SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,KPM
PERSIARAN IMPIAN PERDANA, SAUJANA IMPIAN,
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
MINIT MESYUARAT INDUK KOKURIKULUM BIL. 4 / 2020
Bilangan Mesyuarat : 4 / 2020
Tarikh : 8 hb Disember 2020
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Di Kediaman Masing-Masing ( platform google meet )
Hadir
1. Pn Hjh Suminah bt Hj Kasolang - Guru Besar
2. Pn Norleha bt Adam - PK Kokurikulum
3. Cik Hjh Ernie Aida Bt Hadi Darsono - Setiausaha Kelab Bahasa Inggeris
4. Cik Wan Athirah Bt Wan Mohd Aminuddin - K. Kelab Kebudayaan
5. En Hamin B Ahmad - K. Sukan Badminton
6. En Mohd Rosli B Abdullah - K. Kelab Bahasa Melayu
7. En Mohd Yamani B Ngah - Penyelaras Sukan Permainan
8. En Nik Iruansafawi B Nik Chik - Penyelaras Sukan Permainan (Petang)
9. Pn Azilawati Bt A.Rahim - Setiausaha Beruniform PPT
10. Pn Fazleeza Bt Sarif - Setiausaha Kelab Elit Memanah
11. Pn Gowri A/P Mottaiya - K. Sukan Permainan Dalaman
12. Pn Hamimah bt Abdullah - Setiausaha Sukan
13. Pn Hjh Noryana Bt Mahat - Ketua Kelab Sukan Elit Bowling
14. Pn Juliana Bt Ahmad Zukhi - Penyelaras Badan Beruniform (Pagi)
15. Pn Khalilah Bt Kamaruddin - K. Kelab STEM
16. Pn Mawar Bt Shariff - Setiausaha BSMM
17. Pn Noorul Hafizah Bt Mohd Masri@Othman - Pen. Setiausaha Sukan
18. Pn Nor Azlita Bt Jani - Penyelaras Kelab Persatuan (Pagi)
19. Pn Nor Fadhlina Bt Omar - K. Kelab Matematik
- K.Kelab Kitar Semula
20. Pn Nor Shasha Zura Bt Md Lajis - Setiausaha Kelab STEM
- Setiausaha Sukan Olahraga
21. Pn Norashikin bt Mohd Norrizan
22. Pn Nur Edayu bt Sa’ari
23. Pn Rosni Bt Ali - Setiausaha Sukan Permainan Dalaman
24. Pn Roszawati Bt Md Din - K. Sukan Bola Tampar
25. Pn Siti Aishah Bt Ismail - Setiausaha Beruniform PKK 55
26. Pn Siti Asbah bt Bahraldin - K. Unit TKRS
27. Pn Siti Asiah Bt Idris - Setiausaha Kelab Kitar Semula
28. Pn Siti Hajar bt Idris - Penyelaras Badan Beruniform (Petang)
29. Pn Siti Zaharah Bt Che Ros - Setiausaha Sukan Bola Sepak
1
30. Pn Sri Latha A/P Demado - K Beruniform PPT
31. Pn Suganah A/P Nadasan - K. Kelab Bahasa Inggeris
32. Pn Tuan Haroha Bt Tuan Mat - Penolong Setiausaha Kokurikulum
33. Pn Wan Nasiha bt Wan Ahmad - Setiausaha Kelab Memanah
34. Pn Warisah bt Mohd Daud@Mohd Hanafi - Setiausaha Sukan Bola Jaring
35. Ust Solah Hudin b Hamat - Ketua Silat Gayong Malaysia
36. Ust. Mohammad Khairil Akmal b Masduki - K. Sukan Bola Sepak
37. Ustaz Abdul Muhaimin B Mat Rasid - K Sukan Olahraga
38. Ustazah Halimah bt Mohamad - K Kelab Agama Islam
39. Ustazah Rohaya Bt Mat Zin - K. Sukan Bola Jaring
40. Ustazah Sa’idah bt Ibrahim - K Beruniform PPIM
41. Ustazah Sawaroh bt Che Jahari - Setiausaha Sukan Bola Tampar
42. Ustazah Suryani Bt Brahim - Ketua Beruniform BSMM
43. Ustz Nursaadah Bt Ismail - Setiausaha K.Agama Islam
44. Ustzh Siti Khadijah bt Mohamed Nordin - Setiausaha Beruniform PPIM
45. Ustazah Nazuha Bt Mohamad Aris - Setiausaha Kokurikulum
2
1.0 UCAPAN PENGERUSI :
PN HJH SUMINAH BT HJ KASOLANG ( GURU BESAR )
1.1 Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir
ke mesyuarat Unit Kokurikulum kali keempat bagi tahun 2020.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul Quran Al-fatihah.
