1
2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 3 2. ATUR CARA & AGENDA 4 3. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46 6 - 14 4. AKTIVITI PIBG 2023/2024 16 - 17 5. PENYATA KEWANGAN 19 6. USUL PIHAK SEKOLAH 21 - 23 7. USUL IBU BAPA 25 - 32 8. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PIBG 2024/2025 34 9. LAMPIRAN 1 - BILANGAN WARGA SEKOLAH 36 10. LAMPIRAN 2 - AKTIVITI UNIT KURIKULUM 37 11. LAMPIRAN 3 - AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM 37 12. LAMPIRAN 4 - AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID 38 13. LAMPIRAN 5 - PENCAPAIAN SEKOLAH 39 14. PENGHARGAAN 41
3 JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA SESI 2023/2024 1. Yang Dipertua : En. Rudy Putra bin Zulfakar (Ibu bapa) 2. Naib Yang Dipertua : Pn. Siti Nor Baizura binti Abdul Rahman (Ibu bapa) 3. Setiausaha Kehormat : En. Abdul Rahim bin Abdul Ghani (Guru) 4. Bendahari Kehormat : En. Mohd Faiz bin Abdul Wahab (Guru) 5. Ahli Jawatankuasa : 1. En. Azhar bin Ahmad (Guru) 2. En. Mohd Azman bin Mat Nor (Guru) 3. Pn. Nursyifa Amirah binti Ahmad Wardi (Guru) 4. Cik Farzana Syuhada binti Ahmad Sabri (Guru) 5. Pn. Najihah Hanim binti Mohd Romali (Guru) 6. En. Mohammad Rashiddi bin Shariful Azman (Ibu bapa) 7. En. Anuar bin Mohd Nor (Ibu bapa) 8. Pn. Siti Hajar binti Abdul Hamid (Ibu bapa) 9. Pn. NorHafizah binti Rozlan (Ibu bapa) 10. En Shahir bin Fauzi (Ibu bapa) 11. En. Rosli bin Jaafar (Ibu bapa) 12. Pn. Nor Shazwani binti Md. Safar (Ibu bapa) 6. Pemeriksa Kira-kira : 1. En. Mohd Ikhwan Hakim bin Kamarudin (Guru) 2. Pn. Aziah binti Zakaria (Ibu bapa) Pemeriksa kira-kira termasuk dalam Jawatankuasa PIBG tetapi dicalonkan pada Mesyuarat Agung Tahunan. TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI SEPANJANG SESI 2023/2024
4 ATUR CARA 8.00 pagi: Pendaftaran 8.30 pagi: Bacaan Doa Ucapan Yang Dipertua PIBG (En. Rudy Putra bin Zulfakar) Ucapan Penasihat PIBG (Pn. Zaidah binti Abdul Talib) Ucapan Perasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 (Dato’Dr. Mashitah binti Ibrahim - Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia) Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2023/2024, Wakil KRT dan Wakil Unit PPS Balai Polis Gombak Setia Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi 9.30 pagi: Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 dimulakan 11.30 pagi: Cabutan Bertuah 12.30 tengah hari: Bersurai AGENDA 1. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 2. Perkara Berbangkit 3. Membentang aktiviti PIBG 2023/2024 4. Membentang dan menerima Penyata Kira-kira PIBG bagi akaun tahunan yang berakhir 31 Disember 2023 5. Membincangkan usul 6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2023/2024 7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2024/2025 8. Hal-hal lain 9. Ucapan Penangguhan
5 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46
6 Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 10 pagi Tempat : Halaman YouTube Rasmi SKGS Pengerusi : En. Rudy Putra bin Zulfakar Kehadiran : 74 Guru | 479 ibu bapa AGENDA MESYUARAT : ADENDA 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG, PENASIHAT & PERASMI 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG - EN RUDY PUTRA BIN ZULFAKAR 1.1 Mengalu - alukan kedatangan semua ahli PIBG terutamanya ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 46 di halaman YouTube. 1.2 Ucapan terima kasih diajukan kepada guru-guru dalam menganjurkan mesyuarat PIBG dalam bentuk atas talian. 1.3 Ucapan terima kasih juga kepada AJK PIBG yang lain kerana telah membantu dari segi tenaga dan kewangan kepada sekolah. 1.4 Ibu bapa dimaklumkan berkenaan binaan surau yang dijalankan dan persiapan ruang menunggu untuk murid pulang dari sekolah. 1.5 Ibu bapa turut diingatkan untuk sentiasa menjaga hubungan positif bersama guru-guru dan tidak mengambil tindakan terburu-buru berdasarkan maklumat daripada anak-anak sahaja. 1.6 Tujuan PIBG kali ini dilaksanakan untuk menghubungkan ibu bapa dan guru supaya dapat sama-sama berbincang dalam meningkatkan prestasi dan menyelesaikan masalah bersamasama. 2.0 UCAPAN PENASIHAT DAN PERASMI - PN ZAIDAH BINTI ABDUL TALIB 2.1.Guru Besar merakamkan rasa syukur kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 ini dapat dilaksanakan secara langsung di atas talian. 2.2.Guru Besar memaklumkan MAT PIBG ini boleh dilaksanakan secara bersemuka, atas talian atau secara hibrid. Keputusan untuk melaksanakannya secara atas talian adalah bagi memudahkan ibu bapa untuk menghadiri mesyuarat ini tanpa mengira sebarang permasalahan. 2.3.Ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan AJK PIBG sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik dengan pihak sekolah.
