Tarikh : 1 Julai 2024 Masa : 9.00 Pagi Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar As-Sidiq SMKA SHEIKH ABDUL MALEK Jalan Budiman, 20400 Kuala Terengganu Bersama Melestarikan SHAMS Terbilang Al-Fateh: Sahsiah Cemerlang STPM Terbilang
2 Anak–anak pelajar Tingkatan Enam yang dikasihi, Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar lepasan SPM yang berjaya meneruskan pengajian Tingkatan Enam di SMKA Sheikh Abdul Malek. Semoga peluang meneruskan pengajian ini mendatangkan kemaslahatan kepada para pelajar dalam meningkatan potensi diri dan menambahkan ilmu untuk pembelajaran sepanjang hayat. Sebagaimana kelaziman, anak-anak pelajar akan menerima banyak pendedahan berguna dalam Program Hala Tuju Pelajar Tingkatan Enam sebagai persediaan awal ke arah merealisasikan cita-cita murni anak-anak pelajar. Diharapkan pada akhir program ini anak-anak pelajar dapat memilih pakej mata pelajaran yang sesuai dengan minat dan kemampuan anda seterusnya memberikan kelebihan dalam memilih jurusan ke IPT selepas tamat STPM nanti. Seiring dengan perkembangan masa, teknik pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan perkembangan teknologi siber dan berpusatkan murid seperti “digital classroom” lebih menarik dan berkesan. Semoga dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tingkatan 6 ini lebih menarik minat pelajar untuk menghayati pelajaran sekali gus memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi anak-anak pelajar. Sebagai pelajar yang paling dewasa di sekolah, saya sangat berharap anakanak pelajar tingkatan 6 akan memberikan contoh tauladan yang terbaik kepada adik-adik di aliran perdana. Kematangan idea, cara berfikir dan bertindak mestilah bersesuaian dengan cabaran sistem pendidikan negara pada masa ini. Akhir sekali, saya mendoakan agar anak-anak pelajar dapat mengikuti program ini dengan jayanya. Semoga dengan pengajian di SMKA Sheikh Abdul Malek ini akan melahirkan anak-anak pelajar yang proaktif dan berkepimpinan serta membuka lembaran baru kepada anak-anak pelajar sebelum menjejakkan kaki ke menara gading. Sekian, terima kasih. AHMAD RIDHUAN BIN ABDUL GHANI Pengetua SMKA Sheikh Abdul Malek SEKAPUR SIRIH
3 SHAMS atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu, kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulungnya bermula pada 2 Januari 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, Kuala Terengganu. Sekolah ini pada awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Februari 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan serta pelajar-pelajar mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang. Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat 3 buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman, maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu nama lain yang lebih sesuai. Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu Dato’ Setia Jasa (Allahyarham Dato’ Haji Mohd Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama’ Terengganu iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dengan nama gelaran “TOK KU PULAU MANIS” untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini. Cadangan ini diterima dan bermula pada bulan Ogos 1987, sekolah ini dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek. Sekolah ini merupakan sekolah campuran pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar-pelajarnya datang dari serata daerah negeri Terengganu dan luar Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk menampung pelajar-pelajar dari luar, dua blok bangunan asrama telah didirikan. Satu blok untuk asrama lelaki dan satu blok asrama perempuan. Setiap blok boleh menampung seramai 200 orang pelajar. Sekolah ini akhirnya dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dato’ Amar Dr. Hj. Sulaiman bin Hj. Daud pada 19 April 1992. PENGIKTIRAFAN SEKOLAH Sekolah Bestari Malaysia Tahun 1999 Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 1 Tahun 2007 (Kebitaraan Sains Fizik [Akademik], Memanah [Kokurikulum] & Muttaqun) International Baccalaureate (Ib) World School Pada 16 Mei 2017 SEJARAH SEKOLAH
