The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-12 04:03:40

KAJIAN PENYALAHGUNAAN INTERNET

KAJIAN

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM
MU’ADZAM SHAH

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DUA 6022
PENYIARAN ISLAM

( KAJIAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET)

NAMA PENSYARAH USTAZ FARID HAFIDZ BIN AHMAD

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
03DKAF1046
MUHAMMAD NAZRUL NAIM B. 03DKA18F1048
MD ZAIN 03DKA18F1045
03DKA18F1051
MUHAMMAD IZZAT B. 03DKA17F2015
MOHAMAD ZUHRI

SYAIDATUL ATIHRAH BT ZAKRI

NUR BALQIS BT JASMI

NUR AYUNI BT IBRAHIM

GANT CHART

1.0 PENGENALAN

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan kewujudannya. Ia sudah
menjadi kompenan utama dalam kehidupan harian dan akan bertambah penting pada masa akan datang. Lebih-
lebih lagi pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang
ekonomi Negara serta untuk menjadi pendahuluan era digital dan maklumat. Cabaran yang menanti kita kelak
tentulah cabaran dalam usaha untuk menjadikan teknologi maklumat sebagai budaya khalayak yang sekaligus
mencerminkan ciri penerimaannya secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada resam kehidupan seharian
masyarakat serta dapat membendung isu darjat dan kelas kehidupan.

Penggunaan teknologi computer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama
diperkenalkan di Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak
ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia
bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpontensi sebagai alat
untuk memperkayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan
teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Alinda, 1996 ).

2.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kelebihan serta kelemahan penggunaan internet dalam kalangan
pelajar. Kajian ini juga dijalankan untuk mengupas mengenai kesan-kesan jangka masa pendek dan kesan-
kesan jangka masa panjang penggunaan internet kepada pelajar.

3.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan kepada para pelajar POLIMAS.
Sebanyak sepuluh soalan yang dikemukankan di dalam soal selidik tersebut.

4.0 SKOP KAJIAN
Kajian yang dilakukan telah difokuskan hanya kepada pelajar-pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah, Jitra. Seramai 40 orang dipilih secara rawak. Hasil pemilihan itu seramai 25 pelajar perempuan dan 15
pelajar lelaki menjawab soal selidik tersebut.

5.0 HASIL KAJIAN
Penggunaan internet dalam kehidupan tidak menjadi perkara yang dipandang asing lagi bagi masyarakat kita.
Sudah ramai golongan cerdik pandai yang cukup mahir dengan penggunaan internet bagi mempermudahkan
dan mempercepatkan urusan mereka. Begitu juga dengan pelajar. Pada hari ini, pelajar tidak lagi seperti pelajar
pada waktu seusia dengan zaman persekolahan ibu bapa kita. Kini, mereka sudah pandai menggunakan internet

dalam hampir semua urusan mereka. Ada yang menggunakan internet untuk menuntut ilmu, ada yang mencari
maklumat tambahan mengenai sesuatu mata pelajaran yang telah diajar da nada yang menggunakan internet
untuk mempermudahkan tugasan yang diberi kepada mereka untuk disiapkan. Selain itu, terdapat juga
sesetengah pelajar yang telah menyalahgunakan kemudahan internet ini dan mnejadi mangsa penyalahgunaan
internet. Hal ini telah membawa pada berlakunya banyak keburukan dan kemudaratan kepada pelajar. Hal ini
kerana masih ramai pelajar yang masih belum pandai untuk menilai dengan sewajarnya akan sesuatu perkara
lantas mereka terus terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan internet.

5.2 PENGERTIAN INTERNET
Internet merupakan singkatan daripada istilah Bahasa Inggeris ` Interconnection Networking ‘, yang

bermaksud perhubungan daripada banyak dan pelbagai jenis jaringan komputer seperti telefon, komputer,
telefon bimbit, satelit dan lain-lain lagi. IT merupakan singkatan daripada istilah Bahasa Inggeris ` Information
Technology ‘ yang bermaksud teknologi informasi dalam Bahasa Melayu.

Internet merupakan satu rangkaian yang bersifat global menghubungkan lebih daripada seorang
penggunan dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku. Menurut Majalah Dewan
Masyarakat (Disember 2005) mentakrifkan internet sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang
menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian. Manakala Majalah
PC (Jilid 3, Vol. 95) mendefinisikan internet sebagai suatu sistem yang menghubungkan rangkaian seluruh dunia
dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login), permindahan fail,
e-mail dan kumpulan berita.

