The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amirul Firdaus, 2023-03-02 08:57:51

Tugasan 1: BMMB1104

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 2023

Keywords: sastera

OLEH: MOHAMAD AMIRUL FIRDAUS BIN MOHD NOOR TUGASAN 1: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


KANDUNGAN


Bismillahirahmanirahim , Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan penuh jayanya. Saya dengan besar hati mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Dr. Siti Hajar binti Idrus di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada saya dan menyiapkan pentaksiran berterusan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan kesempatan yang ada ini, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Dr. Siti Hajar binti Idrus selaku pensyarah kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) bagi kelas PPT1S2.08 yang telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak berkongsi idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Syukur Alhamudulillah, Saya dapat mengumpul banyak maklumat berdasarkan topik tugasan ini dan secara tidak langsung serba sedikit memberikan ilmu pengetahuan baru kepada saya sepanjang tugasan ini berlangsung. penghargaan


SARJANA ISMAIL HUSSEIN 1.0 PENGENALAN -Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan merupakan petikan daripada perkataan asalnya “sastera” yang membawa maksud seni yang menggambarkan keindahan melalui bahasa. -Kesusasteraan bukan sahaja melibatkan penulisan yang bermakna malahan merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif. Pandangan atau pendapat ini merupakan hujah yang dilontarkan oleh Sarjana Ismail Hussein (1998:23). MAKSUD KESUSASTERAAN KAMUS DEWAN DAN PUSTAKA


Karya sastera dibuat oleh masyarakat Melayu yang betul-betul menguasai bahasa serta kebudayaan Melayu dan juga mempunyai pemikiran yang kreatif. Bahasa merupakan jiwa orang Melayu Dalam konteks Pendidikan -Karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional. Mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.


2.0 kONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan merujuk kepada satu hasil karya dan seni kreatif yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu seperti yang diperkatakan oleh Siti Hajar Abdul Aziz. Dalam pengertian yang lain pula, hasil karya merupakan idea-idea tersirat yang ingin disampaikan melalui hasil yang menunjukkan keindahan bahasa Melayu


KONSEP


FUNGSI PENDIDIKAN DAKWAH HIBURAN KRITIKAN SOSIAL 3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


Setiap karya sastera yang dihasilkan mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri seperti sebagai satu medium untuk pendidikan. Dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat kerana terdapat pelbagai ilmu, pesanan, didikan dan dorongan. Pendidikan melalui karya sastera juga dilihat sangat berkesan kerana setiap perkara yang disampaikan berhasil merubah pemikiran seseorang. Dijadikan sebagai bahan rujukan kepada orang ramai dalam membuat kajian, penyelidikan dan juga bagi menambah ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Cerita Sang Kancil dengan Buaya yang cukup terkenal berupaya menerapkan nilai, unsur moral dan juga pengajaran berguna kepada masyarakat. Oleh itu jelaslah bahawa karya sastera mampu memberikan pendidikan yang bersifat umum kepada semua lapisan masyarakat. 3.1 PENDIDIKAN


Karya sastera juga semestinya mampu untuk menarik perhatian orang ramai tanpa mengira umur. Pada zaman dahulu tiada hiburan seperti zaman kini, karya sastera menjadi satu satunya bentuk hiburan yang wujud ketika itu. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan selari dengan irama dan rentak. Sebagai contoh, cerita-cerita penglipurlara yang kreatif dalam membentuk hiburan berdasarkan karya sastera yang dilakonkan. Contoh lain yang dapat kita lihat ialah cerita jenaka yang bertajuk Pak Kaduk atau pantun-pantun yang mampu menghiburkan masyarakat. 3.2 HIBURAN


Kesusasteraan pada zaman dahulu juga berfungsi sebagai cara untuk berdakwah secara umum. Dapat mendorong manusia untuk berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Dalam konteks lain, ianya dapat menyampaikan pesanan yang ingin disampaikan melalui teknik dan secara sopan tanpa mengguris hati seseorang secara terus. Selain itu, dengan cara dakwah juga penulis karya dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dengan menasihati dan menyampaikna Islam secara terus. Banyak perkara-perkara yang ditekankan pada karya sastera yang bertemakan dakwah seperti merujuk al-Quran dan hadis yang sahih dalam menciptakan sesuatu karya. Keberkesanan dakwah melalui sastera ini dapat dillihat apabila masyarakat mula tertarik dengan Islam kerana penggunaan kesantunan dan gaya bahasa yang mampu menyentuh hati pembaca apabila digunakan dalam sesuatu penghasilan karya sastera dakwah. 3.3 DAKWAH


