SEKOLAH MENENGAH ISLAM INTEGRASI PINTAR
No. 7-1, Jalan Bidara 6/1 Saujana Utama, 47000 Kuala Selangor, Selangor.
No tel : 03 – 60398260 / 013-6024677
BUKU
PeratUran
seKolah
LEGACY OF THE WALKING QURAN
Nama : _____________________________________________
Kelas : _____________________________________________
Definisi DisiPlin
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Peraturan untuk melatih seseorang supaya
berkelakuan baik.Selain itu disiplin juga bermaksud kepatuhan atau ketaatan pada
tatatertib dan peraturan.Terdapat juga pendapat mengatakan disiplin ialah menurut
atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) mendisiplinkan
melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin.
Definisi salah laKU
Perlakuan yang dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. Kesalahan-kesalahan
yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang
dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti mana
Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin) Sekolah 1959. Kesalahan yang mana
perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan
melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak
peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.
1|P a g e
falsafah PenDiDiKan sMi inteGrasi Pintar
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan
insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk
kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh
Al Quran dan As Sunnah melalui pendidikan yang seimbang, bersepadu,
menyeluruh dan berterusan.
Visi
Melahirkan Generasi Pelajar Berilmu, Beriman, Beramal dan Berakhlak.
Misi
Menjadi Model Institusi Pendidikan Islam Terunggul
KUriKUlUM
KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT)
Gabungan dua komponen mata pelajaran Tahfiz al-Quran dengan
sebahagian mata pelajaran berpandukan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM)
2|P a g e
Carta Organisasi Unit Disiplin
Sekolah Menengah Islam Integrasi Pintar
3|P a g e
1. SALURAN RASMI MAKLUMAT SEKOLAH
Facebook akaun : SMI Integrasi Pintar Saujana Utama
No.H/P : 013-6024677
No.Tel / Email : 03 – 60398260 / [email protected]
Laman Sesawang : http://smiip.edu.my/
Waktu Urusan Pejabat : 8:00 pagi – 4:00 petang
2. WAKTU PERSEKOLAHAN
2.1 Sesi persekolahan : 7.15 pagi hingga 4.15 petang.
( Perhimpunan pagi )
Isnin – Jumaat : 7.15 pagi – 7.35 pagi
( Sesi Pembelajaran )
Isnin – Jumaat : 7.35 pagi – 4.15 petang
2.2 Murid dikehendaki berada di kawasan sekolah selewat-lewatnya 10
minit sebelum sesi persekolahan. Sekiranya kehadiran murid lewat,
pihak sekolah berhak mengenakan tindakan disiplin.
2.3 Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil anak pulang semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran (PdP) sedang berjalan kecuali hal
kecemasan sahaja dan mestilah berurusan di pejabat sekolah sahaja.
3. RUTIN PERSEKOLAHAN
3.1 Perhimpunan pagi
3.1.1 Bacaan Mathurat / Surah Al Kahfi / Solat Hajat/ Bacaan Doa
Belajar
3.2 Sesi Pembelajaran
3.2.1 Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di luar kelas semasa sesi
pembelajaran dijalankan .
3.2.2 Pelajar mestilah memakai pas keluar kelas untuk ke tandas dan
melakukan urusan di luar kelas.
3.2.3 Pelajar hendaklah meminta kebenaran dari guru sebelum
menggunakan perpustakaan dan makmal sains.
3.2.4 Pelajar dilarang sama sekali memasuki kantin dan koperasi
sekolah semasa sesi pembelajaran dijalankan.
4|P a g e
3.3 Waktu Rehat
3.3.1 Waktu rehat bermula jam 9.20 pagi sehingga jam 9.50 pagi
sahaja.
3.3.2 Para pelajar dilarang berada di kelas semasa waktu rehat.Pelajar
lelaki mestilah berada di dewan ( Solat Dhuha ) sementara menunggu
pelajar perempuan yang sedang berada di kantin.
3.3.3 Pelajar hendaklah mengikut masa rehat yang telah ditetapkan.
Tidak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam bilik guru tanpa sebarang
urusan.
3.3.4 Semua pelajar mestilah beratur untuk mendapatkan makanan dan
dilarang membuat bising ketika berada di dalam kantin.
3.4 Rehat dan makan tengahari
3.4.1 Waktu rehat dan makan tengahari bermula jam 11.40 tengahari
sehingga jam 12.20 petang sahaja.
3.4.2 Semua pelajar mestilah beratur untuk mendapatkan makanan dan
dilarang membuat bising ketika berada di dalam kantin.
3.5 Solat Zohor, Qailullah, dan Asar berjemaah
3.5.1 Semua pelajar mesti berada di dewan sekolah untuk menunaikan
solat berjemaah. Pelajar perempuan yang sedang keuzuran hendaklah
berada di belakang dewan.