7 2.4. Guru Besar berterima kasih kepada AJK PIBG yang sedia ada kerana sangat membantu pihak sekolah. Diharapkan ibu bapa dapat membuat pemilihan AJK PIBG baru dengan baik dan dapat memberi kerjasama dengan pihak sekolah. 2.5. PIBG dan pihak sekolah sedang berusaha untuk membina surau baharu, menyiapkan pentas di dewan terbuka dan ruang menunggu bas di lokasi surau lama. 2.6. Guru Besar mengucapkan tahniah atas usaha ibu bapa untuk menghantar anak-anak mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2.7. Guru Besar mengingatkan kepentingan untuk bersedia untuk berubah. Arahan aktiviti riadah di luar diberhentikan sebagai langkah menangani cuaca panas di luar. Kemudian pekeliling baharu dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti luar ini yang memudahkan pelaksanaan acara sukaneka, merentas desa dan sukantara. Guru Besar memohon kebenaran dan kesefahaman dari ibu bapa untuk memberi kebenaran atas penglibatan murid. 2.8. Ibu bapa dimaklumkan jika terdapat sebarang urusan berkaitan anak dan sekolah, mohon berhubung dengan guru sebelum pukul 6 petang. Elakkan berhubung pada waktu malam kerana di luar waktu bertugas dan waktu rehat. 2.9. Guru Besar turut berterima kasih kepada AJK PIBG yang memberi sokongan kepada pihak sekolah serta AJK ICT SKGS yang menjayakan perjumpaan atas talian ini. 2.10 Guru Besar merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. 3.0 AGENDA 2 : TAYANGAN VIDEO AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2022/2023 3.2 Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada AJK PIBG SKGS sesi 2022/2023 telah dilaksanakan di sekolah. Penyampaian sijil ini dilaksanakan oleh Guru Besar SKGS dan Pengerusi PIBG sesi 2022/2023. 4.0 AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 4.1 Pembentangan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 Tindakan : YDP PIBG mewakili Setiausaha PIBG 4.2 Pengesahan minit mesyuarat 4.2.1. Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 yang lalu. Pencadang: Encik Mohammad Aizuddin bin Mohd Zin Penyokong: Encik Mohammad Syazzwan
8 5.0 AGENDA 4 : PENGENALAN AJK PIBG DAN MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 5.1 YDP memaklumkan berkenaan tayangan video yang memperkenalkan setiap ahli AJK PIBG sesi 2022/2023. Tayangan video berkenaan laporan aktiviti PIBG sesi 2022/2023 turut dipaparkan. Pautan untuk laporan aktivitit yang dijalankan turut boleh dilihat pada halaman ‘chat’ di YouTube. Tindakan : YDP PIBG mewakili Setiausaha PIBG 6.0 AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2022 6.1 Encik Mohd Faiz bin Abdul Wahab membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022 dengan meminta hadirin merujuk lampiran kewangan dalam buku program di halaman 16. Tindakan: AJK PIBG mewakili Bendahari PIBG 6.2 Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan penyata kewangan tahun 2022. Pencadang : Encik Mohammad Syazzwan Penyokong : Puan Siti Fara Dillah binti Zakaria 7.0 AGENDA 6 : MEMBAHAS USUL 7.1 Mengadakan kelas tambahan (berbayar) untuk subjek Matematik dan Sains. Bayaran RM2 untuk setiap sesi kelas tambahan (sesi dua jam). Kelas tambahan untuk murid yang berminat dari tahun 1 sehingga tahun 6 dibuat hujung minggu. 7.1.1 Kekangan bilik darjah untuk mengadakan kelas selepas waktu persekolahan. Jika pada hari Sabtu, sekolah hanya dibenarkan melakukan aktiviti dua kali sahaja dalam sebulan. Tindakan: Sekolah 7.2 Kembalikan semula Majlis Apresiasi buat pelajar-pelajar cemerlang Tahap 2. 7.2.1 Akan dijalankan semula namun bergantung kepada arahan terkini KPM. Tindakan: Sekolah 7.3 Pembinaan dewan tertutup. 7.3.1 Tiada keperluan dan tiada kawasan yang sesuai. Tindakan: Tidak berkenaan 7.4 Membina tempat teduhan untuk anak-anak berlindung ketika menunggu bas/ibu bapa di pagar B.
9 7.4.1 Perancangan sekolah bersama PIBG, tapak surau sedia ada akan dijadikan tempat murid menunggu setelah surau baharu siap. Tindakan: Sekolah dan PIBG 7.5 1. Menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu. 2. Tiada waris yang boleh menjemput anak pulang sekolah selepad habis aktiviti kokurikulum pada pukul 2.30 petang. 3. Anak-anak rushing untuk ke kelas agama (KAFA) 7.5.1 1. Ketetapan KPM agar kokurikulum dijalankan pada hari Rabu. 7.5.2 2. Jumlah kehadiran pada hari Sabtu adalah rendah. 7.5.3 3. Jika pada hari Sabtu, sekolah hanya dibenarkan melakukan aktiviti dua kali sahaja dalam sebulan. Tindakan: Ibu bapa 7.6 1. Mengadakan beberapa sesi perkhemahan di sekolah untuk semua pelajar tahap dua (tahun 4,5,6). Setiap sesi melibatkan pelajar yang berlainan. 2. Penyertaan "Perkhemahan Perdana Unit Beruniform" yang sedia ada adalah terhad. 7.6.1 Akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian masa, tempat dan peruntukan. Tindakan: Sekolah 7.7 1. Mengembangkan ketrampilan dan leadership. 2. Menyediakan Program Ekstrakurikuler. 3. Menjalin kerjasama dengan komuniti. 7.7.1 1. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan ke arah tujuan tersebut. 7.7.2 2. Sekolah telah menjalankan beberapa program. Namun tidak semua program dapat dijalankan atas faktor kekurangan masa dan tenaga mahir. 7.7.3 3. Sekolah telah menjalankan pelbagai aktiviti bersama komuniti. Beberapa aktiviti dalam perancangan. Tindakan: Sekolah 7.8 Murid Tahun1 kelas di bawah. 7.8.1 Tiada kelas di tingkat bawah. Makluman: Ibu bapa 7.9 Meminta pihak sekolah mempertimbangkan, memberi kebenaran ibu bapa mengambil anak dalam perkarangan sekolah ketika hujan lebat untuk memudahkan ibu bapa dan anak-anak. 7.9.1 Atas faktor keselamatan bersama, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Namun atas kes-kes tertentu, sekolah akan benarkan. Makluman: Ibu bapa
