The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN - AZRA IRDINA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14004188, 2022-09-10 05:28:14

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

BUKU SKRAP TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN - AZRA IRDINA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHANTEK

BUKU SKRAP
TOKOH – TOKOH KEMERDEKAAN

DISEDIAKAN OLEH :
AZRA IRDINA BINTI AZMAEN
TAHUN 4 CEMERLANG

Biodata Diri

Nama : Azra Irdina binti Azmaen

Umur : 10 Tahun

Kelas : 4 Cemerlang

Alamat : No 12 Jalan Seri Mutiara 3, Taman

Seri Mutiara, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor

Bilangan adik beradik : 2 orang, anak ke-2

Hobi : Bermain Badminton

Cita-cita : Guru

Minuman Kegemaran : Teh O Ais Limau

Makanan Kegemaran : Bakso

Aktiviti Masa Lapang : Bersiar-siar/ Melancong

Matlamat : Hidup mesti berjasa

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua guru Sekolah

Kebangsaan Seri Chantek kerana
mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan

bagi tahun 2022 kali yang ke-65 tahun.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Mata
pelajaran Sejarah iaitu Cikgu Hasbun Nazli
bin Komar atas bimbingan, dorongan dan

ilmu yang diberikan.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru
kelas iaitu Cikgu Faiz dan semua guru

kerana sentiasa memberikan galakan dalam
semua penyertaan pertandingan sempena
Bulan Kebangsaan.

Penghasilan buku skrap Tokoh Kemerdekaan
Pejuang Tanah Air ini membantu saya
mengetahui lebih mendalam tentang
pejuang-pejuang negara yang

mempertahankan negara untuk mencapai
kemerdekaan.

al-Fatihah untuk semua pejuang negara!

DATO’ MAHARAJALELA

LATAR BELAKANG
Dato' Maharaja Lela atau nama sebenar
beliau Pandak Lam ialah pembesar
kelapan Perak yang merupakan pejuang
bangsa Melayu. Dato’ Maharaja Lela ialah
Orang Besar Berlapan Perak dan
penghulu di Pasir Salak.
Beliau berketurunan Daeng Selili, anak
Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa
pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak
dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran Dato'
Maharaja Lela Tan Lela

Pada November 1874, Perak menerima Residen British iaitu
J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu
menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak
yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan J.W.W Birch

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah
bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil
keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan
pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum
menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam
menghalau British keluar dari bumi Perak.

Tempat Birch Di bunuh

Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir
Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak
memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan
pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh
Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang
Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin
perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British
dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini
dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah
tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar
Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu
oleh tentera dari India dan Hong Kong.

Kubu Dato’ Maharajalela

KESAN PENENTANGAN
Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak

Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang,
Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke
Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke
Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak
menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’
Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

TOK JANGGUT

LATAR BELAKANG

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang
lebih dikenali sebagai Tok Janggut (1853
– 25 Mei 1915) ialah seorang penentang
penjajahan British yang terbunuh semasa
menentang pengenaan cukai oleh pihak
British ketika Perang Tok Janggut di
Kelantan, Tanah Melayu.

Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik
sokongan banyak pengikut di Kelantan. Gelaran Tok Janggut
beliau adalah kerana janggutnya yang dipelihara sampai ke paras
dada. Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir
bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan
Muhammad IV yang mana bonda baginda diriwayatkan ialah adik
beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan
bahawa beliau ialah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian
Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan
khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan
telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di
negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut :
• cukai tanah
• cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
• cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
• kelapa sebanyak 3 sen setandan
• sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

FAKTOR PENENTANGAN
a) British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang
mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b) Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan
seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok
pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c) Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak
di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap
dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas
menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d) Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki
Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah
Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan
melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan
Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang
dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan
‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik
pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok
Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut
tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang
‘pintar’ akan terjejas.

PERJUANGAN DAN PENENTANGAN
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh

menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri
menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan
Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau
diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana
di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan
bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak
berlaku di Kelantan. Sejurus selepas berunding dengan Langham-
Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri
Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail
bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta
bantuan Datuk Imam Lebai Kadir. Ungku Besar dan Tok Janggut
menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan
menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk
Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV
memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas
kesalahan menderhaka. Malah, satu tawaran turut dihebahkan
kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok
Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan
menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda
dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang
bersimpati dengan Tok Janggut.

Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke
Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu
pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil
keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang
mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka
bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa
kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali
menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera
Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu
mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah
tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915. Langham-
Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula
memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok
Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung
Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ. Khatib Abu
Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi
rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di
Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan
dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya
bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama
ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum
dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala
ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan,
Tumpat, Kelantan.