Akhir sekali, aspek kritikan sosial juga berfungsi untuk mengkritik dalam cara kiasan dan menyampaikan mesej bermakna yang membina kepada pembaca. Melalui karya sastera, manusia akan membuat pertimbangan bahawa karya sastera yang berfokuskan kehidupan dan masyarakat adalah saling berkait, Aspek ini juga memaparkan realiti yang terjadi dalam kehidupan harian kita dalam sesuatu nukilan karya. Melalui realiti ini tercetusnya idea untuk menghasilkan satu cara untuk menyelesaikan masalah yang terjadi melalui karya sastera. Secara tidak langsung aspek ini akan menjadikan manusia saling menjaga adab dalam menegur cara seseorang berkarya dan sebagainya. Karya yang mengandungi krittikan sosial juga kebanyakan membahaskan perihal masyarakat, kehidupan dan hubungan manusia. 3.4 kritikan sosial


4.0 contoh gurindam Gurindam Bunga Bangsa yang bertajuk “Ikutlah Kebaikan”. Nama penulis: Nazim Mohd Subari Muka surat: 2


ANALISIS EMPAT RANGKAP A) RANGKAP PERTAMA C) RANGKAP KELIMA B) RANGKAP KEEMPAT D) RANGKAP KELAPAN 5.0 manifestasi akal budi dalam gurindam


Berdasarkan rangkap pertama dalam gurindam ini, secara tersirat pengarang ingin menerangkan kepada pembaca yang jelas dilihat pendekatannya kepada dakwah bahawa dalam menempuh dan menjalani kehidupan, kita mestilah sentiasa mengikut arah yang benar. Hal ini dapat mengelakkan hidup kita terjerumus dalam kesesatan terutama kelalaian duniawi. Umum mengetahui bahawa dunia sekarang sudah tidak asing dengan kelalaian malahan perkara ini menjadi sesuatu yang lazim kepada umat manusia masa kini. Oleh itu, jika kita mengikuti jalan yang benar terutama selari dengan ajaran agama Islam, sudah pasti kehidupan kita lebih baik dari orang-orang yang lalai dengan duniawi. Ikutlah kamu jalan yang benar, nescaya hidupmu beroleh sinar. A) RANGKAP pertama-1


Dengan mengikut ajaran agama semestilah hidup seseorang memperoleh sinar seperti yang kita dapat lihat pada akibat dalam gurindam tersebut. Sinar yang dimaksudkan merupakan satu petunjuk atau hidayah yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang sentiasa di landasan kehidupan yang benar. Apa yang dapat disimpulkan secara keseluruhan pada rangkap pertama ini ialah, jika ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam kehidupan, kita haruslah berpegang teguh pada tiang agama. Setiap perkara yang dituntut selari dengan agama seperti solat semestinya memberi petunjuk yang cerah kepada manusia di dunia mahupun di akhirat kelak.


Melalui rangkap ini, akal budi oleh pengarang menyentuh perihal dakwah yang selari dengan tajuk gurindam tersebut iaitu “Ikutlah Kebaikan”. Perkara yang ingin disampaikan dalam gurindam ini ialah kita mestilah jadikan alQuran sebagai panduan utama dalam kehidupan. Hal ini kerana al-Quran merupakan kalam Allah SWT. Dalam al-Quran ini terdapat pelbagai pedomanpedoman yang berguna kepada manusia dalam kehidupan. Setiap kandungan yang diperincikan dalam al-quran merupakan sesuatu yang sahih. Ikutlah kamu pedoman al-Quran, dijauhi daripada berbuat kemungkaran B) RANGKAP keempat-4


Sebagai umat Islam, kita haruslah mempercayai al-Quran dan jadikan sebagai panduan kepada hidup. Setiap perbuatan yang mungkar akan dapat diajauhi dengan senang apabila berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Dalam al-Quran terdapat banyak bukti-bukti di mana hal-hal yang berkaitan dengan perkara mungkar diberikan penekanan yang jelas. Sebagai contoh, dalam Surah Ali 'Imran. Dari sinilah adanya penyelesaian dan amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam memerangi kemungkaran. Antaranya ialah dengan tidak meninggalkan solat, berzikir dan sentiasa istiqomah dalam niat melakukan perubahan kerana Allah SWT. Oleh itu, al-Quran perlulah dijadikan sebagai panduan hidup semua umat Islam dalam melakukan apa-apa perkara agar tidak menjurus kepada kemungkaran


