The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amylin22-103, 2022-04-15 14:13:11

Tugasan 3

Tugasan 3

Tugasan 3
AMYLIN BEDA
ANAK THOMAS

Peluang Dan
Manfaat Globalisasi

Terhadap
Perkembangan

Negara

GISC

SENARAI KANDUNGAN
PRAKATA

PENGENALAN
2.0 MANFAAT GLOBALISASI
TERHADAP PERKEMBANGAN

NEGARA
2.1 ASPEK EKONOMI
2.2 ASPEK PENDIDIKAN

3.0 PENUTUP
4.0 RUJUKAN

PRAKATA
Jutaan terima kasih dan rasa syukur saya
panjatkan ke Ilahi kerana memberi kekuatan
dan memudahkan urusan saya semasa
mencari maklumat dan menyiapkan kerja
kursus ini. Saya juga ingin ucapkan ribuan
terima kasih kepada individu yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan
3 penulisan GISC 1082 iaitu Dr. Roziah Binti
Mohamad Ali atas tunjuk ajar yang beliau

berikan kepada saya sepanjang proses
penyiapan kerja kursus ini. Ribuan terima
kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa

yang tidak jemu memberi motivasi dan
kepada rakan-rakan yang tidak jemu

memberi tunjuk ajar kepada saya serta
sanggup bekerjasama dengan saya dalam
mencari maklumat untuk melengkapkan

tugasan ini. Saya bersyukur dapat
menyiapkan dan dapat menghantar tugasan

ini mengikut waktu yang telah ditetapkan
untuk kerja kursus ini

1.0 PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, proses globalisasi
semakin rancak berkembang di seluruh
dunia malah negara kita juga tidak
terkecuali daripada melalui proses
globalisasi ini. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2015), globalisasi merupakan
proses yang membolehkan sesuatu
aktiviti ekonomi, kebudayaan dan
sebagainya disebarkan atau diperluas ke
peringkat antarabangsa atau ke seluruh
dunia terutama dengan adanya
kemudahan sistem komunikasi dan dasar
terbuka. Ini bermakna segala aktiviti
seperti ekonomi dan sebagainya dapat
dilakukan secara meluas tanpa ada
persempadanan di antara negara kita
dengan negara luar. Pernyataan ini
diperkukuhkan lagi dengan pandangan
daripada Diphayana (2018) yang
menyatakan bahawa:

Proses globalisasi telah

meningkatkan kadar hubungan

saling ketergantungan

antara negara, bahkan

menimbulkan proses

menyatunya ekonomi dunia

sehingga batas-batas antara

negara dalam berbagai

kegiatan bisnis seolah olah

tidak ada lagi. (Diphayana, W.,

2018)

Globalisasi juga mempunyai ciri-ciri

tertentu seperti pasaran baharu,

peserta baharu, kaedah komunikasi

baharu serta peraturan dan norma

baharu. Ciri yang pertama iaitu

pasaran baharu merujuk kepada

perkembangan pasaran peringkat

global manakala ciri kedua iaitu

peserta baharu merujuk kepada

kemunculan syarikat syarikat

multinasional di pelbagai negara. Ciri

kaedah komunikasi baharu pula

merujuk kepada kaedah perdagangan

yang menggunakan teknologi sebagai

alat perantaraan untuk

berkomunikasi dan ciri terakhir iaitu

peraturan dan norma baharu pula

merujuk kepada peraturan yang ada

semasa menjalankan perdagangan

antarabangsa contohnya perjanjian

perdagangan pelbagai hala.

2.0 MANFAAT
GLOBALISASI TERHADAP
PERKEMBANGAN NEGARA

Globalisasi yang berlaku pada
abad ini banyak memberikan
manfaat terhadap perkembangan
negara kita. Manfaat ini dapat
dilihat dari aspek ekonomi dan
pendidikan di negara kita.

2.1 ASPEK
EKONOMI

Dari aspek ekonomi, manfaat globalisasi ini adalah
menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini
demikian kerana globalisasi membolehkan aktiviti
perdagangan iaitu eksport dan import dijalankan tanpa
ada halangan persempadanan dengan negara lain. Kegiatan
eksport import dapat memberikan manfaat bagi suatu
negara untuk meningkatkan pendapatan suatu negara,
mengenalkan produknya di pasar global, membuka
lapangan pekerjaan dan memperluas produksi. (Dewi, M.
H. H., 2019) Menurut Nurulaiza & Noor (2011), perdagangan
antarabangsa iaitu apabila sesebuah negara melakukan
perdagangan dengan negara lain memainkan peranan yang
penting dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara.
Ini bermaksud globalisasi mampu membantu menjana
pendapatan dan memampankan ekonomi negara melalui
aktiviti perdagangan iaitu eksport barangan negara ke
pasaran global.

