The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM BIL 1 2022_2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shajue, 2022-06-01 08:15:43

MINIT MESYUARAT UNIT KOKU BIL 1 2022/2023

MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM BIL 1 2022_2023

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,KPM

PERSIARAN IMPIAN PERDANA, SAUJANA IMPIAN,
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM BIL. 1/2022

Bilangan Mesyuarat : 1 / 2022
Tarikh : 17 Mac 2022
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kamar Saujana

Hadir

1. Pn Hjh Suminah bt Hj Kasolang - Guru Besar

2. Pn Norleha bt Adam - PK Kokurikulum

3. Pn Hjh Zuraida bt Mohamed Omar - PK Pentadbiran

4. En Mohamad Faizal bin Tukijan - PK HEM

5. Pn Nor Wati bt Zainal Abidin - PK Petang

6. Pn Hamimah bt Abdullah - Setiausaha Sukan

7. Pn Juliana bt Ahmad Zukhi - Penyelaras Unit Badan Beruniform (petang)

/Ketua Pengakap

8. Pn Siti Asbah bt Bahraldin - Ketua Tunas Kadet Remaja Sekolah

9. Pn Sri Latha Demado - Ketua Pandu Puteri Tunas

10. Ustzh Sa’idah bt Brahim - Ketua Pergerakan Puteri Islam Malaysia

11. Ustzh Suryani bt Ibrahim - Ketua Bulan Sabit Merah Malaysia

12. Pn Siti Aishah bt Ismail - Setiausaha Pengakap

13. Ust. Solah Hudin b Hamat - Setiausaha Tunas Kadet Remaja Sekolah

14. Pn Siti Asiah bt Idris - Setiausaha Pandu Puteri Tunas

15. Ustzh Khairiah bt Husin - Setiusaha Pergerakan Puteri Islam Malaysia

16. Pn Hasnafizah bt Che Soh - Setiausaha Bulan Sabit Merah Malaysia

17. Pn Nor Azlita bt Jani - Penyelaras Unit Kelab & Persatuan

18. En Mohd Rosli b Abdullah - Ketua Persatuan Bahasa Melayu

19. Pn Nor Fadhlina bt Omar - Ketua Persatuan Matematik

20. Pn Gowri a/p Mottaiya - Ketua Persatuan Bahasa Inggeris

21. Pn Khalilah bt Kamaruddin - Ketua Persatuan Sains /Ketua Elit STEM

22. Ustzh Halimah bt Mohamad - Ketua Persatuan Agama Islam

23. Pn Rosmiza bt Ismail - Ketua Kelab Alam Sekitar

24. En Mohd Zaidi B Sulaiman - Ketua Kelab Pencegahan Jenayah

25. Cik Roszawati bt Md Din - Ketua Kelab Muzik & Kebudayaan

26. Pn Warisah bt Mohd Daud@Mohd Hanafi- Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu

27. Pn Tuan Haroha bt Tuan Mat - Setiausaha Persatuan Matematik

28. Cik Hjh Ernie Aida bt Hadi Darsono - Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris

1

29. Pn Norashikin bt Mohd Norrizan - Setiausaha Persatuan Sains
30. Ust Ahmad Shahrul b Husin - Setiausaha Persatuan Agama Islam
31. Pn Muziatilasma bt Muhammad - Setiausaha Persatuan Alam Sekitar
32. Pn Mawar bt Sharif - Setiausaha Kelab Kebudayaan
33. Pn Azilawati bt A.Rahim - Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah
34. En Mohd Syafie b Azmi - Penyelaras Sukan & Permainan
35. En Hamin bt Ahmad - Ketua Sukan Badminton
36. Pn Marita bt Abd Wahab - Ketua Sukan Bola Jaring
37. Ust Abdul Muhaimin b Mat Rasid - Ketua Sukan Olahraga
38. Pn Nur Edayu bt Sa’ari - Ketua Sukan Bola Tampar
