The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ahli Kumpulan :
1)Ahmad luqman amin bin ahmad shukri(13EE20F1037)
2)Ahmad muqri hakim bin mohd shukri(13DEE20F1021)
3)Wan nur iffa salwani binti wan zawawi(13DEE20F1041)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luqmanamin3180, 2022-11-30 11:33:47

Pengambilan vaksin COVID -19 dari sudut hukum dan permasalahan serta aplikasinya dalam kaedah fiqh

Ahli Kumpulan :
1)Ahmad luqman amin bin ahmad shukri(13EE20F1037)
2)Ahmad muqri hakim bin mohd shukri(13DEE20F1021)
3)Wan nur iffa salwani binti wan zawawi(13DEE20F1041)

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

MPU 23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

E-FOLIO

PENGAMBILAN VAKSIN COVID – 19 DARI SUDUT HUKUM DAN
PERMASALAHAN SERTA APLIKASINYA DALAM KAEDAH FIQH YANG

MENUNJUKKAN KEPADA KAEDAH FIQH :

KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN

NAMA PENSYARAH :
NOR HASNIATI BINTI ABDULLAH

NAMA AHLI KUMPULAN :

BIL NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN
1 AHMAD LUQMAN AMIN BIN AHMAD SHUKRI 13DEE20F1037

2 AHMAD MUQRI HAKIM BIN MOHD SHUKRI 13DEE20F1021

3 WAN NUR IFFA SALWANI BINTI WAN ZAWAWI 13DEE20F1041

ISI KANDUNGAN

MUKADIMAH

PENGENALAN

• PENGENALAN ASAS BERKENAAN VAKSIN
• PRINSIP ISLAM DALAM MENDEPANI PENYAKIT
• HUKUM BERUBAT DENGAN NAJIS ATAU BAHAN YANG HARAM
• HUKUM VAKSIN KEMBALI KEPADA INTIPATI KANDUNGAN YANG

TERDAPAT DI DALAMNYA
• PENDAPAT PARA ULAMAK DAN INSTITUSI AGAMA BERKENAAN

VAKSIN COVID-19
• KENYATAAN TOKOH ULAMAK.
• HUJAH DAN DALIL
• PENUTUP
• RUJUKAN

MUKADIMAH

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan

salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan

keluarga Baginda, para Sahabat seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah

Baginda sehingga Hari Kiamat. Sehingga kini 28 Disember 2020, jumlah pesakit

COVID-19 di Malaysia telah mencapai 108,615 lebih. Hal ini sentiasa bertambah dari

sehari ke sehari dan di peringkat dunia, angkanya telah melebihi 80 juta dan yang

meninggal dunia akibat COVID-19 telah hampir mencecah 2 juta orang.Sebanyak 17

buah negara mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 10 juta kes. Amerika

Syarikat paling teruk terjejas dengan jumlah kes terkini sebanyak 19.2 juta kes. Ini

menggambarkan pandemik COVID-19 cukup mencabar dan gelombang ketiga lebih

dahsyat berbanding dengan gelombang yang sebelumnya.

Justeru, amat wajar suatu tindakan untuk mengekang penularan wabak yang belum
nampak lagi cahaya di penghujungnya. Tetapi kita yakin dan percaya dengan usaha
oleh semua pihak, dan kajian demi kajian untuk menyelesaikan isu ini melalui vaksin
amat pantas dilakukan oleh pakar-pakar seluruh dunia. Insya-Allah, vaksin mula
menampakkan hasilnya melalui kajian terkini untuk penyelesaian isu ini.

Justeru, secara khusus ini membincangkan berkenaan tajuk ini dan dinamakan
Pengambilan Vaksin COVID-19: Hukum dan Permasalahannya. Semoga majalah
pada kali ini dapat memberi sebuah kefahaman kepada seluruh masyarakat
berkenaan isu ini dengan lebih tuntas dan jelas.