Tingkatan 6 merupakan salah satu platform bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading selepas peperiksaan SPM. Tingkatan 6 bukan sahaja menekankan aspek akademik tetapi juga rohani dan sahsiah sebagai persediaan bagi pelajar menjadi pemimpin kepada negara yang tercinta pada suatu hari nanti. Oleh itu Hari Pendaftaran dan Minggu Hala Tuju Pelajar Semester 1 Tahun 2023 diadakan untuk memberikan pendedahan dan mengenal pasti minat pelajar sebelum mengikuti mana-mana pakej yang disediakan di sekolah ini. Meraikan warga baru Shams. Memberi kefahaman kepada ibu bapa / penjaga serta pelajar tentang pengajian tingkatan 6 di Shams. Mewujudkan kebersamaan peranan dan tanggungjawab sekolah, PIBG dan ibu bapa serta pelajar sendiri melalui penerapan budaya cemerlang selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan (JERI) dalam menjana kecemerlangan . Membentuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar tingkatan 6 menuju ke arah Membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotism dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional. Mendidik pelajar secara menyeluruh, berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif dan proaktif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan jauh, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang selaras dengan Program SUMUR. Program ini bertujuan mendidik pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah mengenali budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta melahirkan individu yang berdisiplin, bekerjasama, mempunyai daya kepimpinan dan berkeyakinan diri serta bertanggungjawab kepada rakan sebaya, guru-guru dan sekolah. OBJEKTIF MATLAMAT PENDAHULUAN 4
5 Pengerusi : Tuan Haji Ahmad Ridhuan Bin Abdul Ghani (Pengetua) Timb. Pengerusi : Ustazah Norhayati Binti Mat Tamin (PK Tingkatan 6) Naib Pengerusi I : Ustaz Muhammad Bin Ismail (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi II : Ustazah Wan Suriati Binti Wan Samiun (PKHEM) Naib Pengerusi III : Ustazah Rohani Binti Mustaffa (PK Kokurikulum) Penyelaras : Ustaz Mohd Mizam Bin Osman (Penyelaras HEM T6) Setiausaha : Cikgu Norliza Binti Ismail (Kaunselor) JK PERSEDIAAN TEMPAT Cg Zarina binti Awang Cg Zahidah Binti Hj Mohamad Semua Pelajar Semester 2 JK SAMBUTAN Cg Aniza binti Mohd Abu Bakar Ahmad Hisyamuddin An-Nafis Bin Ahmad Redzuan Muhammad Adrie Faiz bin Abdullah Nuru Haniyyah Binti Embong Nur Ayesha Solehah Binti Ahmad Zaki Nurin Ainun Fatihah Binti Mohd Refi’e JK LABEL, PANDU ARAH DAN FAIL PELAJAR Cg Rosnani binti Mamat Adilah Khadijah Binti Alias Mariatul Aqilah Binti Mohammad Ali Nurul Syahidah Binti Mohd Yusof PENGACARA MAJLIS Cg Zahidah binti Hj Mohamad Muhammad Adam Syahmi Bin Zakari JK BOOKLET & TAYANGAN SELAYANG PANDANG Ustz Nazrah binti Abd Latif Nurul Izzati Binti Abdul Azli Rohadatul Aisy Binti Ahmad Razif JK KAWALAN TRAFFIK Ust Muhammad Saufi B. Mohamad Muhammad Adib Hukmie Bin Asri (k) Muhammad Zubair Bin Tajuddin Muhammad Hafiz Ismat bin Mohd Habir Izz Danish Rahmani Bin Ramzuddin JK PENDAFTARAN KELAS Ust Muhammad Saufi B. Mohamad (k) Ustzh Wan Raihanah binti Wan Abdullah Cg Halimahton Fariza Binti Mohamad Nur Afa Qamarina Binti Noorazizu (k) Nureen Farhana Binti Abdul Muin Nur Insyirah Binti Ishak Fatin Atikah Binti Awang Ainur Mardhiah Binti Mohd Jais Nur Athirah Binti Hashim Nur Nabila Binti Muhamad Muslim JK SIARAYA/ LAPTOP/ LCD Ust Mohd Mizam Bin Osman Nurul Izzati Binti Abdul Azli Rohadatul Aisy Binti Ahmad Razif JK BACAAN DOA & KALAM WAHYU Ustaz Mohd Mizam Bin Osman Muhammad Faisal Bin Azmi (k) - (Doa) Sayed Amar Hanafiah Bin Al-Sayed Ali - (Kalam Wahyu) JK KAIN RENTANG, SIJIL, FOTOGRAFI & DOKUMENTASI Cg Norliza binti Ismail Kain Rentang Izz Danish Rahmani Bin Ramzuddin Muhammad Zubair Bin Tajuddin Sijil Penghargaan Nurul Amira Sofea Binti Hisyam Faqiehah Irbiena Binti Muhammad Mayuddin Fotografi Muhammad Irfan Bin Muhammad Khayra Sabila Binti Mohd Jamil Dokumentasi Muhammad Nor Syahidan Bin Abdul Manaff JAWATANKUASA KERJA
6 Pendaftaran Majlis Perasmian Hari Pendaftaran dan Minggu Hala Tuju Semester 1 STPM 2025 Gema Wahyu Ucapan Alu-aluan Oleh: Puan Norhayati Binti Mat Tamin (Penolong Kanan Tingkatan 6) Ucapan Perasmian Oleh: Tuan Haji Ahmad Ridhuan Bin Abdul Ghani (Pengetua) Bacaan Doa Bersurai BIL SUBJEK GURU YANG MENGAJAR 1 Pengajian Am Pn.Halimahton Fariza Binti Mohamad Pn. Zarina Binti Awang 2 Bahasa Melayu Pn. Zahidah Binti Mohamad 3 Bahasa Arab Pn. Norhayati Binti Mat Tamin Pn. Wan Raihanah Binti Wan Abdullah 4 Syariah En. Mohd Mizam Bin Osman Pn. Nazrah Binti Abd Latif 5 Sejarah Pn. Rosnani Binti Mamat 6 Usuluddin En. Muhammad Saufi Bin Mohamad 7 MUET Pn. Aniza Binti Mohd Abu Bakar PAKEJ PAKEJ MATA PELAJARAN BIL MATA PELAJARA N 1 Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah, Bahasa Melayu, Sejarah + MUET 5 2 Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin + MUET 4 TENTATIF HARI PENDAFTARAN PAKEJ MATA PELAJARAN SENARAI GURU MATA PELAJARAN
