The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PB Tugasan 2 BMMB3203 : Morfolgi Bahasa Melayu ( Kumpulan 7 )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 972-16-najwa, 2023-03-25 21:52:49

PB BMMB3203 : MORFOLOGI BAHASA MELAYU ( KUMPULAN 7 )

PB Tugasan 2 BMMB3203 : Morfolgi Bahasa Melayu ( Kumpulan 7 )

PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB3203 (Morfologi Bahasa Melayu) : PENGHASILAN PRODUK Kumpulan 7 Bahasa Melayu 6


AHLI KUMPULAN 030722-11-0218 2021082340419 MUHAMMAD HIZRAL HAZIQ BIN MOHD NORHISHAM 030529-11-0275 2021082340413 SITI NAJWA NAJIHA BINTI AZAHA 030505-06-0162 2021082340428 AIN SYAFIQA BINTI MOHD YUSOP


01 Konsep Pembentukan Kata 03 ISI KANDUNGAN Penilaian Isu Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi 02 Analisis dan Penilaian Pembentukan Kata Baharu


Konsep Pembentukan Kata 01


❖ Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses di mana perkataan baru dibentuk. Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. ❖ Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri dan melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan. Pengenalan


❖ Terdapat perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Cara pengejaan bagi setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. ❖ Dalam struktur ayat pula, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza. ❖ Oleh itu, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Pengenalan


Analisis dan Penilaian Pembentukan Kata Baharu 02


❖ Pengaruh ini amat sinonim dengan penggunaan bahasa rojak pada zaman sekarang. Pengguna sekarang mudah terpengaruh kerana begitu ghairah untuk menggunakan bahasa asing sehingga mencampurkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. ❖ Pertembungan dengan bahasa-bahasa lain misalnya bahasa Arab dan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa tersebut. ❖ Bunyi-bunyi bahasa ini dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk kata pinjaman bagi memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. ❖ Sebagai contoh : ➢ Aqiqah ➢ Biskut 01 Pertembungan dengan bahasa-bahasa lain


❖ Negara Malaysia yang mempunyai banyak negeri dan daerah telah menyumbangkan pelbagai bahasa dialek yang berbeza-beza dan unik. Dengan ini, pengguna yang terbiasa menggunakan bahasa dialek dalam kehidupan seharian telah mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu. ❖ Jadi, timbullah kekeliruan pengguna dalam menggunakan bahasa dialek kerana kebanyakannya tidak wujud di dalam kamus dewan. ❖ Tidak dinafikan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit sebanyak mengganggu usaha penggunaan bahasa Melayu yang betul kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa yang betul ataupun tidak. 02 Gangguan bahasa dialek


❖ Masalah kekurangan kata-kata atau istilah timbul disebabkan oleh kedatangan beberapa kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden di negara kita. ❖ Terdapat sesetengah perkataan di dalam bidang-bidang tertentu yang hampir sukar untuk dicari kata atau maksudnya menyebabkan masyarakat mengalami kesukaran untuk berkembang ke arah kemajuan. ❖ Kekurangan kata-kata atau istilah ini menyebabkan berlakunya pengaliran masuk atau peminjaman kata-kata daripada bahasa asing. 03 Kekurangan Kata-Kata atau Istilah


❖ Penggunaan kata pinjaman memberikan kemudahan kepada para penulis untuk menulis maksud yang hendak disampaikan. ❖ Terdapat banyak perkataan kata pinjaman yang ejaannya telah dimelayukan. ❖ Namun, disebabkan oleh sikap pengguna yang leka dan terlalu ghairah menggunakan kata pinjaman, pengguna menggunakan perkataan asal tanpa menukarkan ejaannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. 04 Kelekaan pengguna


Bunyi Bahasa Pinjaman


❖ “Fardhu” merupakan pinjaman bunyi bahasa Arab iaitu bunyi dh, tetapi untuk penulisan dalam bahasa Melayu kini, bunyi dh ini diubah bentuk menjadi d sahaja. ❖ Maka, ejaan yang betul bagi perkataan “fardhu” ialah “fardu”. Bunyi Bahasa Pinjaman Salah Betul fardhu fardu ❖ Berdasarkan rajah, perkataan “fardhu” dianggap salah kerana dikekalkan ejaan pinjaman bunyi bahasa Arabnya.


