The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengaruh ICT ke atas Kesepaduan Nasional

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by timothyjoshuahay, 2022-04-22 03:05:49

Pengaruh ICT ke atas Kesepaduan Nasional

Pengaruh ICT ke atas Kesepaduan Nasional

Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT)
Penggerak
Kesepaduan Nasional
di Malaysia

Kumpulan 2
Timothy Joshua Hay Zhi Cong 2022/1142/MUE1
Lee Xin Er 2022/1143/MUE1
Khong Lu Jian 2022/1144/MUE1
Nur Hannah Jazmina 2022 /1146/MUE1
Ng Min Ci 2022/1145/MUE1
Leong Xiu Hui 2022/1141/MUE1

Isi Kandungan Tajuk Ini

1) Pendahuluan
2) Pengenalan kepada konsep Kesepaduan dan definisi
3) Evolusi dan Penglobalan Teknologi
4) Hubungan Manusia dan ICT
5) Etika dan Peradaban menggunakan ICT
6) ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional
7) Isu Semasa ICT
8) Kebaikan dan Keburukan ICT
9) Bagaimanakah ICT membawa kepada Kesepaduan Nasional
10) Rumusan
11) Rujukan

Pendahuluan

Pembinaan kesepaduan nasional dan ‘peradaban majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi. Ini
adalah kesan kemajuan teknologi yang berlaku agak pantas. Perkembangan ini dapat mempercepatkan dan melancarkan
rutin harian setiap individu. Selain itu, ia juga dapat memudahkan proses pembinaan peradaban majmuk dalam kalangan
masyarakat-masyarakat Malaysia.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah terular dalam kalangan setiap lapisan masyarakat dan generasi di Malaysia
melalui media sosial, aplikasi, laman sesawang dan lain-lain. Melalui medium begini, maklumat dapat disebarkan dengan
cepat. Pada hari ini, keadaan ini boleh diambil sebagai sesuatu yang menguntungkan ataupun sesuatu yang merugikan.
Pelbagai contoh akan diberikan dalam slaid yang akan dibentang.

Serentak ICT mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Antara masalah yang terdapat dalam aspek ini ialah
bukan semua individu mempunyai kemampuan kewangan untuk mempunyai gajet sendiri dan akibatnya ialah adalah
sekumpulan individu yang ketinggalan zaman dan ini boleh menjadikan hidup mereka lebih susah. Contohnya, kekurangan
pengalaman teknologi boleh menyebabkan mereka susah mencari pekerjaan.

Objektif kita hari ini adalah untuk membincangkan cara-cara kita boleh menggunakan serentak teknologi maklumat dan
komunikasi sebagai penggerak kesepaduan nasional di negara kita. Dalam pembentangan ini, kita harap semua hadirin dapat
mempelajari sesuatu tentang peranan kita sebagai pengguna teknologi ini untuk meningkatkan taraf hidup kita sesama
keamanan dan kedamaian kita sebagai negara berbagai kaum.

Pengenalan kepada konsep Kesepaduan
Nasional

Apakah itu kesepaduan nasional?

Kesepaduan merujuk kepada keadaan sesuatu masyarakat di mana ia adalah aman, stabil,
makmur, dan sejahtera yang dicapai tetapi masih mengakui terdapatnya perbezaan dalam
bentuk defisit sosial yang wujud dalam masyarakat. Dalam konteks ini, Kesepaduan
Nasional merujuk kepada konsep ini tetapi digunakkan secara skala besar, iaitu dalam
konteks nasional dan tidak semestinya sesuatu masyarakat yang tertentu sahaja

Evolusi dan Penglobalan Teknologi

Apakah maksud evolusi?
adalah perubahan yang berlaku dari satu keadaan ke keadaan yang lain dalam suatu objek atau
subjek.

Apakah Maksud penglobalan?
dikatakan punca banyak gelora dan perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu
sendiri.

Evolusi dan penglobalan teknologi akan terus meningkat dan berkembang dari satu masa ke satu
masa yang lain. Oleh itu, manusia perlu menggunakan akal yang waras yang berpaksikan ajaran
agama bagi menilai sesuatu maklumat dan bahan diperolehi melalui teknologi.

Kesan positif dan negatif tentang Evolusi dan
Penglobalan Teknologi

Kesan positif:

1) Proses menyebarkan dan mendapatkan maklumat dengan mudah dan pantas. Contohnya kita boleh menggunakan
internet untuk mencari maklumat yang tidak difahami dengan menggunakan peralatan elektronik seperti telefon bimbit,
komputer dan tablet.

2) Meningkatkan taraf ekonomi masyarakat dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat meluaskan bidang
penglihatan dan import teknologi canggih dari luar negara dengan mudah.

3) Menghasilkan kerja yang lebih produktif dan sistematik. Hal ini kerana kita dapat peralatan canggih yang mencukupi.
4) Memudahkan perhubungan dan komunikasi. Sebagai misal, kita dapat menghubungi saudara-mara dan rakan-rakan di luar

negara dengan mudah .

Kesan negatif:

1) Penipuan secara atas talian akan berlaku. Hal ini kerana data peribadi mudah dilayari mengikuti perkembangan evolusi dan
penglobalan teknologi.

2) Berlaku pembaziran waktu. Sebagai contoh, permainan video ketagihan dan menikmati menonton video.
3) Akan adanya jenayah cyber seperti pencurian data

Sejarah Evolusi Teknologi di Malaysia

● Pada hari 31 Ogos 1970 tahun, hari kemerdekaan, pihak
kerajaan mula membina progresif yang menggunakan
sains dan teknologi moden.

● Pada tahun 1983, Dr Mohamed Awang memulakan idea
untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi
internet.

● Pada tahun 1989, bermula rangkaian komputer Malaysia.
● Pada tahun 1991, jaringan Malaysia telah dilancarkan.

Hubungan Manusia dan ICT

ICT kepada manusia

● Merupakan satu teknologi yang amat penting bagi manusia zaman sekarang
● Dilihat sebagai mengurangkan beban kepada manusia
● Mempermudahkan pergerakan manusia
● Alat yang memainkan peranan dalam komunikasi yang lebih efisien

Kepentingan ICT kepada manusia

ICT sering digunakan dalam pelbagai bidang :

● Pendidikan
● Pertanian
● Perubatan
● Hiburan
● Perniagaan

Hubungan manusia dan ICT

● Seperti yang kita ketahui, pada era yang globalisasi ini ICT atau lebih dikenali sebagai
Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menjadi satu faktor atau perkara yang amat
penting dalam kehidupan manusia. Contohnya, kita akan bermula dengan rutin harian.
Apabila di tempat kerja, pekerja dikehendaki “punch card” menunjukkan pukul berapa
mereka tiba di tempat kerja mereka. Ini adalah salah satu contoh yang boleh kita lihat
sekarang. Contoh yang lain adalah apabila kita hendak memasak beras. Sekarang kita
tidak perlu susahkan diri memasak nasi seperti kerana kita boleh memasak beras dengan
menggunakan rice cooker.

● Ict juga dilihat sebagai alat yang memainkan peranan yang besar dalam komunikasi. Kita
sering menggunakan aplikasi social media untuk berkomunikasi bersama bersama
rakan-rakan kita. Di dalam bidang pekerjaan juga perlukan ICT untuk berkomunikasi.
Seperti mengadakan mesyuarat bersama orang antarabangsa. Ini juga boleh menjadi
salah satu faktor yang meningkatkan lagi efisien pekerjaan.

Hubungan manusia dan ICT

Peranan teknologi dalam pendidikan

● Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran
● Memperkembangkan pelajar dalam dunia teknologi
● Memperkasakan kemahiran diri

Peranan teknologi dalam pertanian

● Digunakan untuk membantu manusia untuk mengekalkan atau meningkatkan kualiti alam
sekitar dan memelihara sumber alam

● Memainkan peranan penting dalam mewujudkan dan menyampaikan maklumat yang
relevan dan tepat mengenai pertanian

● Sektor pertanian yang mampu membawa nama negara ke peringkat global

Hubungan manusia dan ICT

● Teknologi juga memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Lagi-lagi masa sekarang
bila kita dilanda pandemik di seluruh dunia. Guru-guru harus mengajar pelajar mereka
dengan cara belajar secara online. Ini juga boleh meningkatkan lagi perkembangan pelajar
tentang ICT dana bagaimana untuk menggunakannya.

● Kita juga tahu dalam bidang pertanian, teknologi digunakan untuk mengurangkan beban
kepada petani-petani. Contohnya, pada zaman yang canggih ini, manusia tidak perlu tuai
padi seperti zaman dahulu. Petani sekarang menggunakan mesin tuai padi untuk menuai
padi. Ini telah mengurangkan beban seorang petani sebaliknya telah mempermudahkan
pergerakan manusia dengan lebih efektif.

● Seterusnya, seperti yang kita bincangkan, ICT digunakan dalam pelbagai bidang seperti
perubatan. Contohnya, jika seseorang mempunyai penyakit yang kronik seperti cancer.
Doktor yang bertugas akan menjalankan proses “ultrasound”, “x-ray”, “MRI” atau CT scan.
Teknologi ini telah dikhususkan untuk mengesan penyakit-penyakit yang dialami oleh
pesakit tersebut. Ini juga meningkatkan efisien dan taraf hospital.

Hubungan manusia dan ICT

Peranan teknologi dalam perubatan

● Meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit
● Dapat mengesan penyakit dengan menggunakan mesin-mesin yang canggih
● Dapat mengurangkan beban kepada pekerja-pekerja hospital
● Lebih efisien

Peranan teknologi dalam perniagaan

● Dapat menyimpan data dan maklumat yang penting dengan selamat
● Kualiti dan produktiviti boleh ditingkatkan
● Memudahkan organisasi untuk berkomunikasi pada peringkat dalaman dan luaran
● Urusniaga menjadi lebih cepat

Hubungan manusia dan ICT

● Manakala dalam perniagaan pula, mereka akan menggunakan teknologi untuk
menyimpan data-data atau maklumat yang penting kerana ianya lebih selamat. Ini juga
dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja-pekerja tersebut. Dan yang paling
penting ialah ia dapat memudahkan organisasi untuk membuat perniagaan dengan
syarikat antarabangsa dan mereka tidak perlu berjumpa secara berhadapan. Ini juga
menjimatkan masa mereka.

Hubungan manusia dan ICT

Cara - cara kita menggunakan ICT
● Menguruskan urusan kewangan dan jual beli seperti membeli belah secara online
● Pembelajaran online

ICT sekarang muncul dalam pelbagai bentuk
● Bentuk apps (online shopping)
● Social Media
● Games

Etika dan peradaban menggunakan ICT

Peraturan 1:
Ingat komunikasi sesama manusia

- X ketagihan
- ICT = alat membantu kita

- memberi kita peluang untuk berkomunikasi dengan kawan / ahli keluarga yang menginap di lokasi lain
tanpa mengira masa

- menyusunkan jadual masa
- Contoh Kes :

- remaja di Bangkok
- lelaki di China

Etika dan peradaban menggunakan ICT

Peraturan 2 :

Ikuti piawai kelakuan online seperti yang anda ikuti dalam kehidupan sebenar

- Kebebasan bersuara

- Perkara 19 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
- Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948
- Kebebasan bercakap berhimpun dan berpersatuan
- Mengekspresikan pellagra I pandangan

- Hormati orang lain

- Tidak melakukan buli siber
- Hormati agama orang lain
- Tidak melakukan gangguan seksual

Etika dan peradaban menggunakan ICT

Peraturan 3
Ketahui di mana anda berada di dunia siber

- menghindari penyalahgunaan maklumat
- Menghargai harta intelek
- Menghindarkan diri dari melayari laman web

berunsur negatif

ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional

Mengapakah ICT merupakan tapak pengukuhan kesepaduan nasional?

● ICT mempermainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila
ICT mempercepatkan hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil
dengan wujudnya ICT. Kita dapat berhubung dengan wujudnya ICT. Kita dapat berhubung
dengan sesiapa sahaja sama ada di e-mel, sosial media, Skype dan sebagainya.

● Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran. Pendidikan di sekolah atau di
institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan lebih luas, selain
menjimatkan kos. Pelajar mampu mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui
Internet untuk melakukan kerja sekolah atau projek-projek belajar.

● Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT.
Televisyen litar tertutup(CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan
seperti bank, lapangan terbang dan pasar-pasar raya. Oleh itu, kegiatan jenayah yang berlaku
dapat dikesan dan memberkas penjenayah terbabit.

Etika ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan
manusia.Peradaban ialah sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu
bangsa. Pada utamanya, peraturan 1 ialah ingat komunikasi sesama manusia. Kita tidak boleh ketagih dengan internet
sahaja tetapi perlu berkomunikasi dengan orang lain dan juga bekerja atau belajar. ICT dapat memberikan kita peluang
untuk berkomunikasi dengan kawan ataupun ahli keluarga yang menginap di lokasi lain tanpa mengira masa.
Bagaimanapun, ICT hanya merupakan suatu alat untuk membantu kita berkomunikasi,kita harus berkomunikasi dengan
manusia di dunia sebenar. Oleh itu, kita harus menyusunkan jadual masa untuk melayari laman sesawang dalam kehidupan
seharian. Telah terdapat banyak kes yang seseorang mati kerana panjang masa memainkan permainan internet, di
Bangkok,mempunyai seorang remaja berusia 17 tahun maut dipercayai diserang angin ahmar selepas bermain permainan
video di komputer sepanjang malam dalam kejadian di Udon Thani, utara Thailand semalam.Bukan begitu sahaja, pada
29/4/2014 seorang lelaki berumur 36 di China mati kerana memain pemainan video sepanjang 19 jam.
Selepas itu, peraturan kedua ialah ikuti piawai kelakuan online seperti yang kita ikuti dalam kehidupan sebenar
termasuklah kebebasan bersuara dan menghormati orang lain.Kebebasan bersuara telah termaktub dalam Perkara 19
Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang diamalkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
pada 10 Disember 1948 bertempat di Palais de Chaillot,Paris. Kebebasan bersuara bermaksud bercakap,berhimpun dan
berpersatuan dengan bebas. Kita mempunyai kebebasan untuk mengekspresikan pelbagai pandangan tanpa mengira
kebetulan. Menghormati orang lain termaksud lah tidak siber buli, hormati agama orang lain, tidak pelecehan seksual. Jika
kita menghadapi masalah macam ini, kita biarkan sahaja, jangan bagi balasan dan marah dengan orang lain.
Akhirnya peraturan ketiga ialah mengetahui di mana anda berada di dunia siber. Kita menghindari penyalahgunaan
maklumat , contohnya terdapat seorang gadis di Thailand menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk merebus telur
kerana dia mendapat satu resipi dari internet,tetapi telur ini meletup dan mencederakan muka dia. Oleh itu kita perlu
menyemak sahih daripada internet .Kita juga perlu menghargai harta intelek ,jangan guna video,buku atao gambar orang
lain sebagai kamu punya.Menghindarkan diri dari melayari laman web berunsur negatif.

Faktor-faktor ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan
Nasional

Politik

● Paling utama untuk membantu dalam menyatupadukan masyarakat dalam media sosial
● Pemimpin dapat menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan tepat
● Membincangkan isu-isu terkini yang melibatkan pelbagai etnik supaya tidak timbul salah faham

dalam masyarakat

Pendidikan

● Mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan
● Mampu menjana pembinaan daya kreativiti

Agama

● Dengan menyalurkan maklumat dan hebahan informasi kepelbagaian agama di media sosial

Kesan ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan
Nasional

Komunikasi yang berkesan

● Manusia boleh berkomunikasi dengan mudah dan cepat

Mempercepatkan urusan

● Pelbagai urusan kerja amat mudah dan boleh dilakukan secara atas talian

Mengetahui perkembangan semasa

● Memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di luar dan dalam negara

Isu Semasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT)

MAKLUMAT WUJUD DALAM PELBAGAI BENTUK :

Bentuk Fizikal Bentuk Suara Bentuk digital
-Internet
-Kertas -Paparan visual -E-mel

-Buku

ISU SEMASA Huraian

Isu-isu -Jenayah Siber yang dimaksudkan ialah seperti penipuan secara atas talian, berlaku
1) Jenayah siber
transaksi palsu, buli siber dan lain-lain.
2) Menjejaskan hubungan harmoni -Semakin maju teknologi maklumat dan komunikasi semakin meningkat jenayah siber
yang berlaku.
3) Melayari laman sesawang yang tidak -Kelicikan penjenayah siber ini ada kalanya mampu menggodam system pertahanan
negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada
bermoral ancaman anasir luar.
-Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian besar kepada pembeli atau
penjual.
-Pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan data komputer dan kecurian
maklumat

-Keghairahan menggunakan alat komunikasi sangat bahaya kepada hubungan sesama

manusia.
-Penggunaan gajet di tempat yang tidak sesuai seperti di meja makan dan meja mesyuarat,
menyebabkan suasana harmoni untuk saling bergaul dan bertukar pendapat tidak mencapai
maklumatnya.
-Hal ini menjejaskan hubungan baik dan harmoni dalam kalangan keluarga dan mesyuarat.

-Generasi muda khususnya lebih terdedah melayari laman sesawang tidak bermoral dan

pornografi disebabkan benteng agama yang tidak begitu kukuh.
-Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, masyarakat akan mudah terpengaruh dan
mengikuti perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang tersebut.
-Seterusnya akan meningkatkan kes jenayah seperti zina, rogol dan sebagainya

4) Menceroboh halaman web (URL) -Pengguna yang tidak bermoral akan cuba menggangggu dan
5) Wujud budaya plagiarism (plagiat)
6)Penggodam maklumat menceroboh halaman web mana-mana Jabatan, organisasi atau
negara.
-Pengguna melakukan jenayah ini bertujuan niat jahat seperti
mendapatkan maklumat rahsia, mengambil wang individu lain dan
sebagainya.
-Penceroboh akan dikenakan tindakan undang-undang jika disabit
kesalahan.

-Plagiarism ialah perbuatan tidak sihat dalam dunia akademik.

-Hal ini kerana telah mengambil hak cipta seseorang tanpa izin.
-Perkara ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan
malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak
melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.

-Kecanggihan TMK membuka ruang kepada penggodam

kepada pengganas siber untuk memusnahkan data dan
mengubah sistem komputer.
-Selain itu, penggodam boleh menggunakan internet mencuri
maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan
organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan
kepada pihak pesaing.
-Perkara ini sangat membimbangkan kerana boleh menjejaskan
keselamatan individu, agensi kerajaan dan swasta serta
negara.

Kebaikan dan keburukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

KEBAIKAN KEBURUKAN

Masyarakat dapat sentiasa peka dengan Membazirkan masa masyarakat
perkembangan dan pergolakan dunia.

Dapat mengeratkan hubungan antara Penyebaran maklumat yang kurang tepat
rakyat Malaysia.

Hubungan antara negara dapat berjalan Menjejaskan kesihatan diri sendiri
dengan lancar.

Dapat membantu dalam sistem pengajaran Menjejaskan hubungan antara keluarga

dan pembelajaran (P&P). sekiranya tidak urus dengan baik

Dapat menjaga keamanan dan Menyebabkan remaja menggunakan
keselamatan negara. bahasa-bahasa kesat

Dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti Meningkatkan penggangguran pekerjaan
keluaran industri.

Persoalannya: Bagaimanakah Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dapat membawa kita kepada Kesepaduan
Nasional?

Kita telah membincangkan pelbagai aspek teknologi maklumat dan komunikasi setakat ini, tetapi masih terdapatlah persoalannya:
Bagaimanakah teknologi ini dapat membawa negara kita ke arah kesepaduan nasional?

Antara buah minda yang terdapatnya adalah:

Teknologi dapat menyebarkan budaya dan tradisi kaum lain antara ahli masyarakat kerana teknologi telah membolehkan kita berkongsi
pengetahuan, pengalaman dan keunikkan budaya dan tradisi kaum kita melalui media sosial atau laman sesawang sosial.

Kemudahan komunikasi dapat merapatkan hubungan antara kaum. Dengan bantuan teknologi komunikasi canggih yang terdapat pada hari
ini, semua individu mempunyai kebolehan untuk mengeratkan kefahaman mereka terhadap kaum lain melalui pergaulan dengan seorang ahli
kaum lain.

Teknologi dapat mendidik generasi muda sesama golongan tua bahawa kepentingan masyarakat dalam usaha menguatkuasakan kesepaduan
nasional. Salah satu faktor yang menghalang negara kita mencapai kesepaduan nasional adalah kekurangan ajaran kepentingan kesepaduan
dalam kalangan golongan muda, ataupun fikiran ketinggalan zaman golongan tua. Melalui aktiviti seperti e-Kempen atau media seperti video
tentang peranan kita dalam usaha mencapai kesepaduan kaum di Malaysia adalah antara caranya untuk mengatasi isu ini.

Rumusan

Secara ringkasnya, teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai faedahnya sesama
kekurangannya. Kita sebagai masyarakat yang bertamadun mempunyai intelek dan fikiran yang
rasional untuk menggunakan teknologi ini untuk memupuk kesepaduan antara kaum dalam
masyarakat di negara kita. Kita adalah rakyat Malaysia, sebuah negara yang berbilang kaum dan
budaya. Oleh itu, jikalau kita dapat menggunakan teknologi dunia yang semakin hari semakin
canggih untuk memperkenalkan dan menubuhkan kesepaduan ini, Malaysia akan dipandang
sebagai salah satu contoh negara yang telah berjaya dan maju dalam skop dunia.

Gambar ini merupakan
sesuatu gambaran
masyarakat sekiranya kita
mengakui dan menerima
perbezaan dan keunikkan
masing-masing. Andaikan
kita sebagai masyarakat
yang intelektual dan
berketerampilan dapat
mencapai imej di gambar
ini melalui teknologi
sekiranya kita bersedia
untuk menerima satu sama
lain dengan fikiran terbuka
dan melalui medium
teknologi sebagai alat
perpaduan

Sekian, Terima Kasih

Rujukan

- http://tmks3072.blogspot.com/2018/02/peranan-teknologi-dalam-pendidikan.html
- https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologi-maklumat.html
- https://slidetodoc.com/kemahiran-komunikasi-teknologi-maklumat-1-0-peranan-ict/
- https://m-niaga.com.my/2017/04/12/penggunaan-ict-dalam-sektor-pertanian/
- https://ms.approby.com/menggunakan-teknologi-maklumat-kesihatan-untuk-mengurus-maklumat-anda/
- http://nofafa08.blogspot.com/2014/04/kebaikan-ict-dalam-perubatan.html
- https://susunatur2.wordpress.com/2017/10/17/kebaikan-teknologi-maklumat-dan-komunikasi-ict-kepa

da-masyarakat-dan-negara/


Click to View FlipBook Version