10 7.10 Pemasangan COWAY di sekolah supaya anak-anak boleh refill air masak. 7.10.1 Perlu dicadangkan semula dalam Mesyuarat Agung untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa khususnya berkaitan kos bayaran bulanan. Tindakan : Ibu bapa 7.11 Mohon pelbagaikan makanan yang berkhasiat di kantin. 7.11.1 Makanan di kantin mengikut ketetapan menu sihat KPM Makluman: Ibu bapa 7.12 Mohon penyangkut di pintu tandas dan hos cuci dipanjangkan. 7.12.1 Akan diambil perhatian. Sebelum ini telah disediakan. Tindakan : Sekolah 7.13 Mengadakan satu sesi lawatan ibubapa/penjaga ke kelas anak masing-masing. Ibu bapa dapat melihat keadaan kelas yang mungkin memerlukan sedikit penambahbaikan. Dengan cara ini ibu bapa boleh menyumbangkan kipas dinding atau perlatan tambahan lain untuk kelas tersebut. Sesi lawatan singkat (sekali sahaja) boleh dibuat dihujung minggu, dan dibuat secara berasingan mengikut kelas masing-masing. 7.13.1 Cadangan yang baik amat dialukan. Sesi lawatan akan digerakkan melalui Guru Kelas. Waktu yang sesuai untuk lawatan/kunjungan ibu bapa ke kelas adalah semasa hari penyerahan slip PBD. Tindakan : Sekolah 7.14 Mewujudkan dan aktifkan Alumni SKGS (Bekas Pelajar). Alumni bukan sekadar sumbangan kewangan sahaja, boleh kongsikan kemahiran/kepakaran bekas pelajar untuk kecemerlangan SKGS. 7.14.1 AJK sesi 2023/2024 perlu wujudkan kerjasama yang lebih erat bersama Alumni SKGS. Aktiviti menjana pendapatan perlu sesuai mengikut keadaan. Tindakan : AJK PIBG 7.15 Cadangan untuk tampal QR Code group Telegram SKGS yang sedia ada. Lokasi tampal di pintu A dan di pintu B, supaya lebih ramai lagi ibu bapa/penjaga akan menyertai group Telegram tersebut. 7.15.1 Tiada group Telegram SKGS. Semua ibu bapa dimasukkan ke group WhatsApp kelas mengikut nombor telefon dalam sistem APDM. Makluman: Ibu bapa
11 7.16 . Mengaktifkan media sosial yang sedia ada. (Facebook page PIBG SKGS, Facebook group PIBG SKGS, Instagram PIBG SKGS & Tiktok PIBG SKGS). Post gambar/video aktiviti pelajar atau maklumat terkini sekurang-kurangnya satu (1) setiap hari dengan seliaan PIBG SKGS. 7.16.1 Media Sosial tersebut telah wujud. Ibu bapa yang ingin menghantar gambar/video boleh serahkan kepada guru kelas. Namun admin media sosial tersebut akan meneliti dan membuat tapisan agar menepati SOP. Tindakan: Guru Kelas 7.17 Mohon kekalkan yuran PIBG sebanyak RM60. Cadangan untuk kekalkan kepimpinan dan jawatankuasa PIBG yang sedia ada. 7.17.1 Perlu dicadangkan semula dalam Mesyuarat Agung untuk mendapat persetujuan ahli. Tindakan: Sekolah 7.17.2 Perancangan sekolah bersama PIBG, tapak surau sedia ada akan dijadikan tempat murid menunggu setelah surau baharu siap. Tindakan: Sekolah dan PIBG 7.18 Bayaran Yuran PIBG RM50.00 dikekalkan. (Usul daripada sekolah) 7.19 Sumbangan khas RM10.00 setiap keluarga untuk menyiapkan pentas di Dewan Terbuka (kekangan dana RM10,000). (Usul daripada sekolah) 7.20 Sumbangan Program Tahun 6 sebanyak RM50.00 (Jamuan Akhir Tahun, Majlis Graduasi, aktiviti/permainan Tahun 6). (Usul daripada sekolah) 7.21 Bayaran Yuran Pendaftaran Unit Beruniform seperti yang telah ditetapkan. (Usul daripada sekolah) 7.22 Bayaran Yuran perkhemahan RM130.00 setiap murid bagi yang terlibat. (Usul daripada sekolah) 7.23 Menganjurkan Karnival Gegar Gombak Setia Tahun 2023/2024. (Usul daripada sekolah). Keputusan : Ahli sebulat suara bersetuju dengan usul-usul yang dicadangkan
12 8.0 AGENDA 7 : MEMILIH AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 8.1 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 a. Yang Dipertua : En. Rudy Putra bin Zulfakar b. Naib Yang Dipertua : Pn. Siti Nor Baizura binti Abdul Rahman c. Setiausaha : En. Abdul Rahim bin Abdul Ghani d. Bendahari : En. Mohd Faiz bin Abdul Wahab e. Ahli Jawatankuasa : AJK GURU : En. Azhar Bin Ahmad En. Mohd Azman bin Mat Nor Pn. Nursyifa Amirah binti Ahmad Wardi Pn. Najihah Hanim binti Mohd Romali Cik Farzana Syuhada binti Ahmad Sabri En. Mohd Ikhwan Hakim bin Kamarudin AJK IBU BAPA : En. Mohammad Rashiddi bin Shariful Azman En. Anuar bin Mohd Nor Pn. Siti Hajar binti Abdul Hamid Pn. NorHafizah binti Rozlan En Shahir bin Fauzi En Rosli bin Jaafar Pn. Nor Shazwani binti Md. Safar Pn. Aziah binti Zakaria 9.0 AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN 9.1 Dimaklumkan, pembinaan surau sudah 50% dalam pembinaan dan sebarang sumbangan daripada ibu-bapa dari bentuk kewangan dan peralatan adalah sangat dialukan. 9.2 Ibu bapa digalakkan untuk memberi beberapa cadangan tambahan di dalam ruangan komen yang disediakan di laman YouTube 9.2.1 Cadangan sesi membersih dan menceriakan tandas sekolah murid-murid lebih lebih lagi tahap 1 untuk mengajar mereka menghargai dan menghormati kebersihan dan tugas pekerja pembersihan (Encik Mohammad Syazzwan) 9.2.1.1 Guru Besar sentiasa mengingatkan hal kebersihan kepada muridmurid setiap kali perhimpunan dan aktiviti ini boleh dijalankan sekiranya dipersetujui oleh semua ibu-bapa. Namun, kekangan yang ada akan melibatkan faktor masa pembelajaran murid. Maka, arahan KPM akan ditunggu. 9.2.1.2 Guru Besar turut memaklumkan tentang masalah tekanan air yang perlahan dan tidak konsisten kerana cuaca yang panas. Terdapat