3.6 Waktu Pulang
3.6.1 Pelajar hanya dibenarkan pulang setelah tamat waktu persekolahan.
3.6.2 Kelas dan kawasan sekolah mestilah ditinggalkan dalam keadaan
yang baik.Suis lampu, kipas dan penghawa dingin perlu ditutup
sebelum keluar dari sekolah.
3.6.3 Para pelajar hendaklah mengosongkan kawasan sekolah dan
bergerak ke Sekolah Rendah Islam Al Amin sementara menunggu
kehadiran Ibu bapa atau penjaga.
5|P a g e
3.7 Solat Jumaat
3.7.1 Pelajar lelaki hendaklah berkumpul di hadapan sekolah pada jam
12.30 petang sementara menunggu kehadiran transport sekolah untuk
ke masjid.Tidak dibenarkan memakai selipar ke masjid.
3.7.2 Pelajar perempuan mestilah berkumpul di dewan sekolah untuk sesi
Tarbiyah bersama guru pembimbing.Pelajar perempuan dilarang
berada di dalam kelas.
4 . PAKAIAN , PENAMPILAN DAN LARANGAN
4.1 Murid Lelaki :
4.1.1 Baju kameja berlengan panjang berwarna kuning cair
4.1.2 Seluar hitam gelap.
4.1.3 Berlencana dan tanda nama.
4.1.4 Berkopiah putih (yang dijual di sekolah sahaja)
4.1.5 Berstokin hitam dan kasut bertutup hitam.
4.1.6 Bersinglet / tshirt dalam berwarna putih.
Pakaian Rasmi
sekolah
4.2 Murid perempuan
4.2.1 Baju kurung berwarna kuning cair
4.2.2 Bertudung putih labuh. (melepasi siku)
4.2.3 Anak tudung berwarna putih atau hitam sahaja.
4.2.4 Berlencana dan tanda nama.
4.2.5 Berkain hitam gelap
4.2.6 Berstokin hitam dan berkasut hitam.
4.2.7 Bersinglet, memakai ‘ handsock ’ dan berkain dalam.
6|P a g e
Pakaian rasmi
sekolah
4.3 Pakaian pendidikan jasmani lelaki :
4.3.1 Baju PJK sekolah. (yang dijual di sekolah sahaja)
4.3.2 Seluar sukan hitam. (yang dijual di sekolah sahaja)
4.3.3 Berkasut dan berstoking hitam.
4.3.4 Berkopiah putih.(yang dijual di sekolah sahaja)
Baju PJK pelajar lelaki
4. 4 Pakaian pendidikan jasmani perempuan :
4.4.1 Pakaian PJK sekolah yang berlengan panjang. (yang dijual di
sekolah sahaja)
4.4.2 Seluar sukan hitam. (Yang dijual di sekolah sahaja)
4.4.3 Berstokin dan berkasut sekolah.
4.4.4 Bertudung putih sekolah.
7|P a g e
Baju PJK pelajar Perempuan
4. 5 Pakaian rasmi Jumaat:
4.5.1 Memakai jubah berwarna putih .
4.5.2 berseluar hitam.
4.5.3 Berkopiah putih.
4.5.4 Berkasut hitam dan berstoking.
Jubah Jumaat pelajar lelaki
4.6 Pakaian Majlis Perwakilan Pelajar (Pengawas, Pengawas
Perpustakaan, Koperasi, BADAR) :
4.6.1 Baju kameja berlengan panjang berwarna kuning cair
4.6.2 Seluar hitam gelap.
4.6.3 Berlencana dan bertanda nama.
4.6.4 Berkasut hitam dan berstokin.
4.6.5 Berkopiah putih (yang dijual di sekolah sahaja)
4.6.6 Bertali leher hitam
8|P a g e
Pakaian MPP
Nota: Sila pastikan pakaian murid yang hadir ke sekolah mengikut
peraturan pakaian di atas.
5 . PENAMPILAN
5.1 RAMBUT
5.1.1 Pelajar lelaki mesti berambut pendek.
5.1.2 Rambut hadapan mestilah sentiasa pendek.
5.1.3 Bahagian pelipis mestilah kemas dan pendek.
5.1.4 Rambut bahagian tepi tidak menyentuh telinga.
5.1.5 Rambut bahagian belakang mestilah pendek dan tidak
menyentuh kolar baju.
5.1.6 Dilarang mewarnakan rambut.
5.1.7 Dilarang membuat potongan rambut yang tidak mencerminkan
pelajar sekolah agama.
5.1.8 Tindakan berikut akan diambil jika murid tidak mematuhi
penampilan yang telah ditetapkan:
5.1.8.1 Surat amaran pertama.
5.1.8.2 Surat amaran kedua .
5.1.8.3 Pihak sekolah berhak memotong rambut pelajar
berkenaan.
