The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INFO KERJAYA:
PERBEZAAN PAKAR PSIKIATARI, PEGAWAI PSIKOLOGI DAN KAUNSELOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahnur8946, 2020-11-11 23:32:56

INFO KERJAYA: PERBEZAAN PAKAR PSIKIATARI, PEGAWAI PSIKOLOGI DAN KAUNSELOR

INFO KERJAYA:
PERBEZAAN PAKAR PSIKIATARI, PEGAWAI PSIKOLOGI DAN KAUNSELOR

INFO KERJAYA:
PERBEZAAN PAKAR
PSIKIATARI, PEGAWAI
PSIKOLOGI DAN KAUNSELOR

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Bahang

JOM KENALI PAKAR PSIKIATRI,
PEGAWAI PSIKOLOGI DAN
KAUNSELOR?

Semua profesion ini terlibat dalam merawat isu
kesihatan mental serta memerlukan pemahaman yang

mendalam terhadap emosi, pemikiran serta tingkah
laku tetapi sebenarnya mereka mempunyai peranan

yang berbeza.

Di Kementerian Kesihatan Malaysia,

PEGAWAI perjawatan pegawai psikologi terbahagi
PSIKOLOGI kepada tiga kategori iaitu pegawai

psikologi klinikal, pegawai psikologi
umum dan kaunselor. Setiap satunya
mempunyai latar belakang pendidikan

serta latihan yang berbeza.

PEGAWAI PSIKOLOGI
KLINIKAL

Pegawai yang terlibat secara langsung dalam
perawatan pesakit mental dan sering

bekerjasama dengan pakar psikiatri dalam
merawat pesakit secara holistik.

Mereka ditempatkan di bawah Jabatan Psikiatri
dan Kesihatan Mental serta kebanyakannya cuma

ada di hospital negeri.

PEGAWAI PSIKOLOGI
UMUM

Tidak terlibat dalam perawatan pesakit
dan biasanya mereka di tempatkan di
bahagian pengurusan. Mereka mempunyai
kelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi

serta tiada pendedahan klinikal.

KAUNSELOR

Terlibat dalam menjalankan intervensi kaunseling kepada
populasi yang sihat di mana ia bertujuan untuk mencegah
penyakit mental, menguruskan cabaran dalam hidup serta
mengekalkan kesejahteraan diri.Ini bermaksud kaunseling

memberi fokus kepada mereka yang sihat serta tidak
mempunyai penyakit mental. Kaunselor mempunyai kelulusan
Sarjana Muda Kaunseling serta tidak semestinya mempunyai

latar belakang pendidikan sains.

Bagi perawatan pesakit psikiatri
atau penyakit mental, pakar

psikiatri dan pegawai psikologi
klinikal merupakan perawat yang

utama.

PSPIAKKIAATRRI PPKSELIGKINAOIWLKOAAGLII

PERBEZAAN

PAKAR PSIKIATRI

Merupakan doktor perubatan, manakala pegawai psikologi
klinikal tidak mempunyai kelulusan bidang perubatan. Untuk
menjadi pakar psikiatri, seseorang itu haruslah mendapatkan

Ijazah Sarjana Perubatan terlebih dahulu yang biasanya
mengambil masa selama lima tahun.Selepas menjalankan
tempoh perkhidmatan sebagai pegawai perubatan siswazah
dan pegawai perubatan, seseorang itu boleh menyambung

pelajaran dalam bidang kepakaran psikiatri bagi
membolehkannya menjadi pakar psikiatri. Secara purata,
pengajian kepakaran ini mengambil masa kira-kira empat

tahun.

PEGAWAI PSIKOLOGI
KLINIKAL

Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana
(Master) Psikologi. Ada juga pegawai psikologi yang
mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD).Mereka yang

mempunyai kelulusan PhD ini dipanggil 'Dr' tetapi bukanlah
doktor perubatan. Mereka turut menerima latihan dan
penyeliaan dalam diagnosa serta perawatan penyakit
mental secara klinikal sekurang-kurangnya dua tahun.

PAKAR PSIKIATRI

Pakar psikiatri merawat penyakit mental yang
lebih teruk tahapnya (Severe mental illness)

berbanding pegawai piskologi klinikal. Antara
jenis penyakit mental tersebut adalah
Schizophrenia, Bipolar Disorder serta
kemurungan yang teruk.

PAKAR PSIKIATRI

Pakar psikiatri boleh memberikan preskripsi ubatan
kepada pesakit manakala pegawai piskologi tidak boleh
berbuat demikian.

Pakar psikiatri membuat diagnosa penyakit serta
merancang pelbagai pelan perawatan komprehensif
untuk penyakit mental yang serius termasuk ubatan,
psikoterapi serta rawatan elektrokonvulsif.

PEGAWAI PSIKOLOGI
KLINIKAL

Pegawai psikologi klinikal pula memberi fokus
kepada rawatan psikoterapi. Dalam aspek terapi,

pegawai psikologi klinikal mensasarkan tiga
matlamat utama iaitu membantu pesakit sedar dan
memahami punca terjadinya masalah, membantu
pesakit belajar teknik dan strategi untuk menghadapi

masalah tersebut serta meningkatkan kekuatan
dalaman dan membantu memperkasakan diri untuk

mengelakkan dari berlakunya relaps.

PEGAWAI PSIKOLOGI
KLINIKAL

Kemurungan pada peringkat ringan dan
sederhana masih boleh dikendalikan oleh
pegawai psikologi klinikal melalui intervensi
psikoterapi. Kaedah intervensi psikoterapi ini
merupakan satu kaedah perawatan yang
berkesan serta mendapat tempat dalam pelbagai
garis panduan perawatan penyakit mental.
Ada juga kes di mana perawatan psikoterapi
sahaja tidak memadai dan memerlukan kombinasi
dengan ubatan.

PEGAWAI PSIKOLOGI
KLINIKAL

Antara masalah kesihatan mental yang dikendalikan
oleh pegawai psikologi klinikal di Malaysia adalah
seperti berikut:
a) Masalah berkaitan dengan tekanan, kerunsingan
dan keresahan
b) Kecelaruan tabiat (Habit Disorders)
c) Masalah pembelajaran, pekerjaan dan kesukaran
membuat keputusan
d) Masalah interpersonal - masalah sosial, pasangan
dan perkahwinan

PEGAWAI PSIKOLOGI
KLINIKAL

e) Masalah penyesuaian (Adjustment) psikososial terhadap
penyakit dan aspek penting dalam kehidupan
f) Masalah tingkah lakug) Masalah kognitif
h) Kecelaruan emosi

Pegawai psikologi klinikal boleh menjalankan penilaian
psikologi dan psikometrik yang digunakan untuk membantu
membuat sesuatu diagnosis atau intervensi. Antara
penilaian tersebut adalah penilaian keupayaan intelek (IQ),
ujian personaliti serta penilaian tingkah laku dan emosi.

Sumber Rujukan:
https://www.google.
com.my/amp/s/www
.astroawani.com/beri
ta-malaysia/pakar-

psikiatri-pegawai-
psikologi-atau-
kaunselor-sama-
atau-berbeza-
223005%3famp=1

SEKIAN...


Click to View FlipBook Version