The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali-42 Tahun 2023 SK LKTP Chuping

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asnida706, 2023-06-21 07:02:48

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 Tahun 2023 SK LKTP Chuping

Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali-42 Tahun 2023 SK LKTP Chuping

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHUPING 02500 MATA AYER, PERLIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-42 SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHUPING TARIKH : 22 JUN 2023 MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHUPING PERASMI : CIKGU ZUEL AZWAR BIN DESA GURU BESAR, SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHUPING


KANDUNGAN BIL PERKARA M/S 1 Notis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-42 1 2 Aturcara Majlis dan Agenda Mesyuarat 2 3 Senarai AJK PIBG Sesi 2022/2023 3 4 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41. 4-7 5 Laporan Aktiviti 8-9 6 Laporan Kewangan 10 8 Usul dan Cadangan 11


PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHUPING 02500 MATA AYER, PERLIS. TEL: 04-9861005 PIBG/SKLKTPC 100-0/1/4(3) 9 jun 2023 Tuan/puan NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKLKTP CHUPING SESI 2022/23 Merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42 sepertimana butiran dan maklumat dibawah : Tarikh : 22 Jun 2023 ( Khamis ) Masa : 2.00 Petang. Tempat : Dewan Terbuka SK LKTP Chuping 1. Bersama ini disertakan agenda mesyuarat untuk makluman tuan/puan: 3.1 Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) 3.2 Ucapan Tuan Guru Besar 3.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung serta aktiviti tahunan 3.4 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan. 3.5 Membentang dan menerima usul-usul. 3.6 Ucapan penangguhan 4. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi melancarkan mesyuarat dan kemajuan serta kejayaan anak-anak pelajar SK LKTP Chuping. Sekian, terima kasih. “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT” Saya yang menjalankan tugas, ………………………………. (MOHD FITRI BIN MOHAMAD) Penolong Setiausaha PIBG, SK LKTP Chuping. s.k. : i.YDP PIBG SKLKTP Chuping ii.Guru Besar SKLKTP Chuping. ( 1 )


ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEB. LKTP CHUPING KALI KE-42. 2.00 Petang : Pendaftaran Ibubapa, Guru dan Penjaga 2.30 Petang : Majlis dimulakan - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Bacaan doa - Ucapan YDP PIBG - Ucapan Guru Besar ( Seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG untuk sesi 2022-2023. - Rehat 3.30 Petang : - Mesyuarat Agung dimulakan Agenda: 1.Ucapan YDP PIBG 2.Membentang dan mengesahkan Mesyuarat Agung yang lalu. 3.Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG sesi 2022- 2023. 4.Membentang dan menerima laporan kewangan. 5.Membentang dan menerima usul-usul. 6.Ucapan penangguhan. - Bersurai. (2)


SENARAI AJK PIBG SESI 2022/2023 PENASIHAT : En Zuel Azwar bin Desa YDP : En Reswan b. Ramli NYDP : En Izan Asmawi Bin Habidan S/USAHA : Pn. Siti Aisyah Binti Abdul Hamid PENOLONG S/U : En.Mohd Fitri b Mohamad BENDAHARI : Pn Ku Ainun Wardah bt Ku Fazilah AJK IBU BAPA : En. Mohd Faisal Bin Mohd Zaini En Ramadan b Pawi En Erwady b Mahayudin En Asri b Che Abdullah En. Irwan Bin Rosli Pn. Rohaida Bt Hamid Pn Nor Naimah bt Ahmad En Nurul Izam b Nong Pn Zakiah bt Rejab En. Syafiq Bin Zuhri Pn Suzita Bt Mea AJK GURU : Pn Fazirah bt Che Mustafa Pn Ruwaida bt Ibrahim. BIRO PENDIDIKAN : En Abdul Rahman b. Ibrahim GPK : En Kamarulridzuan Bin Kamarudin En Mohd Nizam bin Ali Pn Zahura bt Che Ahmad (3)


