The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL ERMA LISA BINTI ENGGAL IPG-Pelajar, 2024-03-12 04:28:56

.

.

KADET REMAJA SEKOLAH BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH


NAMA NURUL ERMA LISA BINTI ENGGAL ANGKA GILIRAN 2021212350222 KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021-2026 MENTOR PUAN RAZIMAH BINTI MUSTAFFA PENSYARAH PENASIHAT ENCIK ROHIMI BIN JAMEL KUMPULAN PLATUN KUMPULAN 1 ALAMAT RUMAH LOT 107, JAMBATAN 22, KG SIM SIM, SANDAKAN, SABAH E-MEL [email protected] BIODATA


KANDUNGAN


KANDUNGAN


SEJARAH


TUJUAN PENUBUHAN 1. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. 2. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. 3. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.


TUJUAN PENUBUHAN 4. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajarpelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. 5. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. 6. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. 7. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


OBJEKTIF PENUBUHAN Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.


OBJEKTIF PENUBUHAN Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.


PENUBUHAN TKRS Diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin Sha’aban pada 27 Jun 1987 Nama asal Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) di bawah Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA) dengan 20 orang ahli Matlamat : melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan Bernaung di bawah Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara kehidupan (AD DEEN). Mulai Tahun 1989 beberapa sekolah di Wilayah Persekutuan mula menubuhkan KPIM.


PENUBUHAN TKRS 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) Sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini yang sebelumnya Kadet Putera Islam Malaysia, kepada Kadet Putera Puteri Islam Islam (KPIM) Walaubagaimanapun, nama pasukan telah ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS) 1993 10 OGOS 1993


PENUBUHAN TKRS OKTOBER 1993 Taklimat & pendedahan kepada pengarahpengarah bahagian Kementerian Pendidikan diadakan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Keputusan agar nama pasukan ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan telah dibuat. 20 JUN 1995 NovemberDisember 1995 Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.


4 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN 1.DISIPLIN YANG KENTAL KRS ditubuhkan untuk membantu menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar remaja seperti budaya lepak dan salah guna dadah. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2. PEGANG TEGUH KEPADA AGAMA KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentimen beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia.


4 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN 3. CINTA AKAN NEGARA Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zaman dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukunegara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Beruniform KRS. 4. SANGGUP BERKHIDMAT KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak muliah, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan wawasan 2020. MISI DAN VISI


PENGASAS KRS ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Dilahirkan di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985 . Beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia.


PERLEMBAGAAN


LOGO KRS Perisai : melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang : melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang : melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam tindakan. Buku yang terbuka dan rehal : melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu bagi semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


LOGO KRS Warna Hijau : melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna Merah : melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna Kuning : melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia. Warna Putih : melambangkan keikhlasan serta kesucian.


BENDERA KRS Pengertian Bendera Warna Hijau melambangkan: Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS


MOTO KRS Ilmu, Iman, Amal Ilmu: Asas keintelektuan dan ketrampilan ahli KRS Iman: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri Amal: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektuan dan disiplin diri.


KEAHLIAN 1. Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 2. Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 3. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan. 4. Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. 6. Ahli KRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain,keahlian asal masih diterima pakai.


PAKAIAN KRS Lelaki a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm) d. Tali wisel merah. e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. f. Spike boot.


PAKAIAN KRS Perempuan a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. d. Spike boot. e. Tali wisel merah. *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.


PAKAIAN TKRS Lelaki a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 ) c. Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm) d. Tali wisel merah. e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. f. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam


PAKAIAN TKRS Perempuan a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda ( L 109 ). c. Seluar /Kain Sekolah. d. Tali wisel merah. e. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.


