pengiktirafan berterusan terhadap kedaulatan dan kepentingan negara.

Monthly Newsletter Borcelle Apartment

STRATEGI
UTAMA

Bagi memelihara dan mempertahankan
nilai-nilai teras negara, beberapa
strategi utama perlu dilaksanakan.
Strategi-strategi yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:

STRATEGI- Mendukung perlembagaan negara
STRATEGI memelihara kedaulatan wilayah
UTAMA memperkukuh keutuhan wilayah
memperkasa keupayaan dan kesiagaan
Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat pertahanan dan keselamatan wilayah
Mengukuhkan Keselamatan dan memperkukuh jaringan perisikan
Ketahanan Siber mengukuhkan sistem dan institusi negara
mengukuhkan perpaduan nasional
Memperkemas Pengurusan dan Kawal merapatkan jurang sosio-ekonomi
Selia Migran perpaduan melalui pendidikan
memupuk semangat jatidiri
Mengukuhkan Kerjasama Serantau membina ketahanan diri

membina ketahanan ekonomi
membudayakan nilai integriti
melaksanakan pembangunan mampan
Menguruskan Sumber-Sumber Negara
Secara Cekap
Menjamin Hak Asasi Rakyat Berteraskan
Perlembagaan Persekutuan

Meningkatkan penghayatan, 6.1 MENDUKUNG
menghormati, dan mendukung PERLEMBAGAAN
prinsip-prinsip yang terkandung NEGARA
dalam Perlembagaan Persekutuan
demi kestabilan dan kesejahteraan Vol: 01 | Issue: Apartment Style

negara.

Monthly Newsletter

6.2 Memelihara Meningkatkan kawalan di wilayah
Kedaulatan negara termasuk kawasan-
Wilayah kawasan strategik di darat,
maritim, dan udara bagi

melindungi, mempertahan serta
memperkukuh kedaulatan
negara daripada sebarang
ancaman

Mempertahankan keutuhan wilayah dan 6.3 Memperkukuh
kawasan sempadan Malaysia yang Keutuhan Wilayah

masih terdapat tuntutan bertindih sama
ada di laut, daratan mahupun udara

selaras dengan peruntukan-peruntukan
Perlembagaan Persekutuan melalui

perundangan, pemantauan dan rondaan
di kawasan tersebut bagi memastikan
keutuhan wilayah negara sentiasa

terpelihara dan mengelakkan kehilangan
kawasan tersebut di masa akan datang

sekiranya perkara ini dibawa ke
pengadilan antarabangsa.

6.4 Memperkasa Memperkasakan pertahanan dan
Keupayaan dan keselamatan negara dari segi keupayaan
Kesiagaan Pertahanan dan kesiagaan. Pemerkasaan ini adalah
dan Keselamatan
untuk mengimbangi keupayaan
pertahanan dan keselamatan negara
serantau selain berperanan sebagai
elemen cegah-rintang (deterrence).

Industri pertahanan dan program
penyelidikan pertahanan dan

keselamatan juga perlu ditingkatkan bagi
mengurangkan kebergantungan kepada

teknologi luar.

6.5 Memperkukuh Memperluaskan bidang perisikan
Jaringan Perisikan dan memperkukuhkan jaringan
komuniti perisikan bagi perkongsian
dan penyaluran maklumat strategik

yang tepat dengan pantas.
Maklumat perisikan juga perlu
diintegrasikan dan diselaraskan
bagi membolehkan perancangan
dan tindakbalas berkesan diambil

dalam mempertahankan
kepentingan negara.

Mengukuhkan penerimaan rakyat 6.6 Mengukuhkan
terhadap sistem Demokrasi Sistem dan Institusi
Berparlimen, Raja
Negara
berpelembagaan dan institusi
negara berteraskan kepada

Perlembagaan Persekutuan dan
Prinsip Rukun Negara yang

menjadi tunjang kestabilan sosio-
politik negara.

6.7 Mengukuhkan Mengukuhkan perpaduan
Perpaduan Nasional nasional berteraskan kepada
Perlembagaan Persekutuan

bagi membentuk sebuah
bangsa Malaysia yang

mempunyai identiti yang sama
walaupun mengamalkan
kepelbagaian budaya

Memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada 6.8 Merapatkan
penduduk tempatan, menambahbaik Jurang Sosio-
Ekonomi
ketidakseimbangan pendapatan antara kaum,
mentransformasi luar bandar bagi meningkatkan
kesejahteraan masyarakat, memperkasa komuniti
untuk membina masyarakat yang produktif dan

mampu menjana pendapatan sendiri serta
memperkukuhkan infrastruktur luar bandar bagi

menyokong pertumbuhan ekonomi penduduk

6.9 Perpaduan Menyemai dan memupuk
Melalui semangat dan kepentingan
perpaduan di kalangan rakyat
Pendidikan pelbagai kaum bermula dengan
sistem pendidikan berteraskan
kepada bahasa pengantar
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Memupuk perasaan cinta, 6.10 Memupuk
bangga dan rasa Semangat
Jatidiri
tanggungjawab terhadap
negara dalam kalangan
rakyat melalui pendekatan
Pertahanan Menyeluruh
(HANRUH) sebelum, semasa
dan selepas sesuatu musibah

berlaku.