9|P a g e
Contoh potongan rambut pelajar lelaki
5.2 KUKU
5.2.1 Dilarang menyimpan kuku panjang atau mewarnakan kuku.
5.2.2 Kuku mestilah dipotong dengan kemas.
5.3 KEBERSIHAN
5.3.1 Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan diri dengan
memastikan pakaian yang dipakai setiap hari bersih dan
berseterika kemas.
6. AKHLAK DAN TINGKAH LAKU
6.1 Semua pelajar mestilah menghormati guru ketika berada di
kawasan sekolah.
6.2 Semua pelajar dilarang meninggikan suara ketika
bercakap/berkomunikasi dengan guru
6.3 Pelajar tidak dibenarkan ponteng sekolah sepanjang sesi
persekolahan.
6.4 Pelajar tidak dibenarkan bergaduh / berkelahi / perbuatan yang
menyebabkan kecederaan sesama rakan.
6.5 Pelajar tidak dibenarkan bermain di dalam kelas sepanjang sesi
pembelajaran di jalankan.
6.6 Tindakan berikut akan diambil jika pelajar tidak mematuhi
peraturan tingkah laku yang ditetapkan:
6.6.1 Surat amaran pertama.
6.6.2 Sesi kaunseling.
6.6.3 Pihak sekolah berhak memberhentikan pelajar serta
merta.
10 | P a g e
7. BARANGAN YANG DILARANG
7.1 Dadah , rokok , vape dan seumpamanya.
7.2 Alat permainan seperti game dan sebagainya.
7.3 Permainan berunsurkan judi seperti kad poker.
7.4 Telefon bimbit , kamera , teropong , radio atau seumpamanya.
7.5 Gambar , komik , majalah atau seumpamanya yang dibawa dari
rumah.
7.6 Alat tajam seperti pisau , gunting , pembaris besi atau sebarang alat
yang membahayakan.
7.7 Pemetik api , alat solek , barangan kemas atau assesori yang lain.
7.8 Barangan yang dirampas tidak akan dikembalikan.
8. KESELAMATAN
8.1 Kawasan sekolah adalah kawasan larangan ibu bapa , penjaga dan
pelawat.
8.2 Ibu bapa atau waris yang ingin bertemu anak atau guru pada waktu
persekolahan hendaklah berurusan di pejabat dan mendapat
kebenaran Guru Besar.
8.3 Ibu bapa tidak di benarkan pergi sendiri ke kelas untuk bertemu
pelajar.
8.4 Segala masalah yang berkaitan sesama murid haruslah dirujuk ke
pejabat sekolah terlebih dahulu. ( ibu bapa dilarang memarahi
murid lain di premis sekolah).
8.5 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali mendapat
kebenaran dari Guru Besar atau guru bertugas.
8.6 Hanya ibu bapa penjaga atau waris dibenarkan mengambil pada
waktu persekolahan
8.7 Sila isi maklumat di dalam buku rekod kebenaran keluar.
9. KECEMASAN
9.1 Sekiranya ada anak yang sakit atau berlaku kecederaan , guru akan
memaklumkan kepada ibu bapa terlebih dahulu tentang keadaan anak
. Jika ibu bapa boleh hadir dan keadaan anak stabil untuk menunggu
ibu bapa , pihak sekolah akan sedaya upaya untuk memastikan anak
berada di dalam keadaan selesa dan selamat sementara menanti
ibubapa .
11 | P a g e
9.2 Jika ibubapa tidak dapat hadir segera dan anak perlu dibawa ke hospital
/ klinik dengan secepat mungkin , guru akan menghubungi ambulan
dan seorang guru akan menemani anak tersebut . Ibubapa akan
dihubungi dan membuat temujanji di hospital . Guru tersebut tidak
akan menurunkan apa-apa tandatangan untuk kebenaran rawatan.
9.3 Sebarang bayaran / caj rawatan adalah di bawah tanggungan ibubapa /
penjaga .
10. CUTI SEKOLAH
10.1 Cuti sekolah akan mengikut takwim cuti yang telah ditetapkan oleh
KPM.
10.2 Sebarang maklumat cuti sekolah akan tertakluk kepada perubahan cuti
yang dibuat oleh KPM berdasarkan isu-isu semasa seperti jerebu atau
sebagainya.
11. PROGRAM SEKOLAH ( SUKAN TAHUNAN, KEM KECEMERLANGAN )
11.1 Semua murid wajib hadir ke semua program sekolah yang dijalankan
di luar waktu persekolahan
11.2 Semua murid hendaklah menyediakan surat atau laporan kesihatan
sekiranya tidak dapat menghadiri program sekolah yang ditetapkan.
12. KELAS TAMBAHAN
12.1 Semua murid yang terlibat wajib hadir ke kelas tambahan yang
berlangsung di luar waktu persekolahan.
12.2 Semua murid hendaklah menyediakan surat atau laporan kesihatan
sekiranya tidak dapat menghadirkan diri kelas tambahan yang
ditetapkan.