KURIKULUM TKRS TERAS Pendidikan Kerohanian Pendidikan Ketatanegaraan Latihan Fizikal Memahami dan mengenal Tuhan Amalan mulia yang perlu Tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/a hli masyarakat Mengenal dan mengamalkan nilai murni Mengenal adat istiadat bangsa di Malaysia Mengenal bendera Malaysia & maknanya Menyanyi lagu ‘Negaraku’ & lagu patriotik yang lain dengan semangat Memahami & menghayati rukun negara Konsep kekeluargaan Kebudayaan Melayu & kaum kaum lain. Mengenal tokoh pejuang kemerdekaan Senaman Latihan kecergasan Latihan asas kawad kaki Latihan merentas halangan


KURIKULUM TKRS ELEKTIF Aktiviti di darat Aktiviti Mental Aktiviti Ketahanan Diri Penggunaan kompas Aktiviti pandu arah Ikhtiar hidup Latihan kumpulan dinamik Latihan mencipta logo & slogan Latihan sumbangsaran Latihan ‘brainstorm’ dalam menyelesaikan masalah Latihan membuat persembahan secara berkumpulan Latihan kawad kaki (pertandingan/acara rasmi) Latihan asas bantu mula Latihan ‘Fire drill’ Latihan membuat ikatan & simpulan mudah Tatatertib Pasukan Pakaian Seragam Membaca & menafsir peta


KURIKULUM TKRS ELEKTIF Aktiviti Pendidikan Luar Pendidikan Alam Sekitar Kemahiran Hidup Perkhemahan Orienteering Rekreasi Tali -Abseiling -Flying Fox Ikat & Simpulan Kembara Mengenal flora & fauna Menyedari kepentingan flora & fauna (penjagaan pokok) Cara mengatasi masalah kepupusan flora & fauna Menjaga kebersihan alam sekitar Rekacipta daripada bahan terbuang Kitar semula Baikpulih perabot Buat kraftangan/gajet Latihan memasak Latihan asas jahitan


KURIKULUM TKRS ELEKTIF Aktiviti di Air Khidmat kepada Sekolah Water confidence Latihan keselamatan semasa berada di air Latihan asas berenang Khidmat guna tenaga Persembahan kebudayaan Gotong-royong Memakmurkan kemudahan sekolah Keceriaan/Keselamatan/ Kebersihan Sekolah


STRUKTUR ORGANISASI


SENARAI STRUKTUR ORGANISASI PENSYARAH PENASIHAT: PENGERUSI: SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA NAIB PENGERUSI: BENDAHARI PENOLONG BENDAHARI Kumpulan 1 AHLI JAWATANKUASA Kumpulan 2 Kumpulan 3


CARTA ORGANISASI KRS PLATUN IPGK BAHASA ANTARABANGSA PENSYARAH PENASIHAT: ENCIK ROHIMI BIN JAMEL ENCIK MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN PENGERUSI: SYAHMI HAKIM BIN SUHAIMI SETIAUSAHA: THIVYABARTHY A/P JAYASEELAN PENOLONG SETIAUSAHA: MUHAMMAD NABIL FIKRI BIN MOHD YUSRI NAIB PENGERUSI: MAISARA LIANA BENDAHARI: YEW YUN XIN PENOLONG BENDAHARI: SITI AISYAH BINTI IBRAHIM Kumpulan 1: ADELINE YU MEE CHEE / NUR AIN FARHANA BINTI ROSLI AHLI JAWATANKUASA Kumpulan 3: ANIS SYAHIRA BINTI AZMI / WAN NUR NABILAH BINTI WAN AHMAD YANEE Kumpulan 2: NUR SYURAYA UMIRA BINTI KHAIRUDIE / NUR IZZATI BINTI YAMAN


JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT Jawatankuasa KRS mempunyai 4 peringkat iaitu: a. Peringkat Kebangsaan b. Peringkat Negeri c. Peringkat Daerah d. Peringkat Sekolah