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41. SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHUPING, MATA AYER PERLIS. TARIKH : 02.06.2022 TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK LKTP CHUPING. MASA : 2.30 PETANG. HARI : KHAMIS. 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG. 1.1- Pengerusi memulakan majlis dengan sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua Ajk dan Ibubapa yang hadir bagi menjayakan mesyuarat kali ini. 1.2-Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan ahli PIBG yang sama menyumbang dari segi buah fikiran,tenaga dan wang ringgit dalam menjayakan program PIBG SK LKTP Chuping. 1.3-Beliau mengharapkan supaya PIBG SK LKTP Chuping lebih mantap pada masa hadapan. 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu. 2.1- Ust.Mohd Azuper b Awang membentang Minit Mesyuarat yang lepas. 2.2- Cadangan untuk disahkan : En Erwady b Mahayudin Sokongan untuk disahkan : En.Azmi b Din 2.3- Membentang dan menerima Laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2019-2020. 3.0 Laporan Kewangan. 3.1- Pn Ku Ainun Wardah membentang Laporan Kewangan berakhir pada 31.12.2020 dan 31.12.2021 3.2 Pada halaman 8 , En Syafiq Bin Zuhri menyoal berapa anggaran duit yang perlu dipegang Oleh bendahari di dalam petty cash. Bendahari menyatakan pada era pandemik agak sukar untuk berurusan dengan pihak bank. Duit ada pada pihak pentadbir. 3.3 Pada halaman 9 , En Syafiq menyatakan terdapat ralat pada penyata kewangan (tiada jumlah perbelanjaan). Bendahari menjelaskan beliau akan menyemak dan memperbaiki penyataan kewangan berkenaan. Cadangan untuk disahkan : En Syafiq Bin Zuhri Sokongan untuk disahkan : En Irwan Bin Rosli (4)


4.0 Membentang dan menerima usul. Tiada usul daripada ibubapa. Puan Zakiah Bt Rejab membentangkan usul dari AJK PIBG. 4.1-Usul 1.1 AJK PIBG mencadangkan supaya bayaran sumbangan Tabung PIBG dikekalkan seperti tahun sebelum ini iaitu RM75.00 4.2- Usul 2.1 Setiausaha menjelaskan tentang bayaran RM75 secara terperinci. i. Bayaran PIBG RM50 (satu keluarga) ii. Dana Pendidikan RM20 iii. Dana Surau RM5 (satu keluarga ) iv. Jumlah keseluruhan RM 75.00 4.3 Cadangan usul CADANGAN : Puan Suhana Bt Saadan Sokongan : En Nazrul Bin Ilyas 5.0 Pembubaran AJK lama dan pelantikan AJK baru. 5.1 Lantikan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022/2023 - Ustaz Azuper sebagai perantara bagi melantik Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023 - Cadangan agar mengekalkan AJK yang lama yang mempunyai anak dan menggantikan secara satu per satu AJK yang tiada anak. Cadangan : Pn Ku Siti Aisyah Bt Ku Abdul Hamid Sokong : Pn Siti Mariam Bt Che Ya Tiada Bantahan.Sokongan sebulat suara. 5.2- Lantikan NYDP untuk mengganti En Muhairi Bin Adenan yang meletak jawatan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Calon : En Izan Asmawi Bin Habidan Rohaimi Bin Rosli Cadangan : En Amirul Zamri Bin Hassan Sokongan : Pn Suhana Bt Cadangan diterima sebulat suara. 5.3 Lantikan AJK untuk mengganti Iskandar yang meletak jawatan diatas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan. Calon : En Mohd Faisal Bin Mohd Zaini Cadangan : Pn Zakiah Bt Rejab Sokongan : Pn Naemah Cadangan diterima sebulat suara. (5)


5.4 Lantikan AJK untuk mengganti En Iskandar Bin Salleh yang meletak jawatan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Calon : En Irwan Bin Rosli Cadangan : Pn Suhana Bt Sokongan diterima sebulat suara. 5.5 Lantikan AJK untuk mengganti Pn Rosita Bt Radzi yang meletak jawatan diatas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan. Calon : Pn Rohaida Bt Hamid Cadangan : Pn Faezah Bt Ahmad Sokongan diterima sebulat suara. 5.6 Lantikan AJK untuk mengganti Pn Azizah Bt Saad yang meletak jawatan diatas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan. Calon : Pn Suzita Bt Mae Cadangan : Pn Faezah Bt Ahmad Sokongan diterima sebulat suara. 5.7 Lantikan Juruaudit Ibubapa Calon : En Syafiq Bin Zuhri Cadangan : En Mohd Faisal Bin Mohd Zaini Sokongan diterima sebulat suara. AJK lama dikekalkan. 6.0 Ucapan Penangguhan. 6.1- Tuan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ibupaba yang sama-sama memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi kejayaan pelajar-pelajar dan juga aspek fizikal sekolah. - Memohon ibu bapa untuk menunggu sebentar bagi sesi taklimat daridapa wakil Bank Rakyat. - Jawatan Guru Besar dimangku oleh Pn Zahura Bt Che Ahmad bagi semasa tempoh beliau menunaikan haji. -Guru besar mencadangkan pemasangan air coway untuk kegunaan murid-murid di sekolah. -Guru besar memohon sumbangan dari wakil ibubapa untuk memperbanyakkan TV android pada setiap kelas untuk kegunaan sesi pembelajaran. 6.2- YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada Ibubapa yang hadir hari ini serta mengharapkan sokongan dan penglibatan Ibubapa dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 6.3 Memohon ibu bapa untuk menunggu sebentar bagi sesi taklimat daripada wakil Bank Rakyat.