12.3 Pelajar mestilah merujuk kepada guru yang bertugas untuk menetapkan
tempat kelas tambahan yang akan dijalankan.
12.4 Semua pelajar mestilah memakai pakaian PJK sekolah ketika menghadiri
ke kelas tambahan.
12 | P a g e
13. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH
13.1 KAWASAN SEKOLAH
13.1.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan kecerian sekolah.
13.1.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan.
13.1.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
14.1.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan
sebarang bahan.
15.1.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
13.2 BILIK DARJAH
13.2.1 Tanggungjawab setiap murid menjaga kebersihan dan
kecerian bilik darjah
13.2.2 Sebelum meninggalkan kelas,kerusi dan meja mesti
disusun dengan teratur .Lampu dan penghawa dingin mesti
ditutup suisnya.
13.2.3 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi atau
meja antara kelas.
13.3 TANDAS SEKOLAH
13.3.1 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul
menjaga kebersihan serta dilarang membuang sebarang sampah
ke dalam lubang tandas.
13.3.2 Semua murid dilarang menconteng dinding tandas.
13.3.3 Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan
menutup paip setelah digunakan
13.4 PAPAN KENYATAAN
13.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal mestilah mendapat
kebenaran dari guru
13.4.2 Semua murid mestilah menghargai maklumat dipapan
kenyataan dan tidak memindah kenyataan yang ada
dipapan kenyataan
13 | P a g e
13.5 HARTA BENDA SEKOLAH
13.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta
benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, kantin dan
di mana-mana sahaja dalam kawasan sekolah.
13.5.2 Sebarang kerosakan mestilah segera dilaporkan kepada guru .
13.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh
murid sendiri.
13.6 KANTIN SEKOLAH
13.6.1 Setiap murid mesti makan di kantin sahaja atau kawasan
yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
13.6.2 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa hendak membeli
makanan dan minuman
13.6.3 Semua bekas makanan dan minuman hak milik kantin mesti
dimasukkan ke dalam bekas-bekas yang disediakan selepas
digunakan
13.6.4 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam tempat memasak
atau penyediaan makanan.
13.6.5 Setiap murid hendaklah mengamalkan adab sopan semasa makan
dan minum
13.7 KEDAI KOPERASI SEKOLAH
13.7.1 Semua murid yang ingin berurusan dengan kedai buku/koperasi
sekolah mestilah pada waktu yang ditetapkan kecuali dengan
kebenaran guru
14 | P a g e
CARTA ALIR TINDAKAN DISIPLIN MURID
Guru / Ibubapa / penjaga Pengawas mengisi Kad Guru Disiplin membuat
mengisi Borang Aduan Saman (B 02) untuk murid pemeriksaan berkala /
(B 01) (Jika ada) yang langgar peraturan mengejut ( Spot Check )
sekolah.
Serah Borang
Aduan kepada Serah Kad Saman kepada :
Guru Disiplin. i. Murid
ii. Ketua Guru Disiplin / Guru
Jalankan siasatan
dan ambil tindakan Disiplin
jika aduan berasas
Pelajar berjumpa GPK
HEM / Ketua Guru Disiplin
/ Guru Disiplin
Buat pertemuan Guru Disiplin merekod kesalahan dalam
dengan ibubapa/penjaga Buku Rekod Disiplin (B 03).
Tandatangan Surat Murid mengisi Borang Pengakuan Murid (B 04)
Akujanji (B 06) bagi kesalahan 10 mata dan keatas.
(jika berkaitan)
Tindakan Guru Disiplin:
Rekod butiran / hasil . - Isi Kad Penalti (LAM/DIS/002-1)
pertemuan dalam Kad
Penalti. (LAM/DIS/002-1) - Isi Surat pemberitahuan / Surat Amaran
kepada ibubapa/penjaga (B 05) (jika berkaitan) X1
- Menyediakan Surat Akujanji (B 06) (jika berkaitan)
X2 iii.
Guru Besar tandatangan
Surat Pemberitahuan / Amaran kepada
ibubapa/penjaga (jika berkaitan)
Badan Disiplin Sekolah
melaksanakan hukuman / tindakan
dengan merujuk Modul PSP
Hantar Surat secara serahan tangan / pos
(makluman melalui telefon jika perlu tindakan segera)
YA
Ibubapa / Penjaga dipanggil ?
TIDAK
TAMAT
15 | P a g e
PROGRAM SISTEM PENALTI (PSP)
BIL MATA PENALTI LANGKAH / HUKUMAN
15 Diberi Amaran bertulis.
2 10 Diberi tarbiyah / Membuat Khidmat Sosial.
3 20 Murid mengisi Borang Pengakuan Murid.
Hubungi ibubapa / penjaga.
4 30 Mengeluarkan surat pemberitahuan / surat
5 40 amaran.