39. Pn Suganah a/p Nadasan - Ketua Sukan Permainan Dalaman
40. Ust Mohammad Khairil Akmal b Masduki - Ketua Sukan Bola Sepak
41. En Mohd Yamani b Ngah - Ketua Sukan Elit Memanah
42. Ust Omaira b Samat - Setiausaha Sukan Badminton
43. Pn Siti Zaharah bt Che Ros - Setiausaha Sukan Bola Jaring
44. Ustzh Kamariah bt Sulong - Setiausaha Sukan Olahraga
45. Pn Nurul Najieha bt Md Zaid - Setiausaha Sukan Bola Tampar
46. Pn Rosni bt Ali - Setiausaha Sukan Permainan Dalaman
47. Ustzh Sawaroh bt Che Jahari - Setiausaha Sukan Bola Sepak
48. Pn Noorul Hafizah bt Mohd Masri@Othman - Ketua Sukan Elit Sofbol.
49. Pn Hjh Noryana bt Mahat - Ketua Sukan Elit Boling
50. En Yamani b Ngah - Ketua Sukan Elit Memanah
51. Cik Wan Athirah bt Wan Aminuddin - Setiausaha Sukan Elit Sofbol
52. Pn Fazlezaa bt Sarif - Setiausaha Sukan Elit Memanah
53. Pn Lim Swee Fong - GP Pandu Puteri Tunas
54. En Nik Iruansafawi B Nik Chik - GP Pengakap Kanak-Kanak
55. Pn Nurul Akmar Bt Mohd Ariffin - GP Pengakap Kanak-Kanak
56. Ustazah Junariah bt Tairin - GP Pergerakan Puteri Islam Malaysia
57. Pn Mardhiyah Bt Megat Nabil Mohsin - GP Bulan Sabit Merah Malaysia
58. Pn Nawal Shakirah Bt Mahmud - GP Pergerakan Puteri Islam Malaysia
59. Cik Suraini Bt Ibrahim - GP Pengakap Lebah
60. Pn Helena Bt Hj Mohd - GP Tunas Kadet Remaja Sekolah
61. Pn Namiha bt Yahaya - GP Pengakap Lebah
62. Pn Siti Nur Fatihah bt Mohamad Zaib - GP Pergerakan Puteri Islam Malaysia
63. Pn Siti Hajar bt Idris - GP Pandu Puteri Tunas
64. Pn Wan Nasiha bt Wan Ahmad - GP Pandu Puteri Tunas

Tidak hadir Cuti sakit
Kuarantin
1. Ustazah Nazuha bt Mohamad Aris Kuarantin
2. Ustazah Thohirah Bt Mohamed
3. Ust Sayuti B Abdul Aziz

2

1.0 UCAPAN PENGERUSI :
PN HJH SUMINAH BT HJ KASOLANG (GURU BESAR)
1.1 Pn Hjh Suminah mengucapkan salam dan ucapan selamat sejahtera kepada
semua guru yang dapat hadir.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dan doa.

1.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
mengharapkan supaya semua guru dapat menepati masa yang telah ditetapkan.

1.4 Pengerusi menekankan mengenai matlamat kokurikulum SK Saujana Impian
iaitu memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan
potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dari segi mental, fizikal, dan
emosi ke arah kecemerlangan dalam kokurikulum dan sukan ke tahap tertinggi.

1.5 Pengerusi berharap agar pada tahun 2022 ini , guru-guru dapat menerima
semua tugas yang diberikan dengan hati yang terbuka dan memberikan
kerjasama yang baik dalam unit Kokurikulum serta dapat memberikan khidmat
yang lebih cemerlang dan lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan.

1.6 Guru Besar mengingatkan guru-guru agar sentiasa mengambil peluang ,
merebut peluang yang ada dan membuka peluang kepada sekolah-sekolah lain
untuk bersama-sama menyertai program-program yang akan dianjurkan sendiri
oleh SK Saujana Impian sebagai tuan rumah.

