The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yunz_cutie, 2021-04-21 20:54:49

BUKU PROGRAM PIBG 2021

BUKU PROGRAM PIBG 2021

MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG

SEKOLAH TINGGI SEGAMAT
KALI KE-45 TAHUN 2021

8 MEI 2021 | 10.00 PAGI
LOKASI MASING—MASING
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

KANDUNGAN

• Tentatif mesyuarat Agung PIBG 2
• Senarai Jawatankuasa Pengelola 3
• Agenda Mesyuarat Tahunan PIBG 5
• Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44
• Laporan Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-44
• Laporan Tahunan Aktiviti PIBG 2019/2020
• Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2019
• Usul-usul Yang Diterima Tanpa Bahas
• Usul-usul Yang Dibahas
• Lampiran

2

TENTATIF PROGRAM

9.30 pagi * Bersedia dalam talian
10.00 pagi * Bacaan doa

* Ucapan YDP PIBG ( Tn. Hj. Samsuri Bin Ismail)
* Ucapan Pengetua (Cg Rohaya Bt. Md. Zain)
* Ucapan perasmian (YB Dato’ Zahari Bin Sarip, ADUN

Buloh Kasap)
* Membentangkan dan menerima minit mesyuarat yang lepas
* Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan

berakhir disember 2020
* Membahaskan usul
* Hal-hal lain
* Ucapan penangguhan
* Cabutan bertuah
* Majlis tamat

SENARAI JAWATANKUASA

PENGERUSI SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
: CG ROHAYA BT. MD. ZAIN (Pengetua)
TIMB. PENGERUSI : CG AMRAN B. ABAS (GPK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI : CG SUPIEI B. OTHMAN(GPK HEM)
: CG NORASHIKIN BT. MOHD ARIS(GPK KOKO)
CG SURAYA BT. AZIZ(Pemangku GPK Tingkatan 6)
SETIAUSAHA : CG MASTURA BT. ABDUL GHANI(Setiausaha PIBG)
NAIB SETIAUSAHA : CG SAFURA BT. OTHMAN(Naib Setiausaha PIBG)
BENDAHARI : CG MOHD ZAID BIN WAHAB (Bendahari)

TEKNIKAL / ICT & MULTIMEDIA

En Mohd Khairul B. Idris (K)
Usz Asraf B. Che Nor

Cg Khairol Nizam B. Samsuddin
Cg Mohd Faizal B. Mohd Nor
Cg Amir B. Omar

Cg Mohd Ameerul Fadli B. Azmi
Cg Mohd Hafiz B. Abd. Wahab
Cg Mohd Nor Afiq B. Hamzah

Cg Hamizan B. Hamdan
Cg Noryazid B. Mad. Radzi
Cg Govindan A/L Krishnanmoorthy

BUKU PROGRAM
Cg Nurul Fazilah Bt. Mustafa (K)

Cg Nurliyana Bt. Rosly
Cg Azralina Bt. Adun
Cg Siti Norasiah Bt Mat Daud
Cg Norizan Bt. A. Kadir
Cg Farahwahida Bt. Adnan
Cg Zarina Bt. Abu Samah

PENGACARA MAJLIS
Cg Rusniza Bt. Mohamad Kaseh
Cg Nazatulshima Bt. Kamarulzaman

4

PENCATAT PENGELOLA HAMPER &
Cg Suraya Hanu Bt. Yusof (K) HADIAH CABUTAN BERTUAH

Cg Noraida Bt. Abu Bakar Cg Lee Saw Chin (K)
Cg Nurul Ain Bt. Mohd Yunos Cg Suriadi B. Osman
Cg Nurul Athirah Bt. Mohd Zazali Cg Jemmy Bt. Husinga
Cg Sharipah Nadia Bt. Syed Alwee Cg Yap Heng Fung
Cg Siti Maimun Bt. A. Malek Cg Suhaila Bt. Sulaiman
Cg Ng Foong Chong
PENDAFTARAN Cg Ashikin Bt. Syed Hamid
Cg Fairusshamizar B. Bongsu (K) Cg Rafidah Bt. Che Leh
Cg Aderemy B. Minhat
Cg Azwani Bt. Abdullah Cg Zaharuddin B. Mustaffa
Cg Kartini Bt. Kamrudin Cg Rosnani Bt. Paiman
Cg Hjh. Siti Salmiah Bt. Misiran
Cg Cher Guan Ann
Cg Siti Rafiah Bt. Hashim Cg Fara Bt. Molah
Cg Noor Dalinah Bt. Mat Dahalan Cg Laili Bt. Ismail
Cg Zapuan B. Abdul Rahim
Cg Lau Sor lay En Gan Eng Kim – AJK PIBG
Cg Tan Mui Fan En Abd Rahman – AJK PIBG
Cg Khoo Seng Hong Pn Rokiah Ibrahim – AJK PIBG
Cg Nurazwin Bt. Suraimi
Cg Siti Noratikah Bt. Abdul Razak JURU GAMBAR /DOKUMENTASI
Cg Ong Ker Sin Cg Shahril Azizi B. Abdul Mutalib(K)
Cg Norzatul Akmar Bt Husin
Pn Diah Salina – AJK PIBG Cg Azlina Bt. Hashim
Pn Juliana – AJK PIBG Cg Roha Bt Rohani