7 TENTATIF MINGGU HALA TUJU
8 KOD PENGAJIAN AM (900) 900/1 Malaysia Kekal Berdaulat, Negara Berdaulat, Perlembagaan Persekutuan, Tadbir Urus Negara, Kedaulatan Malaysia 900/2 Malaysia Maju dan Sejahtera, Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera, Ideologi, Wawasan dan Dasar Pembangunan Negara, Cabaran dan Penyelesaian 900/3 Malaysia dan Negara Luar, Hubungan Diplomatik, Penglibatan, Peranan dan Sumbangan Malaysia, Isu dan Cabaran 900/4 Kerja Projek (Kerja Kursus Pengajian Am) KOD BAHASA MELAYU (910) 910/1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu & Fonologi 910/2 Morfologi & Sintaksis 910/3 Semantik 910/4 Kerja Projek (Kerja Kursus Bahasa Melayu) 910/5 Kerja Projek (Kerja Kursus Bahasa Melayu) KOD BAHASA ARAB (913) 913/1 Kemahiran Bahasa (Pemahaman, Penulisan, dan Pertuturan) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu) 913/2 Kemahiran Bahasa (Pemahaman, Penulisan, dan Pertuturan) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu) & Balaghah 913/3 Kemahiran Bahasa (Pemahaman dan Pertuturan) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu) & Teks Sastera 913/4 Ujian Lisan Bahasa Arab 913/5 Kerja Projek (Kerja Kursus Bahasa Arab) KOD SYARIAH (930) 930/1 Pengajian Fiqh (Muamalat, Munakahat, Mirath & Jenayah) 930/2 Usul Fiqh & Kaedah Fiqh 930/3 Ayat Ahkam & Hadis Ahkam 930/4 Kerja Projek (Kerja Kursus Syariah) KOD USULUDDIN (931) 931/1 Ilmu Tauhid (Akidah & Metode Pemikiran Akidah) 931/2 Ulum al-Quran & Ulum al-Hadis) 931/3 Ilmu Mantik (Moden & Klasik) 931/4 Kerja Projek (Kerja Kursus Usuluddin) KOD SEJARAH (940) 940/1 Sejarah Dunia (1500 – 1955) 940/2 Sejarah Islam (500 – 1918) 940/3 Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara ( 1800 – 2000) 940/4 Kerja Projek (Kerja Kursus Sejarah) MATA PELAJARAN STPM DI SMKASAM
9 01. Terus Sambung Ijazah: Laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh terus masuk ke IPT selepas itu. 02. Tempoh Setahun Setengah: Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga merupakan satu pilihan yang bijak kepada para pelajar. Melalui laluan Tingkatan 6 adalah lebih menjimatkan masa. 03. Kerja Kursus: Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. 04. Murid & Guru: Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. 05. Setaraf Diploma: Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 06. Tiada Yuran Pengajian: Sudah terang lagi bersuluh, bahawa tiada yuran pengajian bagi Tingkatan 6 berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu. 07. Ulang Subjek Gagal: Sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik. 08. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar: Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah kerana Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar. Hal ini merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu. 09. Tambahan: Pelajar Tingkatan 6 boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka laluan Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda! KELEBIHAN BELAJAR DI TINGKATAN 6
10 PENGENALAN: Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2013, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu ini adalah cetusan idea oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011). SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM: Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak mengganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.Kandungan pengajiannya dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal. Aspek kemahiran insaniah (soft skills) diterapkan dalam kurikulum sistem ini, yang antaranya meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lain-lain. Dalam aspek pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu PBS dengan wajaran 20% hingga 40%, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran). PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS): PBS merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja projek, kajian luar, dan kerja amali yang diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan oleh MPM. Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan PBS akan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala pemantauan dan penyelarasan PBS akan dikendalikan oleh MPM sama ada di peringkat zon atau peringkat pusat. Bagi sekolah swasta, sekolah integriti, dan calon persendirian individu, pemeriksa PBSnya akan dilantik oleh MPM. MPM juga menyediakan Manual Guru dan Manual Pelajar bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian PBS demi jaminan kualitinya. PENJENAMAAN SEMULA TINGKATAN 6
