BUKU SKRAP:
SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA
NAMA:
MUHAMMAD ANIQ DANISH BIN YUSRIZAL
KELAS:
5 SATURN
BIODATA PENULIS
NAMA:
MUHAMMAD ANIQ DANISH BIN YUSRIZAL
KELAS:
5 SATURN
FALSAFAH HIDUP:
TERUS BERUSAHA DEMI MENCAPAI
KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.
MENJULANG KEJAYAAN ATAS USAHA
DAN BAKAT SENDIRI DIIRINGI DOA DAN
RESTU IBU DAN ABAH.
i
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru
SKJaRaSa diatas penganjuran pertandingan ini. Bagi saya ia bukan hanya semata-mata
pertandingan, tetapi ini juga merupakan satu pembelajaran dari aspek penggunaan dan
aplikasi digital, mengasah tahap kreativiti dan secara tidak langsung, menambah ilmu
pengetahuan mengenai bahan penulisan yang disediakan. Bahkan, dengan terhasilnya buku
skrap ini, saya berasa amat bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka. Setinggi
penghargaan buat ibu saya, yang banyak membantu dan mengajar saya dalam penghasilan
buku skrap ini.
Penulisan buku skrap ini adalah mengenai rentetan sejarah kemerdekaan, sejarah
bendera malaysia, sejarah Tunku Abdul Rahman dan perdana menteri Malayisa. Semoga
penulisan ini dapat dihayati bagi membentuk jati diri yang cintakan keamanan negara dan
kemerdekaan ini terus dijulang selamanya atas kemaufakatan masyarakat Malaysia.
ii
KANDUNGAN
BIODATA PENULIS i
ii
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
3
BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN 4
[BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA] 5
KEHIDUPAN PERIBADI TUNKU 7
PENDIDIKAN TUNKU 10
SUMBANGAN DAN PERJUANGAN TUNKU 12
14
SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA 16
18
SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
iii
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
NILAI KEMERDEKAAN YANG PERLU DIAMBIL IKTIBAR
KESIMPULAN
SENARAI RUJUKAN
PENDAHULUAN
31 Ogos diabadikan sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah
kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara.
Kemerdekaan ini adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab,
marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat
cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada. Antara
perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini
adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah
menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia.
1
BAPA KEMERDEKAAN BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN (BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA)
MALAYSIA
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah merupakan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.
Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan"
2
KEHIDUPAN PERIBADI
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit
Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Tunku merupakan putera Tunku dan esoknya disemadikan di Makan
ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah
Di Raja Langgar, Alor Setar.
yang ke-24
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku
1933 - Berkahwin dengan gadis Cina yang memeluk agama tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.
Islam dinamakan Meriam. Dikurniakan anak, Tunku Beliau meninggal dunia pada 6 Disember
Khadijah dan Tunku Nerang.
1990 sewaktu berumur 87.
1939 - Berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi
Baarakbah. Tidak dikurniakan anak, dan mengambil anak 1963 - Berkahwin gadis berbangsa Cina secara
rahsia dan mendapat dua orang anak Tunku
angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Noor Hayati dan Tunku Mastura
3
PENDIDIKAN TUNKU
1909 – pendidikan awal 1913 - Tunku 1916 – Sambung 1920 - menuntut pelajaran
di salah sebuah sekolah berusia 10 tahun, pelajaran di sekolah di St. Catherine’s College,
Melayu di Alor Star dan dimasukkan ke
Sekolah Debsirin, Melayu, sebelum Universiti Cambridge,
kemudian sekolah memasuki Penang England
Government English Bangkok
Free School.
School.
1938 - Tunku pergi semula ke 1926 - ke England untuk 1925 - beliau mendapat
England buat kali yang ketiga untuk melanjutkan pelajaran undang- Ijazah Sarjana Muda
undangnya di Inner Temple bagi dalam Undang-undang
menyambung pelajaran undang- membolehkan beliau mendapat dan Sejarah dari
undangnya kelayakan menjadi peguam atau Universiti Cambridge.
majistret.
4
SUMBANGAN DAN PERJUANGAN TUNKU
1. Tunku, memupuk kerjasama antara kaum dan mencapai persetujuan atas perkara-perkara pokok bagi pemerintahan
negara merdeka menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga keutuhan bangsa Melayu, menghasikan Perikatan
UMNO-MCA -MIC dan Perikatan ini bergerak menuju kemerdekaan.
2. Kata sepakat dicapai dimana soal kerakyatan ditimbulkan dimana bukan Melayu menghendaki kelonggaran yang
lebih sedangkan orang Melayu mempertahankan syarat-syarat yang ketat. Soal-soal lain termasuk hak-hak istimewa
bagi orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas dasar pelajaran
kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi.
