PRINSIP SYARIAH DAN PENGERTIAN KAEDAH FIQH E-Majalah
01 Nama Dan Nombor Matriks 02 Pendahuluan Syariah 03 Prinsip Syariah Islam 04 Pendahuluan Kaedah Fiqh 05 Pergertian Kaedah Fiqh dalam bahasa : 06 Istilah 07 Kesimpulan Isi Kandungan
Nama Dan Nombor Matriks ZAIM FAKHRI BIN MD SHUKRI Nama Pensyarah : ENCIK MD SHUKRI BIN ABD RAHIM AYNOEL FAEDZY BIN AHMAD ISMADI IDZNI AIMAN BIN ISKANDAR ZULFIKAR AHMAD IZAT HADIFF BIN OSMAN 14DCC22F1022 14DCC22F1032 14DCC22F1002 14DCC22F1025 01
Syariah bermaksud aliran dan jalan yang lurus dalam bahasa Arab. Menurut Istillah, Syariat Islam ialah hukumhukum yang diturunkan Allah SWT kepada hamba-hambanya mengenai aqidah, ibadah, akhlak,mualamat dan sistem kehidupan dalam pelbagai aspek untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Ia juga ditafsirkan sebagai saluran air yang mengalir yang mewakili sumber air minuman. Undang-undang ini dinamakan Syariah kerana ianya mudah dan tidak menyimpang dari tujuannya, seperti jalan lurus yang tidak berbelok-belok. BAHASA SYARAK: Jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. ISTILAH: Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Oleh itu, prinsip ini juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dapat membantu pihak pengurusan untuk mencapai sesuatu yang baik. Pendahuluan Syariah 02
Prinsip halal dan haram dalam islam adalah suatu ketetapan hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada semua umat islam. Ia adalah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap individu Muslim dalam menentukan halal dan haram sesuatu makanan ataupun minuman. Islam menetapkan beberapa prinsip asas dalam menentukan status halal haram seperti yang diterangkan dalam surah Yunus, ayat 59 yang bermaksud : - Katakanlah, terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan oleh Allah kepadamu,lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan sebahagiannya halal. Katakanlah " adakah Allah memberi izin kepadamu ( dalam persoalan mengharamkan dan menghalalkan ) ataupun kamu hanya mengada-adakan sesuatu terhadap Allah? Prinsip Syariah Islam 03
Pendahuluan Kaedah Fiqh Adat sebagai sumber rujukan hukum (Al-aadah muhakkmah ) ialah kaedah fiqh asas yang kelima dari kaedah asas atau kaedah fiqhiyyah utama, Ia juga dipanggil "Kaedah Kubra" . Kaedah ini amat penting dalam proses penentuan hukum dengan kehidupan manusia yang terbit daripada Urut dan Adat. Para Ulama mengenali kaedah ini apabila ketiadaan nas atau dalil. Dalam erti kata lain, sesuatu uruf atau adat tidak boleh diterima sebagai hukum,Sekiranya perkara itu mempunyai Dalil atau Nas tertentu. Sekiranya uruf dan adat itu bercanggah dengan Nas dan Dalil, itu juga ditolak, kerana ia melanggar Syarak suatu kaedah. 04
Kaedah merupakan jamak bagi perkataan qawaid. Ia membawa maksud asas, dasar atau pun asal. Perkataan qawaid mempunyai beberapa sandaran daripada Al-Quran. Firman Allah Taala: َك َّن َقَّبْل ِمَّنٓاۖ ِإ َت َنا َّب ِعيُل َر ٰـ ْيِت َوِإْسَم َب ْل َقَواِعَد ِمَن ٱ ْل ُم ٱ ۧـ ِه ُع ِإْب َٰر َف ْر َوِإْذ َي َعِليُم ١٢٧ ْل نَت ٱلَّسِميُع ٱ َأ Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; FirmanNya lagi: Maksudnya : Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-RasulNya); maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya. Pergertian Kaedah Fiqh dalam bahasa : 05
Istilah Persoalan umum yang boleh diaplikasikan ke atas kesemua cabang. Hukum fiqh yang berbentuk umum yang dapat diketahui hukum darinya bagi persoalan cabang dari pelbagai bab. Iaitu sesuatu yang kulli ( kesuluruhan ) yang boleh diaplikasikan kepada juzuk-juzuk yang banyak, serta dapat difahami hukum darinya. Iaitu hukum akthari ( pilihan ) dan bukan kulli ( kesuluruhan ) yang boleh diaplikasikan kepada kebanyakan juzuk-juzuk untuk mengetahui hukum daripadanya. Al Jurjani : Dr Mahmud Ismail : Ibn Al-Subki : Al-Hamawi : Berdasarkan pergertian yang disebutkan di atas kaedah fiqh ialah suatu ilmu yang membahaskan tentang pendekatan dalam memahami dan menyelesaikan pelbagai persoalan yang berlaku di kalangan manusia berdasarkan lafaz-lafaz tertentu yang disebut sebagai kaedah fiqh. 06
Kesimpulan Setelah mempelajari prinsip-prinsip syariah dan pengertian kaedah fiqh, dapat disimpulkan bahwa prinsip-prinsip syariah merupakan panduan utama dalam kehidupan umat Islam. Prinsip-prinsip syariah meliputi aqidah, ibadah, akhlak, muamalah, dan adab. Sedangkan, kaedah fiqh merupakan alat untuk memahami dan mengaplikasikan prinsip-prinsip syariah dalam kehidupan sehari-hari. Kaedah fiqh meliputi qiyas, istihsan, maslahah mursalah, istishab, dan urf. Kedua konsep ini saling berkaitan dan sangat penting untuk dipahami oleh umat Islam dalam menjalankan kehidupan sehari-hari. Dengan memahami prinsip-prinsip syariah dan mengaplikasikan kaedah fiqh, umat Islam dapat menjalani kehidupan sesuai dengan ajaran Islam dan menjauhi segala bentuk perbuatan yang tidak sesuai dengan syariah. Oleh karena itu, sangat penting bagi umat Islam untuk terus belajar dan memperdalam pengetahuan tentang prinsip-prinsip syariah dan kaedah fiqh agar dapat mengaplikasikannya dengan benar dalam kehidupan sehari-hari. 07