TIPS
PENGURUSAN
MASA SEMASA
CUTI
-UBK SMK Bahang-
Oleh: Pn.Nuratiqah
1.Buat satu senarai tugasan yang perlu
dilkukan
Pada waktu malam sebelum tidur, sediakan satu buku kecil.Buku
kecil yang dicadangkan ialah buku kecil yang mudah dibawa ke
mana-mana. Namun jika tidak ada,gunakan apa-apa sahaja buku
atau kertas kosong yang boleh digunakan.Dalam masa 5 hingga 10
minit, tuliskan semua perkara yang anda mahu lakukan pada esok
hari. Fikirkan sejenak,selepas bangun tidur, apakah aktiviti-aktiviti
yang perlu anda lakukan. Senaraikan semuanya. Senaraikan
aktiviti-aktiviti penting dan juga aktiviti yang mungkin kurang
penting.Cara ini sebenarnya adalah untuk membiasakan diri kita
berfikir dan melihat sedikit jauh ke depan sebelum kita melakukan
sesuatu.
2. TETAPKAN MASA AKHIR
Menetapkan masa akhir,jika kita mahu lakukan sesuatu, anggarkan
berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu.
Sebagai contoh, jika kita merancang untuk menyiapkan kerja
sekolah Matematik, anggarkan berapa lamakah masa yang kita ada
untuk menyiapkannya dan tetapkan bilakah kerja sekolah tersebut
sepatutnya siap.Jika boleh, jangan tetapkan masa yang terlalu
lama kerana jika kita tahu bahawa kita ada banyak masa, kita akan
berlengah-lengah dalam membuat kerja. kita tidak fokus
sepenuhnya dan hasil kerja kita juga tidak sebagus mana.
3. FOKUSKAN MINDA PADA SATU PERKARA
SAHAJA PADA SATU MASA
salah satu sebab mengapa banyak kerja tidak dapat disiapkan,
mengapa kita cuba bertangguh melakukan sesuatu kerja dan
mengapa kita tidak dapat menguruskan masa dengan baik ialah
kita selalu fikir tentang banyak perkara dalam satu masa..Satu
Perkara Pada Satu Masa.dan ingatkan diri kita bahawa kalau sibuk-
sibuk risaukan perkara lain pun, bukannya kerja tersebut boleh
siap.Kuatkan semangat diri untuk membuat subjek-subjek yang
mencabar&kurang digemari.
4. GO WITH THE FLOW
Masa aktif sebagai masa di mana anda rasa paling bertenaga,
bersemangat dan cergas untuk melakukan sesuatu.setiap orang
mempunyai masa aktif yang berbeza.Ada orang yang aktif di waktu
pagi. Ada yang aktif di waktu tengahari, petang atau malam.
Sekiranya masa aktif anda ialah pada waktu pagi. Susun aktiviti
atau tugasan yang paling sukar pada waktu pagi.Susun jadual
belajar subjek yang mencabar pada waktu pagi.Susun aktiviti atau
tugasan yang anda paling tidak suka pada waktu pagi.
5. BELAJAR UNTUK BERKATA 'TIDAK'
Banyak masalah berkenaan pengurusan masa adalah disebabkan kita tidak
mampu untuk berkata TIDAK. Sebagai pelajar, anda perlu belajar berkata
tidak kepada perkara-perkara yang boleh mengganggu kelancaran
rancangan anda. Jika anda kesuntukan masa untuk siapkan kerja sekolah dan
menerima pesanan sms, tidak perlu jawab jika ia tidak penting atau jawab
dan beritahu sahabat anda yang anda tidak dapat berbalas-balas sms
dengannya atau perkara lain yang boleh menggangu fokus belajar anda.
Jangan risau dengan tanggapan rakan-rakan sekiranya anda tidak membalas
mesej atau mengikut ajakan rakan untuk bermain game.Maklumkan secara
baik kepada rakan,ahli keluarga untuk memberikan ruang masa kepada anda
unuk belajar dalam tempoh masa yang tertentu
6. BE FLEXIBLE
semasa kita merancang dan menguruskan masa, kita perlu bersedia
untuk berubah atau sedikit terpesong daripada rancangan awal
kita. Sebagai contoh, jika kita merancang untuk belajar Matematik
selama 40 minit dan belajar Sejarah selama 40 minit selepas itu,
kita perlu bersedia untuk menukar rancangan jika ianya tidak
berjalan seperti yang diharapkan.
6. BE FLEXIBLE
Mengapakah kita perlu fleksibel? Majoriti pelajar TAHU bagaimana untuk
membuat jadual belajar. Sejak sekolah rendah lagi pelajar sudah belajar
bagaimana mahu membuat rancangan untuk belajar setiap hari. Mereka akan
satu jadual di mana tertulis pada pukul berapa pergi ke sekolah, pukul berapa
pergi tuisyen dan sebagainya.Namun satu perkara yang kurang ialah pelajar
tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika rancangan itu tidak dapat diikuti
sepenuhnya. Jika mereka tulis belajar subjek Sains pada pukul 8 malam, apa
akan terjadi jika malam itu ada banyak latihan Sejarah yang perlu disiapkan?
Apa akan jadi jika keesokan harinya ada peperiksaan subjek Bahasa Melayu dan
persediaan belum dilakukan dengan baik?
6. BE FLEXIBLE
Apabila pelajar tidak dapat mengikuti jadual mereka dengan baik, selalunya 2
perkara akan berlaku.
1. Pelajar rasa bersalah dan susah hati. Akibatnya mereka tidak dapat tumpukan
perhatian kepada kerja yang hendak dilakukan segera kerana asyik teringat
tentang jadual mereka yang tidak dapat disempurnakan.
