The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL ANYFLIP, KARNIVAL SLB NEEGRI JOHOR.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92023282, 2021-10-11 03:33:50

SK SRI PULAI PERDANA-PPD KULAI

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL ANYFLIP, KARNIVAL SLB NEEGRI JOHOR.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Dato’ Onn Jaafar

BIODATA

• Nama peserta : Aimira Nurqaseh binti Suhaimi

• Kelas : 6 Iris

• Alamat e-mail : [email protected]

• Nama dan alamat sekolah : SK Sri Pulai Perdana,
Jalan Persisiran Perdana 1,
Taman Sri Pulai Perdana,
81300 Johor Bahru,Johor

Isi Kandungan

Pendahuluan :1

Biodata Tokoh Pemimpin : 2-3

Pendidikan Tokoh :4

Kerjaya Tokoh : 5-8

Sumbangan Tokoh : 9-10

Nilai Kepimpinan : 12-14

Kesimpulan : 15-16

Rujukan Bergambar : 17-18

Sumber Rujukan : 19

1

PENDAHULUAN

Yang dipertua pertama UMNO,Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan
sebagai Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan
Perhubungan UMNO Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah
mengambil kira sumbangannya menyatupadukan penduduk negara ini,termasuk
ketika memulakan langkah tersusun menentang Malayan Union. Sejarah perjuangan
dan sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa Melayu di
zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh rakyat
Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu.

Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini,orang
Melayu akan memelihara semangat,maruah serta kesopanan bangsa,kita
berkehendakkan tanah air dan bangsa ini terselamat dan kuat bagi menolak keaiban
yang menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya bangsa.

2

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir,Johor Bahru. Ayahanda
beliau,Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed(1838-1919) merupakan
Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor
seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Ayahanda beliau berbangsa Melayu
dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838
di Teluk Belanga,Singapura dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu
dan Inggeris. Beliau adalah keturunan Bendahara Paduka Raja Johor dan
Bendahara Kerajaan Melaka.

Ibu Dato’ Onn Jaafar bernama Hanim Rogayah seorang wanita timur dekat
keturunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik-beradik lelaki dan
perempuan seibu sebapa,sebapa dan seibu sahaja.

3

Foto Dato’ Onn Jaafar ketika kecil

Ibunda Dato’ Onn Jaafar

Ayahanda Dato’ Onn Jaafar

4

PENDIDIKAN TOKOH

Maktab Melayu Kuala Kangsar

Dato’ Onn bin Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya
di England. Beliau belajar Bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau
ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903,beliau telah melanjutkan
pelajarannya ke Sekolah Alderburry Lodge di Suffolk,England. Dato’ Onn meneruskan
lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada(1910-1911)di Maktab Melayu Kuala
Kangsar. Setelah tamat pengajian,beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan
kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos.

5

KERJAYA TOKOH

KERJAYA AWAL DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar mula berjinak dengan dunia kewartawanan bermula daripada minat
dan kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini
apabila beliau diberi kepercayaan menyumbang sebuah rencana oleh sebuah syarikat
akhbar iaitu Syarikat Akhbar Pencetakan Singapura dan akhirnya ditawarkan sebagai
penulis tetap pada tahun 1930 ketika beliau berumur 35 tahun.

Dato’ Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk mencurahkan isi
hati dan ketidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau juga mengkritik Sultan
Johor kerana memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh seperti buruh
paksa untuk kepentingan peladangan milik peribadi Sultan.

6

Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar
lain. Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga
diketahui dan banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang
berani seperti tulisan Dato’ Onn . Di samping itu,beliau juga pernah menjadi ahli-ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun,Dato’ Onn menjadi
Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

7

KERJAYA POLITIK DOTO’ ONN JAAFAR

Kepimpinan Dato’ Onn terserlah apabila beliau dilantik khas menjadi pegawai daerah

Batu Pahat bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang

Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun

kerana penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Setelah tenter Jepun menyerah

kalah,mereka menjadi kominis dan menzalimi dan menganiyai orang Melayu.

Orang Melayu telah Bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai
oleh Kiai Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang
singkat beribu orang Cina terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan
perlindungan daripada saudagar Cina dari Batu Pahat.Dato’ Onn telah dititah
menyelesaikan persengketaan itu.

Dato’ Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang
diketuai oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris
kembali ke Tanah Melayu dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan

8

keistemewaan dan hak-hak orang Melayu,Dato’ Onn segera menubuhkan Kesatuan
Melayu Semenanjung Johor yang akhirnya berjaya menyatupadukan kesatuan dan
persatuan Melayu di seluruh Malaysia segera menghalang pencabulan Inggeris dan
menentang Malayan Union.

Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan di Kongres Melayu di Johor
Bahru pada 11 Mei 1946,UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah
dilantik menjadi Yang Dipertua. Melalui UMNO,beliau menyusun strategi dan aktiviti
menentang Malayan Union sehingga Inggeris terpaksa membubarkan penubuhan
Malayan Union pada 1 Februari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu.

9

SUMBANGAN TOKOH

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei
1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai yang Di
Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan
Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.

Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk
menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran
kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin
UMNO. Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO.
Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang penjajahan secara politik
sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.

11

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan
Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang asing
dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu,
beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain
bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO
disebabkan oleh suasana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima
perubahan radikal seperti itu. Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa
melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan.

Penentangan terhadap Malayan Union Ahli kongres Melayu 1946 yang bersatu menentang Malayan Union

NILAI KEPIMPINAN YANG 12

BOLEH DICONTOHI OLEH

GENERASI SEKARANG

Kejayaan Dato’ Onn Jaafar dalam usaha membebaskan negara dari
penjajah dan menyatupadukan rakyat menunjukkan bahawa beliau merupakan
seorang pemimpin yang berkaliber. Antara nilai-nilai kepimpinan Dato’ Onn
yang boleh diterapkan dalam diri generasi sekarang ialah nilai
tanggungjawab. Untuk menjadi seorang pemimpin,nilai bertanggungjawab
merupakan nilai yang paling utama yang perlu diterapkan dan diamalkan oleh
seorang pemimpin. Tanpa nilai tanggungjawab seorang pemimpin tidak akan
dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan Amanah dan betul. Sebagai
contoh,Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negara. Beliau
sanggup mengahwini balu adiknya dan beliau turut bertanggungjawab
memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.

13

Selain itu,Dato’ Onn Jaafar sentiasa mengamalkan nilai muafakat bagi
menyatupadukan rakyat. Contohnya,Dato’ Onn telah mengaturkan pertemuan dengan
pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan. Sebagai
seorang pemimpin,nilai muafakat perlu sentiasa diamalkan semasa membuat sesuatu
keputusan kerana negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum. Hal ini
kerana permuafakatan masyarakat penting bagi memastikan perpaduan sentiasa kukuh
supaya keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini terpelihara
dengan baik.

Selain itu,nilai kepimpinan yang dapat dicontohi dari Dato’ Onn Jaafar ialah nilai
taat kepada kedua ibu bapa. Nilai ini dapat dilihat apabila ikatan perkahwinan antara
Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama disebabkan tidak mendapat restu dari
keluarga. Sebagai seorang anak,kita perlulah sentiasa menghormati dan taat akan
kedua ibu bapa. Hal ini kerana,setiap apa yang dilakukan oleh kita perlulah sentiasa
mendapat restu dari ibu bapa untik terus berjaya.

14

Akhir sekali,nilai kepimpinan yang boleh dicontohi ialah nilai bersatu padu.
Contohya,Dato’ Onn mencegah sama sekali perbalah dalam kalangan rakyat. Nilai
ini perlu diterapkan bagi menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan
rakyat di negara kita. Tuntasnya,terdapat banyak nilai kepimpinan yang boleh
dicontohi dari Dato’ Onn Jaafar untuk diterapkan ke dalam diri generasi sekarang
untuk menjadi pemimpin yang berkaliber, baik dan cemerlang untuk generasi akan
datang.

15

KESIMPULAN

Jasa Dato’ Onn Jaafar yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan
dilupai zaman ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah
Melayu dilanda malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu.
Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan
akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan
daripada “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”.

Dato’ Onn Jaafar menaja RIDA(sekarang MARA)untuk membuka peluang
perdagangan dan perusahaan orang melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah
Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam
lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak
boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah
negara merdeka yang moden.

16

Dato’ Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk
mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan Bahasa Melayu bahasa rasmi
dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato’
Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak menyatupadukan
rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum,kepercayaan serta
kebudayaan.

Sebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun
perlu pengisian rohani.,ilmu yang tinggi dan jiwa kental dengan semangat
bangsa masing-masing. Kita sebagai pewaris bangsa Melayu haruslah
menjadikan gaya pemikiran dan hala tuju beliau untuk membentuk generasi
akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan ‘kemelayuan’ yang
penuh dengan kesopanan,adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara
dengan jenama Melayu.

17

Pembantahan Melayu terhadap
Malayan Union

18

19

SUMBER RUJUKAN

• https://www.slideshare.net/NoorliesHjSukur/tugasan-1-15267418
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version