6 50 Diberi tarbiyah / Membuat Khidmat Sosial.
Rotan satu kali.
Murid mengisi Borang Pengakuan Murid.
Hubungi ibubapa / penjaga.
Mengeluarkan surat pemberitahuan / surat
amaran.
Diberi tarbiyah / Membuat Khidmat Sosial.
Rotan dua kali.
Menghadiri Sesi Kaunseling.
Murid mengisi Borang Pengakuan Murid.
Hubungi ibubapa / penjaga.
Mengeluarkan surat pemberitahuan / surat
amaran.
Diberi tarbiyah / Membuat Khidmat Sosial.
Rotan tiga kali.
Menandatangani Surat Perjanjian.
Menghadiri Sesi Kaunseling.
Murid mengisi Borang Pengakuan Murid.
Hubungi ibubapa / penjaga.
Mengeluarkan surat pemberitahuan / surat
amaran terakhir.
Gantung persekolahan.
Menandatangani Surat Perjanjian Akhir.
Menghadiri Sesi Kaunseling Terakhir.
Buang sekolah.
16 | P a g e
JENIS-JENIS SALAHLAKU YANG BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN
KOD KESALAHAN / PERLAKUAN MATA TINDAKAN DISIPLIN
PENALTI
1.0 PONTENG 2 - Nasihat / Amaran
1.1 Ponteng kelas 10 - Amaran Pertama
1.2 Ponteng sekolah : (Hubungi ibubapa /
penjaga / khidmat sosial)
i. 3 hari berturut / tidak berturut-turut
ii. 10 hari berturut / tidak berturut-turut 20 - Amaran Kedua
(Hubungi ibubapa /
penjaga / khidmat sosial /
sesi kaunseling / tarbiyah)
iii. 17 hari berturut / 40 tidak berturut-turut 40 - Amaran Terakhir
(Gantung seminggu /
pertemuan ibubapa)
iv. 31 hari berturut / 60 tidak berturut-turut 50 - Buang sekolah
2.0 KEKEMASAN DIRI 2 - Gunting rambut
2 - Potong kuku
2.1 Berambut panjang 2 - Nasihat / amaran
2.2 Berkuku panjang - Ambil / kembalikan kepada
2.3 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan 2
Ibubapa/penjaga
sekolah 2 - Dirampas / Amaran
2.4 Memakai barang perhiasan yang dilarang
2.5 Membawa barang-barang yang tidak 2 - Nasihat / amaran
2
dibenarkan. ( Cth : Telefon Bimbit ) 2 - Amaran / Tarbiyyah
2
3.0 TINGKAHLAKU TIDAK MEMENTINGKAN 2 - Nasihat / amaran
2
MASA 2 - Amaran / hukum tarbiah /
2 khidmat sosial
3.1 Berkeliaran di kawasan sekolah 5
3.2 Datang lewat ke sekolah - Hubungi ibubapa/penjaga /
3.3 Makan di kantin waktu belajar 2 surat / rotan satu kali /
3.4 Kerap keluar masuk tandas tarbiyah / khidmat sosial
3.5 Tidur dalam kelas 5
3.6 Keluar sekolah tanpa kebenaran
3.7 Tidak membuat kerja rumah 5
3.8 Keluar kelas tanpa pas / kad kebenaran 5
3.9 Lewat solat.
10
4.0 TINGKAHLAKU KURANG SOPAN DAN 10
BIADAB
4.1 Berkelakuan kasar dan tidak hormat murid
lain
4.2 Berkelakuan kasar dan tidak hormat
pengawas
4.3 Berbahasa kesat
4.4 Menganggu pengajaran dan pembelajaran
lain
4.5 Berkelakuan kasar dan tidak hormat guru
4.6 Menyimpan/mengedar/menghisap rokok
17 | P a g e
5.0 TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR / MENIPU 10 - Hubungi ibubapa/surat
5.1 Menipu yang melibatkan wang/harta benda - Rotan sekali / hukuman
5.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan 10 tarbiyah / khidmat sosial
- Surat amaran
5.3 Meniru semasa peperiksaan / ujian
6.0 TINGKAHLAKU MUSNAH 10 - Markah O utk peperiksaan
6.1 Merosakkan harta sekolah/awam
10 - Hubungi ibubapa/penjaga/
6.2 Merosakkan harta benda guru - Rotan satu kali
6.3 Merosakkan harta benda kantin 10 - Hukuman tarbiyah / khidmat
sosial
6.4 Mengotorkan kawasan sekolah / kelas /
bangunan 10 - Surat amaran dan Denda
6.5 Merosak / menghilang Buku Teks / Buku 5 - Amaran
Pusat Sumber - Hukum Tarbiyah
- Khidmat Sosial
7.0 TINGKAHLAKU LUCAH
7.1 Melukis/menilai kata-kata lucah 5 - Amaran
- Ganti / denda
7.2 Membawa bahan-bahan lucah
20 - Hubungi ibubapa / penjaga
7.3 Mengintai - Hukuman tarbiyah / khidmat
7.4 Menggunakan kata / isyarat lucah 20 sosial / rotan dua kali
- Surat Amaran
7.5 Berkhalwat / bercumbu-cumbuan
20 - Menandatangani surat
8.0 TINGKAHLAKU JENAYAH penjanjian
8.1 Meninggalkan solat / puasa fardhu
8.2 Berjudi 20
8.3 Mencuri. Memecah masuk kaw. larangan
8.4 Melawan / memukul / mencederakan 40 - Hubungi ibubapa/penjaga
- Surat pemberitahuan
guru/pengawas / murid-murid (pemberitahuan dengan
8.5 Mengancam / memeras ugut / membuli Ibubapa / penjaga)
8.6 Membawa senjata merbahaya - Hubungi ibubapa
8.7 Mencabul kehormatan - Gantung sekolah
8.8 Menceroboh bilik khas / pejabat - Menandatangi surat
8.9 Menyalahgunakan dadah perjanjian
8.10 Mengedar dadah - Sesi kaunseling
8.11 Meminum/menyimpan/mengedar minuman
40
keras 40
40 - Hubungi ibubapa/penjaga /
40 surat
- Pertemuan dengan
40 ibubapa/penjaga
40 - Gantung sekolah
40 - Menandatangi surat