MAT KILAU

LATAR BELAKANG
Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada
kira-kira tahun 1865 atau 1866 di
Kampong Pulau Tawar, namun
kelahirannya sering dianggap jatuh pada
tahun 1847. Kelahirannya jatuh ketika
zaman pemerintahan Raja Bendahara
Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad.
Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan
nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut
Burau. Mat Kilau dikatakan mahir mengaji, berzanji dan berdikir
maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir
Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah
keras.

SEJARAH PERJUANGAN
Mat Kilau ketika menceritakan sejarah perjuangan beliau

setelah muncul dari persembunyiannya dan pulang ke Kampung
Pulau Tawar, Jerantut. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah
berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan
berunding dengan Mat Kilau. Hal ini menunjukkan Clifford
mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau dikatakan suka bergaul
dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau
menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan
penuh dari masyarakat. Mat Kilau dikatakan sebagai seorang yang
jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi
oleh pengikut-pengikutnya.

BURUAN BRITISH
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam

akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits
Times dan The Free Press menyatakan Ketua Pendehaka, iaitu
Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada
bulan Oktober 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa
"Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya
dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan pedang.
Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan
ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar
The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat
umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang
sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang
sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau),
Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan
beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai
'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau
mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat
dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat
beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

KEMATIAN
Ahad 16 Ogos kira-kira pukul 6.45 pagi, Mat Kilau meninggal

dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar, Jalan Kuantan–
Gambang kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia
122 tahun, namun menurut buku laporan jawatankuasa
penyiasatan Mat Kilau, beliau meninggal dunia ketika berusia 104
tahun.

DOL SAID

LATAR BELAKANG
Abdul Said bin Omar (Jawi: ‫عبد السيد بن‬
‫)عمر‬, atau Dol Said (1773 – Ogos
1849)[1], ialah Penghulu Naning yang
kesembilan.Mohd Shah bin Mohd Said
al-Haj, Tambo Alam Naning. Perang
Naning yang berlaku pada tahun 1831
menjadikan beliau seorang pahlawan
yang telah mengukir tempat di sejarah
Melaka.

Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu
Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya
berumur 26 tahun. Pada tahun 1802, Kolonel Taylor telah
melantik Dol Said sebagai Penghulu Naning dengan syarat
beliau menggunakan cap mohor syarikat Inggeris. Sehingga
campur tangan Kolonel Farquhar pada 1807, penghulu Naning
dibenarkan mentadbir Naning termasuklah dalam hukuman
mati. Campur tangan kolonel Farquhar menyebabkan kuasa
menghukum mati diserahkan kepada kerajaan negeri.

PENENTANGAN TERHADAP BRITISH (1831−1832)
Beliau telah menentang pentadbiran British pada tahun
1831−1832. Penentangan beliau adalah kerana:

• Mempertahankan kemerdekaan Naning.
Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda
menyerahkan Melaka kepada British dan British mendakwa
Naning ialah sebahagian daripada Melaka. Oleh sebab itu,
British mengarahkan Naning mematuhi semua peraturan
yang ditetapkan di Melaka. Dol Said dan rakyat Naning
enggan menerima dakwaan British tersebut.

• Menentang bayaran cukai.
Melalui Undang-undang 1830, British memaksa Naning
membayar satu persepuluh daripada hasil keluaran
pertaniannya. Arahan dikeluarkan setelah British mendapati
hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.
Penghulu Dol Said enggan membayar cukai kerana beliau
menganggap Naning sebagai sebuah daerah yang berdaulat.

• Menentang pelaksanaan undang-undang British.
British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang
menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Peraturan ini
melarang penghulu membicarakan kes jenayah.

Pada tahun 1828, British memberi amaran kepada Dol Said
kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning sendirian. Beliau juga
diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan
British. Kisah perjuangan beliau berlangsung selama setahun
sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat dua peperangan yang
berlaku dalam tempoh berkenaan, iaitu Perang 15 Julai 1831 dan
Perang Mac 1832.

Perang 15 Julai 1831

British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.

Kapten Wyllie dihantar mengetuai 150 orang sepoi untuk
menyerang Naning.

Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana:

• menggunakan taktik perang gerila.
• mendapat bantuan daripada Seri Meranti, Sungai Ujong,

Johol dan Muar.
• juga mendapat bantuan daripada Yamtuan Muda Raja Ali

dari Rembau. Bantuan tentera diketuai oleh menantunya,
Syed Sha'aban.

Perang Mac 1832

• British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dari
Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang
hulubalang untuk membantu British.

• Pasukan tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert
berjaya menawan Taboh dan rumah-rumah penduduk
Naning dibakar.

• Dol Said menyerah diri kepada pihak British. Peristiwa
inilah pengakhiran kebangkitan Dol Said.

PENUTUP

Diharapkan, sebagai warga Malaysia yang MERDEKA,
kita seharusnya menghargai

jasa tokoh-tokoh pejuang negara.

Pelihara dan pertahankan maruah negara
agar kedaulatan negara terus TERPELIHARA


Click to View FlipBook Version