PENGENALAN

Pada 22 November 2020, Malaysia melalui Menteri Kesihatan telah menandatangani
perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi
menampung keperluan imunisasi.10 peratus rakyat Malaysia. Manakala pada 24
November 2020 Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kesihatan telah menandatangani
perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer [1] untuk
mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung
keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia. Sehubungan itu,
kedua-dua perjanjian ini dijangka dapat menjamin akses vaksin COVID-19 untuk 30
peratus rakyat Malaysia.Sehubungan dengan itu, Bagi pihak masyarakat mengalami
kerisauan khususnya orang beragama islam tentang hukum pengambilan vaksin
COVID -19 ini mengambil cakna akan suara-suara kerisauan daripada warga
masyarakat khususnya yang beragama Islam berkenaan hukum pengambilan vaksin
COVID-19 ini.

PENGENALAN ASAS BERKENAAN VAKSIN

Vaksin adalah sejenis bahan yang dapat membantu mencegah sesuatu penyakit.
Sebagai perumpamaan, badan manusia dilindungi oleh sistem pertahanan atau sistem imun
sebagaimana suatu negara dilindungi oleh angkatan tentera. Vaksin umpama bahan latihan
untuk angkatan tentera badan kita, ia akan digunakan untuk mengenali dan menewaskan
musuh, iaitu bakteria atau virus yang mungkin boleh menjangkiti badan dan menyebabkan
penyakit pada masa hadapan. Pemberian vaksin secara berleluasa sejak beberapa dekad
lalu telah mampu mengurangkan pelbagai jenis penyakit yang dahulunya datuk nenek kita
pernah alami, seperti Cacar (Smallpox), Polio dan sebagainya.

PRINSIP ISLAM DALAM MENDEPANI PENYAKIT

Islam merupakan agama yang menitikberatkan soal kesihatan dengan
meletakkan beberapa prinsip asas dalam mendepani penyakit, sebelum dan juga semasa
penyakit menimpa seseorang. Antara prinsip yang diajarkan oleh Islam dalam
berhadapan dengan penyakit adalah seperti berikut Berdoa kepada Allah S.W.T.

Berdoa dilakukan dengan tujuan untuk mengelakkan seseorang itu ditimpa penyakit. Ini
seperti doa-doa dan zikir yang diajarkan menerusi pelbagai nas yang sahih seperti:

‫اللَّ ُه َّم ِإنِّي أَ ُعوذُ بِ َك ِم َن البَ َر ِص َوا ْل ُجنُو ِن َوا ْل ُج َذا ِم َو ِم ْن َسيِّ ِئ الأَ ْسقَا ِم‬

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada
penyakit sopak, gila, kusta, dan juga penyakit-penyakit berbahaya yang lain.” [14]

(Riwayat Abu Daud (1554))

Selain itu antara salah satu prinsip mendepani penyakit dalam Islam ialah dengan
menitikberatkan soal pencegahan penyakit sebelum ia menimpa. Terdapat beberapa
langkah pencegahan yang dianjurkan seperti yang ditunjukkan dalam beberapa riwayat
yang sahih. Antaranya sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abd Al-Rahman bin ‘Auf R.A
bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ُ‫ِإذَا َس ِم ْعتُ ْم ِب ِه بِأَ ْر ٍض فَ ََل تَ ْق َد ُموا َعلَ ْي ِه َو ِإذَا َوقَ َع ِبأَ ْر ٍض َوأَ ْنتُ ْم ِب َها فَ ََل تَ ْخ ُر ُجوا فِ َرا ًرا ِم ْنه‬

“Sekiranya kamu mendengar mengenai taun yang menimpa sesuatu kawasan,
maka janganlah kamu masuk ke tempat tersebut. Sekiranya ia berlaku di sesuatu
kawasan dan kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar daripadanya

untuk melarikan diri darinya. [16]”

(Riwayat al-Bukhari (5730))

HUKUM BERUBAT DENGAN NAJIS ATAU BAHAN YANG HARAM

Antara isu yang sering dibangkitkan oleh sebahagian pihak sehingga menimbulkan
kegusaran dan kerisauan masyarakat terhadap vaksin ialah dakwaan bahawa vaksin ini
mengandungi kandungan atau bahan yang haram di dalamnya.

