The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najiajiha, 2023-06-09 12:26:57

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46

SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA

1


2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 3 2. ATUR CARA & AGENDA 4 3. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 6 - 10 4. AKTIVITI PIBG 2022/2023 12 - 13 5. PENYATA KEWANGAN 15 6. USUL 17 - 23 7. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 25 8. LAMPIRAN 1 - BILANGAN WARGA SEKOLAH 27 9. LAMPIRAN 2 - AKTIVITI UNIT KURIKULUM 28 10. LAMPIRAN 3 - AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM 28 11. LAMPIRAN 4 - AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID 29 12. LAMPIRAN 5 - PENCAPAIAN SEKOLAH 30 13. PENGHARGAAN 32


3 JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA SESI 2022/2023 1. Yang Dipertua : En. Rudy Putra bin Zulfakar (Ibu bapa) 2. Naib Yang Dipertua : Pn. Siti Nor Baizura binti Abdul Rahman (Ibu bapa) 3. Setiausaha Kehormat : En. Abdul Rahim bin Abdul Ghani (Guru) 4. Bendahari Kehormat : En. Mohd Faiz bin Abdul Wahab (Guru) 5. Ahli Jawatankuasa : 1. En. Azhar bin Ahmad (Guru) 2. En. Mohd Azman bin Mat Nor (Guru) 3. Pn. Nursyifa Amirah binti Ahmad Wardi (Guru) 4. Pn. Yusmaniza binti Zakaria (Guru) 5. Pn. Najihah Hanim binti Mohd Romali (Guru) 6. En. Mohammad Rashiddi bin Shariful Azman (Ibu bapa) 7. En. Anuar bin Mohd Nor (Ibu bapa) 8. Pn. Siti Hajar binti Abdul Hamid (Ibu bapa) 9. Pn. NorHafizah binti Rozlan (Ibu bapa) 10. En Shahir bin Fauzi (Ibu bapa) 11. En. Rosli bin Jaafar (Ibu bapa) 12. Pn. Yuliana binti Muslim (Ibu bapa) 6. Pemeriksa Kira-kira : 1. En. Mohd Ikhwan Hakim bin Kamarudin (Guru) 2. Pn. Aziah binti Zakaria (Ibu bapa) Pemeriksa kira-kira termasuk dalam Jawatankuasa PIBG tetapi dicalonkan pada Mesyuarat Agung Tahunan. TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI SEPANJANG SESI 2022/2023


4 ATUR CARA 10.00 pagi: Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Selangor Bacaan Doa Ucapan Yang Dipertua PIBG - En. Rudy Putra bin Zulfakar Ucapan Guru Besar - Pn. Zaidah binti Abdul Talib Tayangan video - rangkuman aktiviti sekolah sepanjang tahun 2022/2023 Penyampaian Sijil Penghargaan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 dimulakan Bersurai AGENDA 1. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 2. Perkara Berbangkit 3. Membentang aktiviti PIBG 2022/2023 4. Membentang dan menerima Penyata Kira-kira PIBG bagi akaun tahunan yang berakhir 31 Disember 2022 5. Membincangkan usul 6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2022/2023 7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2023/2024 8. Hal-hal lain 9. Ucapan Penangguhan


5 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45


6 AGENDA MESYUARAT : ADENDA 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG, PENASIHAT & PERASMI 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG - EN. RUDY BIN ZULFAKAR 1.1 Mengalu – alukan kedatangan semua ahli PIBG terutamanya ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke -45 di Dewan Tertutup SK Gombak Setia. 1.2 Merakamkan ucapan terima kasih juga kepada guru-guru SKGS kerana telah memberi bantuan dari segi makanan dan kewangan kepada ibu bapa yang terkesan. 1.3 Ucapan terima kasih juga kepada AJK PIBG yang lain kerana telah membantu dari segi tenaga dan kewangan kepada sekolah. 1.4 Ibu bapa dimaklumkan, sukaneka dan sukantara akan diadakan pada masa terdekat iaitu pada bulan enam ini. 1.5 Pihak sekolah juga memberi kelonggaran kepada murid untuk masuk ke pintu pagar sekolah yang berhampiran jika tinggal berdekatan. 1.6 Makluman, sekolah dalam proses menyediakan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk murid berkeperluan khas (MBK). Pemilihan murid-murid MBK akan bermula pada bulan 7 ini. 1.7 Makluman juga kepada semua, sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM 50 000 untuk selenggara kerosakan tandas di bangunan sekolah. 1.8 Tujuan PIBG kali ini dilaksanakan untuk menghubungkan ibu bapa dan guru supaya dapat sama-sama berbincang dalam meningkatkan prestasi dan menyelesaikan masalah bersamasama. 2.0 UCAPAN PENASIHAT DAN PERASMI - PN. ZAIDAH BINTI ABDUL TALIB 2.1.Guru besar merakamkan rasa syukur kerana Mesyuarat PIBG kali ke-45 ini dapat dilaksanakan secara bersemuka. 2.2.Ucapan terima kasih juga diberikan kerana sambutan Mesyuarat PIBG kali ke-44 yang lepas amat memberangsangkan. 2.3.Guru besar memaklumkan MAT PIBG ini perlu dilaksanakan sebelum 30 Jun 2022. 2.4.Ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan AJK PIBG sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik dengan pihak sekolah. 2.5.Sekolah memaklumkan pihak PIBG sedang berusaha mencari dana hampir RM11 000 untuk disalurkan kepada anak-anak murid asnaf dan anak yatim.


