TRANSFORMASI ASRAMA2024
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD2024KANDUNGANBIL PERKARA MUKASURAT1 Penggal / Kalendar Persekolahan 2024 Cuti Perayaan 2024 1 - 3 2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam, Misi Kementerian Pelajaran Malaysia, Visi Kementerian Pelajaran Malaysia. Visi dan Misi Sekolah Visi , Misi, Objektif dan Piagam Asrama 4 - 8 4 Dasar – Dasar Pengurusan Asrama 9-16 5 Carta Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Dan Pentadbiran Asrama 2024 17-186 Senarai Nama Warden dan No Telefon 19 7 Jadual Tugasan Warden 20 8 Bidang Tugas Ketua Warden, Warden dan Penyelia Asrama 21-229 Tugas Harian Warden 23 10 Fungsi Biro Biro Pengurusan Asrama 24-2711 Perancangan Aktiviti Asrama Tahun 2024 28 12 Pemeriksaan Asrama 29 13 Jadual Outing dan Pulang Bermalam 2024 30 14 Peraturan – Peraturan Asrama Smka Sultan Muhammad 31-4215 Akujanji Dan Ikrar Pelajar Asrama 43 16 Pelan Asrama 44
1
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD20242
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD20243 Cuti UmumMelaka2024
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD20244 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkanlagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbangdan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaandankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKANISLAMPendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahirandanpenghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahirankeperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawabuntuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikandi dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. MISI KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIAMelestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara VISI KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIAPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD20245 MISI, VISI, MOTTO, SLOGAN & PIAGAMSEKOLAHSMKA SULTAN MUHAMMAD BATU BERENDAM,75350 MELAKA. LAGUSEKOLAHSMKA Sultan MuhammadNamamu Termasyhur Para Murabbi Brhasrat Luhur Melahirkan Insan Berilmu Dan BertaqwaMenjadi Matlamat UtamaBersatu Hati Pegangan Kami Berhemah Tinggi Dan Berdikari Bersemangat Kesukanan Juga BerpesatuanBudaya Membaca Menjadi AmalanKami Bertekat Dan Berjanji Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Insan Kamil Kami Contohi Demi Agama Yang Suci Ilmu Punca Kejayaan Tetap Menjadi Pujaan Kecemerlangan Kami IdamkanMenyahut Cabaran WawasanMISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara VISI SMKA Sultan Muhammad komited menjadikan Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MOTTO Disini Lahirnya Ulama’ dan Umara’ SLOGAN “Al Iqdam”
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD20246 MISI, VISI, OBJEKTIF, & PIAGAMPENGURUSANASRAMAMisi Melahirkan muslim kamil yang seimbang berorientasikan tindakan proaktif dan inovatif di asrama berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Serta menerapkan semangat sepunya dan penyayang yang tinggi kepada asrama dengan penyertaan semua pihak melibatkan semua guru dan staf sokongan. Visi Asrama SMKA Sultan Muhammad sebagai pusat kecemerlangan modal insan sepanjang hayat.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD20247 OBJEKTIF PENGURUSANASRAMA Menghasilkan pelajar-pelajar lepasan asrama yang cemerlangsahsiah dan akademik. Menjadikan asrama sebagai institusi yang mempraktikkanamalan berkeluarga dipenuhi dengan kasih sayang, bekerjasama, toleransi dan bertanggungjawab antara sesamapenghuni dengan penghuni dan penghuni dengan warden Menjadikan asrama sebagai satu tempat yang aman, damai, selesa untuk hidup dengan penuh kemesraan dan harmoni serta mengamalkan nilai-nilai sebuah masyarakat Islamyangdinamis Mewujudkan suasana yang kondusif sebagai pencetus iklimpembelajaran yang baik dan meletakkan pencapaian akademikyang tinggi dan cemerlang sebagai satu kemestian. Melahirkan pelajar yang sentiasa sedar, dapat menjagadiri dan menghiasi peribadi dengan nilai-nilai murni sepanjangmasa. Menghebahkan kepada ibu bapa dan masyarakat tentangwawasan asrama untuk memberi keyakinan kepada merekabahawa asrama SMKA Sultan Muhammad adalahpusat kecemerlangan sahsiah dan akademik.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD20248 PIAGAM PENGURUSANASRAMAKami Jawatankuasa Pengurusan Asrama SMKA Sultan Muhammad dengan penuh tekad dan iltizam akan berusaha memberi perkhidmatan yang bermutu seperti berikut: Sentiasa menyedia dan memberi kemudahan, keselesaan, keselamatan serta mengutamakan kebajikan penghuni asrama seadanya. Sentiasa memberi layanan mesra, bekerjasama, dan cekap berurusan dengan ibu bapa penghuni asrama. Sentiasa mematuhi arahan dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Sekolah, JPN, BPI dan Kementerian Pelajaran Malaysia demi memastikan segala tindakan menepati masa dan wawasan pendidikan. Sentiasa berusaha dan merancang aktiviti berkesan agar dapat melahirkan pelajar lepasan Asrama SMKASulta Muhammad yang cemerlang sahsiah dan akademik. Sentiasa memastikan agar emosi penghuni-penghuni asrama tidak terganggu dengan mengamalkan konsep penyayang antara setiap warden dan pengawas.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD20249 DASAR – DASAR PENGURUSAN ASRAMADASAR 1 : Kebersihan Dan Kesihatan 1.0 Kebersihan Diri 1.1 Kebersihan diri sendiri hendaklah sentiasa dijaga. 1.2 Warden/pengawas asrama akan menjalankan pemeriksaan kebersihandiri pelajar 2 kali seminggu 1.3 Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepadaPengawas Asrama, Warden atau Penyelia Asrama DENGAN SEGERAagar sebarang tindakan yang bersesuaian boleh dibuat. 1.4 Setiap pelajar diwajibkan mempunyai keperluan sendiri seperti sabun, berusgigi, sikat, baldi, dan lain-lain lagi. Semua keperluan ini akan diperiksasewaktu pelajar mula masuk ke asrama dan semasa pemeriksaan dorm. 2.0 Kebersihan Bilik Asrama 2.1 Bilik asrama (dorm) mestilah sentiasa bersih dan teratur sebagaimanayangditetapkan oleh pihak asrama. Pemeriksaan asrama akan dibuat padasetiap pagi oleh Pengawas Asrama/ AJK pelajar sebelum7.00 pagi setiaphari persekolahan dengan pemantauan warden bertugas. 2.2 Pemeriksaan umum akan diadakan 2 minggu sekali iaitu padasetiaphari Sabtu minggu tidak pulang. Pemeriksaan mengejut(spot-check) akandiadakan pada bila-bila masa. 2.3 Hanya makanan kering sahaja yang dibenarkan disimpan di dalamdorm. 2.4 Pakaian dan alat keperluan harian seperti tuala, sarung bantal, kainselimut hendaklah sentiasa bersih dan kemas serta ditanda atau ditulis nombor dorm 2.5 Pakaian dan barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpandalambilik asrama . 2.6 Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan dormmasingmasing. Pelajar mesti membuat Jadual Bertugas dan mematuhi giliranuntukmembersihkan kamar. 2.7 Setiap katil mesti mempunyai cadar dan sarung tilam sepanjangmasadandipastikan terurus serta ceria sebelum ke sekolah.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202410 3.0 Kebersihan Dewan Makan. 3.1 Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan. 3.2 Sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan pinganmangkuk, gelas dan lain-lain barang disusun dengan baik 3.3 Pinggan mangkuk, gelas dan lain-lain barang dari Dewan MakanTIDAKDIBENARKAN dibawa keluar dari Dewan Makan DASAR 2: Keselamatan 2.1 Para pelajar bertanggungjawab atas keselamatan barang-barangmerekasendiri. 2.2 Barang-barang kemas TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke kawasanasrama 2.3 Pelajar dikehendaki menyimpan wang tidak melebihi RM20.00 setiapmasauntuk mengelakkan daripada kes kecurian. Wang yang selebihnyabolehdisimpan dalam BANK BINA INSAN. 