Isu berubat dengan bahan haram atau najis ini bukanlah isu baharu. Bahkan sabit
larangan berkenaannya dalam nas syarak. Antaranya menerusi sebuah Hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Al- Darda’ R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

‫إِ َّن َّلَّل َا أَ ْن َز َل ال َّدا َء َوال َّد َوا َء َو َج َع َل ِل ُك ِّل َدا ٍء َد َوا ًء فَتَ َدا َو ْوا َولاَ تَ َدا َو ْوا بِ َح َرا ٍم‬

“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan juga ubat. Serta Dia menjadikan
bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka hendaklah kamu semua berubat dan

janganlah kamu berubat dengan suatu yang haram.”

(Riwayat Abu Daud (3874))

Begitu juga dengan sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.A,
daripada Nabi S.A.W, Baginda bersabda:

‫ِإ َّن َّلَّل َا لَ ْم يَ ْج َع ْل ِشفَا َء ُك ْم فِي َما َح َّر َم َعلَ ْي ُك ْم‬

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyembuh buat kamu pada perkara yang
telah Dia haramkan ke atas kamu.”

(Riwayat Ibn Hibban (1391))

Juga berdasarkan sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Wa’il al-Hadrami, bahawa Tariq
bin Suwaid al-Ju’fi R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W berkenaan arak. Kemudian
Baginda melarang atau tidak menyukai untuk dia melakukannya. Tariq berkata:
“Sesungguhnya aku melakukannya untuk berubat”. Maka Baginda S.A.W berkata:

‫إِنَّهُ َل ْي َس ِب َد َوا ٍء َولَ ِكنَّهُ َداء‬

“Sesungguhnya ia (arak) bukan ubat, akan tetapi ia merupakan suatu penyakit.”

(Riwayat Muslim (1984))

Berdasarkan beberapa Hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa terdapat dua noktah
penting seperti berikut:

• Rasulullah S.A.W melarang berubat dengan sesuatu yang haram.
• Rasulullah S.A.W melarang berubat dengan arak yang termasuk dalam

kategori najis dan Baginda menyifatkannya sebagai penyakit dan bukannya
ubat.

Oleh yang demikian, Imam al-Nawawi ketika mengulas berkenaan dengan isu hukum
berubat dengan najis, beliau mengatakan bahawa larangan berubat dengan najis
hanyalah merujuk kepada arak. Adapun najis-najis selain daripada arak, hukum asal
penggunaannya juga adalah haram melainkan dalam keadaan darurat yang mana tidak
ada bahan suci lain yang boleh menggantikannya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

‫َوقَ ۡد َف َّص َل لَ ُكم َّما َح َّر َم َع َل ۡي ُك ۡم ِإلَّا َما ٱ ۡض ُط ِر ۡرتُ ۡم ِإ َل ۡي ِه‬

“Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya
atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya.”

(al-An’am (119))

Berdasarkan Hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W menyarankan
agar mereka merawat kesakitan yang dihidapi dengan cara meminum susu dan juga air
kencing unta. Sebagaimana yang kita ketahui, air kencing unta termasuk dalam kategori
najis. Justeru, inilah yang menjadi sandaran kepada sebahagian Fuqaha’ untuk
membenarkan perbuatan berubat dengan najis selain arak, selama mana tidak terdapat
bahan suci lain yang boleh digunakan.





KENYATAAN TOKOH ULAMAK.

(a) Fadhilah al-Syeikh Dr. Sa’d bin Nasir al-Syatsri, Anggota Jawatankuasa Kibar
al-Ulama Arab Saudi.