7 2.6.Guru besar berterima kasih kepada AJK PIBG yang sedia ada kerana sangat membantu pihak sekolah. Diharapkan ibu bapa dapat membuat pemilihan AJK PIBG baru dengan baik dan dapat memberi kerjasama dengan pihak sekolah. Untuk makluman, yuran PIBG tidak ada sebarang perubahan iaitu masih lagi RM50.00 (sumbangan PIBG) dan RM10.00 (pembaikan infrastruktur). 2.7. Pihak sekolah memaklumkan hanya membenarkan ibu bapa PRA sekolah dan tahun 1 sahaja untuk hadir semasa sukaneka dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan untuk mengekang pendemik Covid-19 dan HFMD. 2.8. Murid-murid juga kelihatan sangat gembira dan kehadiran murid ke sekolah semakin memberangsangkan terutamanya semasa persediaan sukan tahunan sekolah. 2.9. Ibu bapa dimaklumkan jika terdapat sebarang urusan berkaitan anak dan sekolah, mohon berhubung dengan guru sebelum pukul 6 petang. Elakkan berhubung pada waktu malam kerana di luar waktu bertugas dan waktu rehat. 2.10. Ibu bapa dimaklumkan sekolah telah menggunakan jadual anjal dimana untuk tahap 1, murid hanya belajar tiga hingga empat subjek sahaja sehari. Manakala, bagi tahap 2 pula murid hanya belajar lima subjek sahaja sehari. Hal ini bertujuan untuk menangani isu beg berat. Mohon ibu bapa pantau jadual anak-anak. 2.11. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan walaupun pihak pentadbir bertukar ganti untuk pembangunan sekolah. 2.12. Guru Besar merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. 3.0 AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 3.1 Pembentangan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 Tindakan : YDP PIBG mewakili Setiausaha PIBG 3.2 Pengesahan minit mesyuarat. 3.2.1.Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 yang lalu Pencadang: Encik Mohammad Rashiddi bin Shariful Azman Penyokong: Encik Anuar bin Mohd Nor


8 4.0 AGENDA 3: MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2021/2022 4.1 YDP mewakili setiausaha PIBG telah membentangkan laporan aktiviti PIBG 2021/2022. Para hadirin diminta merujuk lampiran pada buku program di halaman 13 hingga 14 untuk laporan aktiviti yang dijalankan. Tindakan : YDP PIBG mewakili Setiausaha PIBG 5.0 AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2021 5.1 Encik Azhar bin Ahmad mewakili bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 dengan meminta hadirin merujuk lampiran kewangan dalam buku program di halaman 16. Tindakan: AJK PIBG mewakili Bendahari PIBG 5.2 Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan penyata kewangan tahun 2021. Pencadang : Puan NorHafizah binti Rozlan Penyokong : Encik Shahir bin Fauzi 5.3 Makluman, PIBG telah membuat dua buah akaun iaitu satu untuk kegunaan sekolah dan satu lagi akaun bank rakyat untuk kegunaan pembinaan surau sekolah. 6.0 AGENDA 5 : MEMBAHAS USUL 6.1 Melaksanakan kelas tambahan supaya murid dapat melakukan ulangkaji semula mana yang tertinggal semasa pkp tempoh hari. (Usul daripada Pn. Nor Zafirah binti Md Yusof) 6.1.1 Bagi isu murid-murid yang ketinggalan, pihak sekolah telah melaksanakan program Catch-Up Plan (CUP) seperti yang diarahkan oleh pihak KPM. Tindakan: Sekolah 6.2 Keadaan trafik yang terlampau sesak ketika sesi persekolahan. (Usul daripada Pn. Siti Fatimah binti Sukardi) 6.2.1 Pihak sekolah memohon ibu bapa saling bertolak ansur semasa menghantar dan mengambil anak ketika sesi persekolahan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tindakan: Semua Ibu bapa


