SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,KPM
PERSIARAN IMPIAN PERDANA, SAUJANA IMPIAN,
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM BIL. 3/2022
Bilangan Mesyuarat : 3 / 2022
Tarikh : 13 September 2022
Hari : Selasa
Masa : 12.15 tengah hari
Tempat : Kamar Saujana SK Saujana Impian
Hadir
1. Pn Hjh Suminah bt Hj Kasolang - Guru Besar
2. Pn Norleha bt Adam - PK Kokurikulum
3. Ustaz Mohamad Faizal b Tukijan - PK Hal Ehwal Murid
4. Ustazah Sarimah bt Sidek - PK Petang
5. Pn Hamimah bt Abdullah - Setiausaha Sukan
6. En Mohd Syafie b Azmi - Penolong Setiausaha Sukan
7. Pn Juliana bt Ahmad Zukhi - Penyelaras Unit Badan Beruniform (petang)/
Ketua Pengakap
8. Pn Siti Asbah bt Bahraldin - Ketua Tunas Kadet Remaja Sekolah
9. Pn Sri Latha Demado - Ketua Pandu Puteri Tunas
10. Ustazah Sa’idah bt Ibrahim - Ketua Pergerakan Puteri Islam Malaysia
11. Ustazah Suryani bt Brahim - Ketua Bulan Sabit Merah Malaysia
12. Pn Helena bt Hj Mohd - Setiausaha Tunas Kadet Remaja Sekolah
13. Pn Siti Asiah bt Idris - Setiausaha Pandu Puteri Tunas
14. Ustazah Khairiah bt Husin - Setiausaha Pergerakan Puteri Islam Malaysia
15. Pn Hasnafizah bt Che Soh - Setiausaha Bulan Sabit Merah Malaysia
16. Pn Nor Azlita bt Jani - Penyelaras Unit Kelab & Persatuan
17. En Mohd Rosli b Abdullah - Ketua Persatuan Bahasa Melayu
18. Pn Hjh Nor Fadhlina bt Omar - Ketua Persatuan Matematik
19. Pn Gowri A/P Mottaiya - Ketua Persatuan Bahasa Inggeris
20. Pn Khalilah bt Kamaruddin - Ketua Persatuan Sains /Ketua Elit STEM
21. Ustazah Halimah bt Mohamad - Ketua Persatuan Agama Islam
22. Pn Rosmiza bt Ismail - Ketua Kelab Alam Sekitar
23. En Mohd Zaidi b Sulaiman - Ketua Kelab Pencegahan Jenayah
24. Pn Warisah bt Mohd Daud@Mohd Hanafi- Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
25. Cik Hjh Ernie Aida bt Hadi Darsono - Setiausaha Persatuan B.Inggeris
26. Pn Norashikin bt Mohd Norrizan - Setiausaha Persatuan Sains
27. Ustaz Ahmad Sahrul b Hussin - Setiausaha Persatuan Agama Islam
28. Pn Muziatilasma bt Muhammad - Setiausaha Kelab Alam Sekitar
29. Pn Mawar bt Sharif - Setiausaha Kelab Muzik & Kebudayaan
1
30. Pn Azilawati bt A.Rahim - Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah
31. En Hamin bt Ahmad - Ketua Sukan Badminton
32. Pn Marita bt Abd Wahab - Ketua Sukan Bola Jaring
33. Pn Suganah A/P Nadasan - Ketua Sukan Permainan Dalaman
34. Ustaz Mohammad Khairil Akmal b Masduki - Ketua Sukan Bola Sepak
35. Pn Nur Edayu bt Sa’ari - Ketua Sukan Bola Tampar
36. En Mohd Yamani b Ngah - Ketua Sukan Elit Memanah
37. Pn Siti Zaharah bt Che Ros - Setiausaha Sukan Bola Jaring
