MPU 21032 : PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
E-PEP
PENYATUPADUAN RAKYAT ;
USAHA KERAJAAN YANG DIJALANKAN DARI SUDUT
SOSIAL&EKONOMI
PERKONGSIAN E-MAJALAH :
- Dasar sosial negara ( DSN )
- Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Dasar Pembangunan Nasional ( DPN )
FARAH ASYIKIN BT YUSOP
( 13DKA22F1052)
NURUL IZZATI BT MUSTAFFA
( 13DKA22F1042)
NUR ELYANA SYAFIKA BT HARIZAL
(13DKA22F1078)
NAMA PENASIHAT :
PUAN NORAINI BT ISMAIL
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 4
2. PENGENALAN 5-6
7 - 10
3. DASAR SOSIAL NEGARA (DSN)
3.1 Pengenalan Dasar Sosial 11 - 13
3.2 Matlamat Dasar Sosial 14 – 18
3.3 Objektif Dasar Sosial
3.4 Rumusan 19
4. DASAR EKONOMI BARU ( DEB)
4.1 Pengenalan DEB
4.2 Strategi DEB
5. DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
( DPN)
5.1 Pengenalan DPN
5.2 Matlamat Utama DPN
6. KESIMPULAN
7. RUJUKAN 20
PENGHARGAAN
ِب ْس ِم َّلهل ِا ال هر ْح َم ِن ال هر ِحيم
Syukur ke hadrat Allah swt dengan rahmat dan redhanya
maka terhasillah sebuah majalah ini setelah bersengkang
mata dan mengerah tenaga,berusaha untuk menyiapkannya.
Sesungguhnya kami berbesar hati dan bangga untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami
iaitu Puan Noraini binti Ismail. Beliau banyak membantu
dalam menyiapkan e-folio/e-majalah bagi mata pelajaran
Penghayatan Etika & Peradaban.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak
memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan segala
tugas yang diberi oleh pensyarah.
Akhir kata, terima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana
telah bekerjasama dan berusaha bersama-sama dalam
menyiapkan e-majalah ini.
PENGENALAN
Malaysia telah mencapai kemerdekaan politik
daripada penjajah 50 tahun yang lalu. Namun
kemerdekaan berbentuk politik belum dapat
menjamin kesejahteraan rakyat. Kemerdekaan
bersifat menyeluruh membabitkan bukan sahaja
politik , tetapi juga ekonomi dan sosial. Untuk
merealisasikan kemerdekaan yang menyeluruh,
kerajaan perlu menggubal beberapa dasar untuk
memastikan aspek yang menyeluruh,
Pada awal era kemerdekaan, kerajaan lebih berminat
untuk membangunkan ekonomi agar ia akan
membawa kepada kestabilan dan kemakmuran
negara. Pada awalnya,tumpuan kerajaan kepada
perancangan luar bandar untuk membasmi
kemiskinan dalam meningkatkan mutu kehidupan
masyarakat yang berada di luar bandar.
Negara kita sebenarnya telah mendahului negara lain
di dunia, termasuk negara maju dalam memberi
kepercayaan kepada sektor swasta. Namun demikian,
sektor swasta tidak dapat memberikan sambutan
yang baik terhadap cabaran yang mendatang kerana
negara kita telah ditimpa kemelesetan. Tetapi dalam
beberapa tahun , sektor swasta semakin berkembang
dengan meluas
Dari sudut lain, pembangunan sosial dan eknomi
menjadi kunci utama untuk membina kehidupan yang
sejahtera. Objektif utama pembangunan adalah untuk
memelihara perpaduan dan membolehkan populasi
diintegrasikan kepada ekonomi moden. Oleh itu,
proses pembangunan sosial dan ekonomi turut
memainkan peranan penting agar dapat membentuk
negara yang berintegriti.
Seterusnya, dari sudut era globalisasi ini, pelbagai
usaha telah dilakukan bagi setiap isi yang timbul dan
ini dipanggil sebagai usaha kearah penyatupaduan.
Justeru itu, ia bermaksud kita mempunyai konsep
perpaduan yang kita rindukan dan telah mewujudkan
kesepaduan antara penduduk setempat. Namun, tetap
timbul beberapa konflik dan setiap konflik itu cuba
diselesaikan dengan konsep atau cara kearah
penyatupaduan. Sebelum mengakhiri wacana ini,
dalam aspek sosial, kerajaan mencapai kesepaduan
dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan
kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju
dan mantap.
➢ SOSIAL
PENGENALAN
• Dasar sosial negara ( DSN ) merupakan salah satu
dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-
nilai murni dan dapat meningkatkan keupayaan
dalam mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial
dalam negara ini.
MATLAMAT
• Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan
teknologi masa kini, setiap anggota masyrakat
diberi peluang untuk memperkembangkan potensi
diri secara optimum di dalam persekitaran sosial
yang sihat. Dengan itu, ia dapat menunjukkan ciri-
ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik,
bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang dan
adil yang selaras dengan matlamat masa hadapan.