PEMBACA DOA
Ustaz Zulkarnain B. Poniran (K)

Ustaz Asraf B. Che Nor

PUBLISITI & SERANTA
Cg Zainuddin B. Kasbi (K)

Cg Amirsyah B. Mizuar
Cg Chiong Yew Ming

AGENDA MESYUARAT TAHUNAN PIBG

• Ucapan YDP PIBG ( Tn. Hj. Samsuri Bin Ismail)
• Ucapan Pengetua (Cg Rohaya Bt. Md. Zain)
• Ucapan perasmian (YB Dato’ Zahari Bin Sarip, ADUN Buloh Kasap)
• Membentangkan dan menerima minit mesyuarat yang lepas
• Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir Disember

2020



• Membahaskan usul
• Hal-hal lain
• Ucapan penangguhan
• Cabutan bertuah
• Majlis tamat

6

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG (44)

TEKS UCAPAN PENGETUA
(CG. ROHAYA BINTI MD ZAIN)
Terima Kasih Kepada Pengacara Majlis.
Yang Berbahagia, Tn. Hj. Hashim bin Mohamad Kalang, Pengarah Syarikat Tugas Utama
Sdn. Bhd. merangkap Ikon Rakan Strategik PIBK Daerah Segamat,
Yang Dihormati, Tn. Hj. Samsuri bin Ismail, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Tinggi Segamat,
Barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Tinggi Segamat,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru,
Ahli Jawatankuasa PIBG,
Para ibu bapa, serta hadirin sekalian.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar
kita Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan juga pengikut-pengikut Baginda.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha
yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SEKOLAH TINGGI SEGAMAT Kali Ke-
44 dapat diterjemahkan pada hari ini. Tidak dilupakan sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak terutamanya kepada Yang Berbahagia, Tn. Hj. Hashim bin Mohamad
Kalang dan YDP PIBG, Tn. Hj. Samsuri bin Ismail kerana sudi mengorbankan masa, tenaga
dan usaha untuk hadir pada majlis hari ini. Begitu juga kepada para guru dan Ahli
Jawatankuasa yang menzahirkan kesungguhan dengan penuh komitmen dan dedikasi yang tinggi
dalam menjayakan majlis kali ini. Tidak akan pernah saya lupakan juga adalah pengorbanan
semua ibu bapa yang hadir pada hari ini untuk sama-sama kita mengorak langkah ke arah
perjuangan dan kejayaan yang seterusnya.

Yang berbahagia, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pertamanya, suka untuk saya kongsikan berkaitan pakej mata pelajaran Tingkatan 4
berkuatkuasa tahun 2020 ini. Pemilihan pakej mata pelajaran elektif Menengah Atas
adalah berdasarkan kombinasi yang mempunyai nilai tambah kepada murid dalam konteks
pembelajaran murid. Pakej ini dibina berdasarkan keperluan murid untuk menyambung
pengajian ke peringkat tertiari seperti Universiti, Matrikulasi, Tingkatan 6 dan Kolej
Komuniti.

Di samping itu, pakej ini juga mengambil kira keperluan badan profesional serta bidang
laluan kerjaya yang diminati murid. Murid boleh memilih mata pelajaran elektif mengikut
minat dan kecenderungan dengan mengambil kira pencapaian murid dalam PT3, PBD dan
Ujian Psikometrik.