2.4 Alat-alat senjata yang berbahaya seperti pisau dan lain-lain TIDAKBOLEHdibawa masuk ke kawasan asrama. 2.5 Pelajar mestilah mengetahui peraturan-peraturan keselamatan api danperaturan keselamatan jalan raya. Latihan Pengungsian Bangunanakandiadakan untuk membiasakan diri pelajar dengan situasi cemas. 2.6 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat sambungan elektrik atau menggunakanlilin/ pelita/ ubat nyamuk. DASAR 3: Perharian Asrama 3.1 Semua pelajar DIWAJIBKAN mengikut jadual perharian yang telah ditetapkanagar semua penghuni dapat menggunakan masa dengan bijak. Wardendengan kerjasama Pengawas Asrama/AJK Pelajar akan menilai dari semasakesemasa tentang bagaimana penghuni asrama mematuhi jadual perharianyangtelah ditetapkan terutama sekali yang melibatkan waktu solat dan waktubelajar yang diwajibkan. 3.2 Penghuni yang merasakan sukar untuk mematuhi jadual perharianyangditetapkan dengan sendirinya tidak layak untuk menginap di asrama. 3.3 Sebarang perubahan Jadual Perharian Asrama akan dibuat oleh JawatankuasaPengurusan Asrama.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202411 DASAR 4: Waktu Kelas Persediaan(PREP) 4.1 Waktu kelas persediaan untuk semua penghuni adalah DIWAJIBKANdari jam8.00malam-10.00 malam dan jam 8.00-10.00 pagi pada hari Sabtu. 4.2 Semua penghuni asrama dikehendaki menggunakan masa kelas persediaansebaik-baiknya untuk mentelaah pelajaran. Sebarang perlakuan yangbolehmengganggu pelajar lain akan dikenakan tindakan keras. Pelajar yangmengikuti kelas akademik atau pelajar yang sakit adalah dikecualikan daripadakelaspersdiaan. Pelajar yang ditangkap tidak mematuhi peraturan ini dianggaptelahmelakukan satu salah laku yang berat. DASAR 5: Makanan 5.1 Ibu bapa boleh menghantar bungkusan makanan kering pada waktuyangdibenarkan dan dinasihatkan supaya jangan menghantar makananyangmudah basi dan berbau busuk. 5.2 Tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari Dewan Makan. 5.3 Makanan untuk pesakit / berpuasa akan diuruskan oleh Pengawas/ WardenBertugas DASAR 6: Rawatan 6.1 Para pelajar yang sakit hendaklah memberitahu Pengawas Asrama, PenyeliaAsrama atau Warden. 6.2 Pelajar yang sakit mesti masuk ke Bilik Sakit/Bilik Isolasi dan AJK mencatatkannama dalam Pendaftaran Bilik Sakit. Tunggu lawatan oleh warden bertugas danpatuhi nasihatnya. 6.3 Pelajar yang sakit tidak boleh kekal di Bilik Sakit/ Bilik Isolasi tanpa menerimasebarang rawatan melebihi 8 jam. 6.4 Pelajar-pelajar yang sakit dan mendapat cuti dibenarkan pulang dengandijemput oleh ibu bapa atau di hantar oleh warden atau guru. 6.5 Pelajar yang mempunyai temujanji dengan Doktor hendaklah mendapatkandahulu kebenaran daripada warden bertugas. 6.6 Jika ada pelajar sakit teruk hendaklah dilaporkan kepada Penyelia AsramadanWarden Bertugas dengan segera dan beritahu ibu bapa untuk tindakan lanjut. 6.7 Pihak sekolah akan menghantar balik pelajar-pelajar yang menghidappenyakit berjangkit jika difikirkan perlu.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202412 DASAR 7: Kegunaan Air dan Elektrik 7.1 Setiap pelajar dikehendaki berjimat cermat dalam menggunakan air danelektrik. Lampu hendaklah dipadamkan pada waktu yang ditetapkan dan padawaktumeninggalkan bilik-bilik rehat, bacaan, darjah dan sebagainya. 7.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk sebarangjenisalat yang menggunakan elektrik ke asrama. DASAR 8: Lawatan Ibu Bapa/Penjaga 8.1 Waktu melawat atau berjumpa dengan anak hanya DIBENARKAN padahari Sabtuantara jam 10.00 pagi-6.00 petang. 8.2 Ibu bapa atau penjaga TIDAK DIBENARKAN membawa masuk kenderaankekawasan asrama. Kenderaan hendaklah diletakkan di dataran perhimpunan. 8.3 Sebarang penghantaran barang di luar waktu melawat hendaklah dibungkusdengan kemas, tulis nama dan dorm, kemudian serahkan kepada pengawal keselamatan atau warden bertugas atau Pengawas Asrama bertugas padahari tersebut. 8.4 Ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali naik ke dorm untuk sebarang urusan. 8.5 Tiada urusan mengambil atau membawa anak keluar dari asrama sewaktulawatankecuali kes kecemasan atau kematian 8.6 Para pelawat selain daripada ibu bapa atau penjaga pelajar boleh dibenarkanmenziarahi pelajar hanya dengan kebenaran pengetua atau wakilnya. DASAR 9: Harta Benda Kerajaan 9.1 Segala perkara dan alatan di sekolah dan asrama adalah kepunyaan KERAJAANuntuk kegunaan para pelajar-pelajar. 9.2 Semua pelajar bertanggungjawab menjaganya dengan baik. 9.3 Semua perkakas seperti loker, katil, tilam, kerusi meja TIDAK BOLEH diubahpindah, dicalar, diconteng atau dirosakkan. 9.4 Jika berlaku sebarang kerosakan, pelajar berkenaan hendaklah membayar ganti rugi.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202413 DASAR 10 : Solat Berjemaah 10.1 Para pelajar DIWAJIBKAN solat fardhu lima waktu secara berjemaah di SurauAsrama DASAR 12 : Langkah-langkah Kecemasan Waktu Kebakaran. 12.1 Apabila berlaku kebakaran, pelajar yang mula-mula menyedarinyahendaklah segera memaklumkan kepada Ketua Pelajar / Warden/ Guruatau memberikan isyarat dengan membunyikan siren dengan iramayangpanjang sebanyak tiga kali berturut-turut. 12.2 Semua pelajar yang mendengar isyarat ini hendaklah serta-mertamemberitahu pelajar yang lain yang terdekat dengannya. 12.3 Semua pelajar hendaklah TENANG dan jangan kelam-kabut. 12.4 Dalam keadaan yang tenang itu, semua pelajar hendaklah keluar dari semua bangunan dengan pantas, teratur dan terus menuju ketempat perhimpunan. 12.5 Jika kebakaran berlaku, tempat perhimpunannya ialah dataranperhimpunan. 12.6 Sewaktu berhimpun, pelajar-pelajar hendaklah beratur / berbaris mengikut DORM. 12.7 Ketua Dorm hendaklah memastikan semua ahlinya berada di situ. Sekiranyadidapati ada ahli mana-man dorm yang tidak hadir Ketua Dorm, hendaklahmemberitahu serta-merta kepada Warden / Guru. 12.8 Tunggu arahan daripada Warden/ Guru yang bertugas tentanglangkahlangkah selanjutnya. 12.9 Persediaan: : Alat-alat dan keperluan kecemasan api hendaklah semuanyadalamkeadaan yang baik dan sempurna sepanjang masa, sama adadi asramaatau di blok-blok sekolah. DASAR 13 : Peraturan Pakaian 13.1 Setiap pelajar mestilah memakai pakaian Rasmi Asrama setiap kali keluar dari kawasan Asrama, sama ada untuk pulang/ datang ke asrama, ke kelas-kelastambahan atau lawatan. 13.2 Pakaian Rasmi tersebut – seperti dinyatakan dalam buku peraturan asrama.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202414 13.3 Semua penghuni asrama mesti berpakaian menutup aurat danterurussepanjang masa. Pakaian yang tidak menutup aurat adalah ditegahdanakan dirampas. 13.4 Untuk tujuan solat Jumaat, pelajar lelaki hendaklah memakai Sut Melayuberwarna putih yang lengkap, bersampin yang telah ditetapkandanbersongkok. 13.5 Semua pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan sopansemasake bilik air/ mandi. 13.6 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang kemas, bersih dan semasadi Dewan Makan DASAR 14: Penempatan Ke Asrama 14.1 Pemohon yang ingin tinggal di Asrama mestilah memohon menggunakanborang Permohonan Asrama dan mendapat sokongan Warden/GuruTingkatan dan Guru Disiplin. Borang ini diserahkan kepada Pihak PengurusanAsrama untuk di proses. 14.2 Permohonan untuk tahun sekolah berikutnya juga perlu di buat. Kelulusanini akan di buat oleh Jawatankuasa Pengurusan Asrama berdasarkanprestasi disiplin dan prestasi akademik yang ditunjukkan. 14.3 Taraf penginapan hanya terhad pada tahun yang diluluskan sahaja. 14.4 Jika pelajar memilih untuk tinggal di rumah, taraf penginapan padatahunituakan sendirinya lucut. DASAR 15: Semakan kehadiran (Roll Call) 15.1 Semakan kehadiran atau Roll Call akan dibuat setiap hari jam6.30 pagi setiaphari selepas solat subuh dan setiap malam selepas solat isyak. 