OBJEKTIF
• Sebagaimana yang kita maklumi, objektif yang
dapat diperoleh daripada dasar sosial negara ini
ialah mampu menjamin setiap individu, keluarga
dan komuniti, tanpa mengira bangsa, agama dan
budaya. Maka dengan itu, mampu memberi
sumbangan kepada arus pembangunan negara
serta menikmati kesejahteraan hidup yang aman
dan harmoni.
OBJEKTIF BAGI MENCAPAI STRATEGI
DASAR SOSIAL NEGARA
1. Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga
dan Masyarakat Dipenuhi :
● Mampu menjamin keperluan asas kehidupan
individu, keluarga dan masyarakat setempat. Hal
ini demikian kerana ini memberi setiap individu
kemudahan dan menikmati hidupan yang selesa.
Contoh keperluan yang asas
ialah,pakaian,tempat tinggal,makanan,
pengangkutan serta mental dan fizikal dalam
keadaan baik. Memastikan keperluan hidup yang
holistik menjadi teras kehidupan setiap individu,
keluarga dan komuniti.
● Selain itu, membangunkan setiap keluarga untuk
berfungsi sebagai satu pasukan yang saling
menyokong dalam memainkan peranan serta
tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga
berkembang dengan optimum mengikut
keunikan dan potensi setiap individu. Memastikan
keperluan hidup yang holistik menjadi teras
kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.
2. Memperkukuhkan dan membangunkan
sistem sokongan sosial dan perkhidmatan
sosial
● Antaranya terdapat pelbagai usaha yang
dapat dibuat bagi memperkukuhkan sokongan
sosial. Dalam mewujudkan sistem keluarga,
komuniti, kumpulan etnik, agama dan
Pendidikan.
● Strategi yang dapat dicapai melalui objektif ini
adalah organisasi yang terlibat memainkan
peranan yang penting membangunkan setiap
keluarga sebagai satu pasukan yang saling
menyokong. Hal ini demikian kerana, mampu
membantu setiap ahli keluarga berkembang
dengan optimum mengikut daripada keunikan
dan potensi.
● Semua ahli sektor yang terlibat dalam sistem
ini bertanggungjawab menyampaikan
perkhidmatan sosial kepada setiap ahli
keluarga kerana ia mampu melengkapi
kehidupan setiap masyarakat yang
memerlukan.
RUMUSAN
Sebagai pengakhir kata, Dasar Sosial Negara
merupakan dasar payung yang merangkumi
falsafah dan pelbagai dasar pembangunan
sosial negara. Dasar ini memberi halatuju
kepada perancangan dan pelaksanaan
program pembangunan sosial tersebut.
Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu
agenda utama kerajaan untuk mewujudkan
sebuah masyarakat Malaysia yang maju .
Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu
dipantau bagi memastikan kecekapan dan
keberkesanan pencapaian pembangunan
sosial. Kejayaannya bergantung pada
komitmen , sokongan dan Kerjasama sektor
awam, swasta dan sukarela.
DASAR EKONOMI BARU ( DEB )
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program
sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990) oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak . Matlamat tersurat DEB
adalah untuk mencapai perpaduan negara dan
integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks
strategi serampang dua mata untuk :
➢ Membasmi Kemiskinan adalah sebab utama yang
menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan rakyat . Ianya bukan sahaja terdapat di
luar bandar tetapi juga dibandar. Keadaan ini
boleh menggugat perpaduan negara kerana
masalah kemiskinan adalah mengikut kaum
dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan
orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan
untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi dan
projek pembangunan yang telah dirangka supaya
dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk
semua rakyat di Malaysia . Selain itu , projek
pembangunan ini juga dapat mengurangkan
jurang perbezaan pendapatan antara kaum ,
antara kawasan bandar dan luar bandar dan
antara wilayah malah dapat memodenkan
kehidupan di luar bandar.
2. Penyusunan semula masyarakat
Adalah Hasrat kerajaan supaya menjelang tahun
1990 pemilikan saham Malaysia akan
melambangkan komposisi kepentingan kaum di
negara kita. Dalam mencapai matlamat penyusunan
semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) , strategi berikut
telah disusun dalam
• Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf
kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luar bandar.
• Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang
dalam struktur guna tenaga yang terdapat
sekarang ini dengan cara yang progresif dan
menerusi pertumbuhan ekonomi supaya tenaga
buruh dapat mencerminkan bilangan kaum di
negara kita.
• Mempercepatkan proses penyusunan
semula ekonomi dengan penambahbaikan
dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat
Malaysia dalam pemilikan model dalam stok
syarikat dan pertumbuhan ekonomi
• Membentuk sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian di kalangan orang melayu
dan kaum bumiputera supada dapat
membentuk dan menubuhkan beberapa
agensi seperti MARA , Bank Pembangunan ,
Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.