38. Pn Rosni bt Ali - Setiausaha Sukan Permainan Dalaman
39. Pn Wan Nasiha bt Wan Ahmad - Setiausaha Sukan Memanah
40. Pn Nurul Najieha bt Md Zaid - Setiausaha Sukan Bola Tampar
41. Pn Fazlezaa bt Sarif - Setiausaha Sukan Elit Memanah
42. Pn Hjh Noryana bt Mahat - Ketua Sukan Elit Boling
43. Pn Noorul Hafizah bt Mohd Masri@Othman - Ketua Elit Sukan Sofbol
44. Pn Siti Hajar bt Idris - Guru Penasihat Pandu Puteri Tunas
45. Cik Wan Athirah bt Wan Mohd Aminuddin - Guru Penasihat Kelab Muzik & Kebudayaan
46. Ustazah Rohaya bt Mat Zin - Guru Penasihat Memanah
47. Pn Nawal Shakirah bt Mahmud - Guru Penasihat PPIM
48. Ustazah Thohirah bt Mohamed - Guru Penasihat BSMM
49. Ustazah Junariah bt Tairin - Guru Penasihat PPIM
50. Ustazah Noor Insyirah bt Mohd Poad - Guru Penasihat PPIM
51. Pn Lim Swee Fong - Guru Penasihat PPT
52. En Nik Iruansafawi b Nik Chik - Guru Penasihat Pengakap
53. Ustaz Sayuti b Abdul Aziz - Guru Penasihat TKRS
54. Pn Siti Nur Fatihah bt Mohd Zaib - Guru Penasihat PPIM
55. Pn Wan Nasiha bt Wan Ahmad - Guru Penasihat PPT
56. Cik Suraini bt Ibrahim - Guru Penasihat Pengakap Lebah
57. Pn Namiha bt Yahaya - Guru Penasihat Pengakap Lebah
58. Cik Wan Nur Ain Nazihah bt Wan Abd Aziz - Guru Praktikum BSMM
59. Cik Ezzah Sumayyah bt Abd. Razak - Guru Praktikum BSMM
60. Cik Aisyah Adibah bt Azmi - Guru Praktikum BSMM
61. Cik Nurul Ain Najwa bt Azmi - Guru Praktikum BSMM
62. En Muhammad Burhanuddin Fahmi b Nazre - Guru Praktikum Pengakap
63. En Haziq Aiman b Talimuddin - Guru Praktikum Pengakap
64. Ustazah Nazuha bt Mohamad Aris - Setiausaha Kokurikulum
Tidak Hadir Sebab
1. Pn Hjh Zuraida bt Mohamed Omar (PK Pentadbiran) - Cuti sakit
2. Pn Roszawati bt Md Din (Ketua Kelab Muzik & Kebudayaan) - Urusan keluarga
3. Ustaz Mohamad Faizal b Tukijan (PK HEM) - Urusan Lokar
4. Ustazah Sawaroh bt Che Jahari (S/U Sukan Bola Sepak) - Guru Bertugas di Pavillion
5. Pn Tuan Haroha bt Tuan Mat (Pen. Setiausaha Kokurikulum) - CRK
6. Ustazah Raudhahtul Jannah bt Ahamad Asmadi (GP TKRS) - Taklimat
7. Ust Abdul Muhaimin b Mat Rasid (Ketua GP Sukan Olahraga) - Urusan Lokar
8. Pn Siti Aishah bt Ismail (Setiausaha Pengakap) - Pengawas SPM
9. Ustazah Wan Nurul Anis bt Wan Ismail (GP PPT) - Cuti Bersalin
10. Ustazah Kamariah bt Sulong (GP PPIM)
11. Ust Omaira b Samat (S/U Sukan Badminton)
2
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI :
PN HJH SUMINAH BT HJ KASOLANG (GURU BESAR)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab al-fatihah .
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang telah
menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cemerlang di bawah Unit
Kokurikulum.
