The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book ini mengandungi nota ringkas bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tingkatan 4 iaitu berkenaan topik Kata Sendi Nama.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaffieranazmil, 2023-06-08 02:52:31

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 (KATA SENDI NAMA)

E-book ini mengandungi nota ringkas bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tingkatan 4 iaitu berkenaan topik Kata Sendi Nama.

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DT50002 SEMESTER 2 2022/2023 TUGASAN 1 (b) (INDIVIDU) NAMA : SHAFFIERA BINTI MD. NAZMIL NO. MATRIK : PP2212126T PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) NAMA PENSYARAH : DR. LEE BIH NI


BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 KATA SENDI NAMA DISEDIAKAN OLEH : SHAFFIERA BINTI MD NAZMIL


KATA SENDI NAMA Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan definisi Kata Sendi Nama 2. Membina ayat menggunakan Kata Sendi Nama yang betul HASIL PEMBELAJARAN


MAKSUD KATA SENDI NAMA • Kata Sendi Nama ialah perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama


CONTOH KATA SENDI NAMA 01 02 04 03 di akan terhadap demi ke sejak, semenjak dalam, antara daripada kepada


KATA SENDI NAMA 01 Kata Sendi Nama mempunyai tugas yang berlainan Penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan tertentu Terdapat beberapa kata sendi nama y ang dapa t menj adi anggota kata yang lain. Seperti kata btu aspek dan kata hubung 02 03


KATA SENDI NAMA Orang itu marah akan budak itu (akan: Kata Sendi Nama) Pokok kelapa itu akan ditebang (akan: Kata Bantu Aspek) Shafiq ke sekolah dengan bas. (dengan : Kata Sendi Nama) Shafiq ke sekolah dengan menaiki bas (dengan : Kata Hubung) Mereka berbincang mengenai masalah pengangguran (Mengenai : kata Sendi Nama) Bola itu mengenai palang gol (Mengenai : Kata Kerja)


CONTOH AYAT (di) KETERANGAN CONTOH AYAT • Kata Sendi Nama di hadir di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat • Ditulis terpisah daripada Kata Nama atau frasa nama yang mengikutinya • Tidak boleh hadir di hadapan Kata Nama atau frasa nama yang menunjukkan masa • Shafiq tinggal di Kampung Tengah • Kesalahan Nelayan ke laut di awal pagi • Pembetulan Nelayan ke laut pada awal pagi


CONTOH AYAT (akan) KETERANGAN CONTOH AYAT • Kata Sendi Nama akan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia • Penggunaanya hendaklah didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif • Penggunaan akhiran -kan diempat kata sendi nama akan merupakan suatu kesalahan • Haiwan itu sayang akan anaknya • Kesalahan Dia bertindak sedemikian kerana bencikan seseorang • Pembetulan Dia bertindak sedemikian kerana benci akan seseorang


CONTOH AYAT (terhadap) KETERANGAN CONTOH AYAT • Kata Sendi Nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut yang tentu, sama ada manusia, haiwan atau benda • Orang : Sikap pengurus itu terhadap orang bawahnya wajar dipuji • Haiwan : Kajian terhadap spesis haiwan itu sedang dikaji • Tumbuh-tumbuhan : Kini permintaan terhadap minyak kelapa sawit semakin meningkat


CONTOH AYAT (Sejak, Semenjak) KETERANGAN • Sejak dan semenjak hadir dihadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud penanda waktu (Permulaan) • Kedua-dua kata sendi nama itu boleh bertukar ganti CONTOH AYAT • Zalina kurang ceria semenjak/sejak kematian ibunya


CONTOH AYAT (Dalam, Antara) KETERANGAN • Kata Sendi Nama dalam dan antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mendukung maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak • Kedua-dua kata sendi nama ini boleh berfungsi sebagai kata arah CONTOH AYAT • Majid berjaya dalam bidang keusahawanan • Durian antara buah yang popular di daerah itu


CONTOH AYAT (demi) KETERANGAN CONTOH AYAT • Kata Sendi Nama demi hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dengan membawa maksud tujuan • Kita perlu berjuang demi negara yang tercinta


CONTOH AYAT (ke) KETERANGAN CONTOH AYAT • Menunjukkan tempat atau arah • Menunjukkan waktu atau masa Ø Kami akan ke Ipoh minggu depan Ø Bulan Syawal sampai ke penghujungnya • Kata Sendi Nama ke hadir di hadapan kata nama dan frasa nama yang menunjukkan tempat, arah dan waktu. Ke hendaklah ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutnya


CONTOH AYAT (daripada) KETERANGAN CONTOH AYAT • Menyatakan punca berkaitan dengan manusia, haiwan, benda dan unsur mujarat • Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda • Menyatakan perbezaan atau perbandingan Ø Shafiq menerima surat daripada temannya Ø Perabot itu diperbuat daripada kayu jati Ø Penerangan Cikgu Hasan lebih mudah difahami daripada Cikgu Rahim • Kata Sendi Nama ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca, sumber dan perbezaan atau perbandingan


CONTOH AYAT (kepada) KETERANGAN CONTOH AYAT • Menyatakan sasaran (manusia, haiwan dan unsur) • Menyatakan pecahan • Menyatakan perubahan keadaan Ø Shafiq mengirimkan laporan itu kepada majikannya Ø Waktu rehat pekerja kilang itu dibahagikan kepada dua sesi Ø Suhu disekitar bandar itu menurun kepada 20 darjah celcius • Kata Sendi Nama ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran dan pecahan dan perubahan


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version