2.0 HALA TUJU KOKURIKULUM DAN SUKAN

2.1 Pn Norleha selaku PK Kokurikulum SK Saujana Impian merakamkan ucapan
terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Unit Kokurikulum SKSI yang
telah dilantik bagi tahun 2022, yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk iaitu
Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Sukan, Penyelaras Unit Beruniform, Kelab
dan Persatuan , Sukan dan Permainan serta semua Ketua Guru Penasihat .

2.2 Puan Norleha kemudiannya menerangkan berkaitan jawatankuasa induk yang
memainkan peranan penting dan menjadi tulang belakang sekolah dalam
merealisasikan hasrat dan matlamat unit kokurikulum sekolah, dan tidak
terkecuali juga kepada semua guru sebagai AJK pelaksana yang bersama-sama
menyumbang kejayaan kepada unit kokurikulum.

2.3 Puan Norleha berharap agar KPI yang disasarkan dapat dicapai oleh Unit
Kokurikulum dan Sukan iaitu sasaran 1.40% (8 orang) pencapaian peringkat
antarabangsa , 2.45% (14 orang) pencapaian di peringkat Kebangsaan , 6.12%
(35 orang) pencapaian peringkat Negeri dan 10.50% (60 orang) pencapaian di
peringkat Daerah/zon , 100% lulus Penilaian Kokurikulum dan 2.0 GPS
keseluruhan mengikut PAJSK KPM serta mencapai 90 % bagi penarafan
SKPMg2 Kokurikulum.

2.4 Pn Norleha menyebutkan dua hala tuju yang utama dalam Kokurikulum dan
sukan iaitu Pengurusan Berkualiti SKPMg2 Bidang Kokurikulum dan
Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum.

3

2.5 Objektif Kokurikulum dan Sukan iaitu :-
2.5.1 Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir dalam
semua aktiviti kokurikulum dan sukan.
2.5.2 Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan
murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa.
2.5.3 Melahirkan murid yang bersahsiah tinggi, berakhlak, beretika, patuh
kepada Ajaran Agama, mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.
2.5.4 Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan
pencapaian kokurikulum dan sukan pada peringkat negeri,kebangsaan,
dan antarabangsa.
2.5.5 Melahirkan murid yang mempunyai kebolehan yang seimbang dalam
bidang kokurikulum dan akademik.
2.5.6 Meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dari segi pematuhan
ketetapan, perubahan positif, & keselarasan dalam pelaksanaan
kokurikulum sekolah.

2.6 Analisa PAJKS .
2.6.1 Analisa mengikut GPS , peratus dan gred.

2.6.1.1 Rumusan keseluruhan menunjukkan ada peningkatan pada
bilangan A, bagi pencapaian bilangan B sebanyak 403 orang. Bilangan
pencapaian B boleh di tingkatkan lagi dengan memberi galakan penyertaan
kepada murid bermula dari tahun 4 lagi.

4

2.6.2 Markah PAJSK 2021

2.6.2.1 Untuk sukan dan permainan, penyertaan kurang pada tahun 2021 atas
faktor pandemik covid. Ini menyebabkan penyertaan dalam acara sukan
dan permainan menjadi terhad.

3.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM

3.1 Pn Norleha mengingatkan guru-guru supaya menjadikan Buku Dasar dan
Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum sebagai sumber rujukan.

Tindakan dan makluman : Semua Guru

3.2 MESYUARAT
3.2.1 Mesyuarat Unit Kokurikulum (Jawatankuasa Murid ) dirancang dan
dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun termasuk Mesyuarat
Agung.
Tindakan : SU Kokurikulum/ Ketua Guru
Penasihat dan Pemimpin

3.2.2 Notis panggilan mesyuarat disediakan 7 hari bekerja sebelum mesyuarat
menggunakan format SPSK PK07-1 dan diedarkan setelah
ditandatangani oleh Guru Besar / PK Kokurikulum

Tindakan : Guru Besar / PK Kokurikulum

3.2.3 Agenda mesyuarat Induk berdasarkan SPSK PK07-3 iaitu :
Ucapan Pengerusi , Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas , Perkara-
perkara Berbangkit , Perkara-perkara Baharu / Laporan Unit , Hal-hal
Lain dan Ucapan penangguhan mesyuarat.