Selain itu, globalisasi juga membolehkan
peluang pekerjaan di Malaysia terbuka luas.
Hal ini demikian kerana syarikat luar yang
menjalankan perniagaan di negara kita
memerlukan pekerja dan secara langsung
telah membuka peluang pekerjaan kepada
rakyat dalam pelbagai sektor sama ada
sektor tenaga mahir seperti jurutera atau
tidak mahir seperti buruh. Situasi ini
membantu mengurangkan kadar pengangguran
negara dan dapat membantu meningkatkan
taraf hidup rakyat Malaysia. Peningkatan
taraf hidup ini adalah disebabkan rakyat yang
bekerja akan menerima pendapatan dan
pendapatan tersebut dapat digunakan untuk
membeli barangan keperluan seperti rumah
atau kereta yang mampu menjadikan
kehidupan rakyat lebih selesa.

Di samping itu, kemasukan teknologi luar
yang dibawa oleh syarikat asing ke dalam
negara juga menyebabkan aktiviti ekonomi
negara berjalan lancar. Hal ini kerana
teknologi tinggi dari luar membantu untuk
mempercepatkan proses pengeluaran
barangan serta menjimatkan kos pengeluaran
dan secara tidak langsung kadar keluaran
dalam negara kasar juga meningkat. Sebagai
contoh, negara China menghantar
teknologinya ke negara kita untuk digunakan
dalam bidang pembuatan automotif seperti
kereta dan sebagainya. Secara tidak
langsung, teknologi dari China 3 itu telah
membantu mengurangkan kos pengeluaran
kerana penggunaan tenaga buruh telah
digantikan dengan teknologi tersebut.

Seterusnya, globalisasi menyebabkan
modal pelaburan langsung asing (FDI) yang
masuk ke dalam negara juga semakin
meningkat. Menurut Panel (2015), FDI telah
menjadi pembentukan modal pilihan dan
dikenal pasti sebagai salah satu faktor
yang paling penting yang menyumbang ke
arah perkembangan ekonomi melalui
pelbagai manfaat. Hal ini membuktikan
bahawa peningkatan kemasukan modal
pelaburan langsung asing ke negara dapat
membantu merancakkan lagi aktiviti
ekonomi negara. Sebagai contoh, apabila
pelabur asing berminat untuk melaburkan
teknologi atau mata wang di firma milik
negara kita, sudah pasti kos pengeluaran
dapat dikurangkan dan keuntungan firma
tersebut dapat dipertingkatkan lagi.

2.2 ASPEK
PENDIDIKAN

Dari aspek pendidikan pula, globalisasi ini
menggalakkan program pertukaran pelajar
Malaysia dengan negara lain. Menurut Lee (2007)
(seperti yang dinyatakan dalam IBNU et al., 2017),
‘pertukaran’ dianggap sebagai alat untuk
mengekalkan kehidupan kita dan memajukan diri,
serta ia adalah satu aktiviti tambah nilai untuk
mencapai taraf hidup yang tinggi. Makna
pernyataan tersebut ialah program pertukaran
pelajar ini bukan hanya dapat membantu negara
menjalin hubungan diplomatik dengan negara
asing malah dapat memajukan diri pelajar negara
kita dari pelbagai aspek contohnya pendidikan.
Melalui hubungan diplomatik yang baik dengan
pelbagai negara, nama negara akan semakin
dikenali di persada dunia dan sekali gus mampu
menarik perhatian negara luar untuk bekerjasama
dengan Malaysia dari aspek ekonomi juga.

Selain itu, manfaat bagi aspek pendidikan
juga mendorong perubahan dalam sistem
pendidikan negara kita. Hal ini demikian
kerana pada era globalisasi ini kebanyakkan
negara luar banyak menggunakan digital
untuk menguruskan sistem pendidikan di
negara sendiri dan ini menyebabkan sistem
pendidikan kita juga mula beralih ke arah
pendigitalan. Sebagai contoh, pihak sekolah
sekarang menggunakan teknologi seperti
sistem pengurusan maklumat sekolah untuk
memastikan proses pentadbiran sekolah
dijalankan dengan sistematik. Perubahan ini
berlaku bagi memastikan taraf pendidikan
negara kita berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan pendidikan negara
luar.