1.3 Guru Besar berharap agar Unit Kokurikulum dapat memperkembangkan potensi
murid dengan lebih cemerlang pada tahun 2021.
1.4 Semua guru perlu mengambil peluang dan merebut peluang yang ada untuk
mencapai objektif dan sasaran bagi unit kokurikulum.
1.5 Hasrat dan harapan Guru Besar agar semua guru dapat memberikan kerjasama
yang terbaik bagi memastikan pencapaian kokurikulum seiring dengan
pencapaian kurikulum.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Ustaz Mohammad Khairil Akmal b
Masduki dan disokong oleh Pn Fazleeza bt Sarif.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pn Norleha bt Adam ,PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada semua guru penasihat yang telah berjaya menjalankan aktiviti atas talian
mengikut unit masing-masing ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB)
Makluman : Semua guru
3.2 Persatuan Silat Gayong Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Solah Hudin masih
mendapat sambutan di kalangan ibu bapa dan akan diteruskan pada tahun
hadapan.
Tindakan : Ustaz Solah Hudin
3.3 Sekiranya keadaan masih belum pulih dari penularan pandemik covid 19 ini,
semua guru perlu bersedia untuk menyediakan bahan-bahan modul bagi suku
pertama untuk tahun hadapan.
Tindakan : Semua Guru Penasihat
3
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU / LAPORAN UNIT
4.1 Pn Norleha telah membentangkan markah keseluruhan PAJSK seperti berikut:-
Analisa Markah Keseluruhan Kokurikulum
Tahun : Papar Reset
Tidak Markah Kokurikulum Jumlah
Bil. Tingkatan Laksana E D C B A Laksana Jumlah GPS %
/ Tahun (TL) (A - E) Murid GPS
0- 1- 2- 3- 4- 5- 6- 7- 8- 9- 10
0.99 1.99 2.99 3.99 4.99 5.99 6.99 7.99 8.99 9.99
1 D4 0 00 00 0 55 69 65 11 0 0 200 200 2.22 69.5
2 D5 0
3 D6 0 00 00 0 59 100 25 2 1 0 187 187 2.3 67.5
00 00 0 16 77 80 22 0 0 195 195 1.97 75.75
00 00 582
Jumlah 0 0 130 246 170 35 1 0 582
0 0
0 0 130 416 36
% 22.34 71.48 6.19 100.01
% Pencapaian 0 100.01
Keseluruhan
GPS Kokurikulum 2.16
% GPS Kokurikulum 71
Analisa Markah Kelab Persatuan
Tahun : Papar Reset
Bil. Tingkatan / Tahun Tidak Markah Kelab / Persatuan Jumlah Jumlah GPS % GPS
Laksana EDCBA Laksana Murid
(TL) (A - E)
1 D4 0 0 0 52 129 19 200 200 2.17 70.75
2 D5 0 0 0 73 110 4 187 187 2.37 65.75
3 D6 0 0 0 21 138 36 195 195 1.92 77
Jumlah 0 0 0 146 377 59 582 582
% 0 0 25.09 64.78 10.14 100.01
% Pencapaian Keseluruhan 0 100.01
GPS Kelab / Persatuan 2.15
% GPS Kelab / Persatuan 71.25
4
PAJSKR / Rumusan - Analisa Markah Sukan Permainan
Analisa Markah Sukan Permainan
Tahun : Papar Reset
Bil. Tingkatan / Tahun Tidak Markah Sukan / Permainan Jumlah Jumlah GPS % GPS
EDCBA Murid
Laksana Laksana
(TL) (A - E)
1 D4 0 0 0 194 3 3 200 200 2.96 51
2 D5 0 0 0 134 45 8 187 187 2.67 58.25
3 D6 0 1 0 121 51 22 195 195 2.52 62
Jumlah 0 1 0 449 99 33 582 582
% 0.17 0 77.15 17.01 5.67 100
% Pencapaian Keseluruhan 0.17 99.83
GPS Sukan / Permainan 2.72
% GPS Sukan / Permainan 57
Analisa Markah Badan Beruniform
Tahun : Papar Reset
Bil. Tingkatan / Tahun Tidak Markah Badan Beruniform Jumlah Jumlah GPS % GPS
Laksana EDCBA Laksana Murid
(TL) (A - E)
1 D4 0 0 0 114 86 0 200 200 2.57 60.75
2 D5 0 0 0 98 85 4 187 187 2.5 62.5
3 D6 0 0 0 68 113 14 195 195 2.28 68
Jumlah 0 0 0 280 284 18 582 582
% 0 0 48.11 48.8 3.09 100
% Pencapaian Keseluruhan 0 100
GPS Badan Beruniform 2.45
% GPS Badan Beruniform 63.75
Makluman dan Tindakan : Semua guru penasihat
5
4.2 Anugerah Kokurikulum dan Sukan pada tahun ini akan dilaksanakan pada 17 hb
Disember 2020 walaupun dalam tempoh yang singkat. Setiausaha Kokurikulum
akan memberikan link untuk pencalonan bagi 7 kategori yang dipertandingan
melalui google form iaitu :
1. Anugerah Tokoh Kokurukulum (Lelaki) – Tahun 6
2. Anugerah Tokoh Kokurikulum (Perempuan) – Tahun 6
3. Anugerah Tokoh Sukan ( Lelaki ) – Tahun 6
4. Anugerah Tokoh Sukan (Perempuan) – Tahun 6
5. Anugerah Cemerlang Unit Badan Beruniform – Tahun 6
6. Anugerah Cemerlang Kelab dan Persatuan – Tahun 6
7. Anugerah Cemerlang sukan dan Permainan – Tahun 6
Tindakan : Semua Guru Penasihat/ penyelaras
4.2.1 Pn Norleha meminta bantuan Pn Hamimah untuk membuat Kertas Kerja
bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan pada tahun ini.