Apa sekalipun, pihak sekolah juga diberi autonomi dalam menyediakan mata pelajaran
pilihan dengan mengambil kira kemudahan sekolah dan ketersediaan guru opsyen mata
pelajaran berkenaan. Pendek kata, pakej mata pelajaran Menengah Atas yang dicadangkan
adalah sejajar dengan aspirasi PPPM 2013- 2025 dan hasrat KPM dalam memastikan
lebih ramai murid peringkat Menengah Atas dapat membuat pilihan pakej mata pelajaran
yang sesuai dengan minat dan kecenderungan serta memberi nilai tambah dalam bidang
kerjaya yang ingin diceburi atau meneruskan pendidikan pada peringkat tertiari.

Selain itu, suka untuk saya war-warkan di sini bahawa Sekolah Tinggi Segamat sebagai
salah sebuah sekolah yang terlibat dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Program ini bermatlamat untuk lebih memantapkan tampuk kepimpinan sekolah. Selain itu,
ia juga disasarkan untuk memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan
kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan. Tidak diabaikan, melalui program TS25 ini, ia
diharapkan dapat mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan
demi kejayaan murid.

Objektif pelaksanaan TS25 ini, iaitu :
Mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik.
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur
kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.

8

Yang berbahagia, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Menyentuh tentang 12 inisiatif menteri khusus dalam arena pendidikan di negara ini. 12
inisiatif tersebut, iaitu :

Manual nilai dibacakan dalam setiap perhimpunan (seperti nilai kasih sayang,
tanggungjawab, saling menghormati dan kebahagiaan).
Pengenalan pendidikan sivik.
Penyelesaian mutual distrust antara guru dan ibu bapa.
Popularkan budaya hero teacher.
Manipulasi telefon pintar untuk pendidikan.
Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh bersekolah pada tahun 2019.
Pewujudan kawasan rehat guru.
Guru tiada lagi kerja perkeranian.
Tiada kompromi dalam belanjawan pendidikan.
Menjadikan sektor pendidikan OKU friendly.
Menyelesaikan isu sekolah daif.
Kemeriahan Speaker’s Corner.

Daripada 12 inisiatif menteri ini, tertarik saya untuk memperjelaskan berkaitan item ke-3
iaitu penyelesaian mutual distrust antara guru dan ibu bapa. Teras ini tiada lain adalah
untuk meningkatkan nilai kepercayaan antara guru dan ibu bapa. Dalam erti kata lain, ia
mendidik agar antara guru dengan ibu bapa saling mempunyai sikap kepedulian dan
kebersamaan dalam proses mencapai matlamat yang disasarkan. Secara tidak langsung, ia
akan menjadikan institusi sekolah sebagai hub komuniti. Antara cadangan program untuk
menjayakan teras ini termasuklah dialog 2 hala berkaitan kemenjadian murid,
membudayakan dasar buka pintu oleh semua pemimpin sekolah serta pemerkasaan dan
pemantapan elemen utama sarana sekolah.

Yang berbahagia, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Di mana-mana sekolah, bidang Kurikulum merupakan satu teras yang amat penting. STS
juga tidak terkecuali dalam hal ini. Banyak kecemerlangan telah dicapai dalam setiap kali
peperiksaan awam seperti PT3, SPM dan STPM. Dalam peperiksaan PT3 2019, sekolah
telah mencapai peratus lulus sebanyak 58.93% dengan GPS 3.17 dan 3 orang calon
mendapat semua A. Keputusan ini satu pencapaian yang paling memberangsangkan dalam
tempoh 5 tahun bila mana STS berjaya meletakkan diri di kedudukan ke-6 daerah
Segamat.

Manakala dalam TOV SPM 2020, melalui analisis keputusan Peperiksaan Akhir Tingkatan
4 Tahun 2019 memperlihatkan petanda positif. Sejumlah 144 orang calon SPM yang
memiliki nilai kualiti yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Dengan sasaran TOV
lulus iaitu 72.22% (GPS : 6.16) dan ETR lulus 96.00% (GPS: 5.00) diharapkan pada
kali ini malah tidak mustahil keputusan yang jauh lebih baik mampu dicapai.

Berbeza dengan TOV PT3 2020, yang menunjukkan sedikit kebimbangan. Berdasarkan
pencapaian pada akhir tahun Tingkatan 2 mereka, daripada 172 orang calon hanya
27.33% sahaja calon yang menguasai (GPS : 4.18). berpandukan data ini, sekolah
mensasarkan 65.00% calon lulus (GPS : 3.00). bagi tujuan tersebut, saya sangat
mengharapkan semua pihak dapat bersama-sama berjalan seiring dengan STS bagi
memastikan ia menjadi realiti.

