The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUREZAIDATULIMAN BINTI JAMIRAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrzdtlimn, 2022-02-27 23:02:28

MUZK1113 ASAS TEORI MUZIK

NUREZAIDATULIMAN BINTI JAMIRAN

Keywords: TUGASAN 1(E-PRTFOLIO

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
KUCHING, SARAWAK

_________________________________________________________________________________

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
SEMESTER 2 TAHUN SATU

___________________________________________________ _______________

KOD DAN NAMA KURSUS
MUZK1113 ASAS TEORI MUZIK II

TUGASAN 1: E-PORTFOLIO

NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN

NUREZAIDATULIMAN BINTI 2021042310063 030224120384
JAMIRAN

KUMPULAN / AMBILAN : MUZIK SK / AMBILAN JUN 2021

NAMA PENSYARAH : CIK CHANG YUN PING

TARIKH HANTAR : 1 MAC 2022

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

pengenalan

◦ Muzik adalah bunyian yang telah disusun secara strategik supaya menjadi sebuah
karya yang indah dan tenang untuk didengar. Bunyi-bunyian yang biasa didengari di
sekeliling kita contohnya seperti bunyi burung, unggas, kenderaan, ombak, angin dan
sebagainya tidak dikatakan muzik kerana ianya tidak disusun dan digubah untuk
menjadi sebuah hasil karya tertentu. Bahasa muzik pula adalah perkara yang berkait
rapat dengan pengetahuan serta kefahaman tentang elemen muzik, konsep yang
berhubung dengan elemen muzik, istilah-istilah muzik, kosa kata serta kebiasaan
tentang penulisan muzik. Ianya sangat penting untuk menguasai pengetahuan dan
kefahaman mengenai bahasa muzik yang mana ianya akan membawa kepada
kemahiran membaca notasi, menulis notasi, memainkan alat muzik ,menghayati,
menganalisis dan menilai karya muzik.

Meter

◦ Secara kebiasaannya,detik dikumpulkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Biasanya
jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali
sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa
seperti :

2346324

4448822

◦ Nombor di sebelah atas menerangkan tentang bilangan detik dalam satu unit atau bar.
Nombor di sebelah bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas kepada detik
meter yang telah dibahagikan kepada meter lazim dan meter tak lazim.

Meter lazim

Meter tak lazim

◦ Dalam meter tidak lazim,setiap detik boleh dibahagikan kepada not-not kumpulan
tigaan yang sekata. Meter lazim yang biasa ialah 6/8,9/8,12/8. Namun ada juga meter
lazim yang lain iaitu seperti 6/4,9/4,12/4,6/16,9/16 dan 12/16.

Duaan
◦ Meter 6/8 merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai persamaan nilai

masa tiga kuaver. Dalam sesuatu bar terdapat dua detik asas yang dinotasikan
sebagai krocet bertitik.
◦ Setiap krocet bertitik mewakili tiga kuaver.

Tigaan

• Meter 9/8 merupakan meter tak lazim tigaan. Setiap detik mempunyai
persamaan nilai masa tiga kuaver.

Empatan

• Meter tak lazim 12/8
• Meter ini dipanggil meter tak lazim empatan kerana terdapat empat bit dalam

satu bar. Bit ini dikira dengan krocet bertitik
• Meter ini biasa digunakan dalam lagu slower blues.
• Kini banyak digunakan dalam lagu lagu rock.
• Memandangkan bit ini dibahagikan kepada tiga not maka meter ini menjadi

meter tak lazim.
• 12 bermaksud terdapat 12 not kuaver dalam satu bar.

Duplet

• Satu rentak dalam meter tak lazim(di mana rentaknya ialah not bertitik) boleh
dibahagikan kepada dua not yang sama dan bukannya tiga not biasa. Kedua-dua not ini
dipanggil duplet. Oleh itu, duplet ialah kumpulan dua not yang sama yang dilakukan
dalam masa yang biasanya diambil oleh tiga not.