Tindakan : SU Kokurikulum

3.2.4 Semua guru penasihat perlu mengadakan mesyuarat bersama ahli
jawatankuasa guru dalam unit masing-masing.

5

3.2.5 Antara agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat unit
kokurikulum guru iaitu :
i. Perancangan aktiviti tahunan (mengikut situasi pandemik covid 19)
ii. Pelan Strategik Organisasi
iii. Senarai jadual tugasan guru mengikut aktiviti tahunan yang telah
dirancang.

3.2.6 Minit Mesyuarat Unit Kokurikulum guru perlu dihantar kepada PK
Kokurikulum dua minggu selepas mesyuarat.

Tindakan dan makluman : SU sub Unit Koku /
Ketua Guru penasihat

3.3 PENUBUHAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH

3.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Penaja diadakan untuk menghasilkan draf
perlembagaan , peraturan , aktiviti dan syarat keahlian dalam tempoh tiga
hari selepas jawatankuasa penaja ditubuhkan.

3.3.2 Surat permohonan penubuhan Kelab dan persatuan Unit Kokurikulum
disediakan dan dikemukakan kepada Guru Besar untuk mendapatkan
kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat Jawatankuasa
Penaja.

3.3.3 Surat permohonan pengesahan pendaftaran Kelab dan Persatuan
diajukan kepada Guru Besar beserta dengan perlembagaan dan
peraturan-peraturan kelab atau persatuan , senarai aktiviti utama dan
senarai ahli jawatankuasa untuk menghasilkan sebuah rekod atau daftar
ahli yang kemaskini dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat agung.

3.3.4 Perkara-perkara tersebut semuanya ada di dalam BLAK yang akan
digunakan nanti. Guru-guru hanya perlu mengisi kesemua maklumat-
maklumat yang diperlukan di dalam BLAK. Pada bahagian kewangan,
jika guru-guru tidak ada mengutip apa-apa bayaran, guru-guru tidak perlu
mengisi bahagian tersebut.

3.3.5 Takwim Aktiviti Tahunan disediakan dan mendapatkan pengesahan
daripada guru besar sebagai panduan aktiviti mingguan dan sepanjang
tahun

Makluman : Semua guru penasihat

3.3.6 Jadual kedatangan ahli disediakan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Tindakan : Jawatankuasa kelab & Persatuan

3.3.7 Semua guru penasihat perlu menyediakan laporan tahunan setiap akhir
tahun. Format laporan akan diberikan kepada semua guru penasihat.

Tindakan dan makluman : Semua guru penasihat

6

3.4 PENDAFTARAN KOKURIKULUM MURID

3.4.1 Kegiatan Kokurikulum adalah wajib dilaksanakan di semua sekolah.

3.4.2 Semua murid tahap dua hendaklah mengambil bahagian sekurang-
kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam, satu kegiatan
persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.

Tindakan dan makluman : SU Kokurikulum / semua guru penasihat

3.4.3 Pendaftaran ahli hendaklah dijalankan pada awal tahun mengikut takwim
sekolah /Kokurikulum.
Tindakan : SU Kokurikulum

3.4.4 Pemilihan Unit Kokurikulum oleh murid berdasarkan minat/
kecenderungan / kebolehan dan keperluan sekolah.

3.4.5 Pada tahun ini , dalam keadaan pandemik covid 19 yang semakin
membimbangkan , unit kokurikulum akan menyediakan platform google
form untuk murid membuat pemilihan unit-unit yang mereka minati. Pihak
Unit Kokurikulum akan menyediakan suatu tarikh yang akan
dimaklumkan kepada guru-guru untuk melaksanakan pemilihan tersebut.

Tindakan & makluman : Setiausaha / Penyelaras Unit
Kokurikulum / semua guru penasihat

3.4.6 Borang kebenaran Waris ( BKK/03 ) disedia , diedar dan dikembalikan
bersama borang ( BKK/02 ) bagi semua murid tahap 2 kepada SU
Kokurikulum dalam tempoh lima hari selepas pendaftaran.