40 perjanjian
40 - Sesi kaunseling
40
40
NOTA : Lain-lain kesalahan adalah mengikut budi bicara Guru Besar.
18 | P a g e
KOD KATEGORIKESALAHAN
A TINGKAH LAKU JENAYAH
A01 BERJUDI
A02MENCURI
A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU
A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN
A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID
A06 PERAS UGUT
A07 GENGSTERISME
A08 PENGLIBATAN DALAM POLITIK
B PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN
B01 MEMILIKI / MENYIMPAN
B02 MEMBEKAL / MENAWARKAN
B03 MENJUAL / MENGEDAR
B04 MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU
B05 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN
C BULI
C01 BULI BAHASA
C02 BULI FIZIKAL
C03 BULI ISYARAT
C04 BULI PERHUBUNGAN
D ROKOK
D01 MEMILIKI DAN MENYIMPAN
D02 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN
D03 MENJUAL DAN MENGEDAR
D04 MENGHISAP
E PONTENG
E01 PONTENG SEKOLAH
E02 PONTENG KELAS
E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM
E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN
E05 PONTENG PREP
E06 PONTENG ASRAMA
E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH
E08 PONTENG PERHIMPUNAN
F TINGKAH LAKU LUCAH
F01 BERCUMBUAN
F02 BERKHALWAT
F03 BAWA BAHAN LUCAH
F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH
F05 MENGINTAI
F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH
F07 MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH
F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH
19 | P a g e
F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA
F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK
G TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP
G01 BIADAP KEPADA GURU
G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN
G03 BIADAP KEPADA TETAMU
G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID
G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID
G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN
G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA
G08 INGKAR ARAHAN GURU
G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS
G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA
H KESALAHAN VANDALISME
H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA
H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS
H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN
H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH
H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA
H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT
H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN
H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN
H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID
J TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
J01 PECAH AMANAH
J02 BERBOHONG
J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
J04 TIDAK JUJUR
K KENAKALAN
K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH
K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA
K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN
K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK
K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN
K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK
K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN
K09 BERMAIN DALAM DORM
K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA
L TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
L01 LEWAT KE SEKOLAH
L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN
L03 LEWAT MASUK KELAS
20 | P a g e
L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM
L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA
M KEKEMASAN DIRI
M01 BERKUKU PANJANG
M02 MEWARNA KUKU / BERINAI
M03 BERAMBUT PANJANG
M04 RAMBUT BERFESYEN
M05 BERMISAI / BERJANGGUT
M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN
M07 PAKAI BARANG KEMAS
M08 BERTATOO
M09 MENCUKUR BULU KENING
M10 MEMAKAI ALAT SOLEK
N PENGLIBATAN POLITIK
N01 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK
N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA
N03 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK
Q TIADA DALAM SENARAI
Q01 MEMBAWA TELEFON BIMBIT
Q02 MENGHINA SEKOLAH MELALUI FACEBOOK
Q04 BERGADUHQ06 MENCABUL/MERABA
Q07 SUBAHAT VANDALISME/MENCURI
Q09 BERPASANGAN/BERKHALWAT
G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA
Q11 MERAYAU
Q13 PERGI KE KAFE SIBER
Q30 MENCEROBOH MASUK KAWASAN LARANGAN DI SEKOLAH
Q47 BERSIDAI DI KORIDOR
Q48 BERADA BERSAMA PENGHISAP ROKOK
Q62 BERMAIN BEDAK DAN AIR
Q72 MEMBAWA PEMETIK API
Q76 MENGGANGGU BUDAK PEREMPUAN
Q78 MENIRU DALAM PEPERIKSAAN
Q82 MENUNJUK PERASAAN/BERPIKET
Q87 MENGANCAM DAN MENCEDERAKAN MURID LAIN
Q91 MENGGANGGU KETENTERAMAN SEKOLAH
21 | P a g e
LAMPIRAN
BIL PERKARA NOMBOR WARNA
Merah Jambu
5.1 Borang Aduan Salahlaku Murid B 01
Putih
5.2 Kad Saman B 02 Putih
Kuning air
5.3 Buku Rekod Disiplin B 03 Putih
5.4 Kad Penalti LAM/DIS/002-1 Putih
Putih
5.5 Borang Pengakuan Murid B 04
B 05
Surat Pemberitahuan /
5.6 Amaran
5.7 Surat Akujanji B 06
22 | P a g e
(B 01)
BORANG ADUAN SALAHLAKU MURID
( Untuk Guru / Ibubapa / Penjaga )
Nama aduan murid : _________________________________________
Tahun : _________________________________________
Tarikh / Masa kejadian : _________________________________________
Aduan Kesalahan :
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Cadangan : _________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Tandatangan : ______________________ Tarikh : ______________
Nama Guru /
Ibubapa/Penjaga : _______________________________________________
Alamat : ______________________________________________
No. Telefon bimbit : _________________ Rumah / Pejabat : ______________
23 | P a g e
KAD SAMAN (B 02) (B 02)
Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin
KAD SAMAN
Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin
Nama Murid : ………………………………..... Nama Murid : ……………………………….....
Darjah : …………………………………. Darjah : ………………………………….
Tarikh / Masa : …………………………………. Tarikh / Masa : ………………………………….
Kod Kesalahan : Kod Kesalahan :
Tindakan : Tindakan :
Sila berjumpa dengan ……………………………… Sila berjumpa dengan ………………………………
………………………………………………………… …………………………………………………………
(Dalam tempoh 3 hari dari tarikh saman) (Dalam tempoh 3 hari dari tarikh saman)
T.T.Pengawas : ………….. T.T.Murid : ..………… T.T.Pengawas : ………….. T.T.Murid : ..…………
Nama Pengawas : ………………………………….. Nama Pengawas : …………………………………..
KOD KESALAHAN YANG DIKENAKAN SAMAN KOD KESALAHAN YANG DIKENAKAN SAMAN
3.2 - Datang lambat tanpa sebab. 3.2 - Datang lambat tanpa sebab.
3.4 - Tidak memakai lencana. 3.4 - Tidak memakai lencana.
3.4 - Tidak memakai stokin / kasut. 3.4 - Tidak memakai stokin / kasut.
3.4 - Tidak memakai pakaian seragam 3.4 - Tidak memakai pakaian seragam
yang ditetapkan. yang ditetapkan.
3.8 - Keluar kelas tanpa memakai pas kebenaran 3.8 - Keluar kelas tanpa memakai pas kebenaran
6.4 - Membuang sampah merata-rata. 6.4 - Membuang sampah merata-rata.
8.4 - Bergaduh. 8.4 - Bergaduh.
2.5 - Membawa barang permainan. 2.5 - Membawa barang permainan.
3.9 - Tidak solat dalam waktu yang ditetapkan. 3.9 - Tidak solat dalam waktu yang ditetapkan.
2.3 - Tidak membawa telekong (Murid Perempuan). 2.3 - Tidak membawa telekong (Murid Perempuan).
4.1 – 4.6 - Tingkahlaku kurang sopan. 4.1 – 4.6 - Tingkahlaku kurang sopan.
24 | P a g e
(B 03)
BUKU REKOD DISIPLIN
SEKOLAH MENENGAH ISLAM INTEGRASI PINTAR SAUJANA UTAMA
BIL TARIKH NAMA MURID KESALAHAN / CATATAN*
KOD
* Tandakan √ setelah tindakan diambil.
25 | P a g e
LAM/DIS/002-1
Gambar
Ukuran
Pasport
KAD PENALTI
Nama Murid : _______________________________________________________________
Kelas : _______________________ No. Pendaftaran : ________________________
Jantina : ____________ Bangsa : _________________ Agama : _________________
No. K/P atau
Surat Beranak : ______________________________________ Umur : _________________
Tarikh Masuk Sekolah : _________________________________________________________
Nama Sekolah Yang Terdahulu : __________________________________________________
Nama Bapa / Penjaga : __________________________________________________________
Nama Ibu : ___________________________________________________________________
Alamat Rumah : _______________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
No. Telefon : ___________________________ ( R ) ______________________________ ( P )
No. Telefon Bimbit : _____________________________
Nama Waris Terdekat : __________________________________________________________
No. Telefon : ___________________________ ( R ) ______________________________ ( P )
No. Telefon Bimbit : _____________________________
26 | P a g e
TARIKH KESALAHAN TINDAKAN MATA CATATAN
PENALTI
Gred Kelakuan Untuk Sijil Berhenti Sekolah : ……………………………………..