13 beberapa tandas ditutup kerana terdapat kasut sekolah dijumpai di dalam lubang tandas. 9.2.2 Tandas usang dan berbau (Noorayuni Mohd Zin) 9.2.2.1 Pengerusi PIBG menyatakan bahawa keadaan tandas akan ditambah baik 9.2.3 Cadangan untuk memanggil semula bekas pelajar SKGS untuk kemajuan bidang sukan (Encik Adam Zahari) 9.2.3.1 Pengerusi PIBG menyokong cadangan ini dan menyarankan kepada bekas plajar yang ingin berkolaborasi untuk menghubungi pihak sekolah 9.2.4 Cadangan tindakan kepada pihak sekolah untuk memberi amaran kepada pihak bapa atau penjaga yang menghisap rokok dan vape sewaktu mengambil aak-anak di kawasan persekitaran sekolah (Ahmad Zulzaidi Zulkarnain) 9.2.4.1 Pengerusi PIBG menegaskan di dalam mesyuarat PIBG untuk menghormati persekitaran dan merokok di tempat yang jauh. Teguran daripada ahli keluarga sendiri turut digalakkan. Jika tiada perubahan, pihak sekolah mungkin akan meletakkan papan tanda larangan merokok di pagar sekolah. 9.2.5 Cadangan kutipan derma untuk menambah tempat parking di hadapan pintu B supaya tindak menganggu lalu lintas (Sharulnizam Mohammad Yusof) 9.2.5.1 Pengerusi PIBG mengatakan bahawa cadangan ini telah dibahaskan kepada majlis pembandaran akan tetapi cadangan tersebut telah ditolak. Maka, ibu-bapa diingatkan untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain agar tiada kesesakan 9.2.6 Cadangan penyediaan loker di kelas tahun 3 (Puan Ros) 9.2.6.1 Guru besar mamaklumkan bahawa loker masih dalam pengurusan KPM terkini. Guru besar turut memaklumkan bahawa murid tahap 1 disediakan loker. 9.2.7 Cadangan pihak sekolah untuk menukarkan warna pakaian sukan kepada selain warna merah jambu (Puan Mulan) 9.2.7.1 Guru besar memaklumkan bahawa penggunaan warna merah jambu tersebut tidak menimbulkan isu dan sesuai dan ceria. Warna yang gelap tidak digalakkan kerana penyerapan haba. Sebarang penukaran akan dilaksanakan mungkin dalam 6 atau 7 tahun. 9.2.8 Cadangan untuk tidak ada jual beli di kawasan luar sekolah (Adam Malik) 9.2.8.1 Guru besar menegaskan bahawa pihak sekolah tidak mengadakan urus jual beli. Guru besar memohon untuk membuat laporan
14 bertulis kepada majlis daerah Selayang bagi tindakan yang cepat dan pantas. 9.2.8.2 Guru besar turut memaklumkan bahawa teguran telah diberi daripada guru dan pihak sekolah tetapi bidang kuasa kakitangan sekolah hanya berada di kawasan sekolah dan bukan di luar. 9.2.9 Cadangan untuk meletakkan penanda dilarang parking di depan pagar A dan pagar B bagi mengurangkan lalu lintas (Siti Norbaizura binti Abdul Rahman) 9.2.9.1 Guru besar mengingatkan bahawa semua ibu – bapa harus lebih peka dan bertanggungjawab terhadap semua murid dalam persekitaran sekolah 10.0 AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN 10.1Guru Besar memperkenalkan barisan AJK PIBG sesi 2023/2024. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin. 10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 11:42 pagi Disahkan oleh,
15 AKTIVITI PIBG 2023/2024
16 MESYUARAT AJK PIBG Bagi sesi 2023/2024, Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali dan rekod kehadiran adalah seperti berikut: BIL NAMA JAWATAN M1 25/10/23 M2 16/01/24 M3 16/03/24 1 PN. ZAIDAH BINTI ABDUL TALIB PENASIHAT/GURU BESAR X / / 2 EN. RUDY PUTRA BIN ZULFAKAR YDP / / / 3 PN. SITI NOR BAIZURA BINTI ABDUL RAHMAN NYDP / X X 4 EN. ABDUL RAHIM BIN ABDUL GHANI SETIAUSAHA / / / 5 EN. MOHD FAIZ BIN ABDUL WAHAB BENDAHARI / / / 6 EN. MOHAMMAD RASHIDDI BIN SHARIFUL AZMAN AJK IBU BAPA / X / 7 EN. ANUAR BIN MOHD NOR AJK IBU BAPA X X X 8 PN. SITI HAJAR BINTI ABDUL HAMID AJK IBU BAPA X X X 9 PN. NORHAFIZAH BINTI ROZLAN AJK IBU BAPA / / / 10 EN. ROSLI BIN JAAFAR AJK IBU BAPA X / / 11 EN. SHAHIR BIN FAUZI AJK IBU BAPA / / / 12 PN. NOR SHAZWANI BINTI MD. SAFAR AJK IBU BAPA / / / 13 EN. MOHD AZMAN BIN MAT NOR AJK GURU X / X 14 PN. NAJIHAH HANIM BINTI MOHD ROMALI AJK GURU / / / 15 EN. AZHAR BIN AHMAD AJK GURU / / X 16 PN. NURSYIFA AMIRAH BINTI AHMAD WARDI AJK GURU X / X 17 CIK FARZANA SYUHADA BINTI AHMAD SABRI AJK GURU / / / / - Hadir B - Tidak Hadir Bersebab X - Tidak Bersebab
17 AKTIVITI Sepanjang sesi 2023/2024, sumbangan wang tunai serta tenaga telah diberikan bagi menjayakan program-program berikut: 1. Hadiah keceriaan sekolah 2. Sumbangan makanan pasukan olahraga sekolah 3. Pembaikan pentas sekolah 4. Sumbangan PPKI 5. Sumbangan Sistem Siaraya Sekolah 6. Sumbangan anak yatim Ramadhan 7. Penyelenggaraan dewan terbuka 8. Sumbangan tambahan anak yatim 9. Penyelenggaraan pendawaian & lampu 10. Sumbangan makan murid MSSD 11. Sumbangan sukaneka 12. Pembaikan pentas sekolah 13. Sumbangan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 14. Perkhemahan Perdana 15. Sumbangan pasukan sukan sekolah 16. Sumbangan bas pengawas 17. Pinjaman Modal Karnival Gegar Gombak Setia 18. Sumbangan latihan pasukan olahrag
18 PENYATA KEWANGAN
19
20 USUL PIHAK SEKOLAH
21 USUL PIHAK SEKOLAH A. KUTIPAN SUMBANGAN BIL PERKARA ANGGARAN KOS 1 Sumbangan PIBG RM50/keluarga 2 Sumbangan Infrastruktur RM10/keluarga 3 Sumbangan Pembinaan Tempat Menunggu Murid (Pagar A) RM20/keluarga JUMLAH RM80 B. UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) 1.1 PERMOHONAN PERUNTUKAN DANA PIBG BIL PERKARA ANGGARAN KOS JUMLAH (RM) 1 Hari Kanak-kanak RM5 X 1535 orang RM7,675 2 Anugerah HEM RM10 X 100 penerima RM1,000 3 Penyelenggaraan tandas dan kerosakan kecil dalam setahun RM2,000 JUMLAH RM10,675 1.2 KUTIPAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI BIL PERKARA ANGGARAN KOS KETERANGAN 1 Kem Kepimpinan/Kursus/Aktiviti Luar Kelas RM 100/murid Pengawas, pustakawan, dll 2 Tanda nama murid - Tahun 1(wajib) RM 5/murid Murid yang tiada tanda nama 3 Jamuan Akhir Tahun Kelas RM 5/murid Tambahan peruntukkan PIBG RM5 setiap murid 4 Jamuan JLT (Pemimpin Murid) RM 50/murid Pengawas, pustakawan, dll 5 Lawatan murid : Tahun 1-5 RM 80/murid Murid yang berminat 6 Lawatan murid Tahun 6 (luar negeri) RM 100/murid Murid yang berminat