3. Sebagai Ketua Menteri, Tunku berusaha sedaya upaya untuk menamatkan pengganasan komunis.. Lima tahun
kemudian, usaha bersama seluruh rakyat telah berjaya menamatkan Darurat yang disebabkan oleh pengganasan
komunis.
5
4.KPaetraiksaetapnakmaetmdbicaawpaaisadtiumraonmabsoonaglaknelraagkiykaetaLnodnidtoimn,bduilkkeatnuadiiomleahnaTubnukkuanAMbdeullaRyuahmmeanngsheebnadgaaki iKkeetuloanMggeanrtearni
daynaMngenletebriihDsaeldaamngNkeagneroiruanntgukMbeelrabyiuncmanegmdpeenrgtaahnaKnkeraanjasaynaBrarti-tsisyharmatenygaenngaikeKteamt.eSrodeakl-asaonalTlaanianhteMrmelaaysuuk, yhaankg-
terdiri daripada empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan, dapat meyakinkan
hak istimewa bagi orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas
Kerajaan British supaya menetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957
dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi.
5. Pada 30 Ogos 1957, bendera Tanah Melayu dinaikkan, mengambil tempat Union Jack. Awal pagi esoknya, 31
Ogos, di Stadium Merdeka, Tunku membaca Pengisytiharaan Kemerdekaan. Dalam kedua-dua peristiwa itu, pekikan
“Merdeka!” daripada Tunku berkumandang. Pada tahun 1957 Tunku menjadi Perdana Menteri yang pertama, usaha-
usaha dibuat bagi mengukuhkan pemerintahan negara melalui perpaduan rakyat dan kemajuan ekonomi. Rancangan
Malaya yang pertama, dimulakan sejak 1956, adalah bertujuan untuk mengisikan kemerdekaan dengan pembangunan.
6
. SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA
.
. PERDANA MENTERI PERTAMA
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Bapa Kemerdekaan Malaysia
8 Februari 1903 [Alor Star, Kedah] - 6 Disember 1990
PERDANA MENTERI KE-2
Tun Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussein
Bapa Pembangunan Malaysia
11 Mac 1922 [Pulau Keladi, Pekan, Pahang] - 14 Januari 1976
PERDANA MENTERI KE-3
Tun Hussein bin Dato’ Haji Sir Onn
Bapa Perpaduan Malaysia
11 Mac 1922 [Pulau Keladi, Pekan, Pahang] - 14 Januari 1976
7
PERDANA MENTERI KE-4
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
.
Bapa Pemodenan Malaysia
10 Julai 1925 [Alor Setar, Kedah]
PERDANA MENTERI KE-5
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
.
Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia
26 Nov 1939 [Bayan Lepas, Pulau Pinang]
PERDANA MENTERI KE-6
Dato’ Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak
.
Bapa Transformasi Malaysia
23 Julai 1953 [Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang]
8
. PERDANA MENTERI KE-7
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
.
. Bapa Pemodenan Malaysia
10 Julai 1925 [Alor Setar, Kedah]
PERDANA MENTERI KE-8
Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin.
15 Mei 1947 [Muar, Johor]
PERDANA MENTERI KE-9
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
18 Januari 1960 [Termeloh, Pahang]
9
SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
1. PENDUDUKAN JEPUN [1942 – 1945] 2. MALAYAN UNION [1946 – 1948]
- Rakyat hidup sengsara - Malayan union merupakan penjajahan British secara langsung.
-Timbul kesedaran dalam kalangan rakyat - Ditentang oleh penduduk Tanah Melayu
untuk menentang penjajahan - 1948 digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu.
3. ANCAMAN KOMUNIS 4. PARTI-PARTI POLITIK
- Melakukan pelbagai keganasan seperti -Parti Kebangsaan Melayu Malaya [PKMM]-1945
membunuh, memusnahkan -United Malays National Organisatio [UMNO]- 1946
ladang getah dan
mengganggu keamanan -Malaysian Indian Congress [MIC]- 1946
negara. - Malaysian Chinese Association [MCA]-1949
- Independence of Malaya Party, [IMP] -1951
10
5. PILIHANRAYA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN
[1955]
-Parti Perikatan [UMNO, MCA & MIC] ditubuhkan bagi menghadapi
pilihan raya.
-Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri
-Parti Perikatan mengadakan perundingan dengan British untuk mendapatkan
kemerdekaan..
6. RUNDINGAN LONDON 7. KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH
[1956] MELAYU
[1957]
- Wakil raja-raja Melayu dan wakil parti perikatan
berangkat ke London - 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
- Bermatlamat merundingkan kemerdekaan Persekutuan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Tanah Melayu dengan kerajaan British
11
SEJARAH BENDERA
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Permulaan asal bendera Malaysia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta
bendera peringkat kebangsaan. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek
kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950
Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengumumkan
nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.