Tindakan : SU Kokurikulum / Guru Kelas

3.4.7 Murid / ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pilihan pihak sekolah, surat
rayuan rasmi perlu dihantar kepada pihak sekolah dalam tempoh satu
minggu selepas keputusan jawatankuasa pemilihan.

Tindakan : Jawatankuasa Kokurikulum

3.4.8 Murid / ibu bapa yang tidak bersetuju untuk menyertai aktiviti Kokurikulum
ibu bapa perlu mengemukakan surat rasmi dan berbincang dengan Guru
Besar. (Keputusan pihak sekolah adalah muktamad )

Tindakan : PK Kokurikulum dan Guru besar

3.3.9 Senarai muktamad keahlian unit Kokurikulum murid dimaklumkan kepada
murid dan dipaparkan pada Papan Kenyataan Kokurikulum dua minggu
selepas mesyuarat pemilihan.

Tindakan : SU Kokurikulum / Penyelaras Unit

3.4.9 Senarai maklumat berkaitan keahlian perlu disimpan dalam fail Induk
Kokurikulum ( dibuat dalam dua salinan ) .

Tindakan : SU Kokurikulum / Penyelaras Unit / Guru Kelas

3.4.10 Data keahlian Kokurikulum perlu dihantar ke Unit Kokurikulum PPDHL
pada bulan Mac menggunakan tapak DKKPM-01 yang telah disahkan
oleh Guru Besar. Satu salinan disimpan dalam fail Data Kokurikulum
Sekolah.(Kebiasaan, rujuk surat arahan terkini)

7

Tindakan : PK Kokurikulum / SU
Kokurikulum/Guru Data Kokurikulum

3.4.11 Pendaftaran rumah sukan menggunakan formula nombor pendaftaran
murid/ pengagihan guru kelas / nisbah murid mengikut jantina / bilangan
rumah sukan.

Tindakan : SU Sukan / Guru Kelas

3.5 PEMILIHAN GURU PENASIHAT
3.5.1 Setiap guru ditetapkan memegang jawatan dalam setiap atau sekurang-
kurangnya 2 unit kokurikulum : iaitu Unit Uniform , Kelab & Persatuan dan
Sukan & Permainan.

3.5.2 Pemilihan dan pelantikan berdasarkan kepada kepakaran / kebolehan
guru sedia ada dan mengikut keparluan sekolah. (BKK/04 – Borang

Maklumat Guru )

Tindakan : PK Kokurikulum / Jawatankuasa Kokurikulum.

3.5.3 Surat dikeluarkan kepada guru-guru penasihat unit-unit Kokurikulum pada
mesyuarat kokurikulum yang pertama mengikut takwim sekolah.

3.5.4 Surat penerimaan tugas dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja
3.5.5 selepas surat lantikan dikeluarkan.

Tindakan : SU Kokurikulum
Lantikan Ketua Guru Penasihat / Pemimpin Unit Beruniform di sandang
sekurang-kurangnya 3 tahun.

3.5.6 Seorang guru hanya memegang SATU jawatan sebagai Ketua Guru
Penasihat /Pemimpin sahaja bagi mana-mana unit Kokurikulum
(mengikut keperluan sekolah)

Tindakan : Jawatankuasa Kokurikulum

3.5.7 Surat serah tugas unit kokurikulum bertarikh pada 31 Disember semasa
perlu diserahkan pada akhir sesi persekolahan tahun semasa (SKK/03).

3.5.8 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah
diperuntukan adalah suatu KESALAHAN daripada segi keperluan
perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat
awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan
TINDAKAN DISIPLIN dan DIDENDA TIDAK MELEBIHI RM5,000 ATAU
DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 6 BULAN ATAU
KEDUA-DUANYA (Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 : Penalti Am)

3.6 PENJAWATAN MURID
3.6.1 Seorang murid hanya dibenarkan memegang hanya 1 jawatan tertinggi
sahaja.

3.6.2 Markah penilaian kokurikulum diberikan berdasarkan jawatan yang
disandang dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun
semasa.

