UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
SEKOLAH KEBANGSAAN LOHAN , RANAU
NO TELEFON 088 875 166
BUKU PANDUAN
MURID
Disediakan Oleh :
Unit Disiplin Sek. Keb Lohan Ranau
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH
1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang
intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak
mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab.
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan kanak-kanak,
khususnya para murid perlu mendapat didikan dan bimbingan yang
sempurna bagi melahirkan murid yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah
yang sesuai.
3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu
mewujudkan ketenteraman dan keselesaan murid serta keberkesanan
dan keselesaan perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah yangs selaras dengan
peraturan dan disiplin murid sekolah – sekolah rendah di Malaysia.
5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong
Kanan , guru- guru dan kakitangan sekolah serta ibu bapa atau penjaga
untuk menjaga nama baik sekolah serta meningkatkan disiplin diri.
6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas
sebagai panduan dan makluman kepada murid- murid, ibubapa atau
penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah.
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabenit mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan Tahun
1979 mentakrifkan disiplin sebagai :
“ Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupan menghormati hak individu lain. Kesanggupan
mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menganggu kepentingan orang
lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang
sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada
masyarakat”.
OBJEKTIF DISIPLIN SEKOLAH
Membentuk sahsiah murid
Memberi kesedaran kepada murid tentang peraturan disiplin
Memupuk rasa tanggungjawab dan keperihatinan bagi meningkatkan
disiplin
Mengubah persepsi murid tentang disiplin bukanlah satu sekatan tetapi
satu cara yang teratur untuk mendisiplinkan diri
Memastikan kebajikan dan keselamatan murid di sekolah sentiasa
terjamin
Merealisasikan visi dan misi sekolah
Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK )
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
WAKTU PERSEKOLAHAN
Bermula jam 7:00 pagi bagi murid Tahap dua dan 12:20 tenghari bagi
Tahap satu
Murid-murid dikehendaki berada di sekolah selewat-lewatnya 10 minit
awal sebelum loceng pertama dibunyikan.
Semua murid berbaris di dewan terbuka bagi menyanyikan lagu patriotik,
lagu sekolah dan info semasa sebelum murid beredar dalam barisan
masuk ke kelas masing-masing
Tepat jam 7:00 pagi sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
Setiap Isnin perhimpunan rasmi akan diadakan.
KEHADIRAN LEWAT
Murid yang lewat tiba selepas jam 7:00 akan dikumpulkan di dewan
terbuka.
Nama murid lewaat akan direkod oleh guru bertugas.
Kehadiran lewat berturu-turut sehingga 3 kali akan diberikan amaran.
KETIDAK HADIRAN KE SEKOLAH ( PONTENG )
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
TATACARA TINDAKAN DISIPLIN ISU KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH
TINDAKAN
PERKARA
AMARAN PERTAMA TIDAK HADIR 3 HARI TIDAK HADIR SECARA SELANG
BERTURU-TURUT SELI SEHINGGA 10 HARI
RUJUK GURU KAUNSELING
( LAPORAN 1 )
AMARAN KEDUA
7 HARI SELEPAS AMARAN 10 HARI SELEPAS AMARAN
PERTAMA PERTAMA
RUJUK GURU KAUNSELING KALI KEDUA
( LAPORAN 2 )
PROGRAM ZIARAH CAKNA
AMARAN TERAKHIR
7 HARI SELEPAS AMARAN 20 HARI SELEPAS AMARAN
KEDUA KEDUA
RUJUK GURU KAUNSELING BERSAMA IBU BAPA
( LAPORAN KETIGA )
AKU JANJI
BUANG SEKOLAH
14 HARI 20 HARI
SELEPAS AMARAN TERAKHIR SELEPAS AMARAN TERAKHIR
JUMLAH TIDAK HADIR `
31 HARI
60 HARI
BUKAN BERTURUT-TURUT
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
KEKEMASAN DIRI
PAKAIAN UNIFORM SEKOLAH
Pakaian Murid Lelaki
Baju kemeja putih berlengan pendek dan seluar panjang berwarna biru
gelap. Berkasut dan bersarung kaki ( hitau atau putih ), lencana sekolah,
tanda nama berwarna hitam serta tali pinggang hitam/biru tua.
Murid lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali
‘singlet’ berwarna putih.
Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar, tali
pinggang besar, rantai tangan dan rantai leher selipar atau kasut sukan.
Pakaian Murid Perempuan
Baju kurung putih labuh hingga ke bawah lutut dan longgar atau Penafor
berwarna biru gelap. Berkain biru gelap berlipat di tepi, bertudung
berwarna putih ( Muslimah ) yang labuhnya di bawah paras dada,
berkasut dan bersarung kaki ( putih atau hitam ) serta lencana sekolah
dan tanda nama berwaran hitam.
Pakaian/barang –barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid
memakainya:
i. Mini skirt
ii. Jeans
iii. Baju yang tidak berlengan
iv. Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar
v. Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan
subang.
vi. Pewarna kuku
vii.