9 6.3 Penggunaan pagar sekolah A dan B sahaja untuk masuk dan keluar dari kawasan sekolah. Pagar C terlalu jauh dan agak bahaya untuk anak-anak yang terpaksa berjalan kaki di tepi jalan kerana ada kenderaan yang laju melalui jalan tersebut. (Usul daripada Pn. Mazura binti Mat Saleh) 6.3.1 Guru besar memaklumkan sekiranya murid pulang lewat, murid yang ada di pagar B dan C akan dibawa oleh guru ke pagar A untuk dikumpulkan. Manakala, murid yang berjalan kaki boleh menggunakan pagar yang berhampiran dengan rumah murid berkenaan. 6.3.2 Hal ini bertujuan untuk menggurangkan kesesakan di satu-satu pagar. 6.3.3 Guru besar juga menegaskan bahawa murid-murid perlu belajar untuk menguruskan diri sendiri untuk kebaikan diri murid tersebut. Tindakan: Semua Ibu bapa & Sekolah 6.4 Menggunakan RELA untuk mengawal dan menjaga kawasan luar sekolah. (Usul daripada Encik Rosli bin Jaffar) 6.4.1 Perkhidmatan RELA perlu dibayar sendiri oleh pihak ibu bapa jika mahu menggunakan perkhidmatan tersebut kerana ia memakan kos yang tinggi. Makluman: Semua ibu bapa 7.0 AGENDA 6 : MEMILIH AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 7.1 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 a. Yang Dipertua : En. Rudy Putra bin Zulfakar b. Naib Yang Dipertua : Pn. Siti Nor Baizura binti Abdul Rahman c. Setiausaha : En. Abdul Rahim bin Abdul Ghani d. Bendahari : En. Mohd Faiz bin Abdul Wahab e. Ahli Jawatankuasa : AJK GURU : En. Azhar Bin Ahmad En. Mohd Azman bin Mat Nor Pn. Nursyifa Amirah binti Ahmad Wardi Pn. Yusmaniza binti Zakaria Pn. Najihah Hanim binti Mohd Romali AJK IBU BAPA : En. Mohammad Rashiddi bin Shariful Azman En. Anuar bin Mohd Nor Pn. Siti Hajar binti Abdul Hamid Pn. NorHafizah binti Rozlan En. Shahir bin Fauzi En. Rosli bin Jaafar Pn. Yuliana binti Muslim Pn. Aziah binti Zakaria


10 8.0 AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN 8.1 Dimaklumkan, pihak sekolah telah menerima hampir 273 pemohonan murid tahun 1 bagi sesi 2023 sahaja. 8.2 Ibu bapa diharap dapat berusaha menghantar anak-anak ke sekolah kerana kita sudah memasuki fasa endemik. 8.3 Makluman juga, program Catch-Up Plan telah dilaksanakan untuk membantu muridmurid yang ketinggalan dalam Pdpr. 8.4 Pihak sekolah memaklumkan akan mengeluarkan surat amaran kepada murid jika murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang lama. 8.5 Ibu bapa dimaklumkan boleh datang ke sekolah untuk mendapatkan surat makluman bahawa anak mereka adalah murid SK Gombak Setia supaya dapat memudahkan urusan untuk membawa murid ke klinik ataupun urusan membuka buku bank. 9.0 AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Guru besar memperkenalkan barisan AJK PIBG sesi 2022/2023. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 10:30 pagi. Disahkan oleh,


11 AKTIVITI PIBG 2022/2023


12 MESYUARAT AJK PIBG Bagi sesi 2022/2023, Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 4 kali dan rekod kehadiran adalah seperti berikut: BIL NAMA JAWATAN M1 29/07/22 M2 02/12/22 M3 21/03/23 M4 19/05/23 1 PN. ZAIDAH BINTI ABDUL TALIB PENASIHAT/GURU BESAR / / / / 2 EN. RUDY PUTRA BIN ZULFAKAR YDP / / / / 3 PN. SITI NOR BAIZURA BINTI ABDUL RAHMAN NYDP / / / X 4 EN. ABDUL RAHIM BIN ABDUL GHANI SETIAUSAHA / / / / 5 EN. MOHD FAIZ BIN ABDUL WAHAB BENDAHARI / / / / 6 EN. MOHAMMAD RASHIDDI BIN SHARIFUL AZMAN AJK IBU BAPA / / / / 7 EN. ANUAR BIN MOHD NOR AJK IBU BAPA / X X X 8 PN. SITI HAJAR BINTI ABDUL HAMID AJK IBU BAPA X X X X 9 PN. NORHAFIZAH BINTI ROZLAN AJK IBU BAPA / / / / 10 EN. ROSLI BIN JAAFAR AJK IBU BAPA / / / X 11 EN. SHAHIR BIN FAUZI AJK IBU BAPA / / / / 12 EN. MOHD AZMAN BIN MAT NOR AJK GURU X / / / 13 PN. NAJIHAH HANIM BINTI MOHD ROMALI AJK GURU / / / / 14 EN. AZHAR BIN AHMAD AJK GURU / / / / 15 PN. NURSYIFA AMIRAH BINTI AHMAD WARDI AJK GURU X X X X 16 PN. YUSMANIZA BINTI ZAKARIA AJK GURU / / / / / - Hadir B - Tidak Hadir Bersebab X - Tidak Bersebab


13 AKTIVITI Sepanjang sesi 2022/2023, sumbangan wang tunai serta tenaga telah diberikan bagi menjayakan program-program berikut: 1. Hadiah pencapaian murid 2. Sumbangan derma anak yatim dan fakir miskin 3. Sumbangan asnaf 4. Pembelian barangan kecil kegunaan pembinaan surau 5. Sumbangan sambutan hari guru, hari raya dan hari lahir bulan Januari hingga Mei. 6. Sumbangan pembaikan kipas kelas 7. Sumbangan sukaneka tahap 1 8. Bayaran penyertaan silat 1M1S 9. Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021/2022