❖ “Hadith” merupakan pinjaman bunyi bahasa Arab iaitu bunyi th, tetapi dalam penulisan dalam bahasa Melayu kini, bunyi th ini diubah bentuk menjadi s sahaja. ❖ Maka, ejaan yang betul bagi perkataan “hadith” ialah “hadis”. Bunyi Bahasa Pinjaman Salah Betul hadith hadis ❖ Berdasarkan rajah, perkataan “hadith” dianggap salah kerana dikekalkan ejaan pinjaman bunyi bahasa Arabnya.


❖ “Aqiqah” merupakan pinjaman bunyi bahasa Arab iaitu bunyi q, namun dalam penulisan bahasa Melayu kini, bunyi q diubah bentuk menjadi k sahaja. ❖ Maka, ejaan yang betul bagi perkataan “aqiqah” ialah “akikah”. Bunyi Bahasa Pinjaman Salah Betul aqiqah akikah ❖ Berdasarkan rajah, perkataan “aqiqah” dianggap salah kerana dikekalkan ejaan pinjaman bunyi bahasa Arabnya.


Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing


❖ Berdasarkan rajah di atas, terdapat kesalahan pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing iaitu “dwi-fungsi” kerana dieja dengan menggunakan tanda sempang. ❖ Dwi- merupakan imbuhan awalan kata Sanskrit yang bermaksud dua. ❖ Imbuhan asing dwi- mesti ditulis serangkai dengan kata dasarnya iaitu fungsi membentuk “dwifungsi”. Contoh Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing Salah Betul dwi-fungsi dwifungsi


❖ Dwi- merupakan imbuhan awalan kata Sanskrit yang bermaksud dua. ❖ Imbuhan asing dwi- mesti ditulis serangkai dengan kata dasarnya iaitu bahasa membentuk “dwibahasa”. Contoh Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing Salah Betul dwi bahasa dwibahasa ❖ Berdasarkan rajah di sebelah, terdapat kesalahan pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing iaitu “dwi bahasa” kerana dieja secara terpisah.


❖ Pasca merupakan imbuhan awalan kata Sanskrit yang bermaksud selepas. ❖ Imbuhan asing pasca- mesti ditulis serangkai dengan kata dasarnya iaitu merdeka membentuk “pascamerdeka”. Contoh Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing Salah Betul pasca merdeka pascamerdeka ❖ Berdasarkan rajah di sebelah, terdapat kesalahan pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing iaitu “pasca merdeka” kerana dieja secara terpisah.


❖ Berdasarkan rajah, terdapat dua kesalahan iaitu kesalahan pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing dan kesalahan ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris. ❖ Pra merupakan imbuhan pinjaman awalan kata Sanskrit dan ejaannya perlu dieja secara rapat dan tanpa sempang iaitu prauniversiti. ❖ Selain itu , kesalahan yang kedua ialah kesalahan kata pinjaman bahasa Inggeris yang dikekalkan ejaan bahasa Inggerisnya dan tidak dieja mengikut bahasa Melayu yang betul iaitu university , yang sepatutnya dieja universiti . Contoh Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing Salah Betul pra-university prauniversiti university universiti


Pembentukan Kata Baharu


❖ Perkataan “viral” tersebut merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris . ❖ Namun begitu , perkataan “viral” kini telah banyak diguna pakai oleh rata-rata masyarakat Melayu lebih-lebih lagi di media sosial . ❖ Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah “ tular” bagi menggantikan perkataan “viral” . Pembentukan Kata Baharu Salah Betul viral tular ❖ Antara pembentukan kata baharu yang terdapat dalam akhbar di sebelah ialah perkataan “viral” .


❖ Berdasarkan rajah, terdapat pembentukan kata baharu yang digunakan iaitu “wefie”. Pembentukan Kata Baharu Salah Betul wefie swafoto bersama ❖ Perkataan “wefie” merupakan perkataan yang diperkenalkan dan berasal daripada bahasa Inggeris . ❖ Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah “ swafoto bersama” bagi menggantikan perkataan “wefie”.