11 PEPERIKSAAN Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap penggal. Kertas peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM dan pemeriksaan skrip jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM seperti amalan sekarang. PENGREDAN Sistem penggredan dalam sistem pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan sistem STPM sedia ada. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata pelajaran) yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap penggal akan dijumlahkan untuk menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya. MEMPERBAIKI KEPUTUSAN Satu keistimewaan dalam sistem ini ialah pelajar dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi penggal berkenaan pada hujung Penggal 3 (hujung tahun). Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3, iaitu selepas keputusan Penggal 3 dikeluarkan. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal. KELEBIHAN Melalui sistem ini, beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah pada skala kecil. Pengenalan kepada PBS dalam sistem ini adalah selari dengan hasrat KPM untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi. Hal ini juga berketepatan dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. STANDARD DAN PENGIKTIRAFAN Dari segi standard dan pengiktirafan, pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan STPM sedia ada. Pada umumnya, kandungan kurikulum tidak berubah. Wakil Cambridge Assessment (CA), United Kingdom akan turut serta dalam Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM ini bagi penentuan keputusan STPM. Wakil CA ini akan memberikan pandangannya mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM bagi setiap kertas, dan membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan. Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini. Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia
12 LATAR BELAKANG: Dalam usaha melaksanakan penjenamaan semula Tingkatan Enam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203 pada 21 November 2013 dan Taklimat Khas Status Pelaksanaan Penjenamaan Semula Tingkatan Enam kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan pada 27 Februari 2014. PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI KELAS: Pakaian murid Tingkatan Enam semasa menghadiri kelas adalah seperti yang digariskan seperti berikut: Murid lelaki: Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan berstokin. Baju murid lelaki ialah kemeja lengan panjang berwarna bebas tanpa corak. Hanya kemeja polos, berjalur atau berpetak. Lengan kemeja hendaklah dikancing atau dibutang sepenuhnya. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tuck in). Batik Malaysia dibenarkan. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Seluar bagi murid lelaki ialah seluar panjang. Panjang seluar hendaklah sekurang-kurangnya separas buku lali. Bentuk seluar ialah potongan slek yang tidak ketat dan tidak berlipat. Jean, cargo pants, atau seluar pendek tidak dibenarkan. Hanya seluar panjang polos dibenarkan. Warna seluar yang dibenarkan adalah bebas kecuali warna 'garang' (striking). Jika memakai tali pinggang, gancu (kepala tali pinggang) hendaklah tidak melebihi 5cm. Gancu yang bermotif ganas, lucah, tahyul dan berimej negatif tidak dibenarkan. Kasut bagi murid lelaki ialah kasut yang bertutup dan lengkap berstokin. Capal hanya boleh dipakai dengan pakaian kebangsaan. Selipar, cerpu, sandal atau yang sejenis dengannya tidak dibenarkan. Songkok bagi murid lelaki berwarna hitam yang standard tidak melebihi 10 cm. Murid perempuan: Pakaian murid perempuan ialah baju kurung. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim atau likra tidak dibenarkan. Tudung murid perempuan adalah tudung mudawwar sahaja. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Kasut murid perempuan hendaklah yang bertutup. Selipar, cerpu, terompah, sandal atau yang sejenis dengannya tidak dibenarkan. ETIKA PEMAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM