The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hoosc12686, 2022-02-05 23:57:32

Perayaan Tahun Baru Cina

Perayaan Tahun Baru Cina

Disediakan oleh:
Panitia Bahasa Cina,
Persatuan Bahasa Cina dan
Pusat Sumber Sekolah
SMK Tengku Idris Shah

ISI KANDUNGAN

Sejarah Perayaan
Tahun Baru Cina

Amalan Tahun
Baru Cina

Makanan Tahun
Baru Cina



Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas
yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup
dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini.
Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat
Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia
menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan
bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau
sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim
bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak
baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang
menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda
meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah
menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12
binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha,
kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang
mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah
anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda,
ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa
mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan

untung nasib binatang tersebut.



Makan Besar

Makan besar (tuányuán fàn) diadakan pada malam
sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada
tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman,
bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di
rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan
ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi
daging ayam dan ikan. Ikan sebagai makanan penting,
tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan

semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (年年有余),

yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang
sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

Ang Pau

Secara tradisi, angpau atau sampul 叁 Pemberian Angpau oleh masyarakat
merah diedarkan sepanjang Cina merupakan tradisi utama mereka
sambutan Tahun Baru Cina, oleh dan sering diberikan dalam majlis
pasangan suami isteri atau orang sosial dan keluarga seperti jamuan
tua kepada muda-mudi yang belum perkahwinan atau ketika perayaan
berkahwin. Adalah satu kebiasaan seperti Tahun Baru Cina.
untuk orang dewasa memberi Warna merah sampul ini
sampul merah ini kepada kanak- melambangkan tuah. Jumlah wang
kanak. yang terkandung dalamnya lazimnya
dikehendaki bermula dengan angka
genap.

Kuplet Tahun Baru Cina 业

人 Kuplet Tahun Baru Cina (Chun Lian) merupakan hiasan 财

penting Tahun Baru Cina, ditulis pada kertas merah 年

顺 dengan kaligrafi berus, dan kemudian ditampal pada 兴
家 pintu atau dinding.
顺 Kuplet dipasang menandakan ketibaan tahun baru

dan juga menambahkan keriangan kepada isi rumah

事 tersebut.



节日PPT模板 http://www.1ppt.com/jieri/

Pakaian

Warna merah dipanggil “hong”dalam bahasa Cina dan
bunyi kedengaran seperti “ong” atau bertuah. Maka
masyarakat Cina percaya pemakaian yang melebihkan
warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
akan membawa tuah. Tambahan, orang yang memakai
baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.

节日PPT模板 http://www.1ppt.com/jieri/

Tarian Singa

Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam
adat warisan masyarakat Cina yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum
singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala
kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian
belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan
bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.
Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, drum dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

节日PPT模板 http://www.1ppt.com/jieri/

Tarian Naga

Tarian Naga ialah replika kepala naga serta badan naga
yang dibuat daripada kain atau kanvas. Bahagian
kepala naga digerakkan oleh seorang pemain yang
mengejar sebiji bola yang bermaksud “peluang”atau
“keuntungan”. Tarian ini berbentuk akrobolik. Penari
melompat ke sana ke sini untuk memungut
“angpau”. Tarian ini diiringi paluan gendang yang
kuat. Tarian ini kebanyakannya dimainkan semasa
perayaan Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Mei.

节日PPT模板 http://www.1ppt.com/jieri/



YEE SANG

Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah
makanan yang terdiri dari aneka salad dan ikan. Campuran
kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan
sangat menarik. Ia adalah lambing kemakmuran, kemewahan dan
juga kekayaan.
Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan
memasak makanan tradisional ini. Semasa hendak menikmatinya,
yee sang akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi
menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Sang’
beramai-ramai. Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa
maksud rezeki mereka akan semakin mewah.

KUIH BAKUL

Kuih bakul atau Nian Gao merupakan satu sajian
tradisional wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina
menjelang. Bagi masyarakat Cina, memakan kuih bakul
dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini
kerana namanya “Nian Gao” di mana perkataan
“gao” bermaksud “tinggi” dan ia melambangkan erti
tahun demi tahun semakin tinggi yang bermaksud
semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke
hadapan.

LIMAU MANDARIN

Oren atau limau mandarin sangat sinonim dengan
perayaan Tahun Baru Cina. Memang buah ini akan
terlihat di sana sini sepanjang perayaan.Makan atau
mempamerkan buah oren dan limau dianggap sebagai
tanda tuah dan kekayaan. Sebabnya, sebutan dan ejaan
buah-buahan tersebut dalam bahasa Mandarin adalah ju

(橘) yang mempunyai bunyi yang sama seperti sebutan
perkataan “bertuah” atau “beruntung” (吉).

LADU(JIAO ZI)

Ladu memang satu hidangan yang sudah sebati dalam
sajian masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Ladu atau juga
dikenali sebagai Jiaozi adalah hidangan yang
melambangkan kekayaan.
Makanan tradisional cina ini juga memberi maksud ‘duit
datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan
emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut
Yuanbao.

BEBOLA PULUT MANIS(TANG YUAN)

Bebola pulut manis atau Tang Yuan ini merupakan sajian
pencuci mulut masyarakat Cina. Kalau ikut adat, ia
dimakan ketika Yuan Xiao Jie atau Cap Goh Mei. Tang
Yuan berbentuk bebola kecil yang dihidangkan dalam
mangkuk dan dimakan bersama sirap manis.

Chap Goh Mei

Chap Goh Mei disambut pada hari ke-15 menandakan berakhirnya
perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan
mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran dan juga
diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan
tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Selain itu, pesta
Chap Goh Mei juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan
persembahan tradisional Cina seperti perarakan tanglung, teka-teki,
persembahan tarian naga dan singa, menyalakan bunga api dan opera
Cina.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version