1.3 Ketetapan pakaian guru semasa aktiviti Unit Kokurikulum iaitu seperti berikut :-
1.3.1 Perhimpunan bulanan hari Isnin minggu ketiga – Pakaian Seragam Unit
Beruniform.
1.3.2 Setiap Hari Rabu :-
1.3.2.1 Aktiviti Unit Badan beruniform (UBB) : Pakaian Seragam Unit
Beruniform ( guru sesi pagi & guru sesi petang ).
1.3.2.2 Aktiviti Unit Kelab Persatuan (UKP) : Pakaian T-shirt Unit
Beruniform ( guru sesi pagi & guru sesi petang ).
1.3.2.3 Aktiviti Unit Sukan Permainan (USP) : Pakaian Baju Sukan ( guru
sesi pagi ) , Pakaian Seragam Unit Beruniform ( guru sesi petang ).
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2 2022
2.1 Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Pn Siti Asbah binti Bahraldin dan
disokong oleh En Mohd Syafie bin Azmi.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pn Norleha mengingatkan guru-guru yang telah mendapat sijil pentauliahan jurulatih
dalam bidang masing-masing supaya memberikan salinan sijil tersebut kepada
setiausaha kokurikulum untuk simpanan dan makluman pihak unit kokurikulum.
Makluman dan Tindakan : Guru-guru yang
mendapat pentauliahan jurulatih
3.2 Guru-guru yang telah menghadiri mesyuarat atau taklimat hendaklah menghantar
minit curai kepada PK Kokurikulum secepat mungkin selepas tempoh taklimat atau
mesyuarat yang dihadiri.
Makluman dan Tindakan : Guru-guru yang
menghadiri mesyuarat
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pengurusan dan Pentadbiran Unit Kokurikulum
4.1.1 Pn Norleha mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua
guru sesi pagi dan petang yang telah menjayakan semua aktiviti dalam
Unit Kokurikulum sepanjang bulan Jun hingga Ogos terutama ketua
pasukan/penyelaras setiap program di bawah Unit-unit berikut :-
4.1.1.1 Kejohanan Sukan (MSSD) –
Merentas Desa , Badminton, Bola Jaring, Bola sepak, Sofbol ,Bola
Tampar, Catur, Memanah, Boling Tenpin, Olahraga.
3
4.1.1.2 Ko Akademik :
i. Karnival Bahasa Melayu ( Bahas Ala Parlimen )
ii. Karnival Bahasa Inggeris
iii. Mahrajan Al Quran Sekolah-sekolah peringkat Daerah
4.1.1.3 Aktiviti Pertandingan Acara Hafazan Al-Quran di bawah Unit
Beruniform Peringkat Daerah.
4.1.2 Syabas dan Tahniah juga kepada semua ketua jurulatih dan ahli
jawatankuasa setiap unit yang telah memperoleh kejayaan dalam setiap
pertandingan di peringkat daerah , negeri dan kebangsaan, seterusnya
mengharumkan nama sekolah sekaligus menaikkan markah dan gred
dalam PAJSK.
4.1.2.1 Antara pencapaian terbaik iaitu pasukan sofbol, Pn Noorul Hafizah
yang berjaya membawa murid ke peringkat kebangsaan.
4.1.2.2 Kejayaan dalam Sukan Tahunan dan Program Gilapan Permata.
4.1.3 PAJSK
4.1.3.1 Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru kelas Tahap 2
yang telah mendaftarkan keahlian murid masing-masing
dalam sistem PAJSK. Guru-guru yang masih belum
melengkapkan pendaftaran keahlian murid diharapkan dapat
mengambil tindakan segera.
4.1.3.2 Semua guru kelas tahap 2 sudah boleh mula memasukkan
data penyertaan dan pencapaian murid masing-masing
melalui maklumat sijil yang diberikan.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru Kelas Tahap 2
4.1.3.3 Penyelaras / Ketua-ketua pasukan diingatkan supaya dapat
menghantar sijil pencapaian dan penyertaan murid kepada guru
kelas untuk guru kelas merekod maklumat tersebut ke dalam
sistem PAJSK.