❖ Berdasarkan keratan petikan, antara pembentukan kata baharu yang terdapat di dalam petikan ialah “hotspot”. ❖ Perkataan “hotspot” merupakan pembentukan kata baharu yang berasal daripada bahasa Inggeris dan sering digunakan dalam bahasa Melayu. ❖ Perkataan yang sepatutnya digunakan bagi menggantikan perkataan “hotspot” ialah perkataan “kawasan khas”. Pembentukan Kata Baharu Salah Betul hotspot kawasan khas


❖ Berdasarkan keratan petikan, terdapat pembentukan kata baharu yang digunakan iaitu “trending”. ❖ “Trending” merupakan pembentukan kata baharu yang berasal daripada bahasa Inggeris. ❖ Perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan perkataan “trending” ialah “sohor kini”. Pembentukan Kata Baharu Salah Betul trending sohor kini


❖ “Banner” merupakan pembentukan kata baharu daripada bahasa Inggeris dan sering digunakan oleh segenap masyarakat. ❖ Perkataan yang sepatutnya digunakan bagi menggantikan perkataan “banner” ialah “kain rentang”. Pembentukan Kata Baharu Salah Betul banner kain rentang ❖ Berdasarkan rajah di atas, terdapat pembentukan kata baharu yang digunakan iaitu “banner”.


❖ Perkataan “web” tersebut perlu digunakan dalam bahasa Melayu iaitu sesawang. ❖ Ramai orang selalu membuat kesalahan ini kerana mereka merasakan perkataan ini terlalu panjang untuk ditulis bahkan lebih senang untuk mereka menyebut perkataan laman web. ❖ Oleh itu, perkataan yang sepatutnya digunakan ialah “laman sesawang”. Pembentukan Kata Baharu Salah Betul laman web laman sesawang ❖ Berdasarkan rajah di sebelah, terdapat perkataan bahasa Inggeris yang telah digunakan dalam surat khabar bahasa melayu iaitu “web”.


❖ “Tapau” merupakan kata pinjaman daripada bahasa Cina dan sering digunakan oleh masyarakat di Malaysia bagi menunjukan perbuatan membungkus makanan . ❖ Perkataan yang sepatutnya digunakan bagi mengganti perkataan “tapau” ialah “bungkus”. Pembentukan Kata Baharu Salah Betul tapau bungkus ❖ Merujuk kepada gambar rajah di sebelah , terdapat satu penggunaan pembentukan kata baharu iaitu “tapau” .


❖ “Kamceng” bermaksud erat atau akrab dan berasal daripada bahasa Kantonis . ❖ Perkataan “kamceng” biasa meniti dibibir masyarakat Malaysia bagi melambangkan keakraban sesuatu perhubungan. ❖ Perkataan yang sepatutnya digunakan bagi menggantikan “kamceng” ialah “akrab”. Pembentukan Kata Baharu Salah Betul kamceng akrab ❖ Pembentukan kata baharu yang terdapat dalam gambar rajah di sebelah ialah “kamceng”.


❖ Perkataan “beng” merupakan pembentukan kata baharu yang berasal daripada bahasa Kantonis . ❖ Di Malaysia , kebanyakan orang akan menyebut beng jika ingin memesan air yang berais misalnya Teh O beng yang bermaksud Teh O ais. Pembentukan Kata Baharu Salah Betul beng ais ❖ Pada rajah di sebelah, terdapat satu penggunaan pembentukan kata baharu iaitu “beng” yang bermaksud “ais”.


Penilaian Isu Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi 02


❖ Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem ini,maka mereka melakukan kesalahan. ❖ Sebenarnya, bahasa Melayu mempunyai sistem, baik dari segi ejaan, morfologi mahupun sintaksis. ❖ Contoh sistem bahasa Melayu tentang pembentukan apitan pe...an,seperti yang berikut - pelaksanaan ( bukan*perlaksanaan) - pelantikan ( bukan*perlantikan) 01 Pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui sistem bahasa


❖ Ada sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah aspek bahasa yang salah dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah. ❖ Banyak kosa kata yang yang muncul sejak akhir-akhir ini yang memaparkan gejala tersebut. Dalam kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai kejahilan bahasa. ❖ Mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak mahu mengambil kira pandangan ahli bahasa atau badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah bahasa. ❖ Akibatnya, mereka tetap meneruskan kesalahan yang dianggap betul bagi mereka. 02 Kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa


❖ Penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa Melayu semakin berkurangan kerana masyarakat sering menggunakan bahasa pasar untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. ❖ Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat mengalami masalah untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik terutama bagi golongan muda dan pelajar. ❖ Menurut kebiasaan, penggunaan bahasa melayu yang betul hanya digunakan ketika majlis formal sahaja. Untuk penggunaan harian, pengguna lebih gemar menggunakan bahasa tempatan bersesuaian dengan keadaan sekeliling. 03 Penggunaan Bahasa Pasar


❖ Berdasarkan rajah, terdapat kesalahan morfologi imbuhan akhiran -an. ❖ Bagi “Kedai Jahitan Hawa”, sepatutnya pada perkataan “jahitan” hanya perlu ditulis dengan perkataan “jahit” kerana perkataan ini merupakan kata nama bagi kedai berkenaan. ❖ Maka, penggunaan kata yang betul ialah “Kedai Jahit Hawa”. Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul jahitan jahit


❖ Berdasarkan rajah, terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama iaitu “di antara”. ❖ Kata sendi nama antara digunakan untuk merujuk tempat yang tiada ruang atau jarak dan tidak boleh digantikan dengan di antara. ❖ Maka, penggunaan kata yang betul ialah “antara”. Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul di antara antara


❖ Perkataan “seafood” ialah perkataan bahasa Inggeris yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat Melayu . ❖ Perkataan “seafood” sepatutnya digantikan dengan perkataan “makanan laut”. Contoh Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul seafood makanan laut ❖ Contoh gambar di sebelah menunjukkan campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .


sepanduk perniagaan ini menggunakan hukum M-D iaitu mendahulukan keterangan bagi unsur yang diterangkan iaitu objek. ❖ Hal ini menunjukkan pertentangan antara tatabahasa bahasa Melayu yang mementingkan Hukum D-M iaitu mengutamakan terlebih dahulu kepada unsur yang diterangkan (objek) dan diikuti pula dengan unsur yang menerangkan (keterangan objek). Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul goreng pisang pisang goreng goreng ubi ubi goreng ❖ Berdasarkan rajah, terdapat kesalahan pada “goreng pisang” dan “goreng ubi” kerana


unsur yang menerangkan iaitu kata nama “goreng” di hadapan sebelum diikuti dengan kata nama “pisang” dan “ubi”. ❖ Kata “pisang” dan “ubi” merupakan unsur yang diterangkan (objek) dan haruslah berada dihadapan frasa dan barulah diikuti dengan kata nama “goreng” yang bertindak untuk menerangkan objek. Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul goreng pisang pisang goreng goreng ubi ubi goreng ❖ “Goreng pisang” dan “goreng ubi” adalah salah dari segi Hukum D-M kerana meletakkan


❖ Dalam pembentukan kata majmuk, ejaan pasaraya sepatutnya dieja secara terpisah, iaitu pasar raya kerana setiap kata mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri. ❖ Pembentukan frasa pasaraya ini merupakan padanan untuk istilah hypermarket dalam bahasa Inggeris. Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul pasaraya pasar raya ❖ Berdasarkan papan tanda, terdapat kesalahan pembentukan kata majmuk iaitu “pasaraya”.


❖ Dalam pembentukan kata majmuk, ejaan “maklumbalas” sepatutnya dieja secara terpisah, iaitu maklum balas kerana setiap kata mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri. ❖ Hal ini disebabkan oleh kekeliruan pengguna dalam ejaan kata majmuk sehingga menjadi kelaziman dalam kesalahan. Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul maklumbalas maklum balas ❖ Berdasarkan rajah, terdapat kesalahan pembentukan kata majmuk iaitu “maklumbalas”.