15.2 Semakan kehadiran atau Roll Call juga akan dibuat setiap kali spot-check ataupada bila-bila masa. DASAR 16: Kebenaran Keluar Kawasan Asrama 16.1 Semua urusan keluar dari asrama mesti mendapat kebenaran. Kebenaranuntuk pulang ke rumah akan diberi 2 minggu sekali dan pada tarikh yangtelahditetapkan. Kad Outing akan dicop dan tandatangan oleh Warden Bertugasdan diserahkan kepada Pengawal Keselamatan di Pos Utama.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202415 Sekiranya pelajar sakit atau kecemasan, pelajar boleh terus berjumpadenganwarden bertugas untuk direkodkan butir-butir dalam Buku Keluar KecemasanAsrama Kebenaran hanya akan diberikan sekiranya penjaga yangdatangsendiri berurusan. Dalam kes-kes seperti ini, pelajar tidak dibenarkan balik sendiri. Penyelewemgan dari peraturan keluar yang ditetapkan ini dianggapsuatusalahlaku berat dan boleh dibuang asrama. DASAR 17: Pakaian Rasmi Asrama 17.1 Pakaian Rasmi Asrama adalah : T-shirt Biru Putera As Sultan/ Baju korporat dengan Seluarpanjangberwarnahitam dan berkasut kulit hitam 17.2 Pakaian rasmi ini mesti dipakai ketika : Keluar dari asrama Balik bermalam dan kembali semula ke asrama. Majlis rasmi DASAR 19: Barang Yang Ditegah A. Senarai barang yang ditegah 1. Makanan basah yang mudah basi / busuk, tidak dibenarkan dibawakedalam dorm. 2. Semua alat komunikasi seperti telepon bimbit, semua jenis radio, mp3danlain-lain. 3. Sebarang jenis makanan / minuman yang memabukkan 4. Sebarang jenis senjata atau alat tajam. 5. Alat elektrik / muzik (radio) serta bahan pembakaran. 6. Sebarang alat pertukangan seperti skru driver, tukul dan lain-lain. PERINGATAN Ibu bapa / penjaga diingatkan agar tidak menyediakan perkara-perkaraberikut kepada anak jagaanya untuk kegunaan di asrama
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202416 1. Pakaian yang berjenama mahal yang menimbulkan tarikan penghuni yanglain 2. Kasut atau alas kaki yang berjenama mahal 3. Telepon bimbit / Alat perakam / radio / permainan yang tidak dibenarkan/majalah yang melekakan. Pihak pentadbiran berhak merampas barang-barang yang tersebut di atas untukmenjamin keselamatan di asrama serta pembentukkan budaya asramayangmemberansangkan. DASAR 19: Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968 Lampiran PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG BERAT Di bawah ini diperturunkan perkara-perkara tatatertib yang berat seperti yangdisiarkan oleh tatatertib yang berat seperti yang disiarkan oleh KementerianPendidikan Malaysia dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968 dan siarannyaBilangan KP. 8543 02(12). 1. Membawa senjata-senjata yang berbahaya dengan tujuan jahat. 2. Buli. 3. Membawa telepon bimbit, semua jenis radio termasuk alat komunikasi, alat elektrik, charger, mp3 dan lain-lain. 4. Menyerang dan mengancam penuntut-penuntut yang lain. 5. Menyalahgunakan dadah, menghisap rokok, semua jenis vape, menyimpanrokokdan meminum minuman yang memabukkan. 6. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan olehsekolahdan Pejabat Pendidikan. 7. Merosakkan atau membinasakan harta benda sekolah. 8. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan haram. 9. Mencuri dan berjudi 10. Melawan pihak pentadbir Asrama dan Sekolah. 11. Bergaduh /bertumbuk dan keluar asrama tanpa kebenaran. 12. Lain-lain kesalahan berat
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202417
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202418 JAWATANKUASA PENGURUSANDANPENTADBIRAN ASRAMA2024PENTADBIRAN SEKOLAH Pengetua Pn Hajah Puspa Binti Adam Guru Pen. Kanan Akademik En Rashidi Bin Baharom Guru Pen. Kanan HEM EN Abd Karim Bin Hamzah Guru Pen. Kanan Kokurikulum Pn Zaitun Binti Ismail JAWATANKUASA ASRAMA Pengerusi Pn Puspa Bt Adam Timbalan Pengerusi En Abd Karim Bin Hamzah Ketua Warden Asrama En. Mohd Khuzaini Bin Rozali Penolong Ketua Warden/ Setiausaha C Ruhaya Bt Ismail Penyelia Asrama En Firdaus Bin Johar (Penyelia Asrama ) En Rezal Bin Abd Rahman (Penyelia Asrama) Ahli C Nurul Atiqah Bt Omar (Biro Makanan) En Abdul Shaharizam Bin Abd Aziz( Biro Akademik) En Ashraf Bin Halim( Biro Data) En Jasmi Bin Amin ( Biro Kerohanian) En Kamarulzaman Bin Md Sangat ( Biro Keceriaan) En Mohd Hairie B. Abdullah(Biro Disiplin) En Mohd Hakki Bin Mohamed(Biro Kesihatan) En. Ikmal Azmar Bin Azmi( Biro Sukan)
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202419 SENARAI NAMA WARDEN DAN NO. TELEFONASRAMA SMKA SULTAN MUHAMMAD2024 BIL NAMA JAWATAN NO. TELEFON1 TN. HJ. ABD KARIM BIN HAMZAH PK HEM016-68049642 EN. MOHD KHUZAINI BIN ROZALI K. WARDEN 019-42228693 PN. RUHAYA BINTI ISMAIL WARDEN 011-597792984 CIK NURUL ATIQAH BINTI OMAR WARDEN 014-31977276 EN KAMARULZAMAN BIN MD. SANGAT WARDEN 011-209907537 EN. MOHD IKMAL AZMAR BIN AZMI WARDEN 017-35205628 EN. ASHRAF BIN HALIM WARDEN 014-65027899 EN. JASMI BIN AMIN WARDEN 017-625624510 EN. MUHD HAKKI BIN MOHAMED WARDEN 013-630492811 EN. ABDUL SHAHARIZAM BIN ABDUL AZIZ WARDEN 019-205200412 EN. MOHD HAIRIE BIN ABDULLAH WARDEN 013-594311713 PN. ROSILAH BINTI JEMAIN WARDEN SAHABAT 019-7756267
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202420 JADUAL TUGAS WARDEN
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202421 BIDANG TUGAS KETUA WARDEN, WARDEN DAN PENYELIAASRAMATUGAS KETUA WARDEN ASRAMA 1. Mewakili Pengetua dalam asrama dan dalam Lembaga Warden Asrama. Olehitubertanggungjawab mengenai dasar dan tatatertib Warden Asrama. 2. Bertugas sebagai pegawai kerja yang menentukan segala tugas WardenAsramadilaksanakan dengan memuaskan. 3. Memeriksa buku laporan harian Warden Asrama dan melaporkannyakepadaPengetua. 4. Mengadakan mesyuarat dengan Warden Asrama sekurang-kurangnyasebulansekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukan kepada Pengetua. TUGAS WARDEN ASRAMA 1. Menguruskan kemasukan penghuni-penghuni asrama. 2. Menyediakan Jadual Harian Asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhinya. 3. Bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhi peraturan-peraturan asrama. 4. Bertanggungjawab atas kelakuan penghuni-penghuni. 5. Mengawas keluar masuk penghuni-penghuni pada masa cuti, hujung minggudanpada masa tertentu seperti bermalam di luar. 6. Bertanggungjawab atas semua soal makanan, termasuk menu asrama, sekiranyatiada Penyelia Asrama. 7. Mengawas kemajuan pelajaran penghuni-penghuni seperti memeriksa kadlaporandan mengelola kelas persediaan dan kelas tambahan jika ada. 8. Merancang dan mengawas kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhanrohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni-penghuni. 9. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghunipenghuni yang sakit. 10. Mengawas kebersihan diri penghuni dan seluruh bangunan dan kawasan asrama. 11. Menjalankan latihan api (fire drill) sekurang-kurangnya 2 kali dalamsatu penggal bagi penghuni asrama. 12. Mengawas keselamatan diri dan barang-barang penghuni. 13. Bertanggungjawab atas keselamatan bangunan dan alatan asramadanmengambil tindakan yang sewajarnya untuk membaiki sebarang kerosakan. 14. Mengawas penggunaan air dan elektrik oleh penghuni-penghuni supayatidakmelebihi had yang telah ditentukan. 15. Bertanggungjawab atas pemungutan yuran asrama dan perkaraberkaitankewangan asrama dan menyelenggarakan rekod-rekod berhubung dengannyaseperti Buku Kira-Kira, Buku Resit dan buku Stok, jika tiada Penyelia Asrama. 16. Mengawas kerja kakitangan asrama. 17. Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak adapelawatpelawat yang tidak diingini datang ke asrama. 18. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetuapadatiap-tiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan, Pengetuahendaklah dihubungi dengan serta merta. (Di asrama yang mempunyai KetuaWarden, tugas ini hendaklah dijalankan oleh beliau).
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202422 TUGAS PENYELIA ASRAMA 1. Mempastikan makanan disediakan baik, bersih dan mengikut menu. 2. Menyelia kebersihan dapur, dewan makan dan bangunan asrama. 3. Melaporkan segala kerosakan di asrama kepada Pengetua/ Guru Besar. 4. Bertanggungjawab tentang kebersihan, keceriaan dan persekitaran kawasanasrama. 5. Menentukan alatan asrama sentiasa baik dan selamat. 6. Mempastikan kesihatan penghuni sentiasa baik dan melaporkan kepadaPengetuajika terdapat kes-kes yang bahaya. 7. Menyediakan rekod murid-murid sakit. 8. Menyelia dan mengadakan kemudahan di bilik sakit/ bilik Isolasi 9. Bertanggungjawab bersama tentang keselamatan di asrama. 10. Menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja-pekerja lain. 11. Mempastikan makan malam atau ‘supper’ disediakan oleh pembekal makanan. 12. Lain-lain tugas yang diarah oleh Pengetua.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202423 TUGAS HARIAN WARDEN1. Berada dalam kawasan asrama/ sekolah pada hari bertugas dari jam7.00pagi hingga 7.00 pagi berikutnya. 2. Memastikian perjalanan jadual harian asrama serta peraturan asrama dilaksanakan. 3. Memeriksa bahan mentah pada hari bertugas bersama pembantu penyeliamakanan. 4. Memberi perhatian pada kebersihan dan disiplin pelajar-pelajar. 5. Memeriksa keadaan dorm supaya berada dalam keadaan bersih dan kemas padasetiap masa. 6. Melawat kelas-kelas prep pada waktu prep sebagaimana yang telah ditetapkanbagi memastikan pelajar hadir dan belajar. 7. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dengan kerjasama penyelia asrama. 8. Menentukan semua pelajar meninggalkan asrama pada waktu permainandanbersurai daripada bermain jam 6.15 petang. 9. Menentukan dan memastikan semua pelajar pergi ke surau untuk solat berjemaah. 10. Makan bersama pelajar di dewan makan untuk menilai mutu makanansertamengawasi peraturan di dewan makan pada setiap waktu makan. 11. Memastikan lampu dorm dipadam pada jam 11.00 malam dan dormberadadalamkeadaan tenteram. 12. Melawat bilik-bilik prep/bacaan asrama untuk menentukan prep lanjutanselepas11.00 malam dalam keadaan tenteram. 13. Mengambil tindakan sesuai apabila timbul sesuatu masalah seperti disiplin, kemalangan, keselamatan, kebakaran dan lain-lain. 14. Membuat pemeriksaan dorm pada hari bertugas mulai jam 7.00 pagi hingga7.30pagi. 15. Memeriksa menu mengikut jadual yang telah ditetapkan. 16. Menulis laporan tugas warden setiap hari bertugas di Buku Laporan Warden Bertugas 17. Bermalam di Bilik Warden setiap hari giliran bertugas. 18. Menyelia asrama pada jam 7.00 pagi hingga 7.15 pagi untuk memastikanpelajar mengosongkan asrama untuk ke kelas dan melihat pelajar yang ada di bilik sakit/BilikIsolasi 19. Melaporkan segala masalah disiplin kepada Ketua Warden 20. Menerima dan menjalankan arahan daripada Ketua Warden, GPK HemdanPengetua dari semasa ke semasa.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202424 BIRO DISIPLIN Memberikan ceramah disiplin murid asrama semasa sesi orientasi. Menyediakan dan menampal risalah tentang disiplin di bangunan asrama. Menerima laporan pemimpin pelajar/guru/ppm/warden dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Menanamkan semangat kekitaan melalui slogan, “ASRAMAKU RUMAHKU” supayaperaturan asrama menjadi satu budaya. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar. Mencatat kes disiplin dan tindakan yang telah diambil ke dalam borang rekoddisiplin, buku laporan disiplin dan sistem maklumat berkomputer SSDM. Memberi maklumat kepada GPK HEM / berhubung kes-kes yg berulang. Mengadakan perjumpaan pelarasan disiplin bersama pemimpin pelajardenganpelajar/warden dan lain-lain. Mengetuai “Spot Check” pada waktu yang sesuai Menyiasat kes salah laku disiplin yang dilaporkan berlaku Memantau kad pelajar outing/balik bermalam yang tidak ikut peraturan BIRO DATA Memastikan enrolmen pelajar asrama dikemaskini setiap minggu Meyediakan data pelajar megikut dorm-dorm asrama Menyediaka data pelajar megikut tingkatan Meyemak buku kedatangan pelajar asrama setiap bulan Merekodkan data pelajr yang mendapat kebenaran khas dari Pengetua. Menganalisis data kemasukan pelajar baru dan pelajar yang keluar dari asrama. FUNGSI BIRO-BIRO PENGURUSANASRAMA
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202425 BIRO MAKANAN Memastikan menu makanan yang ditetapkan dipatuhi. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan. Menerima dan melaporkan aduan tentang kualiti & kuantiti makanan kepada pihak pengurusan asrama. Memastikan pelajar sakit di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai. Menguruskan pelajar berpuasa dan memaklumkan kepada pihak pengurusan dewan makan. Memastikan dewan makan dan peralatan makanan adalah bersih dan melaporkan sekiranya tahap kebersihan tidak memuaskan kepada pihak pengurusan asrama. BIRO KESIHATAN Membantu pelajar hidup selesa dan harmonis. Melapor dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pelajar yang sakit dan bermasalah. Mengurus dan menjaga ubat -ubatan dan melaporkan kekuragan ubat kepadapihakPenyelia Asrama. Mengurus dan mengendalikan lawatan ke hospital bagi kes tertentu. Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan kebajikan penghuni di asrama. Memberi cadangan dan pandangan tentang kebajikan pelajar kepada pengurusan asrama.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202426 BIRO SUKAN Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan / riadah dengan kelulusan pihak pengurusan asrama. Memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan. Memastikan jadual aktiviti sukan dipatuhi oleh pelajar. Memastikan keadaan gelanggang / padang dan peralatan selamat untuk digunakan. Memastikan alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu. Menguruskan rekod keluar masuk / pinjaman alatan sukan di asrama. BIRO KEROHANIAN Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian dengan kelulusan pihak pengurusan asrama. Memastikan semua pelajar solat berjemaah di surau dan Solat Jumaat bagi pelajar lelaki. Memastikan aktiviti kerohanian di asrama berjalan dengan lancar. Memastikan ikatan persaudaraan / persahabatan sesama pelajar terjalin dengan baik. Membuat laporan sahsiah pelajar kepada GPK HEM secara berkala. Membantu dan membimbing pelajar yang kurang kefahaman dalampenghayatanagama. Bekerjasama dengan Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) dalammelaksanakanaktiviti kerohanian. BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan. Memastikan semua pelajar menjaga kebersihan dan keceriaan dibilik, tandas, bilik utiliti dan persekitaran asrama. Membuat laporan kebersihan dan keceriaan setiap bulan Bekerjasama dengan pihak pekerja kebersihan asrama. Membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu. Mengadakan pertandingan dorm ceria setiap bulan