Makluman dan Tindakan : Penyelaras / Ketua Pasukan
Yang Terlibat
4.1.4 Post-Moterm Aktiviti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah Daerah
(MSSD) Hulu Langat :-
4.1.4.1 Pasukan Bola Jaring
4.1.4.1.1 Kekuatan : Komitmen yang telah diberikan oleh semua
guru penasihat , murid-murid dan ibu bapa.
4.1.4.1.2 Kelemahan :
1. Masa Latihan yang terlalu suntuk
2. Ada murid yang sama menyertai acara sukan yang
lain dan ada juga murid yang terlibat dengan
peperiksaan sekolah agama.
3. Kekurangan peralatan permainan.
4.1.4.2 Pasukan Badminton
4.1.4.2.1 Kekuatan : Terdapat pemain yang menyertai latihan
kelab persendirian dan jurulatih berbayar.
4
4.1.4.2.2 Kelemahan :
1. Gelanggang untuk berlatih adalah kurang selesa dan
terhad.
2. Kos sewaan gelanggang yang tinggi.
3. Pemilihan pemain perlu dilakukan lebih awal.
4.1.4.3 Pasukan Bola Tampar
4.1.4.3.1 Kekuatan :
1. Mendapat sokongan yang baik daripada ibu bapa.
2. Penyediaan jadual latihan yang tersusun.
3. Ada seorang bapa di kalangan murid yang menjadi
sukarela untuk melatih murid.
4.1.4.3.2 Kelemahan :
1. Berlaku kesilapan teknikal dan salah faham
mengenai jadual perlawanan.
2. Ruangan gelanggang yang terhad untuk berlatih.
3. Tiada peralatan keselamatan untuk murid seperti
penahan lutut.
4.1.4.4 Pasukan Boling Tenpin
4.1.4.4.1 Kekuatan :
1. Pemain yang mempunyai semangat dan daya juang
yang tinggi.
2. Ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen dan
tajaan.
4.1.4.4.2 Kelemahan :
1. Tiada latihan yang konsisten disebabkan pandemik
covid 19
2. Kos yang tinggi.
3. Pengorbanan masa hujung minggu bagi guru dan
pemain untuk menjalani latihan.
4.1.5 Laporan Program dan Pertandingan Yang Telah Dijalankan.
4.1.5.1 Terima kasih kepada ketua-ketua unit berikut yang telah
menghantar laporan pertandingan iaitu :
i. Badminton
ii. Merentas Desa
iii. Karate-Do
iii. Catur
iv. Memanah
v. Boling Tenpin
vi. Karnival Bahasa Inggeris
vii. Program Gilapan Permata
viii. Mahrajan Al Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) peringkat daerah.
Makluman : Semua guru penasihat yang terlibat
4.1.5.2 Guru-guru penasihat yang belum menghantar laporan pertandingan
diharapkan dapat mengambil tindakan segera.
Makluman dan Tindakan : Ketua atau Setiausaha Unit , Guru
Pengiring atau Guru Penyelaras
5
4.1.6 Audit Fail Kokurikulum akan dijalankan pada 26, 27 dan 29 September
2022.
Makluman dan Tindakan : Semua Ketua
Guru Penasihat/ Setiausaha
4.1.7 Program-program yang akan dijalankan dalam masa terdekat iaitu :-
4.1.7.1 Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah yang akan
diadakan pada 23 hingga 24.9.2022 (Jumaat dan Sabtu).
Makluman dan Tindakan : Penyelaras
Program Perkhemahan , Pn Siti Asbah
4.1.7.2 Webinar Pertolongan Cemas dan Pertandingan Kuiz Dalam
Talian Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan pada 15.10.2022
(Sabtu).
Makluman dan Tindakan : Penyelaras Webinar ;
Ustzh Suryani
4.2 Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM)
4.2.1 Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 dalam strategi ke 5,
memperkukuh Bahasa Melayu melalui kokurikulum telah menetapkan
pelaksanaan PIKeBM di sekolah.