Analisis peperiksaan STPM sejak tahun 2013 hingga 2018 memperlihatkan peningkatan
graf yang baik. Pada tahun 2018, semua calon STPM berjaya meraih lulus 100%.semoga
pada tahun ini, kecemerlangan STPM akan terus mengorak langkar meluaskan sayapnya
melahirkan lebih ramai pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana
Pertama.

Hadirin-hadirat sekalian,
Suka juga untuk saya kongsikan berkaitan pencapaian STS dalam bidang Kokurikulum
sepanjang tahun 2019. Di peringkat antarabangsa, STS telah menyertai Pertandingan
Wau/Layang-Layang Kategori Sekolah Menengah sempena Festival Layang-Layang
Sedunia. Malah, 3 orang pelajar STS telah menerima Anugerah Remaja Perdana tahap
Emas.

Hasil usaha gigih, STS turut berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Forum
Remaja Peringkat Kebangsaan. Malah, lebih manis apabila salah seorang pelajar kita berjaya
merangkul gelaran Ahli Panel Terbaik dalam pertandingan tersebut. Kejayaan kumpulan
Forum Remaja ini adalah selepas mengharumkan nama sekolah sebagai Johan di peringkat
daerah Segamat juga di peringkat negeri Johor.

10

Di peringkat negeri juga, sekolah kita juga berjaya mendapat tempat ke-3 dalam
Pertandingan Deklamasi Puisi dan Syair dan tempat ke-4 Kejohanan Bola Baling kategori
L/P18.

Kejayaan di peringkat daerah juga tidak kurang hebatnya. Antaranya termasuklah :
Peserta Terbaik Kategori P14 Olahraga MSSD Segamat.
Pengerusi Terbaik dan Ahli Panel Terbaik Pertandingan Forum Remaja Peringkat
Daerah Segamat.
Johan Kejohanan Hoki L/P18 MSSD Segamat.
Johan Pertandingan Deklamasi Puisi dan Syair.
Johan Pertandingan Kawad Kaki Kategori Sekolah Menengah Sempena Hari
Kebangsaan 2019 (PKBM).
Johan Pertandingan Solat Seni MSSD Segamat Kategori Silat Seni Asli KP
(Sekolah Menengah).

Banyak lagi sebenarnya pencapaian cemerlang STS dalam bidang Kokurikulum mencakupi
setiap peringkat bermula sekolah, daerah, negeri, kebangsaan sehingga antarabangsa.
Semoga Unit Kokurikulum akan terus mengharum dengan lebih banyak pencapaian pada
tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif, maka pihak sekolah dengan bantuan dan
kerjasama pihak PIBG telah menaiktaraf beberapa kawasan di sekitar sekolah. Antaranya
seperti :

Mercu tanda “I Love STS” di bangunan hadapan berdekatan dengan pintu masuk
sekolah.

Taman Orked bersebelahan dengan Dewan Hibiscuss ini.
Taman Tingkatan 6.
Taman Ilmu di bagunan Tingkatan 5.
Menaiktaraf bangunan Koperasi sekolah.
Menaiktaraf Pusat Sumber Media atau dikenali juga sebagai Bilik Lavender.
Usaha mencantikkan tandas guru dan tandas murid.

Semua usaha ini adalah diharapkan akan memberi manfaat kepada semulurh warga STS
khususnya untuk membolehkan semua pelajar di sekolah ini dapat mengharungi hari-hari
mereka di sekolah dengan lebih gembira dan bersemangat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sekolah.
Hanya dengan kejasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini
dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Tn.
Hj. Samsuri bin Ismail yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan
mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini
amat berdedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan
kecemerlangan.
Yang berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua
mengharapkan peningkatan dalam Kurikulum, Kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya
dengan kejasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat
terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik serta kokurikulum.
Ucapan ribuan terima kasih kepada AJK Pelaksana yang menjayakan majlis pada hari ini.
Akhir bicara, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat
yang berjaya kepada agama, bangsa dan negara Malaysia.
Sekian, terima kasih.

12

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG (44)

TEKS UCAPAN YDP PIBG
(TN. HJ. SAMSURI BIN ISMAIL)

Terima Kasih Kepada Pengacara Majlis.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Hashim bin Mohamad Kalang, Pengarah Syarikat Tugas Utama
Sdn. Bhd. merangkap Ikon Rakan Strategik PIBK Daerah Segamat,
Yang Berusaha, Cg. Rohaya binti Md Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat,
Yang dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Tinggi Segamat,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru,
Ahli Jawatankuasa PIBG,
Para ibu bapa, serta hadirin sekalian.