6.11 Membina Memperkukuhkan asas ekonomi
Ketahanan Ekonomi negara untuk berhadapan

persaingan ekonomi global selain
mengekalkan keabsahan Kerajaan

dalam pengurusan ekonomi
negara tanpa dipengaruhi kuasa
asing. Kepentingan ekonomi di luar

negara perlu dilindungi bagi
menyokong pertumbuhan
ekonomi domestik

6.12 Membudayakan Mempertingkatkan usaha bagi memerangi
Nilai Integriti gejala rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa di semua peringkat dan sektor
(awam atau swasta) melalui peruntukan
undang-undang, peraturan, dan dasar.

Melaksanakan dasar-dasar 6.13 Melaksanakan
pembangunan dengan Pembangunan
Mampan
mengambilkira keperluan sedia ada
dan masa hadapan merangkumi
aspek-aspek keselamatan, ekologi
dan demografi. Kesedaran

masyarakat serta semua pihak yang
berkepentingan mengenai kaitan
pembangunan mampan dengan
keselamatan negara perlu
dipertingkatkan.

6.14 Menguruskan Memperkemaskan mekanisme
Sumber-Sumber pengurusan sumber-sumber negara

Negara Secara Cekap supaya sumber-sumber negara
digunapakai secara optimum dan

pada masa yang sama
menggalakkan pencarian kepada

sumber-sumber alternatif bagi
mengelakkan kebergantungan
keterlaluan kepada sumber luar
seterusnya menjamin kelangsungan

negara

Melaksanakan dasar-dasar 6.15 Menjamin Hak
berkaitan hak asasi rakyat yang Asasi Rakyat
Berteraskan
konsisten dengan peruntukan Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan dan Persekutuan
perundangan antarabangsa yang

dianggotai oleh Malaysia

6.16 Meningkatkan Meningkatkan kualiti hidup dan
Kesejahteraan kesejahteraan rakyat dengan
Rakyat menyediakan penyampaian
perkhidmatan yang menyeluruh dan
persekitaran yang selamat dan sihat.
Pada masa yang sama, rakyat perlu
bertanggungjawab dan berperanan
dalam memastikan kesejahteraan dan
keselamatan negara sentiasa

terpelihara.

Memastikan persekitaran 6.17 Mengukuhkan
siber yang selamat melalui Keselamatan dan
pengurusan risiko yang Ketahanan Siber
komprehensif merangkumi
pengukuhan keselamatan
dan ketahanan terutama
yang melibatkan
infrastruktur maklumat
kritikal negara.

6.18 Memperkemas Membendung kemasukan
Pengurusan dan Kawal Pendatang Asing Tanpa izin (PATI),
‘pelarian’ dan pemohon suaka politik

Selia Migran melalui pengukuhan mekanisme
pengurusan migran. Ini termasuk

pengukuhan mekanisme

pengurusan dan kawal selia tenaga

Memastikan elemen kerjasama kerja asing

serantau dalam memelihara

serta mempertahankan nilai-nilai

teras negara seperti kedaulatan 6.19 Mengukuhkan
dan keutuhan wilayah, dan
kestabilan sosiopolitik. Di Kerjasama Serantau

peringkat serantau, Malaysia aktif

menggunakan platform ASEAN

untuk menguruskan pelbagai

konflik serantau.

PENUTUP

Walau apapun bentuk perubahan yang berlaku kepada landskap keselamatan
domestik, serantau dan antarabangsa pada masa hadapan, Kerajaan

hendaklah memastikan keselamatan dan kelangsungan negara terus terjamin
melalui pelaksanaan dasar dan strategi-strategi yang terkandung dalam DKN.

DKN ini menggariskan halatuju keselamatan negara berpaksikan
persekitaran dalam dan luar negara. Dalam mencapai maksud tersebut, asas

negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu
dipertahankan di samping menyesuaikan negara dengan nilai-nilai sejagat

(hak asasi manusia). Nilai-nilai teras DKN digubal secara holistik dengan
mengambilkira komponen-komponen negara iaitu wilayah, Kerajaan, rakyat,
kedaulatan dan pengiktirafan antarabangsa. Pelaksanaan DKN akan dipantau
bagi memastikan keberkesananan strategi-strategi yang dirangka. Kejayaan

DKN ini bergantung kepada komitmen, sokongan, dan kerjasama semua
Kementerian, Jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, swasta,
Badan Bukan Kerajaan dan rakyat. Justeru, DKN ini perlu dijadikan rujukan
utama dan panduan yang mesti dipatuhi dalam menggubal, menyelaras dan
melaksana dasar-dasar negara yang mempunyai kaitan secara langsung atau

tidak langsung terhadap keselamatan negara.

Bahan Rujukan

1 https://asset.mkn.gov.my/web/wp-
content/uploads/sites/3/2019/08/DASAR-KESELAMATAN-NEGARA-2021-

2025.pdf

https://www.moha.gov.my/images/DKKA/DKKA_Final_2510_ema
2
il_Buku.pdf

3 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dasar-keselamatan-baharu-

dilancar-bagi-mendepani-cabaran-lebih-kompleks-219091

https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Da
4
sar_Perpaduan_Negara-1.pdf


Click to View FlipBook Version