22 C. UNIT KURIKULUM 1.1 PERMOHONAN PERUNTUKAN DANA PIBG BIL PERKARA ANGGARAN KOS JUMLAH (RM) 1 Hari Anugerah Kecemerlangan Murid RM7 X 10 X 42 kelas RM5,000 2 Sistem Penyediaan Jadual Waktu (aSc) RM2000 3 Menaik Taraf PSS (Studio Rakaman) RM3000 JUMLAH RM10,000 1.2 KUTIPAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI BIL PERKARA ANGGARAN KOS KETERANGAN 1 Hari Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun 6 RM50/murid Murid Tahun 6 sahaja 2 Buku Aktiviti Celik Mengarang BM Selangor RM4.90/murid Murid Tahun 4 sahaja 3 Get Smart Plus Year 4 (Workbook) RM17/murid Murid Tahun 4 A, B, C, D & E sahaja 4 CEFR Beginners Year 4 Funbook (Workbook) RM18/murid Murid Tahun 4 F & G sahaja 5 English Plus 1 Year 5 (Workbook) RM15.90/murid Murid Tahun 5 A, B, C & D sahaja 6 English (Workbook) Year 5 dalam pemilihan akhir Tidak melebihi RM20 Murid Tahun 5 E & F sahaja 7 Academy Stars (Workbook) Year 6 RM16/murid Murid Tahun 6 A, B, C& D sahaja 8 English (Workbook) Year 6 dalam pemilihan akhir Tidak melebihi RM20 Murid Tahun 6 E & F sahaja
23 D. UNIT KOKURIKULUM 1.1 PERMOHONAN PERUNTUKAN DANA PIBG BIL PERKARA ANGGARAN KOS JUMLAH (RM) 1 Sukan Tahunan RM2,500 2 Sukaneka Tahap 1 RM500 3 Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum RM3,000 JUMLAH RM6,000 1.2 KUTIPAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI BIL PERKARA ANGGARAN KOS KETERANGAN 1 Perkhemahan Perdana RM150/murid Murid yang berminat (dibayar secara ansuran) 2 Sumbangan Sukan RM10/keluarga Tahun 1-Tahun 6 3 Yuran Bulanan Silat RM20 sebulan/murid Yuran Jurulatih 4 Yuran Pendaftaran Unit Beruniform a. BBSM RM3/murid Bayar kepada daerah b. Pandu Puteri Tunas RM3/murid Bayar kepada daerah c. PPIM RM3/murid Bayar kepada daerah d. Pengakap RM7/murid Bayar kepada daerah e. TUSPA & TKRS Tiada bayaran yuran kerana berada di bawah naungan Kerajaan
24 USUL IBU BAPA
25 KURIKULUM PERKARA JAWAPAN USUL 1 Nama : Pn. Siti Nur Fayyadhah binti Suhaimi Nama Anak : Mohammad Aisy Mikail bin Mohammad Khayri (1 Hijau) Minta cikgu buat jadual mengikut stabiliti buku-buku dgn mata pelajaran. Contoh BM buku tulis 1. Sudah ada ketetapan buku apa yang akan digunakan oleh semua guru mata pelajaran pada awal sesi persekolahan. Mohon anak rujuk jadual dan sentiasa peka dengan arahan dan peringatan yang diberi oleh guru. USUL 2 Nama : Pn. Nur Fazira binti Abdul Muis Nama Anak : Muhammad Harith Syazwan bin Hermawan Efendi (3 Gemilang) Kelas tambahan untuk pelajar yang ketinggalan Kelas Tambahan akan melibatkan masa guru dan kos ibu bapa. Kelas tambahan hanya boleh dijalankan pada minggu ke 2 dan ke 4 sahaja setiap bulan, ia hanya boleh dibuat atas kerelaaan guru dan tiada paksaan. Sebarang kutipan mesti mendapat kelulusan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. USUL 3 Nama : Pn. Siti Nuredza Janatunaim binti Mohd Sahet Nama Anak : Aishah binti Harun (2 Amanah) Buat tuisyen Tahap 1 dan 2 waktu cuti sekolah atau hari minggu. USUL 4 Nama : En. Mohd Fairuz bin Idris Nama Anak : Muhammad Amirul Arsyad bin Mohd Fairuz (2 Ehsan) Kurangkan aktiviti mewarna untuk anak-anak murid. Lebihkan aktiviti membaca dan mengeja suku kata supaya senang anak-anak lebih fokus pada pandai membaca. Aktiviti mewarna merangsang kreativiti dan kemahiran motor halus (meningkatkan kekuatan tangan, cengkaman pensel dan ketepatan) murid supaya boleh menulis dengan cantik. Bagi aktiviti membaca, sudah ada program Nilam di sekolah dan ibu bapa berperanan untuk meneruskan aktiviti membaca bersama anak-anak di rumah.
26 USUL 5 Nama : En. Saiful Affendy bin Sayuti Nama Anak : Ikhwariz bin Saiful Affendy (5 Bestari) Menjemput pakar motivasi atau Ikon Pendidikan Negara memberi motivasi pada murid. Unit Bimbingan & Kaunseling sentiasa mempunyai program untuk memotivasikan murid-murid dalam pelajaran mahupun hadir ke sekolah. USUL 6 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Insyirah binti Edham Khalid (6 Amanah) Cadangan untuk diadakan satu sesi taklimat untuk pelajar Tahun 6. Sesi taklimat berkenaan sekolah khusus pembelajaran ke Tingkatan Satu. Bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan ibu bapa berkenaan hala tuju serta pemilihan selepas sekolah rendah. Contohnya ke MRSM, SBP, SMKA, Kolej Permata Pintar/Insan, SAM, Maahad Tahfiz, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Harian Aliran Agama (KAA) dan sebagainya. Taklimat ini akan diberi kepada murid pada akhir sesi persekolahan Tahun 6 oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama sekolah menengah dan IPT. Antara program yang dijalankan ialah Selangkah ke Alam Menengah. USUL 7 Nama : Pn. Wan Fairus binti Idrus Nama Anak : Uzma Nurjannah binti Mohd Khairulnaim(5 Bestari) Saya mencadangkan supaya kertas peperiksaan anak-anak dikembalikan agar kami sebagai ibu bapa dapat menilai kelemahan anak-anak kami, ini kerana sistem berasaskan TP tidak praktikal secara menyeluruh. Sememangnya kertas peperiksaan UASA dikembalikan kepada muridmurid terutamanya subjek teras untuk ibu bapa melihat perkembangan anak-anak.