Tindakan : Guru penasihat

8

3.6.3 Guru-guru penasihat memberi peringatan kepada murid yang
menyandang jawatan dalam sesebuah unit / kelab boleh dilucutkan
jawatan sekiranya terlibat dengan masalah disiplin yang serius dan
kehadiran aktiviti kokurikulum kurang daripada 50%.

Tindakan : Jawatankuasa Kokurikulum

3.6.4 AJK baharu dilantik menggantikan AJK yang dilucutkan jawatan atau
lantikan baharu mengikut hirarki dalam perjumpaan / mesyuarat unit
masing-masing.

Tindakan : Guru penasihat

3.7 PERJUMPAAN MINGGUAN

3.7.1 Bilangan perjumpaan setahun sebanyak 12 kali mengikut ketetapan
dalam dasar PAJSK bagi setiap unit Pasukan Badan Beruniform, Sukan
dan Permainan serta Kelab dan Persatuan.

Tindakan : Penyelaras Unit / Guru Penasihat

3.7.2 Mematuhi SOP semasa melaksanakan aktiviti bersemuka.
3.7.3 Memastikan semua lokasi perjumpaan dan peralatan selamat sebelum

aktiviti dijalankan.

Tindakan : PK Kokurikulum / SU Kokurikulum /
Penyelaras Unit / Guru Penasihat.

3.8 PENGURUSAN BUKU PAJSK
3.8.1 Semua murid mesti memiliki kad/ Buku PAJSK pada awal tahun.
3.8.2 Kehadiran murid direkodkan pada setiap kali perjumpaan
3.8.3 Analisis kehadiran bulanan disediakan berdasarkan Borang Kehadiran
Bulanan.
Tindakan : Guru Kelas/ Guru Penasihat/
Penyelaras PAJSK/ Setiausaha Unit

3.9 PENGURUSAN BUKU LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM ( BLAK )
3.9.1 BLAK disediakan dan diserahkan kepada guru penasihat pada awal
tahun.
3.9.2 Melengkapkan dokumen dan item yang diperlukan dalam BLAK dalam
tempoh 2 minggu selepas Mesyuarat Agung.
Tindakan : SU Kokurikulum / Penyelaras
Unit/ Guru Penasihat

3.9.3 BLAK perlu disahkan oleh Guru Besar.
3.9.4 BLAK disemak sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

Tindakan : Setiausaha Unit / Penyelaras Unit

3.10 SUKATAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
3.10.1 Sukatan bagi setiap unit Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan

Permainan disediakan /diperolehi atau diusahakan pada awal tahun
semasa.
3.10.2 Sukatan setiap unit WAJIB digunakan dalam perancangan aktiviti
tahunan yang direkodkan dalam BLAK.

Tindakan : Ketua / Guru Penasihat

9

3.10.3 Pemilihan sukatan setiap unit mengikut kesesuaian dan keperluan
sebanyak 12 aktiviti ( kemahiran, pengetahuan dan sahsiah ).

3.10.4 Sukatan yang dibuat / diperolehi disimpan dalam Fail Induk Sukatan dan
satu salinan disimpan dalam fail setiap unit.

3.10.5 Sukatan yang telah dipilih dalam perancangan perlu dilaksanakan dalam
perjumpaan setiap unit.
Tindakan : SU Kokurikulum / Ketua Guru
Penasihat / Penyelaras Unit

3.10.6 Guru-guru perlu memilih aktiviti-aktiviti yang memberikan impak yang
tinggi , mempunyai unsur-unsur KBAT yang sesuai dengan keadaan
pandemik covid 19 yang melanda sekarang ini.
Tindakan : Semua guru penasihat

3.11 MEKANISME PEMANTAUAN
3.11.1 Penyediaan borang pemantauan akan disediakan dan diberikan dalam

grup telegram rasmi Induk Kokurikulum.
Tindakan : PK Kokurikulum / SU Kokurikulum /
3 Penyelaras Unit

3.12 PENILAIAN PAJSK

3.12.1 Menubuhkan Jawatankuasa PAJSK yang terdiri daripada Guru Besar ,
Semua pentadbir , Guru Bimbingan dan Kaunseling , Guru Pendidikan
Jasmani dan beberapa orang guru ( mengikut keperluan sekolah ).