Makluman dan Tindakan : Pn Hamimah
4.2.2 Semua guru penasihat / penyelaras diberi masa untuk menghantar
pencalonan bermula 10 hb Disember 2020 sehingga 14 hb Disember
2020.
Tindakan : Semua guru penasihat/ penyelaras
4.2.3 Penyampaian hadiah bagi pertandingan kelab dan persatuan yang
tertangguh sebelum ini juga akan disampaikan pada hari yang sama
dengan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan.
Tindakan : Penyelaras Unit Kelab dan Persatuan
4.2.4 Guru kelas juga boleh memaklumkan untuk pencalonan tokoh murid bagi
anugerah kecemerlangan kepada guru-guru penyelaras atau guru
penasihat.
4.2.5 Pn Hamimah mencadangkan supaya guru-guru boleh mencalonkan lebih
daripada satu kategori anugerah bagi seorang murid kerana ahli
jawatankuasa penilai akan melihat semula pemarkahan bagi murid yang
layak.
Makluman : Semua guru penasihat/ penyelaras
4.3 Pembentangan Kewangan
BIL PERKARA JUMLAH BAKI
1. Peruntukan BKK RM 9248.00 RM 7794.25
2. Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
3. Yuran kokurikulum (BBTP) RM 2614 .00 RM 2184.00
4. Sukan Tahunan RM 2811.78 RM 1128.76
RM 8,087.82
6
Makluman : Semua guru penasihat
4.4 Berikut adalah peratusan penyertaan pertandingan yang telah disertai mengikut
unit pada tahun 2020 :-
4.4.1 Unit Badan Beruniform telah diungguli oleh unit pengakap sebanyak 75%
dan Tunas Kadet Remaja Sekolah sebanyak 25%.
4.4.2 Unit Kelab dan Persatuan telah diungguli oleh Unit STEM iaitu sebanyak
14 penyertaan untuk tahun ini
4.4.3 Penyertaan yang paling banyak bagi Unit Sukan dan Permainan iaitu
Sukan Permainan Dalaman iaitu sebanyak 31.3%. Diikuti oleh sukan
memanah iaitu sebanyak 25% , sofbol dan bola sepak sebanyak 12.5% ,
badminton , bola tampar dan olahraga sebanyak 12.5%.
7
Makluman : Semua guru penyelaras / guru penasihat
4.4.4 Pn Fazleeza memaklumkan bahawa penyertaan bagi sukan memanah
adalah sebanyak 5 penyertaan. Pihak Unit Kokurikulum hanya menerima
4 penyertaan sahaja.
Makluman dan Tindakan : Setiausaha Kokurikulum
4.5 Pn Norleha meminta semua guru penasihat dapat menyiapkan BLAK dan
menghantar ke bilik PK Kokurikulum selewat-lewatnya pada 14 hb Disember
2020 ( Selasa ).
Makluman dan Tindakan : Semua ketua guru penasihat/Setiausaha
4.6 Nombor sistem fail yang baharu bagi unit Kokurikulum ialah 600. BLAK bagi
tahun 2018 sehingga 2020 akan disimpan di dalam fail putih berkulit keras yang
baharu dan diletakkan di bilik fail.