(6) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang. “ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA “ Disediakan oleh : Disemak oleh : ……………………………….. ………………………………………….. (MOHD FITRI BIN MOHAMAD ) (RESWAN B RAMLI) Penolong Setiausaha PIBG, YDP PIBG, Sesi 2022-2023 Sesi 2022-2023 SK LKTP Chuping SK LKTP Chuping. ( 7 )


Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Laporan Kehadiran Ahli jawatankuasa Bil Nama 19/6/2023 1 En Zuel Azwar bin Desa / 2 En Reswan b Ramli / 3 En Izan Asmawi bin Habidan / 4 En Kamarulridzuan bin Kamarudin / 5 En Mohd Nizam bin Ali / 6 Pn.Zahura bt Che Ahmad / 7 Pn Siti Aisyah binti Abdul Hamid X* 8 En Mohd Fitri b Mohamad / 9 Pn Ku Ainun Wardah / 10 Pn Fazirah bt Che Mustafa / 11 Pn Ruwaida bt Ibrahim / 12 Pn Zakiah bt Rejab / 13 En.En Mohd Faisal Bin Mohd Zaini X* 14 Pn Nor Naimah binti Ahmad / 15 En Nurul Izam b Nong / 16 En Asri b Abdullah X 17 En Erwady b Mahayudin / 18 En Ramadan b Pawi X 19 Pn Rohaida binti Hamid / 20 Pn Suzita binti Mea / 21 Pn En Irwan Bin Rosli X* 22 En Syafiq b. Zuhri X X – Tidak hadir mesyuarat X*-- Tidak hadir bersebab


( 8 ) 2.Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2022/2023 2.1- Membantu dari segi kewangan dalam projek kecemerlangan kokurikulum dan kurikulum sekolah 2.2- Sumbangan kewangan untuk MTQ Kawasan Arau. 2.3- Sumbangan Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah.


(9) Lampiran A


(10) Usul-usul dan cadangan. 1. Usul Ibubapa 1.1 Saidatul Norlyana Azemi Saya ingin mengusulkan almari atau rak menyimpan buku kerja dan latihan di sekolah agar dapat menangani isu beg berat murid sekolah. Isu ini sudah terlalu lama. Dan sekiranya pihak sekolah perlukan modal tambahan, mungkin boleh buat kutipan dari para ibu bapa dan juga boleh dapatkan sponsor dari mana-mana pihak. LKTP Chuping boleh menjadi sekolah contoh sekiranya projek ini berjaya. 1.2 Mohd Yuzairi Bin Ajemi 1. Masalah kawalan lalulintas hadapan sekolah terutama masa pulang kelas pembelajaran Kafa (sering ketiadaan pengawal keselamatan menjaga lalulintas) 2. Makanan di Kantin kurang memuaskan. 3. Waktu pembelajaran kelas Kafa dikembalikan seperti dahulu (2.30 pm hingga 5.30 pm). Ini bagi membolehkan murid-murid dapat pulang ke rumah untuk rehat, mandi, makan tengahari dan solat. Tambahan, memandangkan keadaan cuaca sekarang yang agak panas dan boleh menyebabkan berlakunya masalah kesihatan seperti (dehidrasi). 1.3 MARIANI BINTI AHMAD Mintak waktu pelajar balik ada gard tolong jaga di kawasan luar sekolah,sebab pelajar rajin melintas dan bermain di kawasan luar sekolah sementara ibubapa datang untuk mengambil. 1.4 Noorhazira bt saaid Kembalikan kelas kafa sperti sbelum ni..klau bt hr jmaat ank2 pyh nk p dh sb dh blk rmh lth..lbh baik smbung trus.. 2. Usul AJK PIBG 2.1 Mewujudkan bonggol untuk keselamatan murid dihadapan kawasan sekolah -Pembentang usul ( En. Izan Asmawi bin Habidan )


(11) PENGHARGAAN & TERIMA KASIH UCAPAN SETINGG-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA AJK PIBG, GURU-GURU, IBU BAPA, INDIVIDU SERTA ORGANISASI SERTA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHUPING, PERLIS.


Click to View FlipBook Version