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama
berhimpun pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 pada petang ini. Saya amat mengalu-
alukan kedatangan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Hashim bin Mohamad Kalang yang sekali lagi
tahun ini dapat bersama-sama kita pada hari ini. Di sebalik kepadatan tugas, Yang
Berbahagia masih dapat meluangkan masa untuk mengimarahkan majlis yang telah
dirancangkan ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua ibu bapa/penjaga yang hadir memberi
sokongan terhadap kami untuk menjayakan majlis pada hari ini.

Mesyuarat Agung PIBG ini adalah satu perhimpunan besar yang diadakan oleh pihak
sekolah bertujuan untuk satu perjumpaan antara pihak sekolah dan para waris. Perjumpaan
ini di samping dapat merapatkan ukhuwah kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa,
kedua-dua pihak juga boleh sama-sama berbincang untuk mengetahui potensi, kelemahan
dan sebarang aspek yang dapat membantu memajukan prestasi Sekolah Tinggi Segamat.

Dalam mesyuarat ini juga, diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak
berkongsi idea yang bernas dan tenaga bagi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah
menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar prestasi Sekolah Tinggi Segamat
meningkat maju terus ke hadapan dari semasa ke semasa dan dapat menempa nama sebagai
salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah Segamat ini sesuai dengan laungan “STS
Bangkit!”.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi mencapai kejayaan seperti yang kita doakan saban hari bukan sesuatu yang mudah. Ia
pastinya memerlukan dokongan pengorbanan dan komitmen jitu kedua-kedua belah pihak.
Ibu bapa tidak boleh hanya bergantung harap kepada pihak sekolah semata-mata, malahan
perlu juga menyumbangkan tenaga dan sumbangan demi perkembangan anak-anak kita.
Kejayaan sesebuah sekolah, khususnya Sekolah Tinggi Segamat, pasti dapat diterjemahkan
kepada realiti apabila kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya juga ingin mengambil ruang dan peluang yang ada ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah sama-sama bekerja
dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua Ahli
Jawatankuasa PIBG akan

terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu
kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini, kita dapat bersama-
sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG di Sekolah Tinggi
Segamat. Kami Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 telah berusaha sedaya upaya
kami untuk menjalankan tugas kami dengan kaedah dan pendekatan yang paling baik dan
sesuai dengan kemampuan kedua-dua belah pihak. Dalam segala tindakan, kami sentiasa
memikirkan kepentingan dan kebajikan pelajar-pelajar di sekolah ini khasnya.

Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-
program sekolah yang tiada lain bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan
kemenjadian sahsiah terpuji anak-anak kita di sekolah ini.

14

Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya juga ingin mengambil ruang dan peluang yang ada ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah sama-sama bekerja
dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua Ahli
Jawatankuasa PIBG akan

terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu
kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini, kita dapat bersama-
sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG di Sekolah Tinggi
Segamat. Kami Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 telah berusaha sedaya upaya
kami untuk menjalankan tugas kami dengan kaedah dan pendekatan yang paling baik dan
sesuai dengan kemampuan kedua-dua belah pihak. Dalam segala tindakan, kami sentiasa
memikirkan kepentingan dan kebajikan pelajar-pelajar di sekolah ini khasnya.

Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-
program sekolah yang tiada lain bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan
kemenjadian sahsiah terpuji anak-anak kita di sekolah ini.

