The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BANGKIT DARI KEGAGALAN/DUGAAN HIDUP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahnur8946, 2021-05-04 20:54:29

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BANGKIT DARI KEGAGALAN/DUGAAN HIDUP

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BANGKIT DARI KEGAGALAN/DUGAAN HIDUP

LANGKAH- LANGKAH

UNTUK BANGKIT DARI
KEGAGALAN/DUGAAN HIDUP

-UBK SMK Bahang-

Bagi sesiapa yang sedang menghadapi waktu sukar
dalam kehidupan, di sini ada perkongsian berkaitan

senarai langkah yang mungkin dapat membantu
kita bangkit daripada kesukaran dan meneruskan
hari-hari mendatang dengan penuh semangat dan

keberanian.

Jom luangakan sedikit masa anda...

1. Mulakan dengan matlamat yang kecil.
Jika matlamat yang besar terlalu sukar untuk
digalas pada satu-satu masa, maka mulakan

dengan matlamat yang kecil.

Buatlah list 'short term aim' dan lihatlah check list
matlamat kecil kita setiap hari. Cuba berusaha
mencapainya. Hati kita akan gembira apabila
matlamat kecil kita tercapai satu per satu.

2. Fokus kepada perkara baik.
Jangan fokuskan fikiran kita dan hati kita

dengan ayat "aku sangat stress".

Sekiranya kita menjalani kehidupan kita
dengan berfikiran begitu, maka semua
perkara akan menjadi semakin sukar
berbanding keadaan yang sebenarnya.

Fokus kepada benda baik yang ada di
sekeliling kita dan dalam diri kita.

3. Cari perkara yang mencetuskan inspirasi untuk terus
bersemangat.

Membaca perkara yang baik-baik serta kisah bermotivasi
dapat memberikan kita ilham dan kekuatan untuk menjadi
orang yang lebih baik dari semalam. Tulislah di dalam nota
kita, apakah inspirasi kita pada hari itu untuk kita mulakan

hari kita dengan bahagia.

4. Membantu orang setiap hari.

Membantu kenalan atau saudara mara yang menghadapi kesukaran bukan
sahaja dapat mengalihkan perhatian kita daripada memikirkan masalah yang
kita hadapi, malah sikap ini dapat membantu memberikan kita kepuasan dan

kegembiraan.

Sifirnya mudah, membantu orang lain dengan meringankan beban atau
memberikan sesuatu yang bermanfaat, akan menyebabkan diri kita rasa

berguna dan diperlukan.

5. Alihkan perhatian sebentar daripada masalah.
Tetapi, jangan jadikan kebiasaan!

Jika masalah itu menyebabkan kita stress sehingga hati dan fikiran kita
menjadi tidak rasional, rasa jiwa kosong, cepat marah, alihkan perhatian
dengan melakukan aktiviti menonton television atau youtube, mendengar
radio atau video ceramah, membaca buku, melukis, bersenam atau melakukan

perkara-perkara yang melibatkan self-care dan self love.

Rehatkan diri sebentar untuk mencari ketenangan, kemudian kembali semula
dengan minda yang segar untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

'Life is a journey'

Hadapi dengan senyuman dan
ketenangan.

Tetapkan matlamat hidup
kita,apa yang ingin kita capai,

supaya tindakan kita selari
dengan matlamat hidup kita

Sekian....

sumber rujukan:
Norzi Malek

Dari Therapist Untuk Therapy


Click to View FlipBook Version