❖ Merujuk kepada gambar rajah di atas terdapat kesalahan penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris iaitu “biscuit”. ❖ Hal ini dikatakan demikian kerana, ejaan “biscuit” masih dikekalkan ejaan bahasa Inggerisnya dan tidak ditulis dalam Bahasa Melayu walaupun telah berlaku proses peminjaman kata ❖ Masyarakat kini gemar menggunakan bahasa rojak di mana mereka menggabungkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris ❖ Maka, ejaan yang betul bagi perkataan “biscuit” ialah “biskut”. Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul biscuit biskut


❖ Merujuk kepada gambar rajah di atas terdapat kesalahan penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris iaitu “notice” walaupun telah berlaku proses peminjaman kata. ❖ Ejaan “notice” dianggap salah kerana dikekalkan ejaan bahasa Inggerisnya. ❖ Ejaan yang betul bagi perkataan “notice” ialah “notis”. Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi Salah Betul notice notis


❖ Pembentukan kata baharu memberikan kelebihan yang sesuai dengan keadaan perkembangan semasa di mana kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden di negara kita mewujudkan kata baharu. ❖ Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan masyarakat untuk berkembang ke arah kemajuan di samping dapat memberikan kemudahan kepada para penulis untuk menulis maksud yang hendak disampaikan. ❖ Namun, setiap individu perlulah mempelajari serta menguasai sistem bahasa agar kesalahan-kesalahan dalam aspek ini dapat dielakkan. ❖ Oleh itu, semua pihak perlulah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dengan menyanjung tinggi bahasa kebangsaan ini serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan martabat bahasa ini. KESIMPULAN


● https://www.unitar.my/bilik-berita/blog-my/memilih-program-kursus-pra-u-yangtepat/ ● https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/guru-latihan-pos-tampung-keperluanguru-awal-pasca-merdeka/ ● https://www.sinarharian.com.my/article/223542/berita/nasional/kolam-takungan-d wi-fungsi-selesaikan-masalah-banjir ● https://alkhairiqurban.com/aqiqah-kasih/ ● https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia/posts/hadith-hari-inidaripada-ib nu-umar-nabi-muhammad-saw-telah-bersabdaislam-ditegakk/2050263045030331/? locale=ms_MY ● https://muslimahhtm.com/2022/06/01/fikrul-islam-fardhu-ain-dan-fardhu-kifayah/ ● https://twitter.com/jakenottperalta/status/1636025696475840514?t=NfCjE4dBppqNA VRRGbFqVQ&s=08 ● https://twitter.com/azhamwatif/status/1637289114151317505?t=AvINJabT8BKkdPF3h xJ6Ig&s=08 ● RUJUKAN


● https://www.klik.com.my/item/story/6158116/berita-harian-sangkal-berita-daripa da-laman-web-luar ● https://flexisprint.my/5-tips-memilih-dan-menempah-banner-dan-bunting/ ● https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447494/hashtag-tunm93-tr ending-di-tangga-teratas-twitter ● https://www.sistemguruonline.my/2019/10/33-istilah-baharu-bahasa-melayu.html ● https://dun.penang.gov.my/images/hansard2022/Nov%202022/3.%20LAPORAN%2 0PERSIDANGAN%20HARI%20KETIGA.pdf ● https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/06/09/736/ ● https://www.facebook.com/tv1.rtm/posts/wefie-raya-kini-kembalijom-sertai-per aduan-ini-dan-5-gambar-terbaik-akan-dipilih/2859470974081937/?locale=pt_BR ● https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20200203/281960 314737385 ● https://vt.tiktok.com/ZS8b6NyY3/ ● RUJUKAN


● https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/297973/pasangan-ke mbar-kongsi-impian-buka-kedai-jahit ● https://twitter.com/nurasht/status/1638492741469605888?t=SRMK9zn6aBsPAZiA9 pu5Kg&s=08 ● https://www.facebook.com/suhairazz78/posts/banner-goreng-pisangubikeropok-l ekor-3x2rs-graphic-design-studio-menyediakan-pel/732288097213314/ ● https://core.ac.uk/download/77967482.pdf ● https://www.foodpanda.my/restaurant/wz8p/kedai-makan-teh-o-beng-azihan ● https://www.facebook.com/PasarayaGM/ ● https://soscili.my/kenapa-amerika-syarikat-dan-arab-saudi-kamceng-sangat/ ● https://www.getaran.my/artikel/kolum/7027/pesanan-buat-pemesan-makanan-ta pau-bungkus ● https://www.academia.edu/16577789/10_KESALAHAN_PAPAN_TANDA ● RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH !


Click to View FlipBook Version