Hasil kajian tinjauan yang dibuat telah mendapati kesemua pelajar tersebut pernah mengunakan internet.
Bagi mereka internet merupakan suatu keperluan terutamanya dalam proses pembelajaran mereka.

5.3 JENIS LAMAN SESAWANG YANG GEMAR DILAWATI
Terdapat pelbagai jenis laman sesawang dalam internet. Semakin hari semakin bertambah jumlah laman

sesawang yang didaftarkan. Laman sesawang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komersil, bisnes,
informasi, hiburan, laman social dan sebagainya. Didapati bahawa kanak-kanak akan tertarik untuk melayari
laman-laman sesawang seperti hiburan dan laman social. Sebagai contoh youtube, facebook, myspace dan
sebagainya.

Hasil kajian tinjauan mendapati seramai 30 orang sering melayari laman sosial seperti facebook, myspace
atau twitter. Kesemua pelajar ini memiliki akaun di setiap laman sosial tersebut. Sebilangan pelajar ini memiliki
akaun di setiap laman sosial dengan tujuan mengis masa lapang, 10 orang ingin mencari kenalan baru dan 6
orang untuk mengeratkan silaturahim dengan mencari rakan atau saudara yang terpisah jauh. Seramai 6 orang
pelajar gemar melayari permainan atas talian dan selebihnya gemar melayari blog dan youtube.

Selain itu, hasil tinjauan juga menunjukkan seramai 35 orang pelajar tidak pernah melayari laman
sesawang yang tiak sepatutnya dilayari dan 5 orang pelajar pernah melawat laman sesawang tersebut secara
tidak sengaja.

5.4 GAJET YANG DIGUNAKAN MELAYARI INTERNET

Dewasa ini, wujud berbagai-bagai jenis gajet yang memudahkan orang ramai melayari internet dimana jua
tidak kira masa. Jika dibandingkan pada zaman dahulu, gajet yang digunakan hanyalah komputer . ini
menyukarkan orang ramai untuk melayari internet. Disebabkan penggunaan internet yang sukar pada zaman
itu, golongan muda kurang berminat kea rah dunia siber. Antara gajet yang digunakan oleh kanak-kana
sekarang untuk melayari internet ialah komputer riba, telefon dan sebagainya.

Pada era ini, hampir kesemua keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu komputer riba di dalam
rumah mereka. Maka, kanak-kanak dapat menggunakan internet dengan mudah. Komputer riba ini mudah
dibawa kemana sahaja. Golongan muda dapat melayari internet di kafe-kafe, pusat membeli-belah, tempat
menunggu dan sebagainya yang mneyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar secara percuma. Ditambah
pula, telefon zaman ini telah memperbanyakkan fungsi dengan kewujudan internet.

Hasil tinjauan di dapati, seramai 29 orang menggunakan sepenuhnya komputer riba untuk melayari internet
dan seramai 11 orang menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kajian ini mendapati keseua pelajar menggunakan
lebih 4 jam untuk melayari internet pada setiap hari.

6.0 PERBINCANGAN
6.1 KELEBIHAN KEPENGGUNAAN INTERNET
6.1.1 Dapat menimba ilmu pengetahuan dengan cepat
Kanak-kanak yang menggunakan internet dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih
banyak dan cepat berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang tidak
menggunakan internet. Soalan-soalan mencabar yang disoal oleh pensyarah juga dapat
dijawab oleh mereka yang menggunakan internet. Pengetahuan mengenai alam semesta
juga dapat ditimba dalam internet.

6.1.2 Dapat maklumat terkini
Tambahan lagi, kanak-kanak dapat mengetahui maklumat-maklumat terkini dan semasa
dunia. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa generasi muda sekarang memang
tidak gemar menonton warta berita di televisyen kerana mereka lebih mudah
mendapatkan segala informasi dengan hanya satu klik pada komputer.

6.1.3 Dapat mengeratkan silaturahim
Secara tidak langsung, internet juga dapat mengeratkan silaturahim antara saudara dan
kenalan kanak-kanak itu sendiri. Kenalan yang berada di luar Negara juga dapat
dihubungi dengan mudah. Pelajar juga dapat mengetahui cara hidup masyarakat di luar
Malaysia. Sebagai contoh menggunakan mel elektronik, yahoo masengger dan
sebagainya. Penggunaan e-mail dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan

mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru mereka boleh bertukar-
tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.