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202427 BIRO MAKANAN Memastikan menu makanan yang ditetapkan dipatuhi. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan. Menerima dan melaporkan aduan tentang kualiti & kuantiti makanan kepada pihak pengurusan asrama. Memastikan pelajar sakit di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai. Menguruskan pelajar berpuasa dan memaklumkan kepada pengurusan dewanmakan Memastikan dewan makan dan peralatan makanan adalah bersih dan melaporkansekiranya tahap kebersihan tidak memuaskan kepada pihak penyelia asrama.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202428 PERANCANGAN PROGRAMASRAMASMKA SULTAN MUHAMMAD2024BIL NAMA PROGRAM PELAKSANAAN1 SPOT CHECK BERTEMA/INSPECTION MAC DANSEPTEMBER2 PERTANDINGAN KECERIAAN DORM SETIAP BULAN3 BACAAN SURAH AL-MULK SETIAP HARI 4 BACAAN AL-MATHURAT SELEPAS SUBUH SABTU PAGI 5 BACAAN AL-MATHURAT SEBELUM MAGHRIB SETIAP HARI 6 SATU HARI SATU HADIS SETIAP HARI 7 SATU HARI SELEMBAR AL-QURAN SETIAP HARI 8 TAZKIRAH SELEPAS MAGHRIB SETIAP HARI SABTU9 LATIHAN KEBAKARAN JUN DANDISEMBER10 SUNDAY DUTY/GOTONG-ROYONG SETIAP HARI AHAD12 SIMULASI PENGEMASAN ASRAMA FEBRUARI DANOGOS13 LAWATAN BENCHMARKING SETAHUNSEKALI 14 ROLL CALL SETIAP HARI 15 KELAS TAHSIN AL-QURAN 7 BULAN 16 SUKAN ASRAMA OKTOBER 17 IHYA RAMADHAN DAN IFTAR JAMAEI APRIL 18 JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA NOVEMBER
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202429 PEMERIKSAAN ASRAMAPerkara-perkara yang perlu dilihat semasa pemeriksaan adalah seperti berikut: 1. Dorm: Susunan katil, almari sesuai sebagaimana yang telah ditetapkan. 2. Kebersihan lantai, cermin tingkap, jendela dan siling tidak bersawang. 3. Susunan kasut teratur, cadar bersih dan kemas serta di hujung katil adaselimut. 4. Terdapat bantal yang bersarung bersih. 5. Susunan pakaian di dalam almari tersusun dengan kemas dan tidak terdapat pakaian yang dilarang seperti seluar jeans, baju T yang tidak sesonoh. 6. Setiap dorm ada bakul sampah, satu penyapu, satu penyodok sampah. 7. Pakaian tidak bergantungan dalam dorm. 8. Nama pelajar dilekat pada hujung katil dan almari serta satu senarai namapelajar. 9. Peralatan pelajar hendaklah disusun kemas di tempat yang disediakan. 10. Buku Peraturan Sekolah serta asrama hendaklah ada bersama pelajar.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202430
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202431 PERATURAN ASRAMA SMKA SULTAN MUHAMMAD1. PENDAFTARAN MASUK ASRAMA 1.1 Pelajar yang diterima masuk ke asrama putera atau puteri hendaklah mendaftar kepadaPenyelia Asrama pada masa yang ditetapkan. 1.2 Pelajar asrama hendaklah melengkapkan dan menyerahkan semua dokumen yang dimintaolehpihak pengurusan asrama. 1.3 Hanya pelajar yang berdaftar sahaja yang dibenarkan masuk ke dorm dan menggunakansegalaperalatan dan kemudahan di asrama. 1.4 Pelajar asrama hendaklah masuk ke dorm dan menggunakan peralatan seperti katil, tilamdanlocker yang telah dikhaskan untuknya. Jika terdapat sebarang masalah hendaklah dilaporkandengan segera kepada pihak pengurusan asrama. Pelajar asrama bertanggungjawabatassebarang masalah yang berlaku di atas kecuaiannya. 2. PERATURAN DAN DISIPLIN 2.1 Badan disiplin yang terdiri dari Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, Ketua Warden, Warden, Pengawas-pengawas dan Ahli Jawatankuasa Asrama berautoriti menguatkuasakan peraturandisiplin asrama. 2.2 Jawatankuasa Pengawas / AJK asrama mempunyai autoriti dan tanggungjawab terus kepadapihak pengurusan asrama dan Pengetua. 2.3 Pihak pengurusan asrama, Jawatankuasa Pengawas / AJK asrama berhak menegur danmengawasi gerakgeri pelajar asrama sama ada di dalam atau di luar asrama. 2.4 Pelajar asrama yang melanggar peraturan asrama akan dikenakan tindakan seperti didenda, digantung atau dibuang dari asrama, jika sabit kesalahan. 2.5 Pelajar asrama yang kerap melakukan kesalahan walaupun kesalahan kecil, bolehhilangkelayakan untuk masuk ke asrama pada tahun-tahun berikutnya. 2.6 Pelajar asrama juga adalah tertakluk kepada peraturan sekolah. 2.7 Buli sama ada melalui perbuatan atau lisan adalah dilarang sama sekali dan pelakunyabolehdibuang dari asrama. 2.8 Sebarang pergaduhan yang melibatkan kejadian pukul memukul adalah dilarang danakandiambil tindakan buang dari asrama. 2.9 Perjumpaan atau perkumpulan sulit juga adalah diharamkan dan akan diambil tindakanserupa. 2.10 Senarai kesalahan mengikut kategori kesalahan berat, sederhana dan ringan boleh dirujukdi muka surat selanjutnya.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202432 3. AKHLAK DAN SAHSIAH 3.1 Tiap-tiap pelajar mestilah sentiasa berkelakuan baik sama ada di dalam ataupun di luar asrama. 3.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali berkelakuan tidak senonoh seperti menjerit, melaung, ketawa keterlaluan, bergurau berlebihan dan sebagainya. 3.3 Hendaklah sentiasa menunjukkan tingkahlaku sopan dan menghormati Pengetua, guru-guru, para warden, penyelia asrama, pengawas asrama, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pekerja dewan makan dan juga sesama pelajar asrama. 3.4 Hendaklah memelihara diri dari bercakap kotor, lucah dan memaki hamun kepada sesiapajuadi dalam kawasan asrama, sekolah dan sebagainya. 3.5 Mestilah berakhlak mulia dan mempamerkan sikap serta peribadi yang sesuai sebagai seorangindividu muslim. 4. PAKAIAN 4.1 Pelajar asrama mestilah sentiasa berpakaian kemas. 4.2 Pakaian sekolah hendaklah digunakan pada waktu-waktu persekolahan, waktu sarapanpagi dan tengahari, semasa kegiatan atau menghadiri syarahan dan ceramah-ceramah di sekolah. 4.3 Pakaian yang bersesuaian hendaklah dipakai di surau dan juga ketika aktiviti kerohanian. 4.4 Mesti memakai pakaian sukan yang lengkap pada masa bermain dan aktiviti riadah. 4.5 Pakaian sukan tidak dibenarkan untuk digunakan di dewan makan. Ketika mengikuti majlisrasmi asrama, pelajar hendaklah menggunakan pakaian kemas, seelok-eloknya memakai pakaian kebangsaan. 4.6 Pakaian seragam untuk balik wajib dan ‘outing’ dari kawasan asrama ialah :- Seluar Slack hitam. T-shirt rasmi asrama/Uniform sekolah hari Jumaat Kasut kulit berwarna hitam 4.7 Hendaklah menjaga aurat sepanjang masa ketika di asrama dan sekolah. 4.8 Seluar Jeans, seluar pendek dan baju berlengan pendek (bagi pelajar puteri) adalahtidakdibenarkan sama sekali di kawasan asrama. 4.9 Pelajar putera hendaklah memakai songkok atau kopiah ketika solat berjamaah. 5. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI 5.1 Kebersihan diri sendiri hendaklah sentiasa dijaga. 5.2 Pihak pengurusan asrama akan menjalankan pemeriksaan kebersihan diri pelajar seminggusekali atau pada masa-masa yang difikirkan perlu. 5.3 Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada Ketua warden/wardenbertugas terlebih dahulu. Warden bertugas akan menghubungi ibu bapa/ penjaga apabila perlu. 6. KEBERSIHAN BILIK ASRAMA
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202433 6.1 Pelajar-pelajar asrama mesti bertanggungjawab mengemas tempat tidur dan menjagakebersihan dorm mereka. 6.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan atau makan di dalam dormkecuali dengankebenaran pihak pengurusan asrama . 6.3 Pelajar-pelajar asrama tidak dibenarkan menyidai kain baju di tingkap , pada peralatanelektrik, di koridor, di atas rak-rak kasut, dan di tempat-tempat yang tidak bersesuaian . 6.4 Pakaian dan alat-alat harian seperti cadar, sarung bantal, tuala dan selimut hendaklahsentiasabersih dan kemas. 6.5 Pelajar-pelajar dilarang mengalihkan perkakas-perkakas atau peralatan asrama yang disediakandi dorm-dorm. 6.6 Pemeriksaan umum dan mengejut akan dijalankan pada bila-bila masa olehKetuaWarden/Warden, Pengawas Asrama dan pihak pengurusan asrama. 7. KEBERSIHAN BILIK AIR, BILIK BASUH DAN TANDAS 7.1 Semua pelajar asrama bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik air, bilik basuh dan tandas. 7.2 Kebersihan tandas dan bilik air hendaklah dijaga setiap masa. 7.3 Pelajar tidak dibenarkan merendam pakaian dalam singki atau baldi di dalambilik air. 7.4 Pakaian basah hendaklah dijemur di tempat yang dikhaskan. 7.5 Cucian ringan boleh dilakukan selepas mengulangkaji. Cucian berat hendaklah dilakukanpadahari Sabtu dan Ahad. 7.6 Dilarang menggunting rambut di dalam bilik air. 7.7 Dilarang membuang sampah, kertas, ubat gigi, berus gigi dan sebagainya di dalamsaluranairdan lubang tandas. Buangkan barang-barang berkenaan di dalam tong yang disediakan. 7.8 Semua pelajar asrama wajib menyertai dan melaksanakan tugasan tertentu yang diarahkandalam aktiviti gotong –royong mingguan pada hari Ahad dan aktiviti khas. 7.9 Laporkan segera sebarang kerosakan paip, lampu, pam air, cermin dan sebagainya kepadaWarden Bertugas dan Warden Bertugas akan memaklumkan kepada Penyelia Asrama. 8.KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAWASAN ASRAMA 8.1 Semua pelajar hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaranasrama. 8.2 Jangan sepahkan sampah sarap dalam kawasan asrama . 8.3 Semua sampah sarap hendaklah dibuang di dalam tong sampah. 8.4 Dilarang merosakkan sebarang perhiasan dan pokok-pokok tanaman yang terdapat di sekitarasrama. 9. KEBERSIHAN DEWAN MAKAN 9.1 Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dewan makan