Bendera Malaysia atau nama rasminya Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya
terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir
melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah
Pesekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang..
12
Bahagian segi empat [atau kanton] yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah
jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia; kanton tersebut mengandungi anak bulan
yang melambangkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Bintang pecah 14 itu melambangkan
perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan
warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-raja Melayu.
Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.
13
NILAI KEMERDEKAAN YANG PERLU DIAMBIL IKTIBAR
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada peristiwa yang terjadi pada masa lepas untuk
mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat patriotik serta mengukuhkan lagi kehidupan bagi generasi berikutnya.
Masyarakat khususnya anak muda perlu menanamkan semangat cintakan negara dan mempertahankan keamanan
negara yang dilihatnya semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat.
Segala kesusahan ditempuhi generasi terdahulu dapat dijadikan iktibar untuk merangka
tamadun lebih tinggi untuk generasi seterusnya. Melalui cara itulah, tamadun manusia
berkembang dan nadi kepada perkembangannya terletak pada semangat patriotisme.
Masyarakat kini, perlu berwaspada terhadap sebarang bentuk penjajahan moden yang
berlaku sekarang dengan sentiasa memulihara nikmat kemerdekaan.
14
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada peristiwa yang terjadi
pada masa lepas untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat patriotik serta mengukuhkan lagi kehidupan
bagi generasi berikutnya. Dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk penjajahan moden yang berlaku
sekarang dengan sentiasa memulihara nikmat kemerdekaan. Rakyat perlu sentiasa menjaga kedaulatan negara
dengan mengendalikan pentadbiran dan menentukan sendiri pemimpin pilihan mereka, tanpa campur tangan kuasa
luar.
Kemerdekaan dicapai amat mahal nilainya dan jika sekali
dijajah dalam bentuk moden, rakyat hilang segala-galanya
termasuk kuasa, martabat dan maruah yang sukar untuk
mendapatkannya semula. Jaga kedaulatan negara kerana
ia hak kita yang mesti dipelihara kerana untuk mencapai
kemerdekaan itu sangat mahal nilainya
15
KESIMPULAN
Patriotisme amat penting kepada rakyat setiap Negara yang menuntut penghayatan setiap warganegara. Ini kerana,
kemerdekaan yang kita kecapi bukan dicapai dalam masa singkat. Sebaliknya, berlangsung dalam suasana dramatik
dan tidak harus dilupakan bagi mengekalkan kesinambungan kemerdekaan dicapai.
Nasionalisme pula gerakan untuk menciptakan masyarakat lebih terbuka untuk mendapatkan kebahagiaan
perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Oleh itu, kebudayaan
seperti agama, bahasa dan lain-lain boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui elemen itu juga, ia mampu
mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi negara dijajah.
Keseluruhannya, nasionalisme bertujuan membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namun, pengertian
nasionalisme dalam konteks lepas merdeka pula lebih sebagai satu perjuangan mempertahankan maruah dan
mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara.
16
Semangat patriotisme lebih penting kepada negara pada masa kini. Ini kerana negara didiami rakyat berbilang
agama, bangsa dan ideologi politik yang begitu ketara. Walaupun bentuk penghayatannya berbeza, tetapi yang
penting kewujudan perasaan cintakan negara dan kesanggupan untuk meningkatkan imejnya. Semangat patriotisme
seperti dipersetujui banyak pihak adalah suatu tuntutan dan keperluan dalam kehidupan manusia.
Sememangnya perpaduan antara kaum di Malaysia teras kepada kelangsungan sesebuah negara itu. Dalam suasana
masyarakat majmuk di Malaysia ini
sebagai rakyat yang mempunyai semangat
patriotisme, perlu memikirkan tentang masa
depan, survival bangsa Malaysia dan perlu
dijadikan sebagai wahana dalam mengecapi
kehidupan lebih bermakna.
17
RUJUKAN
1. REVOLUSI CEPAT UPSR KSSR TAHUN 4,5 &6, PENERBIT ILMU BAKTI SDN BHD, TERBITAN
PERTAMA 2017
2. BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5 KSSR, DEWAN BAHSA DAN PUSTAKA, TERBITAN PERTAMA 2020
3. https://umno-online.my/presiden/tunku/
4. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tunku-abdul-rahman.html
5. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/151?language=my
6. https://www.malaysiatercinta.com/2016/03/senarai-perdana-menteri-malaysia.html
7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin
8. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia
9. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia
10. https://www.slideshare.net/ASMANIZAABDULLAH/sejarah-kemerdekaan
18
SEKIAN,TERIMA KASIH.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.
MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!