Penasihat (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) Pengerusi (Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian ) Penaung (Menteri Pendidikan Malaysia) Timbalan Pengerusi (Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian) Setiausaha (Ketua Penolong Pengarah) Penolong Setiausaha (Penolong Pengarah) Bendahari (Dilantik) Ahli-ahli Pengarah-Pengarah JPN Juruaudit Dilantik a) PERINGKAT KEBANGSAAN


b) PERINGKAT NEGERI Penasihat (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) Pengerusi (Pengarah Pendidikan Negeri) Penaung (Menteri Pendidikan Malaysia) Timbalan Pengerusi (Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid ) Setiausaha (Ketua Unit Kokurikulum) Penolong Setiausaha II (Pegawai Tadbir KRS) Bendahari (Dilantik) Ahli-ahli Pegawai Pendidikan Daerah 2 wakil sekretariat Negeri 2 Wakil Jurulatih KRS dan Wakil PKPSM dan MGB Juruaudit Dilantik Penolong Setiausaha I (Penyelia Pasukan Badan Beruniform)


c) PERINGKAT DAERAH Penasihat (Pengarah Pendidikan Negeri) Pengerusi (Pegawai Pendidikan Daerah) Penaung (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) Timbalan Pengerusi ( Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( SPPK )) Setiausaha (Penyelia) Penolong Setiausaha (Dilantik) Bendahari (Dilantik) Ahli-ahli 2 Wakil Jurulatih KRS 2 wakil sekretariat Daerah Wakil PKPSM dan MGB Juruaudit (Dilantik 2 orang) Ex-Officio Pegawai Tadbir KRS Negeri


d) PERINGKAT SEKOLAH Penasihat (PPD) Pengerusi (Guru Besar) Penaung (Pengarah Pendidikan Negeri) Timbalan Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum) Setiausaha (dilantik) Penolong Setiausaha (dilantik) Bendahari (dilantik) Ahli-ahli 7orang dilantik + Ketua Platun Juruaudit Dilantik di kalangan guru Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.


STRUKTUR ORGANISASI KRS IPGM KPM Penasihat (Dato’ Haji Pkharuddin Bin Haji Ghazali) Pengerusi (Dr. Mohd Azam Bin Ahmad) Penaung (Fadhlina Binti Sidek) Timbalan Pengerusi (Dr. Mazlan Bin Aris) Setiausaha (Ketua Jabatan) Penolong Setiausaha (Pengerusi Majlis Tadbir KRS) Bendahari (Ahli Majlis Tadbir KRS) Ahli-ahli Pengarah-pengarah IPG 4 Ahli Majlis Tadbir KRS Juruaudit 1 IPG 1 Ahli Tadbir Majlis Ex-Officio Pegawai Latih BPG Pegawai Latih BPG


MAJLIS TADBIR UNIT BERUNIFORM KRS IPGM KPM Matlamat Majlis Tadbir Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain


FUNGSI MAJLIS TADBIR Tugas Pengerusi Mengurus dan mentadbir pertubuhan Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti Meneliti catatan minit mesyuarat Berhak mempunyai undi pemutus Menandatangani cek-cek


FUNGSI MAJLIS TADBIR Tugas Naib Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi Tugas Setiausaha Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undangundang Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi Mengendalikan urusan surat-menyurat Menyimpan buku daftar ahli Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan


FUNGSI MAJLIS TADBIR Tugas Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira Menandatangani cek-cek yang diterima Mengeluarkan resit Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat


FUNGSI MAJLIS TADBIR Tugas AJK Biasa Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJARKRS Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS ※ Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO Tanggunjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan


FUNGSI MAJLIS TADBIR Tugas Ketua Jurulatih Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau programberkaitan kejurulatihan KRS Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas – jurulatih dalam sesuatu program Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai Tatacara perkhemahan


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


KOMPENI Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar /Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, StafSarjan dan 4 orang Ketua Platun


PLATUN Setiap platun dianggotai seramai 24 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet.


SEKSYEN Setiap seksyen dianggotai seramai 24 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet.


SISTEM PANGKAT TKRS Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS / TKRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS / TKRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi : Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS Setiausaha : Koperal KRS / TKRS Bendahari : Koperal KRS / TKRS Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS / TKRS Ahli-ahli : Semua anggota KRS / TKRS yang berdaftar di sekolah


Click to View FlipBook Version