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202434 9.2 Pinggan mangkuk, gelas dan lain-lain barang dari dewan makan tidak dibenarkan dibawakeluarkecuali dengan kebenaran Ketua Warden dan pihak pengurusan asrama . 9.3 Pinggan dan cawan yang telah digunakan hendaklah diletak di tempat yang disediakan. 9.4 Pelajar bertanggungjawab memastikan tempat duduk masing-masing bersih dan kemas selepasselesai makan. 10. TATATERTIB MASA MAKAN 10.1 Duduk di tempat yang telah dikhaskan setiap masa. 10.2 Ditegah merayau-rayau, berteriak, bermain-main, bergurau-senda dan bergelak ketawa semasamakan serta sengaja melambat-lambatkan makan. 10.3 Beratur dan tertib ketika hendak mengambil makanan, makan setakat yang patut dantidakmembazir. 10.4 Susun kerusi dengan teratur setelah menggunakannya. 11. PENGGUNAAN DAN KEBERSIHAN BILIK-BILIK KHAS 11.1 Pelajar mestilah mematuhi peraturan penggunaan bilik-bilik khas setiap kali menggunakannya. 11.2 Penggunaannya mestilah direkodkan. 11.3 Tidak boleh mengalihkan atau membawa keluar sebarang peralatan yang berkaitantanpakebenaran. 11.4 Kebersihan dan keceriaan bilik-bilik berkenaan adalah tanggungjawab semua pelajar asrama. 12. PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK 12.1 Semua pelajar asrama dikehendaki berjimat-cermat menggunakan air dan elektrik. 12.2 Paip air hendaklah ditutup selepas digunakan. Air jangan dibiarkan melimpah. Suis lampuhendaklah ditutup pada waktu yang ditetapkan dan apabila tidak lagi digunakan. 13. PENGGUNAAN TELEFON AWAM 13.1 Para pelajar asrama dibenarkan menggunakan telefon awam pada masa-masa yang ditetapkansahaja. 13.2 Hendaklah digunakan dengan cermat dan penuh berhemah. 13.3 Tidak menggunakannya untuk masa yang lama yang menimbulkan kesulitan kepada orang lain. 14. KESELAMATAN DAN KEROSAKAN HARTA BENDA 14.1 Pelajar-pelajar bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang asrama dan kepunyaansendiri. 14.2 Barang-barang berharga tidak dibenarkan dibawa ke asrama . 14.3 Alat-alat yang berbahaya seperti pisau, parang, pemetik api, lilin tidak boleh disimpan di asrama.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202435 14.4 Dilarang membawa masuk rakan-rakan atau kaum keluarga ke dorm dan kawasanasramakecuali dengan kebenaran GPK Hem/Ketua Warden dan pihak pengurusan asrama. 14.5 Sekiranya berlaku kerosakan kepada barang-barang asrama, laporan hendaklah dibuat dengansegera kepada warden asrama. Mereka yang bertanggungjawab ke atas kerosakanbarangtersebut akan menggantinya . 14.6 Pelajar mestilah mengetahui peraturan keselamatan kebakaran dan kecemasansertamengambil bahagian dalam latihan-latihan kebakaran yang akan diadakan dari masa ke semasa. 14.7 Pelajar tidak dibenarkan sekali-kali membuat sambungan elektrik atau menggunakan lilin. 14.8 Dilarang merosakkan, menggunakan atau menyalahgunakan paip bomba dan peralatankeselamatan yang disediakan di bangunan dan sekitar asrama. 15. AKTIVITI-AKTIVITI ASRAMA 15.1 Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian di dalam semua kegiatan sekolah atauasramakecuali dapat dinyatakan sebab-sebab yang munasabah untuk pengecualian. 15.2 Perhimpunan Harian Asrama (Roll Call) diadakan setiap pagi bermula pada pukul 7.00pagi –7.10 pagi setiap hari persekolahan. (tertakluk kepada perubahan) 15.3 Masa menjalankan kegiatan riadah ialah di antara pukul 5.00 petang (selesai solat FardhuAsar ) hingga 6.15petang. 15.4 Semua peralatan asrama termasuk peralatan untuk aktiviti riadah hendaklah dijaga denganbaik. 15.5 Pelajar-pelajar yang merosakkan atau menghilangkan peralatan asrama termasuk alatanpermainan dikehendaki membayar ganti rugi. 16. WAKTU LAMPU DIPADAMKAN 16.1 Semua pelajar dikehendaki berada di dorm masing -masing dengan senyap dan tidur padapukul 11.00 malam apabila lampu dipadamkan. 16.2 Ketua dorm bertanggungjawab memastikan lampu di dalam dorm masing-masing dipadamkanpada waktu yang telah ditetapkan. 17. MASA PERSEKOLAHAN 17.1 Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 17.2 Tidak ada seorang pun dibenarkan tinggal di asrama ataupun balik ke asrama di masapersekolahan. Jika ada perkara mustahak kebenaran hendaklah diperolehi dari Ketua Warden/Warden Bertugas. 18. MASA MENGULANGKAJI / PREP
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202436 18.1 Semua pelajar asrama mestilah berada di bilik khas untuk mengulangkaji pelajaran mengikutjadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama. 18.2 Hendaklah menggunakan bilik yang ditetapkan sahaja pada masa mengulangkaji tiap-tiaphari. 18.3 Kebersihan dan keceriaan bilik hendaklah dijaga dengan rapi. Kerusi dan bangku hendaklahdisusun semula setelah digunakan. 18.4 Papan kenyataan di bilik belajar / prep mestilah dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sertamengandungi maklumat akademik yang berfaedah. 18.5 Tidak dibenarkan membawa apa-apa jenis makanan dan minuman ke dalambilik belajar / prep. 18.6 Tidak dibenarkan tidur dan berbual-bual ketika prep. 18.7 Tidak dibenarkan membaca bahan-bahan bacaan yang tiada kaitan dengan pembelajaran. 19. MAKANAN DAN MASA MAKAN 19.1 Makanan yang dihidangkan mestilah mengikut menu. Perubahan boleh dibuat hanya denganpersetujuan Pengetua, Pembekal dan Jawatankuasa makanan . 19.2 Sebarang aduan mengenai makanan hendaklah dibuat kepada AJK Makanan, pihak pengurusanasrama, Ketua Warden/ penyelia dan Pengetua sahaja. Pelajar-pelajar tidak dibenarkanmembuat sebarang komen atau aduan terus kepada pembekal. 19.3 Makanan akan dihidangkan pada masa yang berikut ; Sarapan Pagi - Hari Sekolah : 6.30 pagi hingga 7.00 pagi . Sabtu , Ahad dan Cuti Am : 7.00 pagi hingga 7.30 pagi . Makan Tengahari - Hari Sekolah : 1.00 petang hingga 2.30 petang. : 12.15-12.45 tengah hari (Jumaat) Sabtu, Ahad dan Cuti Am : 12.30 thari hingga 2.00 petang. Minum Petang - Hari Sekolah : 4.30 petang hingga 5.00 petang. Sabtu, Ahad dan Cuti Am : 4.30 petang hingga 5.00 petang. Makan Malam - Setiap hari : 6.00 petang hingga 7.00 malamMinum Malam - Setiap hari : 10.30 malam. (Tertakluk kepada perubahan) 19.4 Masa makan akan disesuaikan pada bulan puasa dan masa makan acara rasmi. 19.5 Semua pelajar asrama mesti mengambil makanan pada waktu yang ditetapkan melainkansakit. 19.6 Mereka yang berkehendakkan makanannya disimpan kerana sesuatu perkara yang tidak dapatdielakkan, hendaklah menghubungi jawatankuasa makanan. 19.7 Tidak dibenarkan membawa makanan dari luar ke dewan makan asrama. 