Makluman : Semua guru penasihat
4.7 Pada tahun hadapan, pihak unit Kokurikulum akan menyediakan borang untuk
ditandatangani oleh guru-guru yang menghantar laporan pertandingan dan
dikehendaki menulis tarikh penghantaran laporan bagi mengelakkan daripada
keciciran / kelewatan laporan yang telah dibuat di tempat khas yang akan
disediakan.
Makluman dan Tindakan : Semua guru penasihat
8
4.8 Guru-guru yang menghantar laporan ke PPD hendaklah melampirkan bersama
gambar dan salinan sijil untuk simpanan PK Kokurikulum . Sekiranya sijil belum
lagi diperolehi ,diharapkan guru-guru dapat memaklumkan dengan segera
kepada Pn Norleha untuk tindakan selanjutnya.
Makluman dan Tindakan : Semua guru penasihat
4.9 Pn Norleha membuka sesi post moterm untuk penambaikan pengurusan aktiviti
kokurikulum pada masa akan datang.
4.9.1 Pn Tuan Haroha melaporkan terdapat kekangan masa bermulanya aktiviti
kokurikulum bagi sesi petang kerana pertembungan waktu dengan murid
yang bersekolah agama.
4.9.2 Terdapat kekeliruan tentang aktiviti kelab dan persatuan yang murid sesi
petang tidak terlibat tetapi hadir ke sekolah walaupun telah dimaklumakn
oleh guru kelas mengenai jadual kokurikulum pada hari Rabu.
4.9.3 En Nik Iruansafawi memaklumkan terdapat murid sesi petang yang hadir
lewat dan tempoh masa yang singkat untuk melaksanakan aktiviti serta
murid tidak ada masa senggang untuk makan antara aktiviti perjumpaan
dengan tempoh murid masuk ke kelas untuk menjalankan pdpc.
4.9.4 Pn Gowri mencadangkan supaya pihak pengurusan tidak meletakkan
guru-guru tahun 6 dalam satu kelompok unit. Ini adalah kerana guru-guru
tahun 6 mungkin akan terlibat dengan aktiviti kelas tambahan.
4.9.5 Pn Hamimah meminta supaya guru-guru tahun 6 membuat jadual kelas
tambahan lebih awal dan memaklumkan kepada pihak pengurusan untuk
mengelakkan kekangan guru yang akan bertugas pada hari aktiviti
kokurikulum dilaksanakan.
Makluman dan Tindakan : Guru Tahun 6
4.9..6 Pn Juliana memohon supaya pengiktirafan semua pertandingan yang
dijalankan atas talian dalam tempoh PKPB ini mendapat pengiktirafan
yang sewajarnya mengikut peringkat sebenar yang disertai walaupun
pada dasarnya pertandingan atas talian itu adalah dikira sebagai
peringkat sekolah sahaja.
Makluman dan tindakan : Pihak pengurusan
4.9.7 Pertandingan-pertandingan yang diselaraskan di bawah program SBT
diminta supaya memaklumkan tarikh pertandingan lebih awal supaya
guru-guru yang terlibat dapat membuat persediaan dan latihan murid
dengan lebih baik, teratur dan lancar.
Tindakan : Penyelaras Program SBT
4.10 Perancangan Aktiviti 2021
4.10.1 Ahli jawatankuasa bagi unit kokurikulum untuk tahun 2021 ada sedikit
perubahan.
4.10.2 Cadangan daripada Pn Hamimah kepada pihak pengurusan pentadbiran
sekolah agar dapat membuka peluang kepada Kumpulan Sasaran Ibu
Bapa (KSIB) melalui mesyuarat PIBG yang mempunyai kemahiran dalam
9
bidang sukan untuk membantu pihak sekolah dalam menyumbangkan
tenaga dan kepakaran.
Makluman dan tindakan : Pihak pengurusan pentadbiran
4.11 Peratusan pencapaian penarafan Kendiri Sekolah SKPMg2 berlaku sedikit
penurunan daripada tahun sebelum ini iaitu sebanyak 87% disebabkan ujian
pandemik yang melanda pada tahun ini.
Makluman : Semua guru penasihat
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru-guru diminta supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi aktiviti
kokurikulum bagi tahun 2021 memandangkan kes Covid 19 di Selangor masih
tinggi.
5.2 Pn Norleha mengingatkan guru-guru agar dapat menambah baik input dan output
untuk murid-murid mendapat kemahiran dan ilmu yang lebih banyak mengikut unit
masing-masing.
Makluman dan tindakan : Semua guru
6.0 PENUTUP
6.1 Pn Norleha mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua unit dan guru
penasihat yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik dalam
menjalankan semua aktiviti pada tahun 2020 dengan jayanya.
6.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Urusetia
Setiausaha Kokurikulum 2020
SK Saujana Impian
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
22 Disember 2020
10