14 PENYATA KEWANGAN


15 Penyata Kewangan PIBG SK Gombak Setia Januari 2022 - Disember 2022 Kredit Debit Tarikh Perkara Jumlah Tarikh Perkara Jumlah 1/1/2022 Baki bawa 12,098.00 24/2/2022 Hadiah pencapaian murid 800.00 31/3/2022 Sumbangan derma anak yatim dan fakir miskin 10,000.00 31/3/2022 Sumbangan derma anak yatim dan fakir miskin 10,000.00 27/4/2022 Sumbangan asnaf 4,470.00 21/4/2022 Bayaran buku resit PIBG 490.00 31/12/2022 Sumbangan PIBG dan persendirian 19,300.00 27/4/2022 Sumbangan asnaf 4,470.00 27/4/2022 Pembelian barangan kecil kegunaan pembinaan surau 562.00 18/5/2022 Sumbangan sambutan hari guru, hari raya dan hari lahir Jan - Mei 2022 3,000.00 1/7/2022 Sumbangan pembaikan kipas kelas 480.00 12/7/2022 Sumbangan sukaneka tahap 1 3,225.00 12/7/2022 Bayaran penyertaan silat 1M1S 396.00 26/7/2022 Mesyuarat Agung PIBG 1,676.00 31/12/2022 Caj bank 13.52 Jumlah Kredit 45,868.00 Jumlah Debit 25,112.52 Baki akhir 20,755.48


16 USUL


17 KURIKULUM USUL 1 Nama : En. Harun bin Halim Nama Anak : Aishah binti Harun (1 Amanah) Adakan kelas tuisyen untuk Tahun 1 - 6. JAWAPAN 1. Kekangan bilik darjah untuk mengadakan kelas selepas waktu persekolahan. 2. Jika pada hari Sabtu, sekolah hanya dibenarkan melakukan aktiviti dua kali sahaja dalam sebulan. USUL 2 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Izzati binti Edham Khalid(2 Cergas) Cadangan kelas tambahan (berbayar) untuk subjek Matematik dan Sains. Bayaran RM2 untuk setiap sesi kelas tambahan (sesi dua jam). Contohnya jika dihadiri 40 orang pelajar setiap satu sesi, guru yang bertugas akan dapat imbuhan di antara RM80. Walaupun harga itu mungkin rendah buat guru, namun masih boleh menampung kos pengangkutan dan masa yang diluangkan untuk sesi 2 jam kelas tambahan tersebut. Kos RM2 sangat berbaloi bagi pelajar-pelajar SKGS memandangkan kos tuisyen diluar yang harganya lebih tinggi. Ini juga secara umumnya akan dapat meningkatkan kualiti akademik anak-anak semua. Kelas tambahan buat semua murid yang berminat dari tahun 1 sehingga tahun 6 dibuat hujung minggu dan di bilik-bilik darjah SKGS. Bahan-bahan pembelajaran photostat/cetak disiapkan terlebih dahulu oleh ibu bapa masing-masing. JAWAPAN 1. Kekangan bilik darjah untuk mengadakan kelas selepas waktu persekolahan. 2. Jika pada hari Sabtu, sekolah hanya dibenarkan melakukan aktiviti dua kali sahaja dalam sebulan. USUL 3 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Insyirah binti Edham Khalid(5 Bestari) Cadangan kelas aktiviti/latihan untuk subjek Matematik, Sains dan Bacaan Nilam. Tujuan untuk pelajar sama-sama membuat aktiviti dan latihan tambahan di luar waktu persekolahan (hujung minggu). Masa yang diluangkan bersama rakan-rakan untuk ulangkaji lebih bermakna kerana dapat mengurangkan penggunaan gajet di kalangan anak-anak. Sesi singkat 2 jam boleh dijadikan sesi hafalan sifir serta bacaan Nilam sambil bertukar-tukar bahan bacaan. Ianya diselia dan dipantau secara bergilir-gilir oleh ibu bapa/penjaga.


18 JAWAPAN 1. Kekangan bilik darjah untuk mengadakan kelas selepas waktu persekolahan. 2. Jika pada hari Sabtu, sekolah hanya dibenarkan melakukan aktiviti dua kali sahaja dalam sebulan. 3. Program Kecemerlangan Sekolah diadakan setiap hari mulai jam 7.00 hingga 7.30 pagi. USUL 4 Nama : Pn. Fitri Maharani binti Nurdin Nama Anak : Muhammad Izz Zarif Muqri bin Sofri(4 Amanah) Kembalikan semula Majlis Apresiasi buat pelajar-pelajar cemerlang Tahap 2. JAWAPAN Akan dijalankan semula namun bergantung kepada arahan terkini KPM. PEMBANGUNAN USUL 5 Nama : En. Azizi bin Ali Nama Anak : Airish Dania binti Azizi (6 Amanah) & Ariana Sofiah binti Azizi (1 Gemilang) Pembinaan dewan tertutup. JAWAPAN Tiada keperluan dan tiada kawasan yang sesuai. USUL 6 Nama : Pn. Siti Faizah binti Amil Nama Anak : Aniq Hafizuddin bin Abdul Rahim (5 Cergas) Saya ingin membuat usul untuk bina tempat teduhan untuk anak-anak berlindung ketika menunggu bas/ibu bapa di pagar B. JAWAPAN Perancangan sekolah bersama PIBG, tapak surau sedia ada akan dijadikan tempat murid menunggu setelah surau baharu siap.


