The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izamuhzan, 2023-09-12 21:18:08

Kertas Kerja Minggu Panitia Sains Iza

Kertas Kerja Minggu Panitia Sains Iza

SK MARIAN CONVENT JALAN AIR JERNIH 53200 SETAPAK KUALA LUMPUR. KERTAS KERJA MINGGU PANITIA SAINS “SCIENCE IS FUN” TARIKH: 26 hingga 30 Julai 2021 ANJURAN: PANITIA SAINS


1.0 PENDAHULUAN Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Marian Convent Setapak. Ia merupakan satu program tahunan Panitia Sains. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid SK Marian Convent terhadap mata pelajaran Sains. Program-program yang telah dirancang mampu menjadi perangsang kepada murid SK Marian Convent supaya minat terhadap mata pelajaran Sains dan Teknologi serta dapat melahirkan murid yang berketerampilan, kreatif dan inovatif. 2.0 MATLAMAT 2.1 Menarik minat para murid terhadap mata pelajaran Sains dan melahirkan murid yang bermotivasi tinggi. 2.2 Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. 2.3 Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan. 2.4 Untuk melahirkan murid yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi. 2.5 Untuk melahirkan murid yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep ”1 Malaysia”. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi pendedahan ringkas bahawa sains dan teknologi memudahkan kehidupan seharian. 3.2 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. 3.3 Memberikan pendedahan bahawa sains dan teknologi merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan.


3.4 Melahirkan insan yang bersyukur dan berfikiran jauh ke hadapan. 4.0 TARIKH Aktiviti dijalankan selama seminggu bermula 26 Julai 2021 sehingga 30 Julai 2021. 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru dan murid SK Marian Convent 6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) 1 Hadiah Pertandingan Mencari benda tersembunyi (tempat pertama, kedua dan ketiga) RM 5.00 X 2 RM 4.00 X 2 RM 3.00 X 2 RM 24.00 2 Hadiah Pertandingan ‘Word Search’ Tahun 2 dan 3 (tempat pertama, kedua dan ketiga) RM 5.00 X 2 RM 4.00 X 2 RM 3.00 X 2 RM 24.00 3 Hadiah Pertandingan Membina Model Peparu Tahun 4 RM 6.00 X 2 RM 5.00 X 2 RM 4.00 X 2 RM 30.00 4 Hadiah Pertandingan Mencipta Rumah Impian Tahun 5 RM 7.00 X 2 RM 6.00 X 2 RM 5.00 X 2 RM 36.00 5 Hadiah Pertandingan Mencipta Model Daripada Bahan Terbuang Tahun 6 RM 7.00 X 2 RM 6.00 X 2 RM 5.00 X 2 RM 36.00 6 Hadiah Pertandingan Pop Kuiz Sains (Tahun 1 – 6 ) RM2.00 X 20 RM 40.00 7 Kertas A4 Berwarna RM 11.00 X 3 RM 33.00 JUMLAH RM 223.00


7.0 JADUAL PELAKSANAAN Bil Aktiviti Cadangan Tarikh 1 Pelancaran Minggu Sains Tahun 2021 Gimik Pelancaran Minggu Sains 2021 26 Julai 2021 2 Pertandingan Mencari Objek Tersembunyi Dilaksanakan semasa waktu Sains 3 Pertandingan ‘Word Search’ Tahun 2 dan 3 Dilaksanakan semasa waktu Sains 4 Pertandingan Membina Model Peparu Tahun 4 Dilaksanakan semasa waktu Sains 5 Pertandingan Mencipta Rumah Impian Tahun 5 Dilaksanakan semasa waktu Sains 6 Pertandingan Mencipta Model Daripada Bahan Terbuang Tahun 6 Dilaksanakan semasa waktu Sains 10 Pertandingan Pop Kuiz Sains (Setiap Tahun) Sepanjang Minggu Sains 12 Penyampaian Hadiah 2 Ogos 2021 8.0 JAWATANKUASA MINGGU SAINS AJK Nama Pengerusi Puan Hajah Puziah binti Hj Abdul Rahman Guru Besar Naib Pengerusi Puan Mazziah binti Othman – GPK Kurikulum Puan Hanita binti Ahmad Basri – GPK HEM Puan Halida binti Zakaria – GPK Kokurikulum Puan Sarimah binti Omar – PK Petang Penyelaras Puan Izazuliana binti Muhzan Setiausaha Encik Mohd Rizam bin Zamri AJK Puan Norhidayah Fadila binti Zakari


9.0 PENUTUP Semoga perancangan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan serta memberi input yang berguna kepada semua. Disediakan oleh: Disemak oleh : (Izazuliana binti Muhzan) (Puan Mazziah binti Othman) Ketua Panitia Sains Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Marian Convent SK Marian Convent Disahkan oleh : (Puan Hajah Puziah binti Haji Abdul Rahman) Guru Besar SK Marian Convent


Click to View FlipBook Version