Tindakan : Guru Besar / PK Kokurikulum

3.12.2 Menyemak dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam Buku
Rekod PAJSK
Tindakan : Guru Kelas

3.13 PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN
3.14
3.13.1 Pengiktirafan kepada murid dan guru dalam aktiviti kokurikulum dan
sukan perlu dilaksanakan.

Tindakan : PK Kokurikulum /SU Kokurikulum/
SU Sukan

PROGRAM KOKURIKULUM

3.14.1 Perancangan Strategik ( 3 tahun sekali ) dan Perancangan Tahunan
disediakan pada akhir tahun / awal tahun semasa.

Tindakan : SU Kokurikulum

3.14.2 Pelan Taktikal ( Jadual 2 ) disediakan pada akhir / awal tahun semasa.

Tindakan : Setiausaha/Penyelaras /Ketua
Guru Penasihat /Penasihat

10

3.14.3 Pelan Operasi ( Jadual 3 ) program induk dan unit disediakan pada awal
tahun semasa.
Tindakan : Setiausaha Unit / Ketua Guru Penasihat

3.15 WAKTU PERJUMPAAN KOKURIKULUM

3.15.1 Waktu perjumpaan kokurikulum

3.15.1.1 Perjumpaan dijalankan secara Google Meet pada hari Sabtu secara atas
talian.

Aktiviti 1

9.00 -9.30 pagi UBB/Persatuan
9.30-9.40 pagi Rehat

Aktiviti 2

9.40-10.10 pagi UKP

Di ikuti dengan tugasan melalui telegram atau
whats App

Tindakan dan Makluman : Semua Guru Penasihat

3.15.1.2 Perhimpunan bulanan kokurikulum

* Hari Isnin minggu ke 3
Tindakan dan Makluman : Semua Guru Penasihat

11

3.16 KEWANGAN
3.16.1 Pembentangan kewangan adalah seperti berikut :

3.16.1.1 Peruntukan yang di belanjakan adalah mengikut bahagian masing-
masing. Semasa mesyuarat pengurusan, semua pembelian telah di
maklumkan
Tindakan dan Makluman : Semua Guru Penasihat

12

3.16.2 Kedudukan kewangan terkini

Tindakan dan Makluman : Semua Guru Penasihat
3.16.3 PEMBELIAN PERALATAN
3.16.3.1 Pembelian alatan adalah seperti berikut : -

Perkara Kuantiti
Alatan Sukan
1
i. Tilam (4’ x 6’ x 2) 1
ii. Tali tarik tali 1
iii. Starting board lompat jauh 1
iv. Canvas
Alatan Sukaneka 3 set
i. Terompah 1 set
ii. Bola getah 1 set
iii. Gelung plastik 1 set
iv. Kon (23 cm) 1 set
v. Bip bola jaring 1 set
vi. Kon (50 cm) 3 biji
vii. Bola baling 4 biji
viii. Bola sepak 3 biji
ix. Bola jarring 1 set
x. Traning goal 1 set
xi. Keeper glove
4 unit
Peralatan Sukan badminton 3 set
i. Raket
ii. Shattle 1 unit
2 set
Boling Tenpin 1 set
i. Beg boling
ii. Pin boling plastik 5 unit
iii. Bola boling 1 unit
1 set
Unit uniform
i. Khemah
ii. Dapur Portable
iii. First Aid

13

13.16.3.2 Setiap peralatan yang di pinjam mestilah di rekodkan dan di pulangkan
semula dalam keadaan baik, bersih, lengkap dan sempurna.
5 khemah baru bagi unit uniform di bawah pengurusan Puan Juliana.
Segala urusan pinjaman dan pemulangan perlu mendapat kebenaran
PK Kokurikulum dan perlu mengisi Buku Log yang di sediakan.