6.1.4 Dapat mencari kenalan
Akhir sekali, pelajar dapat mencari kenalan dalam internet. Dengan cara ini, pelajar
dapat berkongsi maklumat, bertukar-tukar pendapat melalui internet. Pemikiran pelajar
juga lebih berkembang dengan penggunaan internet seharian. Selain itu, perkongsian
maklumat ini juga dapat mematangkan mereka. Dalam dunia siber ini, golongan muda
mendapat keutamaan yang sama dengan golongan yang berpengalaman iaitu mereka
dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan perbincangan
bagi berkongsi berita dan pengalaman.

6.2 KELEMAHAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN

PELAJAR

6.2.1 Salah guna
Penggunaan internet masa kini banyak yang telah menyimpang daripada tujuan asal ia
diperkenalkan. Salah guna ini tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja, malh dalam
dunia yang serba canggih ini, turut melibatkan golongan kanak-kanak. Salah guna yang
dilakukan semakin berleluasa dari hari ke hari, mungkin juga berpunca daripada
kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dan golongan dewasa. Antara slah guna yang
semakin menjadi-jadi ialah peluang mereka melayari laman sesawang yang tidak
sepatutnya. Laman sesawang yang dimaksudkan ialah laman sesawang yang
mengandungi unsur lucah dan termaktub untuk golongan yang berusia 18 tahun ke atas.
Perkara ini adalah serius dan peru diberi perhatian serta pemantauan yang lebih kerana
jika dibiarkan, ia mampu merosakkan masa depan kanak-kanak ini.

6.2.2 Laman sosial
Laman sosial kini semakin tidak asing lagi dalam masyarakat global. Laman sosial juga
dianggap penting bukan sahaja untuk perhubungan malah turut melibatkan bisnes.
Namun begitu, tidak semua yang menjadikan laman sosial ini sesuatu yang positif sahaja
kerana setiap sesuatu yang pro pasti ada kontranya. Laman sosial adalah `public domain’
, oleh itu setiap sesuatu yang ditulis adalah awam dan semua pengguna berhak untuk
tahu, memberi idea malah juga membantah. Kanak-kanak seperti yang boleh difahami,
adalah golongan yang majoritinya belum baligh, iaitu lebih tepat kurang mengerti untuk
membezakan antara yang baik dan buruk malah kurang berfikir panjang dalam sesuatu
tindakan mereka. Melalui laman sosial, banyak masalah yang boleh timbul sebagai
contoh dalam salah satu laman sosial yang semakin popular iaitu facebook, setiap status

yang ditulis bakal dibaca oleh semua rakan serta pengguna facebook yang lain. Sudah
banyak kes yang melibatkan perkara seperti ini yang berlaku dalam laman sesawang
namun ramai pihak masih kurang memberi perhatian dan pemantauan. Kutuk-mengutuk
yang pada awalnya hanya atas talian akhirnya boleh menyebabkan kematian. Antara
kesalahan lain yang dilakukan dalam laman sesawang ialah kecenderungan mereka
mencari rakan yang mana akhirnya banyak menyebabkan mereka terjebak ke kancah
yang tidak sepatutnya.

6.2.3 Buang masa dan duit
Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak yang menggunakan internet pada hari ini tidak
terhad kepada golongan anak-anak orang kaya sahaja. Ini kerana, bagi merek yang
kurang mampu untuk memiliki komputer atau komputer riba sendiri, banyak kafe siber
yang ditubuhkan. Tujuan utama kafe siber ditubuhkan adalah untuk memudahkan
masyarakat mencari maklumat serta melayari internet untuk menambah ilmu
pengethuan tentang dunia luar, namun kebanyakkan kanak-kanak menggunakan
perkhidmatan ini untuk tujuan hiburan sahaja. Mereka sanggup melepak di kafe siber
semata-mata untuk bermain permainan atas talian dan melayari laman sosial. Perkara
ini juga berlarutan hanya menyebabkan mereka mebuang masa serta membazir duit.

