Microsoft Office 2019: Kuasai Power Point, Panduan Lengkap untuk Newbies
Aplikasi Komputer ialah kursus yang direka khas untuk memberi
pendedahan dan kemahiran dalam penggunaan perisian aplikasi
bagi melaksanakan tugasan harian secara teratur dan profesional.
E-buku Microsoft Office 2019: Kuasai PowerPoint, Panduan Lengkap
untuk Newbies ini ditulis bagi membantu pelajar Kolej Komuniti
Malaysia menguasai teknik penyediaan dan penyampaian
persembahan yang berkesan. Ia membimbing pelajar dalam
penggunaan PowerPoint secara sistematik untuk tujuan akademik
dan profesional.
E-buku ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran
komunikasi visual pelajar melalui elemen grafik dan media
interaktif. Ia juga membantu pelajar mengaplikasikan teknik yang
betul dalam menghasilkan persembahan berkualiti tinggi. Dengan
enam topik lengkap bersama nota, latihan interaktif, dan ujian
formatif, buku ini menyediakan pengalaman pembelajaran kendiri
yang komprehensif.
Harapan kami adalah agar pelajar dapat menguasai PowerPoint
dengan baik, meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan
maklumat secara menarik, serta mempersiapkan diri untuk dunia
kerjaya yang memerlukan kemahiran teknologi. E-buku ini juga
diharap menggalakkan pelajar terus belajar dan berkembang
dalam dunia digital yang semakin maju.
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload