PRASEKOLAH SK SUNGAI LAMPAM 36750 CHIKUS, PERAK. GOTONG ROYONG PERDANA PRASEKOLAH TARIKH : 23.7. 2022 TEMPAT: PRASEKOLAH SK SUNGAI LAMPAM MASA : 8.00 PAGI
1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Pihak pentadbir SK Sungai Lampam dengan tujuan berikut: i. Pembelian barang-barang bagi tujuan keceriaan dan kebersihan kawasan prasekolah. ii. Kelulusan program termasuk bantuan kewangan daripada pihak pentadbiran. 2.0 PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu,pihak unit prasekolah melalui Jawatankuasa 3K telah merancang untuk menganjurkan aktiviti gotong–royong perdana bersama ibu bapa bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, taman permainan, stor prasekolah, sudut pengajaran dan pembelajaran dan taman herba dan sayur prasekolah. 3.0 OBJEKTIF i. Mewujudkan suasana yang kondusif serta identiti prasekolah yang bersih, indah, selamat dan ceria. ii. Mewujudkan semangat kerjasama yang padu antara ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan prasekolah. iii. Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan. iv. Memberi sumbangan idea dan tenaga dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti. 4.0 BUTIRAN PROGRAM Tarikh : 23 Julai 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.0 pagi hingga 12.00 tengahari Tempat : Sekitar kawasan Prasekolah SK Sungai Lampam
5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn. Sabariah bt Taib (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Pn. Siti Zaleha bt. Mohamad Noh (PK HEM) Naib Pengerusi l : En. Mohamad Azam b. Hasan (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi ll : En. Alzahari b. Yeop Silan (PK Kokurikulum) Setiausaha : Pn. Jama’yah bt. Salleh N. setiausaha : Pn. Norsaadah bt. Mohamad Radzi AJK : Pn. Syaidatul Syima bt. Khusni : Cik Nor Faizah bt. Nordin : Pn. Hamidah bt. Ismail 6.0 TENTATIF PROGRAM 8:00 am : Ketibaan ibu bapa dan murid : Makan pagi 8:30 am : Ucapan pembukaan : Ucapan Guru Besar 9:00 am : Taklimat agihan tugas 9:15 am : Aktiviti Gotong-royong 12:00 pm : Jamuan makan tengahari dan bersurai * Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan. 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA JUMLAH 1. Peralatan • Cat - Cat putih ( 2 tong x RM 50 ) - Cat warna ( 4 tong x RM 50 ) RM 100.00 RM 200.00 2. Makanan a) Makan pagi - Roti dan air teh O ( 30 orang x RM 1) b) Makan tengah hari - Nasi ayam + air jagung ( 30 orang x RM 7.00 ) RM 30.00 RM 210.00 JUMLAH RM 540
14.0 PENUTUP Di harapkan usaha untuk menjalankan program ini akan mendapat sokongan padu dan sambutan daripada pelbagai pihak. Segala sokongan yang diberi akan memastikan setiap objektif dan perancangan yang diatur akan dapat berjalan dengan lancar. Harapan kami warga prasekolah, semoga kanak-kanak yang belajar di kelas prasekolah SK Sungai Lampam pada tahun ini dan akan datang dapat menikmati suasana sekolah yang lebih kondusif sekali gus dapat menarik minat dan semangat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Disediakan oleh : Dissemak oleh : ......................................................... ................................................ NORSAADAH BT MOHD RADZI SITI ZALEHA BINTI MOHD NOH Guru Prasekolah PK Hal Ehwal Murid SK Sungai Lampam SK Sungai Lampam Diluluskan oleh: …………………………………. SABARIAH BT TAIB Guru Besar SK Sungai Lampam