6.3 KESAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KEHIDUPAN

6.3.1 Kesan jangka pendek
Penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak ini banyak mempengaruhi dan
memberi kesan kepada kehidupan mereka. Kesan-kesan ini bukan sahaja melibatkan
dalam jangka masa pendek malah turut melibatkan jangka masa panjang. Namun begitu,
tidak semua kesan adalah negatif, masih ada kesan positif dalam kehidupan mereka.

Antara kesan jangka masa pendek paling biasa terjadi ialah timbul fitnah yang mana
seterusnya bakal mengundang pergaduhan sesama sendiri. Perkara sebegini dilihat
adalah amat tidak sihat, namun jika pemantauan kurang diberi maka perkara ini tidak
mungkin dapat diselesaikan.

Selain daripada itu, pendedahan yang melampau juga mampu mempengaruhi peribadi
mereka, terutama pendedahan yang meluas dalam permainan video dan permainan atas
talian. Terdapat kajian yang telah dijalankan, mendapati budak lelaki yang mempunyai
alat permainan video tidak menunjukan perkembangan cepat di sekolah berbanding
pelajar lain yang tidak memiliki peralatan berkenaan.

Namun begitu, antara kesan jangka masa pendek mereka dengan internet ini ialah
mereka mampu meluaskan perhubungan dan membina perhubungan persahabatan yang
baru dan tidak terhad kepada rakan sekolah dan yang terdekat sahaja.

6.3.2 kesan internet dalam jangka masa panjang
kanak-kanak yang didedahkan dengan penggunaan internet akan mengaplikasikan
pengetahuan mereka terhadap internet untuk menghasilkan perisian (software) baru
kelak apabila mereka dewasa. Pengalaman yang luas mengenai dunia siber dapat
digunakan untuk mencari pendapatan sampingan.

Sehubungan itu, penggunaan internet pada usia muda juga dapat membentuk peribadi
seseorang. Misalnya, seseorang itu dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan
internet serta dengan bijaknya dapat membezakannya. Pemikiran mereka juga didapati
lebih matang berbanding rakan-rakan sebaya mereka.

Kebanyakkan kes seperti ini kesan jangka masa panjang adalah kurang. Antara kesan
jangka masa panjang ialah melalui perhubungan persahbatan yang dibina, pada masa
hadapan jika mempunyai sebarang kesulitan mungkin ada diantara rakan-rakan ini yang
boleh membantu.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil kajian tinjauan ini mendapati penggunaan internet memberi banyak kelebihan kepada
kanak-kanak khususnya pelajar sekolah. Antaranya memudahkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pelbagai maklumat dapat diperolehi daripada laman sesawang yang memberi banyak informasi untuk dikongsi
oleh umum. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip sesuatu mata pelajaran dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar juga
akan menunjukkan peningkatan yang ketara.

Akhir sekali, penggunan internet dikalangan kanak-kanak dan pelajar memberi banyak kelebihan dan
kelemahan bergantung kepada cara penggunaan individu tersebut.

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK

BIL SOALAN JAWAPAN

TIDAK SETUJU SETUJU

1. Pada pendapat anda perlukah penggunaan internet dalam
kehidupan seharian?

2. Adakah anda setuju bahawa penggunaan internet berlebihan
membuang masa?

3. Adakah penggunaan internet tanpa pengawasan memberi
kesan negatif?

4. Adakah anda bersetuju penggunaan internet boleh
menyebabkan ketagihan?

5. Adakah anda pernah melayari laman sesawang yang tidak
sepatutnya?

6. Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan internet lebih
banyak memberi keburukan daripada kebaikan?

7. Adakah anda lebih banyak menggunakan internet kearah
media sosial berbanding mencari maklumat?

8. Adakah gajet anda dapat mengakses internet ?

9. Adakah anda melayari internet melebihi 3 jam ?

10. Adakah ibubapa anda memantau anda ketika melayari internet?

LANGKAH KERJA 4.11 5.11 6.11 7.11 8.11

Mendapat tajuk projek

Membuat pebincangan
bersama ahli kumpulan
Membahagi tugasan

Menghasilkan boring soal
selidik
Mula menulis laporan

Menulis kajian berdasarkan
hasil dapatan data.
Menulis kesimpulan daripada
keseluruhan perbincangan.

9.11 10.11 11.11 12.11 13.11 14.11 15.11 16.11


Click to View FlipBook Version