13.16.3.3 Peralatan sukan di bawah pemantauan SU Sukan, Puan Hamimah.
Tahniah kepada SU sukan yang telah menjaga dan menguruskan
alatan sukan dengan baik di mana turut di bantu oleh En Nik di sesi
petang.

Tindakan dan Makluman : Semua Guru Penasihat

3.17 FAIL UNIT KOKURIKULUM
3.17.1 Nombor sistem fail yang baharu bagi unit Kokurikulum adalam 600.

Semua fail tersebut akan dipindahkan dan diletak di bilik fail.
3.17.2 Semua BLAK tahun sebelum ini, ( 2018, 2019 dan 2020) juga akan

diletakkan di dalam fail tersebut. BLAK yang baharu akan diedarkan
kepada semua ketua unit untuk diambil tindakan apabila aktiviti akan
dimulakan kelak.
3.17.3 Semua guru perlu mengisi borang butir diri dan dihantar kepada
penyelaras unit.

Tindakan dan Makluman : Semua Guru Penasihat

4.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2022

4.1 Pn Norleha mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Tertinggi dalam
Kokurikulum bagi tahun 2022 dengan mengekalkan semua jawatan tertinggi iaitu
Setiausaha Kokurikulum , Penolong Setiausaha , Setiausaha Sukan dan
Penolong Setiausaha, Penyeleras Unit Beruniform , Penyelaras Kelas dan
Persatuan. Pelantikan baharu bagi Penyelaras Sukan dan Permainan iaitu Encik
Syafie

4.2 Semua guru boleh merujuk buku 3P bagi semua jawatan dan barisan ahli
jawatankuasa serta senarai tugas dalam setiap unit yang dilantik bagi tahun 2022.
Makluman : Semua guru

4.3 Oleh kerana Ustaz Solah telah berpindah, tempat beliau sebagai Ketua Bolasepak
akan di ganti oleh Ustaz Khairil. Manakala untuk unit uniform TKRS dan Silat Seni
Gayong akan di putuskan kemudian.

Tindakan dan makluman : PK Kokurikulum /
Jawatankuasa Kokurikulum

4.4 Pn Norleha meletakkan nama yang tercicir dari senarai iaitu Puan Roszawati di
Bola Tampar, Puan Fatihah di Kelab Kebudayaan dan Puan Najieha di rumah
sukan hijau

Makluman : Pn Rosza, Puan Fatihah & Puan Najieha

4.5 Perhimpunan Kokurikulum mengikut unit akan dijalankan pada hari Isnin minggu
ketiga setiap bulan.

Tindakan dan Makluman : Ketua-ketua Guru Penasihat

14

4.6 Semua ketua dan guru penasihat hendaklah memberikan bimbingan dan latihan
kepada murid-murid yang dipilih untuk mengetuai perhimpunan tersebut dengan
baik.

4.7 Semua guru diminta merujuk takwim perjalanan kokurikulum bermula bulan Mac
2022 sehingga Feb 2023.
Makluman : Semua guru

4.8 Encik Yamani memohon agar kelab memanah kekal di dalam Kelab Elit. Fokus
kelab ini lebih kepada murid yang berminat sahaja. Ahli kelab ini adalah ahli yang
terpilih kerana melibatkan penggunaan alatan dan aspek keselamatan semasa
pengendalian alatan.

4.9 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah mengisi PSO. Semua aktiviti
yang di rancang perlu di laksanakan. Tahniah di ucapkan kepada Kelab memanah
kerana telah mencapai PSO untuk guru. Jika ada guru-guru yang berminat
menyertai kursus meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang, mereka di
minta merebut peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran diri dari segala
aspek.
Tindakan dan makluman : Semua guru

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT
5.1 Semua guru diingatkan supaya dapat bersedia dengan perancangan aktiviti yang
menarik dan memberikan impak yang tinggi dan terbaik untuk murid-murid.
5.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan
menangguhkan mesyuarat dengan surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Urusetia
Pen Setiausaha Kokurikulum 2022
SK Saujana Impian.
Sekolah Berprestasi Tinggi

15


Click to View FlipBook Version