Ikutlah kamu sunnah Rasulullah, mulia pekerti tentunya menyerlah. Dalam rangkap ini, pengarang ingin menyampaikan makna tersirat iaitu apabila kita mengikut sunnah Rasulullah SAW sudah tentu sikap kita akan sentiasa terpelihara. Perkara yang ingin disampaikan ialah dengan mengikuti setiap sunnah Rasulullah SAW kita akan mendapat syafaat yang tersendiri terutamanya dari segi akhlak. Hal ini kerana sunnah baginda meliputi semua perbuatan yang baik. Perbuatanperbuatan ini boleh dijadikan sebagai pedoman hidup. Oleh itu, dengan mengamalkan sunnah-sunnah baginda bukan sahaja memelihara kelakuan dan perilaku malahan akan mendapat pahala. C) RANGKAP kelima-5


Jelaslah di sini bahawa, kita dapat banyak kebaikan jika melakukan seseuatu perkara yang mengikut sunnah dengan berpegang teguh pada niat kerana Allah SWT akan melahirkan individu yang baik dan cantik dari segi akhlak dan adabnya.


Ikutlah kamu pesanan orang alim, tidaklah sesekali berlaku zalim. Pada rangkap ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa jika kita sentiasa bergaul dengan orang alim, kita pasti dapat memperbaiki diri. Hal ini kerana mereka pasti akan sentiasa memberi pesanan kepada kita. Pesanan-pesanan mereka sudah tentu mendorong ke arah kebaikan dan dakwah. Apabila kita menurut pesanan-pesanan mereka, secara tidak langsung kita akan menjauhi segala perbuatan dosa serta perlakuan zalim. Selain itu, kita juga akan mengikuti jejak Langkah orang-orang alim apabila sentiasa mendekati mereka. Perkara ini menjadi penyebab utama kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman Oleh itu, kita haruslah menerima dengan hati terbuka pesanan yang bermanfaat terutamanya daripada orang alim agar dapat menjauhi kezaliman. D) RANGKAP kelapan-8


Secara keseluruhannya karya sastera Melayu mempunyai pelbagai peranan secara menyeluruh. Kesusasteraan inilah menunjukkan betapa kreatifnya masyarakat Melayu dalam mempamerkan bahasa Melayu dalam pelbagai cara. Dengan menerapkan nilai-nilai keindahan pada bahasa, banyak hasil karya ini mengubah banyak persepsi masyarakat yang masih relevan sehinggalah pada masa ini. Oleh itu, kesusasteraan ini haruslah dijaga agar tidak ditelan zaman. Hal ini bagi memastikan sastera menjadi sebagai nilai yang tertinggi dalam masyarakat Melayu 6.0 PENUTUP


Abdul Karim. (2012, Februari 16). Kesusasteraan Melayu. https://www.slideshare.net/AbdulKarimKamaruzaman/kesusasteraan-melayu-11610094 Arifah Azlanshah. (2020, Disember 17). Konsep Kesusasteraan Melayu. https://www.slideshare.net/ArifahAzlanShah1/konsep-kesusasteraan-melayu-240193262 Aswiza. (2022, November 23). FUNGSI SASTERA MELAYU. https://www.slideshare.net/aswiza/2- fungsi-sastera-melayupptx Ezafel Hakimi. (2020, Februari 29). SASTERA MELAYU. https://tahutuai.com/sastera-melayu/ Mohd Rodzi. (n.d.). (DOC) Fungsi sastera dalam masyarakat | mohd rodzi. Academia.edu. Retrieved February 28, 2023, from https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat RUJUKAN


Nani Defran. (2019). Konsep Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu | PDF. Scribd. Retrieved February 28, 2023, from https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsikesusasteraan-Melayu# Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Kesusasteraan. Anyflip. https://anyflip.com/oayke/zitu/basic Zamanuddin Jusoh. (2012, Disember 28). Hati penentu kebaikan, kejahatan seorang mukmin. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/12/25533/hati-penentu-kebaikankejahatan-seorang-mukmin RUJUKAN


Click to View FlipBook Version