Seterusnya, globalisasi juga menggalakkan
pembelajaran sepanjang hayat diterapkan
dalam pendidikan negara. Pembelajaran
sepanjang hayat merujuk kepada proses
pembelajaran yang dilakukan sepanjang hayat
seseorang individu dewasa. Ini bermakna
faktor usia tidak menjadi penghalang bagi
individu untuk meneruskan pembelajarannya
di peringkat yang lebih tinggi lagi. Apabila
pembelajaran ini diterapkan dalam pendidikan
negara, sudah pasti jumlah golongan yang
bijak pandai dapat dipertingkatkan lagi dan
kadar buta huruf negara juga semakin
berkurang. Situasi ini dapat meningkatkan
imej negara di mata dunia dan menjadikan
sistem pendidikan negara sebagai salah satu
sistem pendidikan yang berkualiti di peringkat
global.

3.0 PENUTUP
BTKABAADGEBMAADEJIMPOSDGSPIDSPLTMPADRUJMAKKNSNEPPAMILPNPLOEEEIAKEEAHHPGOERTESNEYEEEOERENDLEELBLEENEAAPANIUIHKKLGMAKUKTAGBAAGMASVRUAGPDOWAAKUADAIBKSAJILOPASMTGADASNTRAMANAELEIRBLEEELDEAINASAKIPPGPAIRERAGRDAEBERKBBASABAGLMEUBIRSHIAMUCOAAAKNADSANPDNALELPIHKNEGASIIGAAKEDPDAAMHYAPAAIAONARKLEINKRAADBATEBDSNDAIMKDRANIIPNIUPNGMNIWANIPAUTIEETAMJRNENIKDPYRLYYGEPKKNYLABMAIEGORAIAOEOABKAAAAAAAED.GKBKAIBSLESNBARS,RN.HTNNA.SAIOEBAKAREAID.NIEGMGSLPNNOAEOAKNSHALMDLYALKAAOLNGANAGIAHNIPOAMGMESEODMAGANMEOMAJPAREGNBAHKLNAEGGLAFIPMERNIEIUNOAGSNOP,AOALMNPENAKASPITIIYBLGODEYBRTMA,SERGEYASDNEAIMAADKAAABANETUMSAMTPGELBIANEKAELKEDLAAURT,LDBBEPUUAGBIFRRAMNIIEIKALSIKSAARNDDRASSAANPDJIDYWUKIIAAKB.KFGORUAAAAASAAAANFRIANKAIAURASKIAAADSASIYANRKTADTNGNNATAIKANNANEIAINSIAIAAAYNAAIGUNNASNINHATN,NKI

4.0 RUJUKAN

Dewi, M. H. H. (2019). Analisa Dampak
Globalisasi Terhadap Perdagangan
Internasional. Jurnal Ekonomia, 9(1), 48-
57.
https://www.ejournal.lembahdempo.ac.id
/index.php/STIEJE/article/view/24/16
Diphayana, W. (2018). Perdagangan
internasional. Deepublish. Perdagangan
Internasional - Wahono Diphayana -
Google Books
IBNU, I. N. B., & AHMAD, A. L. (2017)
Kajian Adaptasi Budaya Peserta Malaysia
Program Kapal Belia Asia Tenggara dan
Jepun (SSEAYP) di Malaysia.
Kajian_adaptasi_budaya_peserta_Malay
sia_Program_Kapal_BeliaAsia_Teng
gara_dan_Jepun_SSEAYP_di_Malaysia-
with-cover-page-v2.pdf
(d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net)

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2015).
Dewan Bahasa dan Pustaka. (p. 477)
Nurulaiza Mohd Azman & Noor
Amirah Abdullah. (2011). Kesan
Perdagangan Antarabangsa Ke Atas
Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes
Malaysia.
https://ukm.my/fep/perkem/pdf/per
kemVI/PERKEM2011-2-5A2.pdf Panel,
P. S. A. (2015). Pelaburan Langsung
Asing, Pertumbuhan Ekonomi dan
Kualiti Pembangunan. Jurnal Ekonomi
Malaysia, 49(1), 49-60.
https://www.ukm.my/jem/wp-
content/uploads/2021/06/jeko_491-
5.pdf

SEKIAN, TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version