27 KOKURIKULUM PERKARA JAWAPAN USUL 8 Nama : En. Mohd Effendy bin Abd Wahab Nama Anak : Fath Rayyan bin Mohd Effendy (3 Fikrah) Saya difahamkan bahawa aktiviti kokokurikulum ini adalah ditentukan oleh pihak sekolah/KPM dan bukan atas pilihan murid-murid. Saya mencadangkan agar pemilihan hendaklah diberikan pilihan kepada murid-murid sendiri terutama bagi Tahap 2 kerana mereka mempunyai minat yang tersendiri. Oleh itu pemilihan mereka adalah lebih berkesan dan boleh memberi perkembangan kepada bakat/kebolehan mereka sendiri berlandaskan minat terhadap kelab/sukan/unit beruniform yang mereka minati. Aktiviti kokurikulum adalah mengikut ketetapan pihak KPM. Jika murid berminat dalam aktiviti kokurikulum yang tiada dalam ketetapan KPM maka ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti yang ada di luar sekolah. Penyusunan dan ketetapan perlu dibuat oleh pihak sekolah untuk menyeimbangkan bilangan murid dalam setiap aktiviti kokurikulum. Pada peringkat sekolah rendah ini kita beri ruang dan peluang untuk murid menyertai/ meneroka pelbagai aktiviti kokurikulum kerana minat muridmurid akan mudah berubah mengikut umur mereka. USUL 9 Nama : En. Syed Azman bin Syed Abd Wahab Nama Anak : Sharifah Dee Damia binti Syed Azman (5 Amanah) Cadangan ini mengusulkan untuk memperkenalkan sukan ekstrem seperti skateboarding kepada pelajar. Manfaatnya termasuk mempromosikan gaya hidup aktif, mengembangkan keterampilan motorik, meningkatkan keterampilan sosial melalui interaksi dengan sesama pemain, dan memberikan alternatif yang menyenangkan dan menarik bagi pelajar selain aktiviti tradisional. Sukan ekstrem tidak sesuai di adakan dalam kawasan sekolah. Ibu bapa boleh membawa anak menyertai aktiviti ekstrem di luar sekolah di bawah tanggungjawab mereka sendiri. Sekiranya ada penglibatan sukan ekstrem dengan pihak luar mesti mendapat kelulusan KPM. Sukan ini juga memerlukan jurulatih yang bertauliah. USUL 10 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Insyirah binti Edham Khalid (6 Amanah) Cadangan untuk adakan beberapa sesi perkhemahan di sekolah untuk semua pelajar Tahap Dua (Tahun 4,5,6). Setiap sesi melibatkan pelajar Pihak sekolah belum boleh memberi keputusan kerana ia bergantung kepada program sedia ada KPM, JPN, PPD dan sekolah yang juga akan melibatkan kewangan yang mesti mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun begitu setiap unit badan berunifom boleh menjalankan aktiviti unit masing-masing mengikut
28 yang berlainan. Sesi perkhemahan ini adalah sesi tambahan daripada "Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (peringkat sekolah/negeri)" yang sedia ada kerana perkhemahan tersebut terhad bilangan pelajar untuk menyertainya. Cadangan beberapa sesi perkhemahan mini atau aktiviti bermalam di sekolah ini, boleh dianjurkan oleh pihak ibu bapa dan jawatankuasa PIBG sebagai penyelia dan fasilitator untuk menjayakannya. Ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru yang terlibat dengan tugasan serta aktiviti pengajaran di sekolah. Kenangan manis dapat dicipta buat semua pelajar yang akan diingati selamanya walaupun aktiviti ini hanya 2 hari 1 malam. kewangan yang ada. PEMBANGUNAN PERKARA JAWAPAN USUL 11 Nama : Pn. Aina Artiqah binti Nor Azmi Nama Anak : Fahmi Arsyad bin Muhammad Firdaus (1 PKB Amanah) Menambah bilangan kelas dan tenaga pengajar untuk PPKI. Membina tandas di dalam bilik kelas bagi memudahkan urusan pengajar dan pelajar PPKI. Tambahan kelas PPKI sedang diusahakan oleh pihak sekolah bersama PIBG iaitu memohon kabin berhawa dingin daripada MB Selangor. PPKI sudah mempunyai tandas sendiri bersebelahan dengan kelas mereka.
29 KEBAJIKAN & KESELAMATAN PERKARA JAWAPAN USUL 12 Nama : Pn. Farah Sakinah binti Abdul Hijat Nama Anak : Hadif Faez bin Muhammad Hafizzuddin (2 Amanah) Berkenaan Majlis Apresiasi untuk 2023 yang lepas, saya terkilan dengan penjagaan keselamatan anak saya. Saya tidak dibenarkan menemani anak, tapi ada pelajar yg lebih besar boleh ditemani ibu bapa dgn bayaran. Saya tidak diberitahu langsung berkenaan bayaran. Anak saya darjah 1, menangis sebab takut. Selepas ambil anugerah, dia ikut beberapa org pelajar lebih besar keluar pagar tapi dia masuk balik sebab tak jumpa saya. Tak ada guru yg menjaga di pagar . Jadi saya harap guru-guru dan AJK PIBG dapat mengambil langkah yg lebih bijak pada masa hadapan sekiranya ingin membuat majlis pada malam hari dan ibu bapa tidak dibenarkan menemani. Semua ibu bapa murid yang terlibat telah diberi surat jemputan untuk hadir atau tidak dalam majlis tersebut. Sepatutnya ibu bapa boleh terus menghubungi guru kelas/pihak sekolah untuk bertanyakan tentang perjalanan majlis tersebut. Pihak sekolah telah mengarahkan pengawal keselamatan untuk mengawasi murid di pintu utama. USUL 13 Nama : Pn. Qowarira binti Omar Nama Anak : Nurul Qaleesya Imani binti Mohd Iqbal (2 Fikrah) Pengawal keselamatan di minta mengawal muridmurid semasa melintas jalan. Pengawal keselamatan sentiasa menjaga keselamatan murid. Bantuan Rela hanya boleh diputuskan oleh pihak PIBG dengan mengambil kira kewangan semasa PIBG. USUL 14 Nama : Pn. Wan Fairus binti Idrus Nama Anak : Ayra Nurmedina binti Muhammad Azim Muizz (1 Biru) Saya cadangkan supaya pihak sekolah meletakkan seorang pengawal keselamatan atau ahli RELA untuk mengawal perjalanan keluar masuk murid di pagar B kerana ada segelintir ibu bapa mementingkan diri dengan meletakkan kenderaan sesuka hati dan menyukarkan perjalanan.
30 USUL 15 Nama : Pn. Nurul Azma binti Abdullah Nama Anak : Nurul Raesya Aqeefa binti Abdul Fattah (2 Fikrah) Meminta cikgu-cikgu semua lebih peka pada keselamatan dan keselesaan murid untuk hadir ke sekolah. Saya minta cikgu lebih perhatikan murid kerana anak saya selalu bagi tahu duit dia sering diambil oleh murid lain. Murid sentiasa diingatkan jika ada salah laku seperti buli, budaya peras ugut dan meminta wang untuk melaporan dengan SEGERA kepada guru kelas. Setiap kali perhimpunan rasmi dan harian, murid-murid sentiasa diingatkan untuk mematuhi peraturan sekolah dan tidak mengamalkan budaya tidak sihat. USUL 16 Nama : Muhammad Rusdi bin Ismail Nama Anak : Abdul Rasyid Hidayah bin Muhammad Rusdi (5 Bestari) Buka pagar C mengelakkan jalan jem semasa menghantarkan anak dan masa ambil anak. Harap pihak sekolah mengambil cadangan saya seperti di buka ketiga-tiga pintu semasa PKP. Atas persetujuan PIBG, Pagar C ditutup kerana kekangan petugas dalam kalangan guru dan pengawal keselamatan LAIN-LAIN PERKARA JAWAPAN USUL 17 Nama : Pn. Rabiatul Adawiyah binti Mohd Yusop Nama Anak : Dania Izz Zahra binti Mohd Helmi (1 Hijau) Minta pihak kantin tidak menjual maggi goreng kepada murid-murid. Harap pihak kantin dapat pelbagaikan menu-menu sihat dan seimbang. Makanan yang dijual di kantin mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Menu yang disediakan oleh pihak kantin berdasarkan kontrak dan menu KPM dan KKM. Maggi tidak pernah dijual di kantin sekolah. Maggi yang anak tuan puan makan itu dibeli oleh anak-anak di luar pagar sekolah. Mohon sentiasa ingatkan anak-anak supaya tidak membeli makanan di luar pagar sekolah.
