1 Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Alhamdulilah, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah sama-sama berusaha dengan lebih gigih dalam menghasilkan Pelan Strategik Organisasi (PO) 2021 – 2023 SK Kedawang. Saya selaku Guru Besar mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat mengharungi cabaran tahun 2021 ini dengan penuh semangat dan dedikasi yang membara dalam melaksanakan program-program atau aktivitiaktiviti sekolah yang telah dirancang untuk mencapai matlamat dan visi yang telah kita persetujui bersama. Perancangan Strategik Organisasi adalah tulang belakang kepada pengurusan sekolah. Ia merupakan satu proses merancang hala tuju organisasi yang kemudiannya akan menjadi panduan kepada semua guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Perancangan Strategik Organisasi ini juga adalah suatu agenda pengurusan pendidikan yang amat berkait rapat dengan kecemerlangan dan kualiti modal insan arah pencapaian matlamat pendidikan bertaraf dunia. Melaluinya setiap program modal insan yang bakal dilaksanakan hendaklah dirancang secara penuh sistematik bagi mencapai keberkesanannya dengan melibatkan strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses menyampaikan pelajaran. Bagi Sekolah Kebangsaan Kedawang, fokus Perancangan Strategik Organisasi adalah berfokus kepada bidang keberhasilan pemimpin, kualiti guru dan kemenjadian murid seiring dengan program TS25. Di samping itu, ia menekankan kepada pengurusan modal insan yang terancang dan rapi kerana sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Kedawang sentiasa berusaha ke arah melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kecemerlangan, bertakwa dan sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun sebilangan besar murid sekolah ini adalah lingkungan tahap sosioekonomi yang rendah, namun usaha yang padu serta jitu dengan penggemblengan tenaga para guru amatlah perlu demi merealisasikan slogan “SKKD THE BEST”. Perancangan Strategik Organisasi ini dihasilkan dengan tujuan membolehkan para pendidik sekolah ini terus melaksanakan segala program modal insan yang dirancang ke arah pencapaian wawasan negara dengan lebih berkesan. Demi mencapai impian ini keterlibatan dan komitmen setiap warga Sekolah Kebangsaan Kedawang amatlah penting dan sangat-sangat diperlukan. Semoga dengan usaha murni ini Sekolah Kebangsaan Kedawang akan terus mengorak langkah ke hadapan dengan lebih gagah selaras dengan kehendak visi dan misinya. AMIRUDDIN BIN HJ.MAT, PJK Guru Besar SK Kedawang SEKAPUR SIRIH
2 SEJARAH SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG Sekolah ini mula dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kedawang. Dibuka dengan rasminya pada 21 Januari 1328 Hijrah (1909/10 Masihi). Tapak asal adalah menumpang di tanah yang bersempadan dengan kawasan sekolah sekarang. Sungguhpun pembinaan sekolah ini adalah usaha pihak kerajaan, tetapi terdapat beberapa orang penting yang telah bekerjasama menjayakan pembangunan sekolah ini. Mereka ialah Penghulu Talib bin Harun (Penghulu Mukim Kedawang), Lebai Rahim (Imam Masjid), Haji Mohd Nor, Lebai Sharif dan Shaari Sulaiman (Panglima Mukim Kedawang). Sejak mula ditubuhkan sehingga 1955, sekolah ini ditadbir terus oleh Pejabat Pelajaran Kedah. Mulai 1956, barulah ditubuhkan Jawatankuasa Lembaga Didikan Sekolah. Sistem ini berakhir pada tahun 1957. Guru yang pertama ialah Encik Yusof b Ahmad berasal dari Pulau Pinang dan juga merupakan Guru Besar yang pertama dilantik. Pada hari pertama persekolahan, hanya terdapat 72 orang murid. Sehingga 1943, seramai 808 orang murid yang bersekolah iaitu hanya murid lelaki sahaja. Mulai 1943, ramai murid perempuan diterima masuk sehingga berjumlah 2133 orang keseluruhannya. Bangunan sekolah yang pertama didirikan adalah secara gotong royong oleh penduduk berbentuk bumbung panjang, atap bukit, dinding pelupuh, berlantai tanah dan rangkanya daripada kayu. Pada tahun 1921, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan berangka dan bertiang besi, atap nipah, lantai simen dan berdinding bertam tidak berbilik. Tapaknya diubah ke tempat kawasan sekolah sekrang. Bangunan ini digunakan sehingga tahun 1935. Pada tahun 1936, sebuah bangunan batu (bangunan tetap) mengandungi 5 bilik darjah siap dibina. Setelah mengalami pertambahan penduduk, sebuah bangunan diperbuat daripada kayu telah dibina dengan bantuan modal oleh kerajaan. Pada tahun 1970, sebuah projek bangunan dua tingkat mengandungi 4 bilik darjah, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru, tandas, sebuah stor dan sebuah kantin telah diluluskan dan siap dibina pada bulan Februari 1971. Pada 28 Mac 1973 bangunan tersebut mula digunakan. Dari tahun 1910 hingga 1952, hanya Sekolah Melayu Kedawang sahaja terdapat dalam Mukim Kedawang. Namun pada tahun 1953, sebuah sekolah telah dibina iaitu Sekolah Kebangsaan Temoyong. Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Kedawang telah berusia 111 tahun.