20. SOLAT DAN AKTIVITI KEROHANIAN 20.1 Semua pelajar asrama diwajibkan menunaikan solat-solat fardhu Maghrib, Isya’ danSubuhsecara berjemaah di Surau Sekolah. 20.2 Pelajar asrama putera diwajibkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Saadah PengkalanBatu. 20.3 Pakaian ketika pergi dan balik dari menunaikan solat Jumaat adalah baju melayu rasmi asramaatau sekolah.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202437 20.4 Pakaian ketika solat berjemaah fardhu Maghrib dan Isyak ketika aktiviti kerohanian adalahbajumelayu serta bersongkok atau berkopiah. 20.5 Pakaian Jubah Putih wajib dipakai pada hari Khamis malam Jumaat 20.6 Pelajar asrama hendaklah mengikuti semua program kerohanian yang diaturkan olehpihakpengurusan asrama seperti kelas Tahsin, Usrah / program Tazkirah / kuliah Maghrib atauSubuh/ program Tahfiz / Ceramah Agama dan sebagainya. 21. PERATURAN BALIK WAJIB DAN KELUAR DARI KAWASANASRAMA21.1 Pelajar -pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama atau pulang ke rumah masing- masing tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak pengurusan asrama khususnya Ketuawarden/warden. 21.2 Sebelum balik wajib dan keluar hujung minggu ‘outing’, pelajar asrama wajib menulis maklumatberkaitan dalam kad ‘Outing’ dan dapatkan kebenaran daripada Ketua Warden/wardenseterusnya Pengawal Keselamatan. Kad ini mestilah diambil apabila pelajar pulang semulakeasrama setelah ditandatangani oleh ibubapa. 21.3 Tarikh dan hari untuk kebenaran Balik Wajib dan ‘Outing’ tertakluk kepada perancanganpihakpengurusan asrama. 21.4 Pelajar asrama yang ingin pulang ke rumah atau ‘outing’ pada tarikh dan hari lain atas sebabsebab yang munasabah mestilah mendapatkan kebenaran Pengetua atau Guru Penolong Kananseminggu lebih awal. Kebenaran balik untuk kes-kes kecemasan dan mendesak sahajaperlumendapat pertimbangan daripada warden bertugas. 21.5 Dalam semua keadaan, semua pelajar asrama mesti pulang ke asrama sebelumjam6.00petangkecuali dengan Pengetua/GPK Hem. 21.6 Keluar masuk ke asrama ketika balik wajib dan ‘outing’ mestilah melalui pintu pagar utamasekolah. 21.7 Hendaklah mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan setiap kali balik wajib dan ‘outing’. 22. CUTI SAKIT 22.1 Pelajar asrama yang sakit hendaklah memaklumkan kepada ketua dorm dan seterusnyapihakwarden asrama untuk mendapat rawatan. Jika perlukan rawatan lanjut, pelajar akan dihantarke klinik atau hospital dan ibu bapa akan dimaklumkan terlabih dahulu. 22.2 Pelajar yang mendapat surat cuti sakit dari klinik atau hospital akan dipertimbangkanuntukpulang ke rumah. 22.3 Pelajar yang tidak dapat pulang ke asrama disebabkan sakit hendaklah mengemukakansuratcuti sakit apabila pulang semula ke asrama. 23. LAWATAN PELAWAT 23.1 Ibu bapa / penjaga dibenarkan melawat pelajar asrama pada hujung minggu dan hari-hari kelepasan pada waktu yang ditetapkan sahaja. Hari Sabtu - mulai jam 10.00 petang hingga jam 06.00 petang. Hari Ahad / Cuti Am - mulai jam 10.00 pagi hingga jam 06.00 petang 23.2 Ibu bapa / penjaga hanya dibenarkan masuk masuk ke kawasan asrama melalui pintuPagarUtama Sekolah. 23.3 Pelajar asrama hendaklah bertemu dengan pelawat masing-masing di tempat yang dibenarkansahaja. Pelawat tidak dibenarkan sama sekali masuk ke kawasan asrama dan dorm. 23.4 Ketua Warden/warden dan pengawal keselamatan berhak menghalang pelawat yangmeragukan bertemu dengan pelajar asrama.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202438 24. JAWATANKUASA PENGAWAS ASRAMA/ AJK ASRAMA 24.1 Semua pengawas asrama akan dilantik oleh Ketua Warden dan pihak pengurusanasramadengan persetujuan pengetua. 24.2 Semua ahli jawatankuasa kecil dan ketua dorm pula hendaklah dipilih oleh pelajar asramasendiri. Pelantikan ini tertakluk kepada penerimaan dan persetujuan pihak pengurusanasramadan Pengetua. 24.3 Hanya pelajar yang yang layak dan sanggup bertugas sahaja yang patut dipilih dan dilantik. 24.4 Semua pelajar hendaklah mematuhi semua arahan atau nasihat Pengawas / AJK asrama / ketuaDorm dan AJK Kecil yang dilantik. 24.5 Semua Pengawas Asrama /AJK asrama / Ketua Dorm / AJK Kecil yang dilantik pula hendaklahmenjalankan tugas dengan amanah, cekap, komited dan bertanggungjawab dan tertaklukkepada arahan atau nasihat pihak pengurusan asrama. 25. PEMBAYARAN YURAN MAKAN 25.1 Pembayaran yuran-yuran yang berkaitan hendaklah dibuat pada hari pendaftaran asramauntuktahun persekolahan. 25.2 Pelajar bertanggungjawab memastikan yuran makan dibayar kepada individu yang diberi kebenaran memungut yuran berkaitan dan mendapat resit sebagai bukti pembayaran. Resitresit bayaran yuran makan hendaklah disimpan untuk rujukan pada masa-masa yang diperlukan. 25.3 Pelajar-pelajar asrama yang gagal menjelaskan yuran makan berkaitan pada masayangditetapkan boleh disingkirkan dari asrama selepas pelajar dan ibu bapa / penjaganyadiberi peringatan. 26. BARANG LARANGAN 26.1 Pelajar asrama dilarang keras membawa barang-barang yang menyalahi undang-undang negaradan juga membahayakan mana-mana pihak. 26.2 Barang-barang larangan yang dibawa akan dirampas dan tindakan tatatertib akan diambil keatas pelajar berkenaan. 26.3 Senarai barang larangan boleh dirujuk di muka surat selanjutnya. 27. RINGKASAN RUTIN HARIAN PELAJAR ASRAMA YANG WAJIBDIPATUHIHari persekolahan 5.00 pagi - Bangun dari tidur / Urus diri 6.00 pagi - Solat subuh berjemaah/ 6,20 pagi - Bacaan Satu Muka Al QAuran 6.30 pagi - Sarapan pagi 7.00 pagi - Roll Call 1.20 petang - Makan tengahari 3.30 petang - Waktu mengulangkaji / Prep 4.30 petang - Solat Asar / Minum petang 5.00 petang - Bacaan Satu Hadis (Ta’lim) 5.15 petang - Riadhah 6.00 petang - Makan malam 6.50 petang - Ke Surau 7.00 petang - Bacaan Ma’thurat - Solat Maghrib / 8.00 malam - Waktu mengulangkaji / Prep malam
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202439 10.10 malam - Solat Isyak Berjamaah 10.30 mlam - Alunan Wahyu Ilahi / Pengurusan Kendiri/Hafazan/Bacaan Surah Al-Mulk 11.00 malam - “Light off” dan Tidur Hari Sabtu 5.00 pagi - Bangun dari tidur 6.00 pagi - Solat subuh berjemaah/Al-Ma’thurat - Kuliah Subuh 7.00 pagi - Sarapan pagi 8.00 pagi - Waktu Mengulangkaji / Prep 10.00 pagi - Aktiviti Bebas 12.30 tengahari - Pengurusan Kendiri - Makan tengahari - Solat Zohor 2.00 petang - Aktiviti masa senggang 4.30 petang - Solat Asar / Minum petang 5.00 petang - Riadah 6.00 petang - Persiapan diri 6.00 petang - Makan malam 6.50 petang - Ke Surau Al-Badr 7.00 petang - Bacaan Ma’thurat - Solat Maghrib / - Kuliah Maghrib / Tazkirah / Kelas Tahsin / Kelas Tahfiz / Usrah / Tuisyen 9.00 malam - “Free Night” 10.30 malam - Minum malam 10.45 mlam - Alunan Surah Al-Mulk 11.00 malam - “ Light Off” dan Tidur Hari Ahad 5.00 pagi - Bangun dari tidur 6.00 pagi - Solat subuh berjemaah/Al-Ma’thurat 7.00 pagi - Sarapan pagi 8.00 pagi - “Sunday Duty” 10.00 pagi - “ Outing” - Pengurusan Kendiri 12.30 tengahari - Makan tengahari - Solat Zohor 2.00 petang - Aktiviti masa senggang 4.30 petang - Solat Asar / Minum petang 5.00 petang - Riadah 6.00 petang - Persiapan diri 6.15 petang - Makan malam 6.50 petang - Ke Surau Al-Badr 7.00 petang - Solat Maghrib / - Kuliah Maghrib / Tazkirah / - Kelas Tahsin / Kelas Tahfiz 8.00 malam -Prep malam 10.10 malam -Solat Isyak Berjamaah 10.30 malam - Minum malam 11.45 malam - Alunan Surah Al-Mulk 11.30 malam -“ Light Off” dam Tidur
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202440 28. TINDAKAN DISIPLIN DAN HUKUMAN 28.1 Kesalahan ringan: amaran lisan, amaran bertulis, makluman kepada ibu bapa / penjaga dansesi kaunseling serta rekod SSDM. 28.2 Kesalahan sederhana : amaran lisan, amaran bertulis, makluman kepada ibu bapa / penjagaserta perjanjian berkelakuan baik dan sesi kaunseling serta direkodkan dalamSistemSalahlakuDisiplin Murid (SSDM online). 28.3 Kesalahan berat : dirujuk kepada Lembaga Tatatertib dan tindakan berikut boleh dikenakan: 1. Membayar denda 2. Bayar gantirugi 3. Dilarang menggunakan kemudahan-kemudahan di Asrama 4. Sekatan keluar ‘outing’ 5. Dirotan 6. Digantung Asrama dan Persekolahan 7. Disingkir dari Asrama/sekolah 8. Sekatan masuk ke Asrama tahun berikutnya 9. Segala kesalahan yang dilakukan akan direkodkan dalam EXCELL Dan SSDMonlineKPM. 29. KETERANGAN UMUM 29.1 Peraturan ini tertakluk kepada budi bicara Pengetua. 29.2 Pelajar asrama juga tertakluk kepada sebarang arahan-arahan lisan dari Pengetua, Guru-guruPenolong Kanan, Ketua Warden/Warden Asrama dan Penyelia dari semasa ke semasa. 29.3 Pelajar asrama yang telah keluar dari asrama atas sebab tertentu dan ingin kembali masuksemula ke asrama hendaklah menunggu selama 3 bulan atas budibicara Pengetua. 29.4 Pelajar asrama yang disingkirkan dari sesebuah asrama pada dasarnya tidak akan diterimadi asrama sekolah yang lain. 29.5 Sebarang perkara yang berkaitan asrama hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepadapihakpengurusan asrama dan Pengetua sebelum dirujuk kepada pihak lain. 29.6 Rekod dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM On Line Kementerian Pelajaran Malaysia)
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202441 KATEGORI KESALAHAN DAN SENARAI PERBUATAN SALAHLAKUDISIPLINBil Kesalahan Berat Di Asrama (Kategori A) 1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana tiga kali 2 Penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan yang berkaitan 3 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau (rokok) 4 Memiliki senjata berbahaya 5 Memiliki/minum minuman keras 6 Mencuri 7 Memeras ugut dan mencabul kehormatan 8 Berjudi dan terlibat dalam pertaruhan 9 Bergaduh 10 Pukul- memukul / mencederakan 11 Menceroboh kawasan larangan 12 Membuli sama ada secara fizikal atau mental 13 Biadap/melawan guru, penyelia asrama pekerja Dewan Makan, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan Pengawas /AJK pelajar 14 Keluar dari asrama tanpa kebenaran 15 Membawa sebarang benda yang mengandungi unsur-unsur lucah 16 Merosakkan harta benda awam/asrama 17 Berkhalwat / mengadakan pertemuan antara pelajar putera dan puteri tanpa kebenaran sama ada berdua-duaan atau berkumpulan. 18 Membuat sambungan elektrik/memasang pelita/lilin dalam bilik 19 Membawa telefon bimbit, MP3, MP4,PS, CD lucah, radio, kaset dsb 20 Melakukan perhubungan yang dicurigai (bercinta/hubungan cinta sejenis) adik/abang/kakak angkat/homoseks/Lesbian/LGBT/zina dan lain-lain yang sehubungan dengannya. 21 Merayau-rayau pada waktu malam 22 Ponteng kelas ulangkaji (prep) 23 Menulis surat aduan kepada pihak luar 24 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini Bil Kesalahan Sederhana Di Asrama (Kategori B) 1 Menggunakan telefon awam pada waktu yang tidak dibenarkan. 2 Tidak amanah/menipu/berbohong. 3 Tidak menjaga kebersihan. 4 Tidak membayar yuran asrama. 5 Tidak berpakaian rasmi asrama di tempat yang sepatutnya / tidak patuhi arahan berpakaian rasmi. 6 Memakai pakaian terlarang. 7 Menconteng/menampal/melukis/sesuatu yang dilarang/ditempat yang dilarang. 8 Berada dalam bilik tidur pada waktu larangan. 9 Membazir air/elektrik. 10 Mengubah suai / menyalahgunakan sebarang peralatan 11 Tidak solat berjemaah/solat jumaat. 12 Ponteng aktiviti kerohanian. 13 Tidak beradab/tidak mematuhi tatasusila di Surau. 14 Tidak mematuhi jadual pergerakan harian asrama (pulang awal/lewat) 15 Keluar dari asrama dengan selain dari individu atau kumpulan yang dibenarkan. 16 Pergi ke tampat lain selain dari yang dinyatakan dalam kad keluar. 17 Tidak mengikuti jadual keluar (‘outing’) 18 Berbuat bising di tempat tertentu yang tidak dibenarkan seperti di bilik tidur, ruang belajar dsb. 19 Tidak berada di bilik ulangkaji (prep) yang dikhaskan. 20 Tidak mematuhi jadual waktu. 21 Tidak hadir perjumpaan. 22 Menganjurkan perjumpaan tanpa kebenaran.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202442 23 Tidur lewat/bangun lambat. 24 Tidak keluar dari asrama pada waktu diarahkan. 25 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. Bil Kesalahan Ringan Di Asrama (Kategori C) 1 Menggantung/meletak pakaian ditempat yang di larang 2 Tidak berpakaian kemas / memakai pakaian / tudung yang tidak dibenarkan. 3 Katil/bilik tidur tidak kemas. 4 Tidur sekatil/berkongsi katil. 5 Makan di bilik tidur/dorm . 6 Tidak mengembalikan peralatan sukan yang dipinjam. 7 Tidak beratur/berebut-rebut di dewan makan. 8 Membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan tanpa kebenaran. 9 Meninggalkan pinggan dan cawan di atas meja. 10 Tidak membaca doa sebelum dan selepas makan. 11 Menggunakan bilik air selain dari yang ditetapkan 12 Meninggalkan pakaian dan peralatan mandi di bilik air. 13 Merendam pakaian dalam sinki / bilik air. 14 Membawa keluar peralatan Surau/Bilik rehat/Bilik riadah/ Bilik gosok 15 Menggunakan surau untuk tujuan-tujuan yang tidak dibenarkan. 16 Berada di surau selain daripada waktu yang dibenarkan. 17 Tidak melengkapkan maklumat dan menyerahkan kad balik wajib/keluar 18 Makan minum di bilik belajar / prep 19 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. 31.SENARAI BARANG LARANGAN Bil. Kategori / Jenis Barang 1 Dadah dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya 2 Minuman keras /arak 3 Rokok, vape dan sebarang peralatan yang berkaitan dengannya 4 Senjata Merbahaya seperti pistol, senapang, pisau, parang, pedang, ‘buku lima’, lastik danapaapa barang yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya 5 Bahan letupan atau bahan-bahan untuk menghasilkannya mercun, belerang dan sebagainya. 6 Peralatan elektronik seperti Handphone dan peralatan berkaitan, Komputer Riba dan peralatanberkaitan, Kamera dan peralatan berkaitan, MP3/MP4/MP5, CD/VCD, Radio, , Walkie Talkiedan sebagainya. 7 Peralatan Elektrik seperti Seterika, Cerek Elektrik, Heater dan peralatan lain seumpamanya. 8 Sebarang jenis peralatan permainan yang tidak sesuai seperti pistol mainan, guli dan lain-lainperalatan permainan kanak-kanak. 9 Bahan-bahan lucah sama ada berbentuk bahan bacaan, gambar, perhiasan, alatan permainandansebagainya. 10 Pakaian yang tidak dibenarkan adalah seperti seluar jeans, seluar pendek, baju T-shirt yangmelambangkan kumpulan-kumpulan haram tertentu/ mempunyai gambar yang tidak sesuai, topi/cap.
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202443 AKUJANJI DAN IKRAR PELAJAR ASRAMA Nama Pelajar :________________________________________Tingkatan: _____________Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya telah membacadanmemahami kandungan buku peraturan ini sepenuhnya. Saya bersetuju, berjanji danberikrarakan mematuhi segala peraturan asrama yang ditetapkan selama saya menjadi Pelajar Asramasekolah ini. Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang berkenaan, saya sanggupdan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang setimpal dengan kesalahan yangtelahsaya lakukan. Persetujuan ini dibuat atas kesedaran dan kerelaan saya sendiri tanpa desakanatau paksaan mana-mana pihak. Tandatangan Pelajar Tandatangan Saksi (Ibubapa / Penjaga)….………………………… ………………………………………. ( ) ( ) No. KP : No. KP : Tarikh : Tarikh
Asrama SMKA SULTAN MUHAMMAD202444 PLAN ASRAMA SMKA SULTANMUHAMMAD