31 USUL 18 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Danial Iskandar bin Edham Khalid (4 Amanah) Sedia maklum bahawa YDP PIBG sesi yang lepas iaitu En Rudy Putra adalah tahun yang terakhir (2023/2024) di SKGS. Usul/cadangan untuk membuat perubahan ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2024/2025. Gabungan jawatankuasa sedia ada beserta tambahan ahli jawatankuasa yang baru. Tahniah juga dan terima kasih buat YDP PIBG serta semua ahli jawatankuasa sesi yang lalu atas sumbangan, usaha dan keprihatinan kalian dalam pembangunan SKGS dari pelbagai sudut. Jasa kalian amat dihargai dan buat yang kekal sebagai jawatankuasa yang baru, teruskan momentum hebat ini buat warga SKGS. Kita akan cuba gabungkan AJK lama dengan AJK yang baharu untuk memantapkan AJK sesi 2024. Jika ada ibu bapa yang berminat, pihak sekolah sangat mengalu-alukan. USUL 19 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Izzati binti Edham Khalid (3 Bestari) Cadangan untuk mewujudkan dan aktifkan Alumni SKGS (Bekas Pelajar). SKGS adalah antara sekolah yang lama di daerah Gombak, terdapat terlalu ramai bekas pelajar SKGS diluar sana. Mewujudkan Alumni yang berstuktur dan terdiri dari ahli jawatankuasa sendiri (Pengerusi Alumni dan sebagainya). Ianya bertujuan memantapkan lagi prestasi SKGS dari pelbagai sudut. Jadikan situasi serta aktiviti "menang-menang" diantara ahli Alumni dan pihak sekolah/PIBG. Bukan sekadar sumbangan kewangan sahaja, juga boleh kongsikan kemahiran/kepakaran bekas pelajar untuk kecemerlangan SKGS. Adakan platfom yang mana Alumni juga boleh menjana sedikit pendapatan/keuntungan melalui aktiviti-aktiviti di SKGS seterusnya sedikit bahagiannya disumbangkan semula kepada sekolah. Untuk makluman, alumni SKGS aktif dalam memberi sumbangan kewangan terutamanya kpd muridmurid yang memerlukan bantuan. Alumni ini membantu dalam melatih murid-murid silat SKGS. Pihak sekolah akan cuba usahakan untuk membawa bekas pelajar yang berjaya untuk memberi ceramah motivasi kepada murid SKGS. USUL 20 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Danial Iskandar bin Edham Khalid (4 Amanah) Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sentiasa pastikan keselesaan anak-anak di dalam kelas. Segala kerosakan cuba dibaiki secepat mungkin. Jika ibu bapa hendak memberi sumbangan boleh terus menghubungi PIBG atau guru kelas
32 Cadangan untuk adakan satu sesi lawatan ibu bapa/penjaga ke kelas anak masing-masing. Tujuannya supaya ibu bapa dapat melihat keadaan kelas yang mungkin memerlukan sedikit penambahbaikan. Contohnya tambahan kipas dinding atau peralatan berkaitan aktiviti pembelajaran seperti Smart TV. Dengan cara ini, ibu bapa mungkin akan lebih memahami keadaan semasa kelas-kelas di SKGS. Sekiranya setiap ibubapa boleh menyumbang tiga ringgit sahaja (tidak wajib) untuk kelas tersebut (gabungan kelas sesi pagi & petang. Contohnya kelas 3A & 6A), jumlah sumbangan mungkin anggaran akan dapat sekitar RM150 - RM200 untuk kelas itu. Ia memadai untuk dapat satu atau dua unit kipas dinding demi keselesaan tambahan pelajar. Bulan berikutnya ibubapa boleh menyumbang tiga ringgit lagi untuk kelas tersebut dan digunakan untuk tambanan peralatan yang lain pula. Sesi lawatan singkat ini boleh dibuat di hujung minggu memandangkan jika sesi lawatan dibuat waktu persekolahan atau waktu serahan slip PBD adalah tidak sesuai (masa dan kekangan kerja ibu bapa), untuk perbincangan lanjut antara guru kelas dan sebahagian ibu bapa. Guru kelas sesi pagi dan sesi petang (mengikut kelas masing-masing) serta ahli jawatankuasa PIBG boleh menjadi perantara untuk tujuan penambahbaikan ini. untuk diambil tindakan penambahbaikan segera di kelas anak-anak. USUL 21 Nama : Pn. Nor Akmar binti Razalli Nama Anak : Muhammad Darwish bin Mohd Asri (5 Fikrah) Sy ingin bertanya bolehkah pihak sekolah wujudkan semula gambar kelas anak-anak setiap tahun untuk jadikan kenangan mereka apabila habis sekolah nanti. Pihak sekolah pernah buat tetapi tidak ada sambutan daripada ibu bapa. Zaman teknologi kini, ramai orang sudah tidak berminat dengan gambar dalam bentuk maujud kecuali Tahun 6 mempunyai sesi graduasi.
33 JAWATANKUASA PIBG 2024/2025
34 JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA SESI 2024/2025 1. Yang Dipertua : ……………………………………….……………........ (Ibu bapa) 2. Naib Yang Dipertua : ……………………………………….……………….... (Ibu bapa) 3. Setiausaha Kehormat : En. Muhammad Zulfikri bin Kalal (Guru) 4. Bendahari Kehormat : En. Mohd Faiz bin Abdul Wahab (Guru) 5. Ahli Jawatankuasa : 1. En. Azhar bin Ahmad (Guru) 2. En. Mohd Azman bin Mat Nor (Guru) 3. Cik Balqis binti Redhuan (Guru) 4. Pn. Yusmaniza binti Zakaria (Guru) 5. Pn. Najihah Hanim binti Mohd Romali (Guru) 6. ……………………………………………...……… (Ibu bapa) 7. …………………………………………………....... (Ibu bapa) 8. ……………………………………………………… (Ibu bapa) 9. …………………………………………………....... (Ibu bapa) 10. ……………………………………………………… (Ibu bapa) 11. ………………………………………………........... (Ibu bapa) 6. Pemeriksa Kira-kira : 1. En. Mohd Ikhwan Hakim bin Kamarudin (Guru) 2. ………………………………………...…………….. (Ibu bapa) Pemeriksa kira-kira termasuk dalam Jawatankuasa PIBG tetapi dicalonkan pada Mesyuarat Agung Tahunan. TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN
35 LAMPIRAN
36 WARGA SEKOLAH Jumlah Guru 88 Jumlah Murid 1527 Jumlah AKP 7 Jumlah Pengawal Keselamatan 4 Jumlah Pekerja Pembersihan 6 Murid Prasekolah 50 Murid PPKI 38 Murid Tahun 1 264 Murid Tahun 2 252 Murid Tahun 3 268 Murid Tahun 4 265 Murid Tahun 5 220 Murid Tahun 6 220