4.2.2 PIKeBM bertujuan membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran lisan Bahasa Melayu dan melatih murid dalam komunikasi secara
lebih berkesan serta bertatasusila.
4.2.3 Kaedah pelaksanaan PIKeBM ini adalah seperti berikut :-
4.2.3.1 Kumpulan sasaran murid yang terlibat adalah murid tahap 2
(Tahun 4, 5 dan 6).
4.2.3.2 Dilaksanakan dalam perjumpaan Unit Beruniform, Unit Kelab
Persatuan dan Unit Sukan Permainan melalui kaedah sisipan
wajib.
4.2.3.3 Aktiviti dan perincian dalam perjumpaan kokurikulum perlu dipilih
bersesuaian dengan cadangan aktiviti dalam modul PIKeBM.
4.2.4 Proses pelaksanaan PIKeBM dilaksanakan secara tiga peringkat iaitu :-
4.2.4.1 Prakokurikulum ; iaitu guru penasihat membuat perancangan
yang akan dilaksanakan pada perjumpaan kokurikulum.
4.2.4.2 Kokurikulum ; iaitu murid melakukan aktiviti secara kaedah sisipan
selama 10 minit. Guru menjadi pemudahcara dan mencatat aktiviti
yang dilaksanakan.
4.2.4.3 Pascakokurikulum ; iaitu murid mengaplikasi dan membudayakan
kemahiran lisan yang bertatasusila secara berterusan.
4.2.5 Laporan perlu direkodkan dengan menggunakan cop khas PIKeBM dalam
Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum (BLAK) selepas program dijalankan.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru Penasihat
4.2.6 Guru-guru penasihat diminta untuk menjalankan Program Interaktif
Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) bermula hari esok kerana esok adalah
hari perjumpaan Kokurikulum bagi Unit Sukan Permainan.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru Penasihat
Unit Sukan Permainan
6
4.2.7 Peranan Setiausaha Kokurikulum adalah menyelaras papan kenyataan
kokurikulum dan memastikan pelaksanaan PIKeBM dilaksanakan di sekolah.
Makluman dan Tindakan : Setiausaha Kokurikulum
4.3 Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 6 Peringkat Sekolah
4.3.1 Siti Asbah bt Bahraldin selaku Penyelaras bagi program ini membentangkan
perjalanan program Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 6 peringkat
sekolah dan menerangkan serta menyenaraikan agihan tugas kepada
semua guru.
4.3.2 Program Perkhemahan ini akan dijalankan selama satu hari satu malam
bermula pada 23 sehingga 24 September 2022 bertempat di SK Saujana
Impian.
4.3.3 Murid-murid yang terlibat akan berkhemah di padang.
4.3.3 Semua guru SK Saujana Impian bersama enam orang guru praktikum
terlibat dengan program ini.
4.3.4 Murid-murid yang terlibat akan mula melapor diri pada jam 3 petang hari
Jumaat dan akan pulang pada hari Sabtu jam 12 tengah hari.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru-guru diminta supaya tidak menangguh kerja untuk memasukkan data
pencapaian atau penyertaan murid kelas masing-masing ke dalam sistem PAJSK
bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan talian PAJSK.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru Kelas Tahap 2
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Semua guru diingatkan supaya dapat bersedia dengan aktiviti-aktiviti yang
menarik dan memberikan impak yang tinggi dan terbaik untuk murid-murid.
6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas dedikasi semua guru dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
6.3 Semua guru perlu memastikan hala tuju unit masing-masing bagi meningkatkan
pencapaian sekolah dan kemenjadian murid di bawah unit masing-masing.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kafarah dan ditangguhkan pada
jam 1.45 tengah hari.
Urusetia
Setiausaha Kokurikulum 2022
SK Saujana Impian
Sekolah Berprestasi Tinggi
7