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
CONTOH PAKAIAN PENDIDIKAN JASMAN
MURID LELAKI MURID PEREMPUAN BERTUDUNG MURID PEREMPUAN TIDAK
BERTUDUNG
1. Kemeja – T Warna Putih 1. Kemeja-T warna putih lengan
2. Seluar Trek panjang panjang. 1. Kemeja-T warna putih
lengan panjang.
warna hitam atau biru 2. Seluar Trek panjang warna
gelap hitau atau biru gelap. 2. Seluar Trek panjang warna
3. Lencana sekolah hitau atau biru gelap.
4. Kasut putih / hitam 3. Tudung putih
berstokin mengikut warna 4. Lencana sekolah 3. Lencana sekolah
kasut 5. Kasut putih / hitam berstokin 4. Kasut putih / hitam
mengikut warna kasut berstokin mengikut warna
kasut
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
KEKEMASAN RAMBUT
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
SALAH LAKU DISIPLIN
KESALAHAN BERAT
Tingkahlaku Jenayah
a. Berjudi
b. Mencuri
c. Melawan atau mengancam, memukul atau mencederakan guru.
d. Memukul atau mengancam/memukul/mencederakan pengawas.
e. Membuli dan memeras ugut
f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
g. Mengedar dan meyalahgunakan dadah.
h. Membawa senjata/benda tajam atau merbahaya
i. Mencabul kehormatan
j. Mengancam/memukul atau mencederakan murid lain
k. Menceroboh bilik khas atau Pejabat Pengetua.
l. Menunjuk perasaan atau berpeket.
Tingkahlaku Lucah
a. Becumbu-cumbuan
b. Berkalwat
c. Membawa bahan-bahan lucah
d. Mengintai murid-murid perempuan
e. Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucah
f. Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-gambar lucah
Tingkahlaku Biadab dan Kurang Sopan
a. Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lain
b. Berbahasa kesat
c. Menyimpan atau menghisap rokok
d. Meminum arak
e. Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran
f. Tidak menghormati guru atau pengawas
g. Tidak menghormati Lagu Kebangsaan dan Negeri.
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
Tingkahlaku Musnah
a. Merosakkan harta benda sekolah
b. Merosakkan harta benda Pengetua , guru-guru dan kakitangan sekolah]
c. Merosakkan harta benda murid lain
d. Merosakkan harta benda kantin atau RMT sekolah
Tingkahlaku Tidak Jujur atau Menipu
a. Menipu yang melibatkan wang
b. Menipu yang melibatkan kepercayaan
c. Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolah
d. Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah nasihat
dan amaran yang diberikan
KESALAHAN KECIL / RINGAN
Kekemasan Diri
a. Berambut panjang atau fesyen yang keterlaluan yang bertentangan
dengan peraturan sekolah
b. Berkuku panjang
c. Bermisai atau berjanggut
d. Memakai pakaian yang tidak sopan dan selain dari pakaian seragam
sekolah
e. Memakai barang perhiasan atau ‘Make-up’ yang dilarang
Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa
a. Datang lewat ke sekolah
b. Lewat ke perhimpunan
c. Berkeliaran di kawasan sekolah semasa belajar
d. Makan atau membeli makanan di kantin di luar waktu rehat
e. Tidak membuat kerja sekolah/kerja rumah dan latihan yang diberikan
oleh guru
f. Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas sebelum waktu
pembelajaran bermula
g. Tidak berada di dalam kelas atau bilik-bilik lain semas pengajaran sedang
dilaksanakan.
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
Ponteng
a. Ponteng kelas
b. Ponteng sekolah
c. Ponteng perhimpunan
d. Ponteng kokurikulum
e. Ponteng ujian dan peperiksaan
TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH
KESALAHAN BERAT
Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan
diberikan, Pihak Lembaga Disiplin Sekolah Peringkat sekolah boleh
mengambil beberapa tindakan yang setimpal dengan kesalahan disiplin
yang dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah:
Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak
sekolah akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan
Pelajaran Negeri , Daerah, Pihak Polis dan pihak-pihak lain
yang berkaitan untuk tindakan lanjut.
Menggantung tanpa tarikh (untuk tujuan pembuangan) persekolah
murid (jika diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah) dan
menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin Murid
di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri.
Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan
sehingga maksima dua minggu ibubapa/penjaga murid akan di
maklumkan dna dikehendaki melengkapkan surat perjanjian aau
menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin
murid yang terbabit.
Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh guru besar atau guru yang
diberi kuasa berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir
kepada murid berkenaan. Ibubapa/penjaga dan pelajar juga
dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani
surat pengakuan.
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
Murid juga dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan
setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah
setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah
dimaklmukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan telah
mendapat jawatan.
KESALAHAN RINGAN / KECIL
Bagi kesalahan ringan / kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali)
yang dilakukan oleh murid, pihal Lembaga Disiplin Sekolah boleh
mengenakan beberapa tindakan ke atas murid termasuklah:
Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang terlibat
(amaran pertama, kedua dan ketiga)
Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibubapa/penjaga
melalui surat-menyurat mengenai salahlaku murid dan amaran
pertama,kedua, ketiga atau terakhir.
Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat
yang berupa pengajaran dan ingatan berulangkali mengikut arahan
yang diberi.
Mengenakan denda kpeda murid yang terlibat, iaitu denda yang
member pengajaran seperti mengutip sampah di kawasan
kelas/sekolah, mencuci tandas atau denda-denda lain yang sesuai,
tidak menyakitkan atau bersifat mendera.
Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah sperti
telefon bimbit, barang kemas alat solek alat-alat permainan dan
lain-lain. Ibubapa/penjaga boleh menuntut barang-barang yang
dirampas dari pihak sekolah setelah memberi jaminan kesalahan
tersebut tidak akan berulang lagi.
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
SISTEM SAHSIAH DIRI MURID ( SSDM)
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416
UNIT DISIPLIN SK.LOHAN 2021 XBA5416