Dengan adanya dasar baru kerajaan, anak-anak di Sekolah Tinggi Segamat ini boleh
merebut pelbagai peluang yang terbentang luas. Hal ini kerana, markah sebanyak 10 peratus
diperuntukkan dalam aspek Kokurikulum. Anak-anak yang aktif dalam Kokurikulum boleh
menggunakan kelebihan itu disebabkan pencapaian yang baik dan keaktifan pelajar kita
memang sudah terbukti. Antaranya melalui Forum Remaja yang mana Sekolah Tinggi
Segamat berjaya merangkul kedudukan Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2019.
Usaha ini, bukan sahaja membuahkan hasil yang membanggakan ramai pihak tetapiia juga
membuktikan betapa kami di PIBG tidak pernah menagmbil enteng atas setiap usaha di
peringkat sekolah untuk membawa anak-anak kita ke peringkat yang lebih tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan saban tahun. Justeru,
peluang pendidikan yang dimiliki seharusnya digunakan semaksimum mungkin bagi
menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang gemilang. Pendidikan adalah
bidang dinamik serta penuh cabaran di mana ia menuntut perancangan strategik yang teliti
dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap. Jentera pendidikan itu
telah dizakirkan dengan kepakaran setiap guru yang mencurah bakti di sekolah ini tanpa
mengira erti lelah mendidik bukan sahaja terhad di dalam kelas tetapi di luar bilik darjah.
Maka itu, sistem pendidikan negara akan senantiasa mengambil usaha untuk melestarikan
tahap profesien perguruan agar produk yang dihasilkan selalu berkualiti.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan saban tahun. Justeru,
peluang pendidikan yang dimiliki seharusnya digunakan semaksimum mungkin bagi
menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang gemilang. Pendidikan adalah
bidang dinamik serta penuh cabaran di mana ia menuntut perancangan strategik yang teliti
dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap. Jentera pendidikan itu
telah dizakirkan dengan kepakaran setiap guru yang mencurah bakti di sekolah ini tanpa
mengira erti lelah mendidik bukan sahaja terhad di dalam kelas tetapi di luar bilik darjah.
Maka itu, sistem pendidikan negara akan senantiasa mengambil usaha untuk melestarikan
tahap profesien perguruan agar produk yang dihasilkan selalu berkualiti.

Yang Berbahagia dan hadirin yang dihormati sekalian,
Selepas ini, Insya-Allah kita akan bermesyuarat dan bersama-sama menentukan komitmen
serta hala tuju seterusnya tampuk kepimpinan PIBG untuk membantu pihak sekolah pada
tahun berikutnya. PIBG bukan sahaja membantu dengan memberi sumbangan wang atau
dana daripada tuan-tuan dan puan-puan kepada pihak sekolah, malah antara perkara
utama yang saya harapkan selaku diharapkan termasuklah pandangan dan pemikiran
membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita
khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan. Komitmen tuan-tuan dan puan-
puan adalah kebanggaan saya.

Sebelum saya menutup bicara, ingin saya kongsikan mutiara kata. Menutur seorang ahli
falsafah bernama Wilhelm Busch, “Menjadi bapa sangat mudah tetapi melalui hidup sebagai
bapa, itu yang susah.” Manakala Cardinal Mermillod ppernah menyebut iaitu “Ibu adalah
seorang yang boleh mengambil alih semua tempat orang lain, tetapi tempatnya sendiri tidak
boleh diambil oleh sesiapa pun.” Begitulah peranan kita semua dalam menggerakkan
kefungisan organisasi PIBG di sekolah ini.

16

Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia,
Tuan Pengetua, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Majlis Agung PIBG kali ke-
44, para waris Sekolah Tinggi Segamat dan hadirin yang dihormati sekalian. Terima
kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis kita hari
ini. Saya menyusun jari

memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya
dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah wasalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG (44)

TEKS UCAPAN PERASMI
(YANG BERBAHAGIA, TN. HJ. HASHIM BIN MOHAMAD KALANG)

Terima kasih saudari Pengacara Majlis.
Bislmillahirahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha, CG. ROHAYA BINTI MD ZAIN,
Pengetua Sekolah Tinggi Segamat.

Yang Berusaha, Tuan Haji Samsuri bin Ismail,
Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Tinggi Segamat.

Yang Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru dan Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Tinggi
Segamat,
Para Ibu Bapa dan Para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya
untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-44,
Sekolah Tinggi Segamat Tahun 2020. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu tradisi tahunan
demi kepentingan para pelajar. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa/
penjaga yang hadir pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah
cerminan dan gambaran betapa tingginya komitmen yang kalian berikan terhadap
kemenjadian anak-anak kita yang bersekolah di sini.

18

Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin sekalian,
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Mesyuarat Agung PIBG sekolah mesti
diadakan sebelum 31 Mac. Antara isi utama mesyuarat termasuklah melantik ahli
jawatankuasa untuk memimpin perjalanan PIBG di sekolah selain membincangkan sebarang
usul yang dikemukakan untuk diputuskan bersama tindakan selanjutnya.