19 KOKURIKULUM USUL 7 Nama : Pn. Zurina binti Mohamad Ali Nama Anak : Muhammad Izzul Islam bin Errezudeen(6 Ehsan) Mohon untuk menjalani aktivi kokurikulum dilakukan pada setiap hari Sabtu (setiap minggu). Ini kerana, anak-anak mengalami kesukaran untuk stayback di sekolah hingga jam 2.30 petang disebabkan tiada wakil yang boleh menjemput anak-anak pulang dari sekolah pada waktu tersebut. Ini juga dapat memberi kemudahan untuk murid yang perlu menghadiri kelas agama (kafa) pada setiap hari Rabu tanpa perlu rushing balik dari sekolah kebangsaan. Aktiviti kokurikulum pada setiap hari rabu selepas sesi persekolahan sangat tidak relevan. JAWAPAN 1. Ketetapan KPM agar kokurikulum dijalankan pada hari Rabu. 2. Jumlah kehadiran pada hari Sabtu adalah rendah. 3. Jika pada hari Sabtu, sekolah hanya dibenarkan melakukan aktiviti dua kali sahaja dalam sebulan. USUL 8 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Insyirah binti Edham Khalid(5 Bestari) Cadangan untuk adakan beberapa sesi perkhemahan di sekolah untuk semua pelajar tahap dua (tahun 4,5,6). Setiap sesi melibatkan pelajar yang berlainan. Sesi perkhemahan ini adalah sesi tambahan daripada "Perkhemahan Perdana Unit Beruniform" yang sedia ada kerana perkhemahan tersebut terhad bilangan pelajar untuk menyertainya. Cadangan beberapa sesi perkhemahan mini atau aktiviti bermalam di sekolah ini, dibuat dengan ibu bapa/penjaga menjadi penganjur dan fasilitator untuk menjayakannya. Minimum dan kurangkan penglibatan guru dalam pelbagai aktiviti dikala bebanan tugasan guru yang agak banyak/tinggi ketika ini. Guru gembira, ibu bapa gembira, manakala anak-anak SKGS dapat mencipta kenangan manis tambahan yang akan diingati walaupun aktiviti ini hanya 2 hari 1 malam. JAWAPAN Akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian masa, tempat dan peruntukan.


20 USUL 9 Nama : En. Syed Azman bin Syed Abd Wahab Nama Anak : Sharifah Dee Delisha binti Syed Azman(5 Amanah) Sharifah Dee Damia binti Syed Azman (3 Amanah) Syed Azzy Darwisy bin Syed Azman (2 Amanah) 1. Mengembangkan ketrampilan dan leadership. 2. Menyediakan Program Ekstrakurikuler. 3. Menjalin kerjasama dengan komuniti. JAWAPAN 1. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan ke arah tujuan tersebut. 2. Sekolah telah menjalankan beberapa program. Namun tidak semua program dapat dijalankan atas faktor kekurangan masa dan tenaga mahir. 3. Sekolah telah menjalankan pelbagai aktiviti bersama komuniti. Beberapa aktiviti dalam perancangan. KEBAJIKAN & KESELAMATAN USUL 10 Nama : Pn. Rosnina binti Mohd Jamar Nama Anak : Nur Rafi Zikry bin Zul Fadli (1 Amanah) Murid Tahun1 kelas di bawah. JAWAPAN Tiada kelas di tingkat bawah. USUL 11 Nama : Pn. Zakira binti Zainal Nama Anak : Muhammad Aisy bin Muhammad Roki(6 Ehsan) Kalau boleh, elakkan dari aktiviti luar. JAWAPAN Sekolah sentiasa patuh/mengikut arahan KPM dari semasa ke semasa.