2. Pelajar akan rasa lemah semangat dan hilang minat untuk membuat jadual.
Rungutan pelajar:kalau buat jadual pun, bukan boleh ikut semua. Buat sakit hati
nanti. Baik tak payah buat jadual!? inilah sebab utama mengapa pelajar tidak
suka membuat jadual untuk menguruskan masa mereka. Ramao pelajar yang
mengalami masalah ini. Akhirnya mereka fikir lebih baik tak payah buat jadual
sebab kalau buat pun bukan kita boleh ikut semuanya.
6. BE FLEXIBLE
Kepada sesiapa yang berpendapat begini terutamanya pelajar, INGAT 2 perkara
ini:
1.Lebih baik ada jadual dan rancangan menguruskan masa berbanding tidak ada
jadual dan rancangan.
2.Jika kita tidak sempurnakan jadual atau rancangan menguruskan masa, ia JAUH
LEBIH BAIK daripada orang-orang atau pelajar-pelajar yang tidak ada langsung
jadual atau rancangan menguruskan masa.
Masalah ini berlaku disebabkan pelajar tidak faham konsep pengurusan masa dan
tidak boleh jadi fleksibel.
6. BE FLEXIBLE
jika kita sudah buat rancangan dan jadual tetapi tidak boleh sempurnakannya,
gunakan 2 langkah di bawah:
1. Katakan kita rancang 10 perkara untuk dilakukan tetapi hanya berjaya sempurnakan
7 sahaja manakala 3 lagi gagal dilaksanakan, kita perlu bersyukur dan ucapkan
tahniah kepada diri kita kerana telah berjaya sempurnakan 7 perkara yang kita
rancang. Penuhkan diri dengan rasa gembira, seronok, bangga dan syukur kerana kita
BERJAYA selesaikan 7 daripada 10 rancangan. Itu satu pencapaian yang hebat.
2. Soal diri kita sendiri, bagaimana untuk aku boleh sempurnakan semua sekali
perkara yang telah dirancangkan? Soalan ini akan membuat minda kita lebih positif,
bersemangat dan bersedia untuk mencari jalan untuk memajukan prestasi pengurusan
masa kita pada masa yang akan datang.
7. LUANGKAN LEBIH MASA UNTUK AKTIVITI
YANG PALING MENDATANGKAN HASIL
Renungkan sejenak:
20% daripada USAHA kita akan menghasilkan 80% daripada HASIL yang kita perolehi?
Jangan bimbang jika ayat ini sukar difahami. Ia bermaksud beberapa perkara:
1. Tidak semua aktiviti yang kita lakukan penting dalam mendapatkan hasil yang kita
mahu.
2. Kalau kita lakukan 10 perkara untuk skor markah 100%, contohnya, 2 daripada perkara
tersebut boleh menghasilkan 80% daripada markah 100% itu.
7. LUANGKAN LEBIH MASA UNTUK AKTIVITI
YANG PALING MENDATANGKAN HASIL
Untuk lebih mudah faham, bayangkan anda lakukan 10 perkara ini untuk skor 100% markah dalam peperiksaan.
1.Pergi tuisyen
2.Buat kerja sekolah
3.Buat latih tubi
4.Pergi perpustakaan
5.Beli buku
6.Belajar di rumah kawan
7.Belajar sendiri di rumah
8.Jumpa dan tanya guru
9.Jumpa dan tanya kawan
10.Sediakan alat tulis yang sempurna
Dalam 10 perkara yang dilakukan ini, sebenarnya ada lebih kurang 2 perkara yang akan menyumbang kepada 80% daripada
markah yang bakal kita perolehi. Aktiviti yang mana satu agaknya?Ia terpulang kepada individu. Namun apa yang penting
ialah anda perlu fikirkan aktiviti apakah yang benar-benar menyumbang kepada markah yang bakal anda perolehi. Jadi
sekarang, cuba senaraikan semua aktiviti yang anda lakukan setiap hari untuk skor A dalam peperiksaan.
7. LUANGKAN LEBIH MASA UNTUK AKTIVITI
YANG PALING MENDATANGKAN HASIL
Setelah anda faham konsep bahawa ada lebih
kurang 20% aktiviti yang benar-benar membantu kita
mencapai matlamat skor yang baik dalam
peperiksaan, anda juga harus sedar bahawa
kebanyakan pelajar menghabiskan masa mereka
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak penting kepada
mereka.
7. LUANGKAN LEBIH MASA UNTUK AKTIVITI
YANG PALING MENDATANGKAN HASIL
Tips ini juga merupakan satu rahsia mengapa pelajar cemerlang selalunya kelihatan
seperti belajar sedikit atau tidak belajar tetapi mampu mendapat keputusan cemerlang di
dalam peperiksaan. Ada ramai pelajar cemerlang yang sibuk dengan aktiviti kokurikulum
sekolah tetapi masih mampu skor A dalam peperiksaan dengan agak mudah. Ini adalah
kerana mereka tahu untuk fokus kepada aktiviti yang menyumbang kepada matlamat yang
mereka ingin capai. Mereka telah kenal pasti aktiviti mana yang penting untuk mereka dan
luangkan lebih banyak masa untuk aktiviti tersebut.Hari ini atau mungkin sepanjang minggu
ini, cuba kenal pasti aktiviti yang penting untuk skor A dalam peperiksaan. Kemudian
luangkan lebih banyak masa untuk lakukan aktiviti tersebut. Dapatkan bantuan dan nasihat
ibu bapa dan guru untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti ini. anda akan dapat lihat
perbezaannya dari segi pengurusan masa dan juga pencapaian anda dalam bidang
akademik nanti.
Sumber rujukan:
https://www.osmanaffan.com/7-tips-latihan-pengurusan-masa-
sepanjang-cuti-sekolah/