Hadirin sekalian,
Bagi merealisasikan semua impian PIBG dan hasrat pihak sekolah, batasan kuasa PIBG
hendaklah dipatuhi sebagaimana yang terkandung dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001
yang dikeluarkan oleh pejabat KPPM, Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara perkara
yang disebutkan dalam surat tersebuat termasuklah peranan dan tanggungjawab PIBG di
sekolah untuk mewujudkan permuafakatan dalam kalangan ibu bapa dengan guru-guru di
sekolah. Dengan wujudnya muafakat di kedua-dua

belah pihak akan menjamin kesefahaman tentang tugas untuk dilaksanakan yang mana pada
akhirnya mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid akan meningkat.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Perjumpaan atau perhimpunan seperti ini sesungguhnya sesuatu yang bermakna. Dalam apa
jua usaha kita, untuk memastikan ia berjaya mencapai apa yang telah disasarkan mestilah
melalui permuafakatan, perbincangan, kerjasama, kesefahaman dan sokongan padu daripada
semua pihak. Sebagai ibu bapa, seperkara yang kita semua perlu ingat iaitu kecemerlangan
anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah bukan di sekolah. Dalam konteks ini, PIBG di
sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah tercapainya apa jua yang
telah disasarkan.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,
Paling utama, saya sangat berharap agar para ibu bapa akan selalu membantu pihak sekolah
untuk mencapai target sekolah meningkatkan prestasi akademik khususnya sesuai dengan
laungan “STS BANGKIT!”. Dengan kerjasama semua, tidak mustahil untuk sekolah ini
mencapai keputusan yang lebih baik.

Mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat kerana sudi menjemput saya ke majlis penuh bermakna ini. Semoga kehadiran
tuan/puan akan membolehkan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini berjalan dengan lancar
mencapai kata sepakat demi kebaikan dan kesejahteraan anak-anak kita semua. Sekali lagi
saya doakan Sekolah Tinggi Segamat akan terus gemilang
sebagaimana yang dilaungkan iaitu “STS Bangkit!” akan menjadi relaiti pada tahun 2020
ini malah akan bertambah baik pada tahun-tahun yang mendatang.
Dengan doa itu, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya dengan sukacitanya merasmikan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Tinggi Segamat Kali Ke-44.
Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum w.b.t.

20

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG (44)

Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin sekalian,
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Mesyuarat Agung PIBG sekolah mesti
diadakan sebelum 31 Mac. Antara isi utama mesyuarat termasuklah melantik ahli
jawatankuasa untuk memimpin perjalanan PIBG di sekolah selain membincangkan sebarang
usul yang dikemukakan untuk diputuskan bersama tindakan selanjutnya.

Hadirin sekalian,
Bagi merealisasikan semua impian PIBG dan hasrat pihak sekolah, batasan kuasa PIBG
hendaklah dipatuhi sebagaimana yang terkandung dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001
yang dikeluarkan oleh pejabat KPPM, Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara perkara
yang disebutkan dalam surat tersebuat termasuklah peranan dan tanggungjawab PIBG di
sekolah untuk mewujudkan permuafakatan dalam kalangan ibu bapa dengan guru-guru di
sekolah. Dengan wujudnya muafakat di kedua-dua

belah pihak akan menjamin kesefahaman tentang tugas untuk dilaksanakan yang mana pada
akhirnya mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid akan meningkat.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Perjumpaan atau perhimpunan seperti ini sesungguhnya sesuatu yang bermakna. Dalam apa
jua usaha kita, untuk memastikan ia berjaya mencapai apa yang telah disasarkan mestilah
melalui permuafakatan, perbincangan, kerjasama, kesefahaman dan sokongan padu daripada
semua pihak. Sebagai ibu bapa, seperkara yang kita semua perlu ingat iaitu kecemerlangan
anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah bukan di sekolah. Dalam konteks ini, PIBG di
sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah tercapainya apa jua yang
telah disasarkan.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,
Paling utama, saya sangat berharap agar para ibu bapa akan selalu membantu pihak sekolah
untuk mencapai target sekolah meningkatkan prestasi akademik khususnya sesuai dengan
laungan “STS BANGKIT!”. Dengan kerjasama semua, tidak mustahil untuk sekolah ini
mencapai keputusan yang lebih baik.

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG (44)

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN
GURU

KALI KE-44 TAHUN 2020

Tarikh : 19 JANUARI 2020
Hari : AHAD
Masa : 2.30 PETANG – 6:00 PETANG
Pengerusi : TN HJ. SAMSURI BIN ISMAIL
Kehadiran : 252 Orang Ibu Bapa/Penjaga

Agenda 1

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG, para guru dan ibu
bapa.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua atas kehadiran ke
Mesyuarat

1.3 Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-44 bagi tahun 2020.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
membenarkan mesyuarat diadakan di Dewan Hibiscus, Sekolah Tinggi
Segamat.