SESI TEMUBUAL DENGAN IBU BAPA / PENJAGA
Bil Tarikh Masa Nama Catatan/ Laporan T/Tangan
Dari Hingga
Catatan : ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
27 | P a g e
SEKOLAH MENENGAH ISLAM INTEGRASI PINTAR
SAUJANA UTAMA
No 7-1, Jalan Bidara 6/1, Saujana Utama 47000, Sungai Buloh, Selangor
Tel : 03 6039 7871/013 602 4677 Email : [email protected]
BORANG PENGAKUAN MURID
Adalah saya : …………………………………………………………………………… (Nama)
berada di dalam darjah / kelas : ………………………………………………………………..
dengan ini mengaku tanpa dipaksa oleh guru dan rakan-rakan saya bahawa saya telah
melanggar peraturan sekolah iaitu : ……………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
2. Saya mengaku melakukan perbuatan tersebut :
Pada : ……………………… (Tarikh) pada pukul : ……………………………… (Masa) Di
………………………………………………………………………………………(Tempat)
Yang benar;
………………….…………
( Tandatangan Murid )
Tarikh :
Pengakuan dibuat dihadapan : Saksi 2 :
Saksi 1 :
………………………………………….. …………………………………………..
() ()
Guru Kelas / Guru Bertugas Harian Ketua Guru
Tarikh :………………………. Tarikh :……………………….
Masa : ……………………… Masa : ………………………
28 | P a g e
(B 05)
Kepada,
……………………………………………………..
……………………………………………………..
Tuan / Puan,
SURAT PEMBERITAHUAN / AMARAN …………………….
Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan yang
bernama : …………………………………………….…… dalam darjah : ……………………
telah melakukan kesalahan seperti berikut :
BIL TARIKH KOD SALAHLAKU BUTIRAN SALAHLAKU
2. Oleh itu, anak / jagaan tuan / puan telah dikenakan tindakan :
Diberi amaran Dirotan
Hukuman Tarbiyah Gantung Sekolah mulai ……… hingga …….
Khidmat Sosial Khidmat Kaunseling
Lain-lain ………………………………………………………
3. Sekiranya anak / jagaan tuan melanggar mana-mana peraturan sekolah, pihak
sekolah boleh mengambil tindakan tatatertib membuang sekolah mengikut Peraturan
(Disiplin) Sekolah 1959 dan Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil (6) 68 KP
8543 (10) dan Bil (8) 68 KP 8543/02 (12).
4. Sehubungan itu, tuan diminta datang berjumpa dengan Guru Besar / GPK 1 / GPK
HEM untuk berbincang demi kebaikan sekolah dan anak jagaan tuan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
“ BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA “
Saya yang menurut perintah,
……………………………………….…
( GURU BESAR )
s.k Timbalan Pengarah Pendidikan Islam
(u/p : KPP Sektor Pembangunan Organisasi)
29 | P a g e
KOD
KESALAHAN
YANG
DIKENAKAN
(B 06)
SURAT AKUJANJI
PERJANJIAN JAMINAN BERKELAKUAN BAIK
Alamat sekolah : ………………………………………………………………........
Tarikh : ……………………………………….
Bahawa saya ……………………………………………….. Darjah : ………..……….
mengaku untuk berkelakuan baik dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan
oleh sekolah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Jika saya didapati mengulangi kesalahan saya, pihak sekolah boleh mengambil
tindakan tatatertib membuang sekolah, mengikut Peraturan (Disiplin) Sekolah
1959 dan Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil (6) 68 KP 8543 (10) dan
Bil (8) 68 KP 8543/02 (12).
…………………………………........ ……………………………………….
() ()
Tandatangan & Nama Murid Tandatangan dan Nama Saksi
JAMINAN IBUBAPA/PENJAGA
Bahawa saya ……………………………………………... K/P : ……….……………….
Beralamat di : ………………………………………………………………………………
Ibubapa/penjaga kepada murid yang tersebut di atas menjamin akan menjaga
tingkahlaku anak saya/anak jagaan saya sebagaimana yang telah ditetapkan
dalam Peraturan (Disiplin) Sekolah 1959 dan Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pendidikan Bil (6) 68 KP 8543 (10) dan Bil (8) 68 KP 8543/02 (12).
………………………………….......... ………………………………………….
() ()
Tandatangan & Nama Ibubapa/Penjaga Tandatangan dan Nama Saksi
…………………………………..........
()
Tandatangan Guru Besar & Cop Rasmi
30 | P a g e