37 AKTIVIT UNIT KURIKULUM BIL PERKARA TARIKH/BULAN PELAKSANAAN 1 PROGRAM NILAM SEPANJANG TAHUN 2 PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 11 FEBRUARI 2023 3 BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL MAC DAN APRIL 2023 4 BULAN PANITIA BAHASA MELAYU MEI 2023 5 BULAN PANITIA BAHASA INGGERIS JUN 2023 6 UJIAN SEGAK TAHAP 2 SESI 2023/2024 (SEMESTER 1) 23 HINGGA 25 JUN 2023 7 BULAN PANITIA BAHASA ARAB JULAI 2023 8 BULAN PANITIA SEJARAH, PENDIDIKAN MUZIK DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL OGOS 2023 9 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI KEMERDEKAAN OGOS 2023 10 BULAN PANITIA SAINS SEPTEMBER 2023 11 BULAN PANITIA MATEMATIK OKTOBER 2023 12 BULAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN NOVEMBER 2023 13 KEM BESTARI SOLAT - PPKI, TAHAP 1 & TAHAP 2 NOVEMBER 2023 14 UJIAN SEGAK TAHAP 2 SESI 2023/2024 (SEMESTER 2) 21 HINGG 23 MEI 2023 15 BULAN PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) DISEMBER 2023 16 ANUGERAH NILAM 4 DISEMBER 2023 17 APRESIASI PRASEKOLAH 31 JANUARI 2024 18 MALAM APRESIASI KEUNGGULAN PRESTASI 2023 (KURIKULUM) 2 FEBRUARI 2024 19 GRADUASI TAHUN 6 6 FEBRUARI 2024 AKTIVIT UNIT KOKURIKULUM BIL PERKARA TARIKH PELAKSANAAN 1 MERENTAS DESA 16 JUN 2023 2 SUKANEKA TAHAP 1 27 JULAI 2023 3 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 23 SEPTEMBER 2023 4 PERKHEMAHAN PERDANA 27 - 29 OKTOBER 2023 5 MALAM APRESIASI KEUNGGULAN PRESTASI 2023 (KOKURIKULUM) 2 FEBRUARI 2024
38 AKTIVIT UNIT HAL EHWAL MURID BIL PERKARA TARIKH PELAKSANAAN 1 SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK ANAK YATIM & ASNAF (IFTAR RAMADHAN) 2023/1444H 18 APRIL 2023 2 WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 6 JUN 2023 3 KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 17 JUN 2023 4 PEMERIKSAAN DENGGI DI KAWASAN SEKOLAH – PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) GOMBAK 27 JUN 2023 5 PENYERAHAN BANTUAN KWAPM 27 JUN 2023 6 PROGRAM LIBRESSE (AWAL REMAJA) BAGI MURID PEREMPUAN TAHUN 4-6 11 JULAI 2023 7 PEMERIKSAAN KANTIN SEKOLAH – PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) GOMBAK 2 OGOS 2023 8 PROGRAM MINDA SIHAT BERSAMA UNIT KAUNSELING 9 OGOS 2023 9 PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2023 9 SEPTEMBER 2023 10 PROGRAM KESIHATAN : SEPAGI BERSAMA DETTOL 3 OKTOBER 2023 11 PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TAHUN 6 (KLINIK KESIHATAN GOMBAK) 6 OKTOBER 2023 12 PROGRAM KESIHATAN BERSAMA MASSIMO 17 OKTOBER 2023 13 PELANCARAN DUTA SAHSIAH PERINGKAT SEKOLAH 31 OKTOBER 2023 14 JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS SEKOLAH 18 NOVEMBER 2023 15 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 26 & 30 NOVEMBER 2022 16 PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT PERINGKAT SEKOLAH 2023 13 DISEMBER 2023 17 PROGRAM SALAH LAKU DAN GANGGUAN SEKSUAL TAHAP 1 (UNIT KAUNSELING) 12 JAN 2023 18 PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA TAHAP 1 (UNIT KAUNSELING) 17 JAN 2024 19 PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 23 JAN 2023 20 PROGRAM INTERVENSI SALAH LAKU BULI & GANGGUAN SEKSUAL TAHAP 2 (UNIT KAUNSELING) 29 JAN 2024 21 CERAMAH GANGGUAN SEKSUAL OLEH PEGAWAI SERANTA SEKOLAH (PPS) 1 FEB 2024 22 MALAM APRESIASI KEUNGGULAN PRESTASI 2023 (HEM) 2 FEB 2024 23 CERAMAH PERSEDIAAN KE SEKOLAH MENENGAH (TAHUN 6) 5 FEB 2024 24 PROJEK NAIK TARAF BILIK KAUNSELING MURID (INDIVIDU & KELOMPOK) & BILIK DISIPLIN MURID 19 FEB 2024
39 PENCAPAIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 1 PERTANDINGAN HARI PUTERI PPIM TEMPAT KELIMA 2 SESI TOWNHALL YB MENTERI HAL EHWAL SABAH SARAWAK DAN TUGAS-TUGAS KHAS PENGLIBATAN PERINGKAT NEGERI BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 1 HARI PUTERI PPIM ( HILANGKAN KARAT SETERIKA) TEMPAT PERTAMA 2 HARI PUTERI PPIM (TUNJUKCARA SIANG IKAN) TEMPAT KELIMA 3 PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM GABUNGAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR 2023 PENGLIBATAN 4 KEJOHANAN MEMANAH SELANGOR JUNIORS & PRA MSSD SIRI 2/2023 PENGLIBATAN 5 BENGKEL RBTX CHALLENGE PENGLIBATAN PERINGKAT DAERAH/ZON BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 1 MSSD BOLA BALING TEMPAT PERTAMA 2 MSSD BOLA BALING TEMPAT KETIGA 3 PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD TEMPAT KETIGA 4 MEMANAH MSSD GOMBAK TEMPAT KEEMPAT 5 KALAM ARABI LELAKI ILSS TEMPAT KEEMPAT 6 TILAWAH AL-QURAN PEREMPUAN MQSS PENGLIBATAN 7 TILAWAH AL -QURAN LELAKI MQSS PENGLIBATAN 8 PERTANDINGAN SCRABBLE SR DAERAH GOMBAK PENGLIBATAN 9 PERTANDINGAN PING PONG MSSD GOMBAK PENGLIBATAN 10 PERTANDINGAN BICARA BUKU TAHUN 2023 (BM) PENGLIBATAN 11 MEMANAH MSSD GOMBAK PENGLIBATAN 12 KALAM ARABI PEREMPUAN ILSS PENGLIBATAN 13 HARI PUTERI PPIM (TILAWAH AL QURAN) PENGLIBATAN 14 HARI PUTERI PPIM (MENU RAHMAH) PENGLIBATAN 15 HARI PUTERI PPIM ( MENGUKIR BUAH-BUAHAN) PENGLIBATAN 16 HARI PUTERI PPIM ( BUKA SKRAP) PENGLIBATAN 17 DAIE CILIK PEREMPUAN ILSS PENGLIBATAN 18 DAIE CILIK LELAKI ILSS PENGLIBATAN
40 PENGHARGAAN
41 SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA DATO’ DR. MASHITAH BINTI IBRAHIM (PENGERUSI EKSEKUTIF YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK MALAYSIA) PN. ZAIDAH BINTI ABDUL TALIB (GURU BESAR SK GOMBAK SETIA) EN. RUDY PUTRA BIN ZULFAKAR (YANG DIPERTUA PIBG) GURU-GURU PENOLONG KANAN BARISAN AJK PIBG IBU BAPA/PENJAGA DAN SELURUH WARGA SK GOMBAK SETIA DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI SERTA AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN Terima Kasih