Akhir sekali,dasar ekonomi baru yang
bermatlamatkan perpaduan negara melalui
proses pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat didalam
konteks keselamatan negara yang kukuh .
Segala program pembangunan negara dan
dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan
adalah rancangan dan dilaksanakan untuk
mencapai tujuan – tujuan diatas. Pihak
kerajaan telah berusaha dalam
memperkuatkuasakan, malah ianya
memerlukan perubahan sikap, tenaga dan
pemikiran rakyat dan sektor swasta.
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
(DPN)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) berakhir pada tahun
1990. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) . DPN sebenarnya adalah DEB
dalam bentuk yang baru. DPN dilaksanakan
dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP2) (1991-2000) bagi tempoh
sepuluh tahun sahaja. Ia merupakan satu
daripada Wawasan 2020. Falsafah DPN menjadi
teras RRJP2 dimana ia juga merupakan Langkah
permulaan bagi Wawasan 2020.
DPN bergantung sepenuhnya kepada sektor
swasta untuk mengambil daya usaha yang gigih
bagi mencapai objektif sosioekonomi negara.
Sokongan dan bantuan akan diberi oleh sektor
awam menerusi usaha-usaha memperbaiki
pertumbuhan dan penyediaan infrastruktur fizikal
kearah pendekatan strategi ekonomi iaitu:
• Mengagihkan tumpuan membasmi kemiskinan di
kalangan golongan termiskin di samping
mengurangkan kemiskinan relatif.
• Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat
sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
• Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam
proses penyusunan semula masyarakat dan
membuka peluang yang lebih luas bagi sektor
berkenaan.
• Memberi tumpuan kepada pembangunan sumber
manusia bagi mencapai matlamat pertumbuhan
dan pengagihan yang seimbang.
Matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) :
• Mewujudkan perpaduan Negara yang menjadi
asas kestabilan sosial dan politik serta
mengekalkan pembangunan ekonomi yang
berterusan.
• Mencapai taraf sebuah negara maju dalam
semua segi iaitu sosial, nilai , etika, moral,
kestabilan politik , kualiti hidup, kecekapan
pentadbiran kerajaan dan kecemelangan
ekonomi.
• Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan
bagi membantu proses penyusunan semula
masyarakat melalui pewujudan peluang-
peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh
berkembang .
• Tumpuan DPN juga diberikan kepada
pembangunan sumber manusia sebagai asas
penting dalam mencapai matlamat
pertumbuhan dengan pengagihan yang
saksama.
DPN akan terus mengamalkan strategi asas DEB
untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat bagi memperbaiki
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum
dan menyumbang ke arah untuk mengukuhkan
perpaduan negara. DPN bertujuan untuk
mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih
seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal
seperti :
•Mewujudkan keseimbangan di antara
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang
saksama.
• Mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan
suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang.
• Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional
menerusi pengurangan jurang pembangunan
ekonomi di antara negeri dan di antara kawasan
bandar dan luar bandar.
• Memajukan pembangunan sumber manusia
dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin
dan produktif serta meningkatkan kemahiran
bagi menghadapi cabaran dalam
pembangunan industri menerusi satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat
penyusunan semula masyarakat .
• Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras
penting dalam perancangan dan
pembangunan sosioekonomi di samping
menggalakkan budaya sains dan teknologi
sebagai proses pembangunan ekonomi
perindustrian moden.
Sebagai penutup kata, Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk dan harmoni. Agama telah mendidik kita
untuk beradap dan beretika bagi membina sebuah
tamadun dan negara yang aman dan makmur.
KESIMPULAN
Usaha dalam penyatupaduan negara yang
dapat disimpulkan melalui aspek sosial dan
ekonomi tidak dapat dinafikan lagi bahawa
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk
yang mempunyai pelbagai kaum,budaya dan
agama.hal ini demikian, maka terjalinlah
sebuah hubungan perpaduan yang
merupakan pemangkin utama kepada
kemajuan negara. Terdapat pelbagai
organisasi yang telah kita kecapi dalam
membentuk negara hidup bersepadu. Tanpa
perpaduan yang utuh keharmonian
bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana
tiada persefahaman dan kerjasama daripada
penduduk setempat dalam
mempertahankannya. Justeru itu peristiwa 13
Mei 1996 menjadi perpaduan dan ikhtibar
dalam terus maju ke mercu kejayaan.
RUJUKAN / LAMPIRAN
1. https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Do
kumen/Dasar/DASAR_SOSIALNEGARA.PDF
2. https://ms.Wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia#Ke
giatan_ekonomi
3. http://dewan.Selangor.gov.my/question/Langkah-
Langkah-kerajaan-negeri-membantu-rakyat-
menghadapi-ekonomi/
4. https://youtu.be/PB5ayDIFJYY
SEKIAN
TERIMA KASIH