3 PINTU MASUK DAN BANGUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG
4 SENARAI GURU BESAR TAHUN 1990 - SEKARANG Bil Nama Guru Besar Tempoh Berkhidmat 1 En. Abu Seman bin Ahmad 1990 – 1994 2 En. Adnan bin Muda 1995 – 1996 3 En. Ahmad bin Hamid 1997 – 2002 4 Thachanamurthy A/l Kathamuthu 1 Okt 2002 – 1 Feb 2006 5 Tuan Haji Din bin Ibrahim 1 Feb 2006 – 16 Mac 2009 6 En. Fadzil bin Othman 16 Mac 2009 – 16 Okt 2010 7 En. Baharun bin Din 16 Okt 2010 – 16 Apr 2015 8 En. Amiruddin bin Hj. Mat 16 Apr 2015 – sekarang
5 LENCANA SEKOLAH Pengertian Terdiri daripada 3 warna iaitu merah, biru dan kuning yang merupakan warna asas sekolah. ➢ Merah Bermaksud darah panas kepahlawanan yang berani berjuang. ➢ Biru Melambangkan perpaduan dan keharmonian warga sekolah. ➢ Kuning Membawa pengertian daging yang membentuk jiwa yang bersih.
6 LENCANA SEKOLAH Obor Melambangkan semangat yang membara untuk menuju kejayaan dan kecemerlangan. Lingkaran Padi Pada Perisai Tanaman utama penduduk tempatan. Perisai Melambangkan kekuatan fizikal dan mental warga SKKD.
7 MOTTO SEKOLAH “ BELAJAR DAN BERBAKTI” Belajar merupakan matlamat yang penting bagi setiap pelajar. Segala ilmu dapat diperolehi dengan belajar. Berbakti pula memberi pengertian bahawa semua ilmu yang diperolehi oleh setiap pelajar dapat dimanfaat agar sentiasa menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. SLOGAN SEKOLAH “SKKD THE BEST”
8 LAGU SEKOLAH Dari kecil sehingga dewasa Mendidik kami ilmu yang berguna Hormat guru juga ibu bapa Sentiasa tertanam di jiwa Berusaha untuk jaya diri Bertakwa kepada Ilahi Berjasa kepada negeri Kami murid Sekolah Kedawang Berjanji akan terus berusaha Mengharumkan nama sekolah Sekolah Kebangsaan Kedawang
9 MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi negara • Melestarikan Membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal. • Sistem Keteraturan. • Pendidikan Ilmu pengetahuan, latihan atau ajaran ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik. • Membangun Usaha atau kegiatan membangun (memaju atau mengembangkan) murid. • Potensi Kemampuan murid untuk mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu : keupayaan. • Individu Murid. • Memenuhi Mencapai sesuatu yang diperlukan. • Aspirasi Keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan sesuatu) cita-cita, hasrat. • Aspirasi Negara Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam Pendidikan 5 ASPIRASI SISTEM 1. Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atau menjelang tahun 2020. 2. Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. 3. Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020. 4. Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. 5. Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
10 6 ASPIRASI MURID 1. Pengetahuan Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains serta mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia. 2. Kemahiran Berfikir Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru. 3. Kemahiran Memimpin Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal. 4. Kemahiran Dwibahasa Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta digalakkan mempelajari bahasa tambahan. 5. Etika Kerohanian Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka dengan berani membuat keputusan yang tepat. 6. Identiti Nasional Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status ekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia. Sekolah Kebangsaan Kedawang akan berusaha memaju serta mengembangkan kemampuan setiap murid supaya mereka mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemampuan ini akan dibangunkan oleh Sekolah kebangsaan Kedawang dengan mengekalkan keteraturan ilmu yang baik kualitinya serta tinggi nilainya.