21 USUL 12 Nama : Pn. Epi Diana binti Idris Nama Anak : Nur Adriana Arrisyah binti Abdul Rahman (3 Fikrah) Meminta pihak sekolah mempertimbangkan, memberi kebenaran ibu bapa mengambil anak dalam perkarangan sekolah ketika hujan lebat untuk memudahkan ibu bapa dan anak-anak. Berharap pihak sekolah memberi kelonggaran dan pertimbangkan. JAWAPAN Atas faktor keselamatan bersama, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Namun atas kes-kes tertentu, sekolah akan benarkan. USUL 13 Nama : Pn. Siti Amnah binti Mohamed Anwar Nama Anak : Nayla Abeela binti Kamil(2 Amanah) Pemasangan COWAY di sekolah supaya anak-anak boleh refill air masak. JAWAPAN Perlu dicadangkan semula dalam Mesyuarat Agung untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa khususnya berkaitan kos bayaran bulanan. USUL 14 Nama : Pn. Norazrina binti Ismail Nama Anak : Nur Khainrunnisa Najiha binti Zulkafli(5 Dedikasi) Mohon pihak sekolah sediakan air COWAY untuk anak-anak. JAWAPAN Perlu dicadangkan semula dalam Mesyuarat Agung untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa khususnya berkaitan kos bayaran bulanan. USUL 15 Nama : Pn. Suzila binti Ibrahim Nama Anak : Muhammad Aqil Izz bin Mohd Nazree (1 Dedikasi) Mohon pelbagaikan makanan yang berkhasiat di kantin. JAWAPAN Makanan di kantin mengikut ketetapan menu sihat KPM. USUL 16 Nama : En. Mohd Noor Azizul bin Yahya Nama Anak : Nur Naila Az-Zahra binti Mohd Noor Azizul(1 Dedikasi) Mohon penyangkut di pintu tandas dan hos cuci dipanjangkan.


22 JAWAPAN Akan diambil perhatian. Sebelum ini telah disediakan. USUL 17 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Izzati binti Edham Khalid(2 Cergas) Cadangan untuk adakan satu sesi lawatan ibubapa/penjaga ke kelas anak masing-masing. Tujuannya supaya ibubapa dapat melihat keadaan kelas yang mungkin memerlukan sedikit penambahbaikan. Contohnya tambahan kipas dinding atau peralatan berkaitan aktiviti pembelajaran. Dengan cara ini ibubapa mungkin akan lebih memahami keadaan semasa kelas di SKGS. Sekiranya setiap ibubapa boleh menyumbang tiga ringgit sahaja (tidak wajib) untuk kelas tersebut, jumlah sumbangan mungkin anggaran akan dapat sekitar RM 100++ untuk kelas itu, memadai untuk dapat satu unit kipas dinding demi keselesaan tambahan pelajar. Bulan berikutnya ibubapa boleh menyumbang tiga ringgit lagi untuk kelas tersebut, mungkin untuk tambahan satu unit kipas dinding lagi. Dan seterusnya. Sesi lawatan singkat (sekali sahaja) boleh dibuat dihujung minggu, dan dibuat secara berasingan mengikut kelas masing-masing. JAWAPAN Cadangan yang baik amat dialukan. Sesi lawatan akan digerakkan melalui Guru Kelas. Waktu yang sesuai untuk lawatan/kunjungan ibu bapa ke kelas adalah semasa hari penyerahan slip PBD. LAIN-LAIN USUL 18 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Danial Iskandar bin Edham Khalid(3 Amanah) Cadangan untuk mewujudkan dan aktifkan Alumni SKGS (Bekas Pelajar). Jadikan situasi serta aktiviti 'menang-menang' di antara ahli Alumni dan pihak sekolah/PIBG. Bukan sekadar sumbangan kewangan sahaja, boleh kongsikan kemahiran/kepakaran bekas pelajar untuk kecemerlangan SKGS. Adakan platform yang mana Alumni juga boleh menjana sedikit pendapatan/keuntungan melalui aktiviti-aktiviti di SKGS seterusnya sedikit bahagiannya disumbangkan semula kepada sekolah. JAWAPAN AJK sesi 2023/2024 perlu wujudkan kerjasama yang lebih erat bersama Alumni SKGS. Aktiviti menjana pendapatan perlu sesuai mengikut keadaan.


23 USUL 19 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Danial Iskandar bin Edham Khalid(3 Amanah) Cadangan untuk tampal QR Code group Telegram SKGS yang sedia ada. Lokasi tampal di pintu A dan di pintu B, supaya lebih ramai lagi ibu bapa/penjaga akan menyertai group Telegram tersebut. JAWAPAN Tiada group Telegram SKGS. Semua ibu bapa dimasukkan ke group WhatsApp kelas mengikut nombor telefon dalam sistem APDM. USUL 20 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Danial Iskandar bin Edham Khalid(3 Amanah) Cadangan untuk aktifkan media sosial yang sedia ada. (Facebook page PIBG SKGS, Facebook group PIBG SKGS, Instagram PIBG SKGS & Tiktok PIBG SKGS). Aktifkan dengan sekurang-kurangkan satu post/hantaran setiap hari untuk aktiviti pelajar atau maklumat terkini. Ianya akan jadi kenangan terindah buat anak-anak dan ibu bapa SKGS di kemudian hari. Ibu bapa/penjaga juga boleh memaklumkan kepada admin media sosial PIBG untuk memuat naik gambar atau video aktiviti murid-murid ke media sosial seliaan PIBG SKGS. JAWAPAN Media Sosial tersebut telah wujud. Ibu bapa yang ingin menghantar gambar/video boleh serahkan kepada guru kelas. Namun admin media sosial tersebut akan meneliti dan membuat tapisan agar menepati SOP. USUL 21 Nama : Pn. Rozana binti Mohd Noor Nama Anak : Nur Athirah Qaisara binti Mohd Nasir(5 Dedikasi) Mohon kekalkan yuran PIBG sebanyak RM60 JAWAPAN Perlu disebut semula semasa Mesyuarat Agung. USUL 22 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Insyirah binti Edham Khalid(5 Bestari) Usul/Cadangan untuk kekalkan kepimpinan dan jawatankuasa PIBG yang sedia ada. Tahniah dan terima kasih atas usaha serta keprihatinan kalian semua. Teruskan untuk sesi 2023/2024. JAWAPAN Perlu dicadangkan semula dalam Mesyuarat Agung untuk mendapat persetujuan ahli.