1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran ibu bapa tidak ramai. Walaupun
telah diuar-uarkan dengan hadiah cabutan bertuah telefon bimbit, tetapi
sambutan daripada ibu bapa masih kurang.

22

1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau menerima aduan daripada ibu bapa
tentang kesibukan di hadapan sekolah pada waktu puncak iaitu pada awal pagi
dan pada waktu balik. Beliau mewakili pihak sekolah membenarkan ibu bapa
untuk menghantar anak-anak dengan menggunakan pintu pagar kedua.
Pengerusi juga meminta agar ibu bapa menguruskan pemberian wang kepada
anak-anak semasa di rumah bukan semasa berada di hadapan sekolah kerana
ia menyebabkan kesesakan pada waktu pagi.

Agenda 2

2.0 Membentangkan dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-43

2.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-43 sesi 2018/2020 dibentangkan
oleh Setiausaha Cikgu Mastura Binti Abdul Ghani. Pengerusi mohon minit
mesyuarat tersebut diterima.

Pencadang : En. Mohd Fauzi bin Parlan
Penyokong : En. Mohd Nordin bin Azhari

Pengerusi meminta hadirin untuk membuat pembetulan pada muka surat 7
iaitu menambah agenda Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG
Tahun 2019 sebagai agenda ketiga. Beliau juga memaklumkan bahawa agenda
kedua dan ketiga digabungkan pembentangannya.

Agenda 3

3.0 Membentangkan, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG
Sekolah Tinggi Segamat berakhir 31 Disember 2019

3.1 Penyata Kewangan PIBG Sekolah Tinggi Segamat dibentangkan oleh
Cikgu Zaid Bin Mohd Wahab selaku Bendahari. Pengerusi mohon penyata
tersebut diterima dan diluluskan

Pencadang : En. Saiful Nizam bin Mohd Yusop
Penyokong : Cg. Ngatimah binti Basar

Pengerusi memohon maaf dan meminta agar hadirin dapat membetulkan kesalahan
pada akaun PIBG pada muka surat 32 iaitu penyata hanya sehingga nombor 68 dan
selebihnya adalah perbelanjaan untuk tahun 2020 tidak perlu dimasukkan dalam
baki berakhir 31 Disember 2019 dan menjadikan jumlah pembayaran
RM70,493.30 bukannya RM 94,313.30.

Agenda 4

4.0 Membahaskan Usul

4.1 PENCADANG NAMA ANAK TINDAKAN
Diterima dan
BIL CADANGAN
tidak
1 Mewujudkan group Hazlina Abdullah Muhammad Faiq dibahaskan
(2 Kenanga) Diterima
whatsapp kelas. 771223016479
Diterima
2 Menetapkan waktu balik Muhammad Syahmi Muhammah Syahir
Diterima
yang selaras Hami bin Mohd Hami bin Mohd
Diterima
Supian Supian

951111016173 (2 Kenanga)

3 Pemberitahuan awal Nurizan binti Md. Mariatul Qiftiah binti

sebarang agenda Shukor Muhammad Rizal

841107015878 (3 Seroja)

4 Penyelenggaraan paip Rosli bin Sanin Mohammad

air dan pintu tandas 600617015763 Shahiddin bin Rosli

pelajar (3 Seroja)

5 Ganti buku teks dengan Rosmawati binti Muhamad Haikal bin

tab belajar Ashaari Shamsudin

Besarkan surau lelaki 710819105780 (3 Seroja)

4.2 YDP PIBG selaku Pengerusi membentangkan usul dengan merujuk buku
program mengenai kutipan sumbangan pibg bagi sesi 2020/2022.
Sumbangan ini adalah usul daripada PIBG dengan jumlah kutipan
sumbangan sama seperti tahun 2019 iaitu RM130.00. Jika mempunyai adik
-beradik, bayaran untuk sumbangan PIBG dan majalah sekolah akan
dibayar oleh adik-beradik yang paling tua bersekolah.

Pengerusi mencadangkan agar usul diterima

Pencadang : En. Saiful Nizam bin Mohd Yusop

Penyokong : En. Mohd Nordin bin Azhari

24

4.3 Usul/Cadangan
Cadangan daripada ibu bapa/ penjaga

SEKALUNG PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan terima kasih

diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG
SMK Tinggi Segamat
Kali Ke-45 Tahun 2021

Kekuatan Tidak Datang Secara Fizikal,
Tetapi Datangnya daripada Semangat yang Tidak Pernah Mengalah

26


Click to View FlipBook Version