SK LKTP CHUPING PERLIS
PERTANDINGAN BERCERITA TAHUN 3
ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
(PERSATUAN DAN KELAB)
PERTANDINGAN BERCERITA
MURID-MURID TAHUN 3.
OBJEKTIF :
1. MURID DAPAT MENONJOLKAN BAKAT
KEBOLEHAN BERCERITA MENGGUNAKAN VIDEO.
2. MENERUSI PERTANDINGAN BERCERITA INI JUGA
MERUPAKAN SALAH SATU PROGRAM STEM DI
SEKOLAH.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. PENYERTAAN KEPADA SEMUA MURID
TAHUN 3.
2. ANDA DIKEHENDAKI MEMILIH SATU
TAJUK CERITA BERDASARKAN SITUASI
YANG DIBERIKAN.
3. RAKAMAN BERCERITA MESTILAH
MENGGUNAKAN VIDEO.
4. SEMASA RAKAMAN BERCERITA ANDA
BOLEH MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD,
KAD-KAD BERGAMBAR DAN KAD-KAD
PERKATAAN YANG BERKAITAN DENGAN
RAKAMAN ANDA.
PILIH SATU TAJUK
CERITA MENGIKUT
SITUASI YANG
DIBERIKAN.
-SELAMAT BERCERITA-
WARUNG MAK MILAH
Tiga orang sahabat baik pergi ke warung Mak Milah di Arau.
Mereka hendak makan cendol, ais batu campur dan kuih karipap.
Ceritakan suasana di warung itu dan ceritakan pemerhatian yang
dibuat oleh mereka semasa berada di warung tersebut. Anda boleh
menggunakan bahan maujud sepertmenu makanan yang berkaitan,
kad-kad bergambar makanan dan kad perkataan semasa bercerita.
BILIK SAINS
Murid-murid kelas 3 Aman telah masuk ke dalam Bilik Sains. Cikgu Liza
meminta mereka mematuhi peraturan bilik sains. Ceritakan suasana
dalam Bilik Sains dan nyatakan peraturan-peraturan yang terdapat
dalam Bilik Sains. Anda boleh menggunakan kad-kad bergambar dan
kad-kad perkataan peraturan Bilik Sains semasa bercerita.
GIGI ABANG HAIKAL
Arif dan abangnya bernama Haikal baru sahaja selesai makan. Arif
nampak abangnya berkumur selepas makan. Ceritakan bagaimana abang
Haikal menjaga kesihatan gigi. Nyatakan juga cara-cara penjagaan
gigi yang betul. Anda boleh menggunakan bahan maujud seperti berus
gigi, ubat gigi dan flos untuk menunjukkan cara-cara penjagaan gigi
yang betul semasa bercerita.
ZOO TAIPING
Farina telah mengikuti rombongan sekolah melawat Zoo Taiping.
Ceritakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam Zoo Taiping. Nyatakan
ciri-ciri 3 kategori haiwan iaitu herbivor, karnivor dan omnivor. Anda
boleh menggunakan kad-kad bergambar haiwan dan kad perkataan
semasa bercerita.