• Duplet dalam meter tak lazim atau triplet dalam meter lazim boleh digunakan untuk
menulis irama sama ada dalam tanda nada meter tak lazim atau lazim

◦ Contoh duplet:

Skel

•Skel ialah susunan lapan not dimainkan berturutan secara menaik dan
menurun dalam satu oktaf.
•Skel terbahagi kepada dua iaitu skel major dan juga skel minor.
•Di dalam skel terdapat skel yang mempunyai tanda nada flat(b) dan sharp(#).
•Tanda nada skel disusun daripada skel yang tidak terdapat tanda nada
langsung sehingga skel yang terdapat 4 sharp (#) dan 4 flat (b).
•Antara skel major yang mempunyai tanda nada flat (b) ialah F major, Bb major,
Eb major dan Ab major.
•Manakala skel minor yang mempunyai tanda nada flat(b) pula ialah D minor, G
minor, C minor dan F minor.

• Seterusnya skel juga mempunyai tanda nada sharp (#). Terdapat beberapanskel yang
mempunyai tanda nada sharp (#) tetapi ada juga skel yang tidak terdapat tanda nada sharp.

• Antara contoh skel major yang mempunyai tanda nada sharp(#) ialah G minor, D minor, A
minor dan E minor.

• Skel minor yang mempunyai tanda nada sharp pula ialah E minor, B minor, F# minor, dan C#
minor.

• Bagi skel C major ia tidak terdapat sebarang tanda nada dan di mainkan pada papan kekunci
putih dalam permainan keyboard.

• Manakala skel A minor pula ia tidak terdapat sebarang tanda nada namun pada not ketujuh ia
harus disharpkan kerana semua skel minor harus disharpkan pada not yang ketujuh iaitu
dengan menekan papan kekunci hitam pada permainan keyboard.

Skel minor harmonik

• Satu lagi jenis skel dengan tujuh not ialah skel minor. Dua bentuk yang paling biasa
digunakan bagi skel ini ialah minor harmonik dan minor melodi.

• Dalam skel minor harmonik (seperti dalam skel major), sentiasa ada semiton antara not
ke-2 dan ke-3.

• Skel minor harmonik (seperti skel major) adalah sama menaik dan menurun.
• Terdapat tiga selang semiton dalam skel minor harmonik, serta selang yang sangat luas

antara darjah ke-6 dan ke-7 (bersamaan dengan tiga semiton).

Skel minor melodik

• Turun tak sama macam naik dalam melodi skel. Dalam skel
menaik, not dalam darjah keenam dan ketujuh adalah sharp
(F dan G), tetapi dalam rangka menurun, not dalam darjah
ketujuh dan keenam kekal semula jadi (notnya ialah G
semula jadi dan F semula jadi).

Skel major dengan tanda nada syap

Skel major Tanda nada Contoh
C major Tiada

G major F#

D major F# C#

A major F# C# G#

E major F# C# G# D#

Skel major dengan tanda nada flat

Skel major Tanda nada Contoh
F major Bb
Bb major Bb Eb
Eb major Bb Eb Ab
Ab major Bb Eb Ab Db

Skel minor dengan tanda nada syap

Skel minor Tanda nada Contoh

A minor TIADA

E minor F#

B minor F# C#
F# minor F# C# G#

C# minor F# C# G# D#

Skel minor dengan tanda nada flat

Skel minor Tanda nada Contoh
D minor Bb
G minor Bb Eb

C minor Bb Eb Ab

F minor Bb Eb Ab Db

Skel C major dan A minor

◦ Skel c major ialah skel yang tidak mempunyai tanda nada.
◦ Skel ini bermula dari not c ke c’.

◦ Skel A minor pula ialah skel minor yang juga tidak mempunyai tanda nada namun
pada not ketujuh harus di syapkan. Iaitu pada not g harus di tekan pada kekunci
hitam dalam permainan keyboard.

SKEL G MAJOR DAN E MINOR

◦ Skel G major ialah skel yang mempunyai tanda nada F#.
◦ Oleh itu, ketika bermain pada keyboard pada not f harus disyapkan dengan menekan

papan kekunci hitam pada keyboard.
◦ Skel G major bermula dari not G hingga ke G’.

◦ Untuk skel E minor juga ia mempunyai tanda nada yang sama seperti G major iaitu F#.
◦ Akan tetapi setiap skel minor harus di syapkan pada not ketujuh maka dengan itu not

E dalam skel ini juga harus disyapkan untuk memenuhi syarat.

SKEL D MAJOR DAN B MINOR

◦ Skel d major ialah skel yang mempunyai dua tanda nada iaitu F# dan C#.
◦ Not ketiga dan keempat serta ketujuh dan kelapan ialah not semitone.
◦ Skel ini bermula dengan not D hingga ke D’

◦ Skel B minor pula ialah skel yang sama juga seperti skel D major iaitu terdapat dua
tanda nada F# dan C#.