24 JAWATANKUASA PIBG 2023/2024


25 JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA SESI 2023/2024 1. Yang Dipertua : ……………………………………….……………........ (Ibu bapa) 2. Naib Yang Dipertua : ……………………………………….……………….... (Ibu bapa) 3. Setiausaha Kehormat : En. Abdul Rahim bin Abdul Ghani (Guru) 4. Bendahari Kehormat : En. Mohd Faiz bin Abdul Wahab (Guru) 5. Ahli Jawatankuasa : 1. En. Azhar bin Ahmad (Guru) 2. En. Mohd Azman bin Mat Nor (Guru) 3. Pn. Nursyifa Amirah binti Ahmad Wardi (Guru) 4. Cik Farzana Syuhada binti Ahmad Sabri (Guru) 5. Pn. Najihah Hanim binti Mohd Romali (Guru) 6. ……………………………………………...……… (Ibu bapa) 7. …………………………………………………....... (Ibu bapa) 8. ……………………………………………………… (Ibu bapa) 9. …………………………………………………....... (Ibu bapa) 10. ……………………………………………………… (Ibu bapa) 11. ………………………………………………........... (Ibu bapa) 6. Pemeriksa Kira-kira : 1. En. Mohd Ikhwan Hakim bin Kamarudin (Guru) 2. ………………………………………...…………….. (Ibu bapa) Pemeriksa kira-kira termasuk dalam Jawatankuasa PIBG tetapi dicalonkan pada Mesyuarat Agung Tahunan. TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN


26 LAMPIRAN


27 WARGA SEKOLAH Jumlah Guru 88 Jumlah Murid 1521 Jumlah AKP 7 Jumlah Pengawal Keselamatan 4 Jumlah Pekerja Pembersihan 6 Murid Prasekolah 50 Murid PPKI 22 Murid Tahun 1 263 Murid Tahun 2 270 Murid Tahun 3 267 Murid Tahun 4 226 Murid Tahun 5 218 Murid Tahun 6 205


28 AKTIVIT UNIT KURIKULUM BIL PERKARA TARIKH/BULAN PELAKSANAAN 1 PROGRAM NILAM SEPANJANG TAHUN 2 PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 25 MAC 2022 3 BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB APRIL 2022 4 BULAN PANITIA BAHASA MELAYU MEI 2022 5 BULAN PANITIA BAHASA INGGERIS JUN 2022 6 UJIAN SEGAK TAHAP 2 SESI 2022/2023 14, 15, 16 JUN 2022 7 BULAN PANITIA MATEMATIK JULAI 2022 8 BULAN PANITIA SEJARAH OGOS 2022 9 BULAN PANITIA SAINS SEPTEMBER 2022 10 BULAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PENDIDIKAN MUZIK OKTOBER 2022 11 BULAN PANITITA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN NOVEMBER 2022 12 BULAN PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) DISEMBER 2022 13 HARI GRADUASI TAHUN 6 9 FEBRUARI 2023 14 ANUGERAH NILAM 13 FEBRUARI 2023 15 HARI APRESIASI PRASEKOLAH 14 FEBRUARI 2023 AKTIVIT UNIT KOKURIKULUM BIL PERKARA TARIKH PELAKSANAAN 1 MERENTAS DESA 21 MEI 2022 2 SUKANEKA TAHAP 1 23 JUN 2022 3 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 26 JUN 2022 4 PERKHEMAHAN PERDANA 25 - 27 NOVEMBER 2022 5 HARI KEUSAHAWANAN TAHUN 6 1 FEBRUARI 2023 6 MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 7 FEBRUARI 2023