Beliau berkata: Antara permasalahan yang berkaitan dengan wabak-wabak penyakit
adalah: Hukum mengambil suntikan vaksin yang diberikan dengan tujuan untuk
mencegah daripada penyakit. Maka kami katakan:

“Vaksin yang diberikan ini terdiri daripada: Sesuatu yang telah dikenalpasti kesannya
berdasarkan penyelidikan dan uji kaji bahawa ia dapat mencegah penyakit dengan izin
Allah. Perkara ini baginya hukum-hakam rawatan bahkan ia termasuk sebagai satu jenis
daripada jenis-jenis perubatan. Ini kerana ia termasuk dalam sabda Rasulullah
S.A.W: “Berubatlah kalian.” Maka ia turut mengambil hukum rawatan.”

Kata beliau lagi:

“Yang zahirnya, perbuatan ini (penggunaan vaksin) tidak ada masalah padanya.
Bahkan ia termasuk di dalam amalan qurbah (ibadah). Ini kerana masuknya
kemudaratan di dalam ini tidak menyebabkan mudharat yang lain bahkan ia membawa
kemaslahatan untuk mencegah individu yang diberikan vaksin ini dari sebarang penyakit
yang teruk. Inilah bukti bahawa ianya tidak dilarang.”

(b) Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz.

Ditanyakan kepada Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz Rahimahullah
mengenai hukum berubat sebelum berlakunya sebarang penyakit seperti penggunaan
vaksin. Maka beliau menjawab: Tidak mengapa untuk melakukan rawatan sekiranya
ditakuti berlakunya penyakit disebabkan terdapatnya wabak atau faktor-faktor lain yang
ditakuti berlakunya penyakit disebabkannya. Maka tidak menjadi masalah untuk
memberikan ubat atau rawatan bagi menghalang sesuatu bala yang ditakuti berlaku.

Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W:

‫َم ْن تَ َصبَّ َح بِ َس ْبعِ تَ َم َرا ٍت َع ْج َوةً لَ ْم يَ ُض َّرهُ َذ ِل َك ا ْليَ ْو َم ُس ٌّم َولَا ِس ْحر‬

“Sesiapa yang berpagi-pagi dengan tujuh biji kurma ‘ajwah, tidak akan memberi
kemudharatan kepadanya pada hari tersebut racun dan juga sihir.”

(Riwayat Muslim (2047))

Hadis ini daripada bab menghalangnya bala bencana sebelum ia berlaku. Maka
demikianlah apabila ditakuti berlakunya sesuatu penyakit lalu diberikan vaksin untuk
menghalang wabak yang berlaku di dalam sebuah negara ataupun di mana sahaja
maka tiada sebarang masalah pada hal tersebut. Rujuk Fatawa Ibn Baaz (6/21).

HUJAH DAN DALIL

Berdasarkan kepada pandangan ulamak dan badan berautoriti, kami kemukakan di sini
beberapa hujah:

Sebagaimana bab rawatan berdasarkan kepada ghalabatu al-zhon, tidak menjadi
kesalahan bagi pakar perubatan untuk membina hukum berdasarkan zhon yang ghalib
seperti kata al-Mardawi Rahimahullah:

‫ َع َلى ال َّص ِحيحِ ِم ْن ا ْل َم ْذ َه ِب‬، ‫ َف ِإنَّهُ َي ْك ِفي فِي ِه َغ َل َبةُ ال َّظ ِّن‬: ‫َح ْي ُث َقبِ ْل َنا قَ ْو َل ال َّط ِبي ِب‬

“Sekiranya kita telah menerima pendapat tabib (pakar), maka sesungguhnya memadai
padanya berdasarkan zhon yang ghalib mengikut pendapat yang sahih daripada
mazhab.”

(Lihat al-Insaf, 2/311)

Menjadi kewajiban apabila bertembung maslahat dan mafsadah, maka hendaklah
kita mentahqiqkan yang lebih baik antara dua kebaikan dan menolak yang lebih jahat
daripada dua kejahatan. Justeru, apabila didapati adanya sebahagian ubat-ubatan
sedikit kesan, maka ia dimaafkan, jika sekiranya maslahat lebih banyak.