◦ Namun semitone dalam skel ini adalah pada not kedua dan ketiga, kelima dan
keenam, serta ketujuh dan kelapan. Jika skel menaiik dalam skel harmonic.

◦ Jika skel dalam bentuk menurun dalam skel melodic ianya iala not keenam dan kelima
serta kedua dan ketiga.

SKEL A MAJOR DAN F# MINOR

◦ Skel a major ialah skel yang mempunyai tiga tanda nada iaitu F# C# dan G#.
◦ Ianya bermula dari not G ke G’

◦ Skel F# minor sama seperti A major. Ianya adalah relative minor bagi A major.
◦ Ianya juga terdapat semitone pada note kedua dan ketiga, kelima dan keenam, serta

ketujuh dan kelapan.
◦ Ianya bermula dari not F# ke F’#.

SKEL E MAJOR DAN C# MINOR

◦ Skel E major ialah relative major bagi skel C# minor.
◦ Skel ini mempunyai empat tanda nada sharp iaitu F# C# G# D#.
◦ Makanya jika sampai di not F,C,G dan D harus disyapkan.

◦ Skel C# major ialah relative minor bagi skel E major.
◦ Skel ini juga mempunyai empat tanda nada sharp iaitu F# C# G# D#.
◦ Skel in bermula dari not C# ke C#’.

SKEL F MAJOR DAN D MINOR

◦ Skel F major ialah relative major bagi skel D minor.
◦ Skel ini bermula dari F ke F.
◦ Skel ini mempunya satu tanda nada flat(b) iaitu Bb.

◦ Skel d minor ialah relative minor bagi F major.
◦ Skel ini bermula dengan not D dan berakhir dengan not D’ dengan not B disyapkan

ketika bermain keyboard.
◦ Tanda nada skel ini sama seperti F major.

SKEL Bb major dan G minor

◦ Skel ini mempunyai 2 tanda nada iaitu Bb dan Eb
◦ Skel ini ialah relative major bagi G minor.
◦ Skel ini bermula dari Bb hingga ke Bb’.
◦ Skel ini mempunyai semitone pada not kedua dan ketiga serta ketujuh dan kelapan

◦ Skel ini sama seperti Bb major yang mempunyai 2 tanda nada Bb dan Eb.
◦ Skel ini ialah relative minor bagi Bb major.
◦ Skel ini bermula dari not G ke G’

SKEL Eb MAJOR DAN C MINOR

◦ Skel Eb major ialah relative major bagi C minor.
◦ Skel ini mempunyai tanda nada Bb, Eb, dan Ab.
◦ Skel ini bermula dari not Eb ke Eb’.

Skel C minor ialah relative minor bagi Eb major.
Skel ini mampunyai tanda nada yang sama dengan Eb major.
Skel ini bermula dari not C ke C’

SKEL Ab MAJOR DAN F MINOR

◦ Skel Ab major ialah skel yang mempunyai empat tanda nada iaitu
◦ Bb, Eb, Ab, dan Db.
◦ Skel ini bermula dari not Ab hingga ke Ab’.
◦ Pada setiap not di atas harus di syapkan dengan menekan papan hitam pada

keyboard.
◦ Skel ini relative major bagi F minor.

◦ Skel F minor ialah relatif minor bagi Ab major.
◦ Sama seperti Ab major ia juga terdapat empat tanda nada juga.
◦ Skel ini bermula dengan not F dan berakhir dengan not F’

Sumber rujukan

◦ Asas Muzik. SlideShare. (n.d.). Retrieved February 28, 2022, from
https://www.slideshare.net/AeynSolehah/asas-muzik

◦ M. (2018, February 4). Asas Teori Muzik 1. pdfslide.net.
https://pdfslide.net/documents/asas-teori-muzik-1.html

◦ Baharim, H. (2016, January 5). Meter tak lazim 12. Prezi.Com.
https://prezi.com/xkxull7ele00/meter-tak-lazim-12/

◦ Taylor ,E. (2020). First Steps In Music Theory (1st ed.). ABRSM Publications.
◦ Taylor, E. (1999). The AB Guide to Music Theory, Part 1. ABRSM.


Click to View FlipBook Version