29 AKTIVIT UNIT HAL EHWAL MURID BIL PERKARA TARIKH PELAKSANAAN 1 PROGRAM LIBRESSE (ALAM REMAJA) SECARA ONLINE BAGI MURID PEREMPUAN TAHUN 6 12 MEI 2022 2 SAMBUTAN HARI LAHIR PERINGKAT SEKOLAH 20 MEI 2022 3 WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 23 MEI 2022 4 BENGKEL BENTO BERSAMA KEWPIE 2022 SECARA ONLINE (TAHUN 6) 18 JUN 2022 5 PEMERIKSAAN KANTIN SEKOLAH – PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) GOMBAK 14 JULAI 2022 6 CERAMAH PERKEMBANGAN AWAL REMAJA (TAHUN 5 & 6) – PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) GOMBAK 14 JULAI 2022 7 PROGRAM SEPAGI BERSAMA AADK 20 JULAI 2022 8 PROGRAM BAHAYA MEROKOK & PAMERAN DENGGI 27 JULAI 2022 9 PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA & BEBAS BULI SECARA ONLINE (TAHUN 6) 18 OGOS 2022 10 PELANCARAN PENYERAHAN LOKER KPM 15 OKTOBER 2022 11 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 10 NOVEMBER 2022 12 PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 26 JAN 2023 13 PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TAHUN 6 & TAHUN 1 27 JAN 2023 14 CERAMAH PERSEDIAAN KE SEKOLAH MENENGAH (TAHUN 6) 27 JAN 2023 15 LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PIHAK BOMBA 8 FEB 2023 16 PENYERAHAN SUMBANGAN KOTAK MAKANAN UNTUK MURID MISKIN (DARIPADA PIHAK DANA KITA) 24 MAC 2023 17 PENYERAHAN SUMBANGAN BEG SEKOLAH UNTUK MURID MISKIN TAHUN 1 (DARIPADA PIHAK GATTI) 31 MAC 2023 18 PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MURID MISKIN & ANAK YATIM SEMPENA BULAN RAMADHAN 13 APRIL 2023


30 PENCAPAIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 1 CABARAN SIBER TUNAS APM KEBANGSAAN JOHAN 2 CABARAN SIBER TUNAS APM KEBANGSAAN TEMPAT KETIGA 3 KEJOHANAN SIRKIT 1 SEKOLAH 1 SILAT TEMPAT KETIGA 4 UJIAN KENAIKAN PANGKAT TUSPA 2022 PENYERTAAN 5 PERTANDINGAN SILAT SENI KPM PENYERTAAN 6 CABARAN SIBER SILAT KPM PENYERTAAN 7 GIMIK PELANCARAN MAJLIS PENYERAHAN LOKAR FASA 1 PENYERTAAN PERINGKAT NEGERI BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 9 PERTANDINGAN SILAT SENI DAN GENDANG PINGAT EMAS 10 PERTANDINGAN SILAT SENI DAN GENDANG KSAT PINGAT EMAS 11 PERTANDINGAN SILAT SENI DAN GENDANG PINGAT PERAK 12 KEJOHANAN SIRKIT 1 SEKOLAH 1 SILAT PINGAT PERAK 13 OLAHRAGA MSSS SELANGOR TEMPAT KEDUA 14 CABARAN SIBER TUNAS APM NEGERI SELANGOR TEMPAT KETIGA 15 CABARAN DIGITAL COMPETENCY SCORE PENYERTAAN 16 CABARAN SIBER SILAT NEGERI SELANGOR PENYERTAAN 17 KEJOHANAN BAKAT MEMANAH MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR PENYERTAAN 18 MSSD BOLA BALING PENYERTAAN 19 PERKHEMAHAN PERDANA GABUNGAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR PENYERTAAN 20 KARNIVAL BAHASA MELAYU : PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK TAHUN 2022 PENYERTAAN PERINGKAT DAERAH/ZON BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 21 KEJOHANAN SIRKIT 1 SEKOLAH 1 SILAT PINGAT EMAS 22 KEJOHANAN SIRKIT 1 SEKOLAH 1 SILAT PINGAT PERAK 23 KEJOHANAN SIRKIT 1 SEKOLAH 1 SILAT PINGAT GANGSA 24 MSSD BOLA BALING KATMO B11 JOHAN 25 MSSD LARIAN 4X100M JOHAN 26 MSSD OLAHRAGA JOHAN 27 MSSD BOLA BALING KATMO B11 NAIB JOHAN 28 MSSD LARIAN 4X200M NAIB JOHAN 29 MSSD MEMANAH B12 TEMPAT KETIGA 30 MTQ-NYANYIAN E-SOLO TEMPAT KETIGA 31 PERTANDINGAN CATUR PENYERTAAN 32 MSSD BOLA JARING PENYERTAAN 33 MSSD MERENTAS DESA PENYERTAAN 34 MSSD BOLA SEPAK PENYERTAAN 35 MSSD BOLA BALING PENYERTAAN 36 MSSD LARIAN 100M PENYERTAAN 37 BOLA JARING KATMO PENYERTAAN 38 MTQ E-TARANUM (SR) PENYERTAAN 39 MTQ E-HAFAZAN PENYERTAAN 40 PERTANDINGAN MELUKIS DOODLE PPDA PENYERTAAN


31 PENGHARGAAN


32 SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA PN. ZAIDAH BINTI ABDUL TALIB (GURU BESAR SK GOMBAK SETIA) EN. RUDY PUTRA BIN ZULFAKAR (YANG DIPERTUA PIBG) GURU-GURU PENOLONG KANAN BARISAN AJK PIBG PENGUSAHA KANTIN - ALOHA CAFÉ IBU BAPA/PENJAGA DAN SELURUH WARGA SK GOMBAK SETIA DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI SERTA AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN Terima Kasih


Click to View FlipBook Version