Memberi suntikan vaksin COVID-19 salah satu daripada cara mengawal penyebaran
wabak seperti ini. Justeru, ia amat bertepatan dengan kaedah:

‫لَا َض َر َر َولَا ِض َرار‬

“Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada juga perbuatan membalas
kemudaratan.”

(Riwayat Ibn Majah (2341) dan al- Daraqutni (4/228) serta selainnya dengan sanad yang
bersambung, Imam Malik (2/746) dalam Muwattho’ secara mursal daripada Amr bin
Yahya daripada bapanya daripada Rasulullah S.A.W, beliau tidak menyebutkan Abu

Sa’id. Namun ia memiliki jalan-jalan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang
lain. Hadis Hasan.)

Dalam isu pengambilan vaksin COVID-19, telah teruji secara ghalibnya boleh memberi
kesan yang baik. Hal ini telah diperakui oleh badan berautoriti dunia.

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kami akhiri perbahasan ini dengan beberapa noktah yang berikut:

Menjadi tuntutan kepada kita untuk merawat penyakit. Begitu juga, mengambil jalan
pencegahan terlebih dahulu sebelum terkena wabak atau sebarang penyakit. Antara lain
dengan menggunakan suntikan vaksin COVID-19. Justeru, setiap langkah yang dilakukan
itu merupakan suatu rawatan terhadap takdir Allah dengan menggunakan takdir-Nya yang
lain. Ia sama sekali tidak bermaksud menolak takdir Allah S.W.T. Ini seperti yang
disebutkan oleh Saidina Umar Ibn Al-Khattab R.A:

‫َن ِف ُّر ِم ْن قَ َد ِر َّلَل ِا ِإ َلى َق َد ِر َّلَل ِا‬

“Kita lari daripada takdir Allah menuju kepada takdir-Nya (yang lain).”

(Riwayat Al-Bukhari (5729))

Kami tegaskan sekali lagi bahawa termasuk dalam proses rawatan adalah dengan
mencegah sesuatu penyakit sebelum ia menimpa. Inilah konsep yang terdapat pada
pengambilan vaksin. Iaitu sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan seseorang
daripada ditimpa penyakit. Hal ini telah diterima ramai oleh pakar dunia termasuk WHO
dan Kementerian Kesihatan seluruh negara di dunia ini.

Sebarang usaha mencegah dan merawat penyakit berjangkit seperti COVID-19 adalah
lebih ditekankan kepentingan dan keperluannya. Ini kerana, sekiranya ia tidak dirawat dan
dicegah ia akan menyebabkan kemudaratan yang terhasil daripadanya menjadi lebih
meluas. Sedangkan kaedah Fiqh menyebut:

‫لَا َض َر َر َولَا ِض َرار‬

“Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada juga perbuatan membalas
kemudaratan.”

Berkenaan dengan hukum penggunaan vaksin COVID-19, selama mana telah dipastikan
bahawa tidak terdapat sebarang bahan-bahan haram yang digunakan dalam penghasilan
vaksin tersebut, maka hukum asal pengambilannya adalah harus. Manakala sekiranya
pengambilan vaksin tersebut terbukti berkesan dalam mencegah penyakit serta ternafi
sebarang kemudaratan daripadanya, maka hukum pengambilannya adalah dituntut
bahkan menjadi kewajiban apabila ditetapkan oleh pihak pemerintah.

Dalam masa yang sama, sekiranya pemerintah membuat ketetapan mewajibkan
pengambilan vaksin COVID-19 ini kepada seluruh rakyat, khususnya kepada mereka
yang terdedah dengan risiko jangkitan seperti pejuang barisan hadapan (frontliners) serta
golongan yang berisiko, maka menjadi kewajipan untuk kumpulan ini mengambilnya.




Click to View FlipBook Version