11 VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera • Pendidikan Ilmu pengetahuan, latihan atau ajaran ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik. • Berkualiti Melebihi yag lain. Baik kualitinya: tinggi nilainya. • Insan Manusia (murid) • Terdidik Mendapat latihan (asuhan, pengajaran dan lain-lain) yang sempurna: terlatih. • Negara Malaysia • Sejahtera Bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain, aman sentosa dan makmur; selamat. Sekolah kebangsaan kedawang merupakan sebuah institusi yang memberikan ilmu pengetahuan yang berkualiti bagi menghasilkan kumpulan murid yag mendapat asuhan serta pengajaran yang sempurna ke arah membina negara Malaysia yang aman dan makmur.
12 OBJEKTIF • Meningkatkan kompetensi dan komitmen dalam pengajaran dan pembelajaran. • Meningkatkan prestasi pencapaian UPSR dalam aspek kualiti dan kuantiti. • Mencapai zero defect 3M menjelang 2020. • Memupuk semangat budaya saing dalam membangunkan modal insan. • Menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa dan berkesan serta menarik minat murid dan menggalakkan mereka menggunakan daya berfikiran tinggi. • Membentuk sikap taat setia, patuh pada peraturan, hormat pada ibu bapa dan guru, menjaga keselamatan harta benda awam serta menjaga nama baik sekolah. • Melahirkan murid-murid yang berkebolehan dalam semua bidang dan berketrampilan, sedia memberi bantuan tanpa mengira balasan. FALSAFAH • Menyediakan pendidikan yang bermutu untuk meningkatkan pencapaian prestasi dalam semua peperiksaan. • Melahirkan kumpulan murid-murid yang bertanggungjwab melalui programprogram yang diadakan secara terus dan bersepadu merangkumi diri sendiri, sekolah, ibu bapa dan masyarakat. • Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang baik bagi dijadikan contoh interaksi yang baik dan positif dalam kalangan guru dan murid-murid berdasarkan nilai-nilai murni yang diterapkan dan kepercayaan kepada Tuhan. • Pengurusan yang berkualiti dan professional. • Berlandaskan visi dan misi sekolah. • Proaktif, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. • Penyayang dan prihatin dalam urusan dengan pelanggan.
13 LOKASI SEKOLAH Kedudukan SK Kedawang di dalam peta daerah Langkawi
14 LOKASI SEKOLAH Kedudukan SK Kedawang di dalam peta daerah Langkawi
15 ENROLMEN GURU DAN AKP Bil Guru/Staf Lelaki Perempuan Jumlah 1 Guru 9 48 57 2 Staf 2 5 7 ENROLMEN MURID Bil Kelas Lelaki Perempuan Jumlah 1 Prasekolah 21 29 50 2 Tahun 1 71 61 132 3 Tahun 2 78 58 136 4 Tahun 3 69 54 123 5 Tahun 4 70 68 138 6 Tahun 5 76 50 126 7 Tahun 6 69 63 132 Jumlah 454 383 837
16