BAB 1
ASAL USUL RAJA
Pengenalan
Kedatangan lima putera Bugis bersaudara, Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah,
Daeing Chelak dan Daeng Kemaseh, pada 1721 ke Johor-Riau untuk membantu Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah menaiki takhta setelah mengalahkan Raja Kecil dari Siak
merupakan permulaan kepada pengaruh Bugis dalam kesultanan di negeri-negeri di Tanah
Melayu (Tanah Melayu sebagai sebuah kerajaan yang bersatu belum lagi wujud).
Selangor yang pernah berada di bawah pemerintahan Kerajaan Melaka Lama tidak pernah
mempunyai kesultanannya sendiri.
Di samping itu, Selangor pernah berada di bawah pemerintahan Kerajaan Perak dan Kedah.
Selepas itu, Selangor berada pula di bawah pemerintahan Johor Riau.
Daeng Merewah dilantik Yam Tuan Muda Johor-Riau I oleh Sultan Johor-Riau.
Jawatan itu diambil alih oleh Deang Chelak (Yam Tuan Muda Riau II) apabila baginda (Daeng
Merewah) mangkat. Apabila Daeng Chelak mangkat pada 1745, putera bongsunya Raja Lumu
mengambil alih jawatannya dan menjadi Yam Tuan Muda Riau III.
Pada 1766, Raja Lumu mengisytiharkan kemerdekaan Selangor dari Johor-Riau. Baginda
berjaya mendapatkan pengesahan Sultan Perak dan pertabalan telah dilakukan di Negeri Perak.
Pertabalan ini adalah permulaan kepada penubuhan kesultanan sendiri bagi Negeri Selangor.
Raja Lumu memakai nama Sultan Salahuddin. Kesultanan ini terus subur dan berkembang
selari dengan perkembangan Negeri Selangor sehingga sekarang.
Dalam tempoh berkenaan, Selangor mempunyai sembilan orang Sultan yang sebahagiannya
memerintah agak lama iaitu sekitar 40 tahun.
Bermulanya Kesultanan Selangor
Sejarah Kerajaan Selangor bermula di laut pada kurun ke-17 iaitu oleh orang Bugis yang datang
dan menetap di Sungai Selangor dan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Johor.
Kesultanan Selangor pula bermula kira-kira 240 tahun lalu (pada 1766) apabila Raja Lumu
(juga berketurunan Bugis) ditabal menjadi Yang Di-Pertuan Besar Selangor (Sultan Selangor).
Biarpun berasal dari kalangan orang Bugis, kesultanan baginda diiktiraf oleh Sultan Perak
dengan pertabalan baginda telah dibuat oleh Sultan Mahmud, Perak di Kota Lumut, Hilir Perak.
Kota Lumut terletak tidak jauh dari Pasir Salak, tempat di mana J.W.W. Birch, Residen
(Penasihat) Inggeris pertama dibunuh pada 1875.
Raja Lumu memakai gelaran Sultan “Salehuddin”. Sebelum itu, Selangor adalah sebahagian
dari Kerajaan Melaka Lama.
Tun Perak, sebelum dilantik Bendahara Melaka, pernah menjadi Penghulu Klang sementara
Paduka Sri Cina, putera Sultan Mansor Shah, Melaka, pernah dilantik Raja Jeram.
Pada pertengahan kurun ke-18 Sultan Perak telah membantu pembebasan negeri Selangor
daripada kekuasaan kerajaan Johor.
Apabila Sultan Salehuddin mangkat pada 1778, baginda digantikan oleh puteranya,
Raja Ibrahim. Sultan Ibrahim dikatakan amat rapat dengan pedagang-pedagang Inggeris.
Hubungan rapat ini membimbangkan Belanda. Kebimbingan ini menyebabkan berlaku
beberapa pertempuran antara Belanda dan orang-orang Bugis.
Pada 1784, berlaku pertempuran sengit di antara bapa saudara Sultan Ibrahim, Raja
Haji, dengan Belanda.
Raja Haji terbunuh dalam pertempuran di Teluk Ketapang, Melaka. Belanda yang
marah dengan Sultan Ibrahim (yang membantu Raja Haji dalam petempuran itu) telah
menyerang Selangor dan menyebabkan Sultan Ibrahim terpaksa berundur ke Pahang.
Bagaimanapun, baginda berjaya menawan semula Selangor dan kembali menaiki takhta
berapa tahun kemudian.
Apabila Belanda dijajah oleh Perancis dan rajanya melarikan diri ke England,
kedudukan Sultan Ibrahim yang rapat dengan Inggeris itu bertambah kuat.
Ini ialah kerana semua jajahan Belanda diserahkan kepada Inggeris untuk
mengelakkanya dari dijajah oleh Perancis.
Sementara itu, Selangor telah menyerang Perak pada 1805 dan berkuasa di sana
sehingga 1818 apabila Kedah (bagi pihak Siam) menakluki Perak.
Selangor telah membantu Perak menentang Kedah (Siam) dan akibatnya Perak terpaksa
menyerahkan sebahagian hasil negerinya kepada Selangor.
Ini diikuti perjanjian kerjasama antara kerajaan baginda dengan kerajaan negeri Perak
yang akhirnya membawa kepada perselisihan hutang piutang yang diselesaikan melalui campur
tangan Robert Fullerton, Gabenor Inggeris di Pulau Pinang.
Apabila Kedah ditakluki Siam pada 1821, Perak dan Selangor menjadi terancam.
Bagaimanpun, pihak Inggeris yang berada di Pulau Pinang tidak mahu pihak Siam meluaskan
pengaruhnya.
Pada 1826, Perjanjian Burney (di antara Inggeris dan Siam) yang menjamin
keselamatan Perak dan Selangor telah ditandatangani.
Sultan Ibrahim mangkat pada 1826 dan digantikan oleh puteranya, Sultan Muhammad.
Walaupun dianggap lebih lemah dari ayahandanya, pembangunan dan pemodenan Selangor
agak pesat di bawah pemerintahan baginda.
Menurut sejarah, pemerintahan baginda dianggap lemah ekoran ketidak-upayaan
baginda untuk menguasai raja-raja dan para pembesar di daerah-daerah lain di Selangor.
Oleh itu, berlaku perpecahan daerah di Selangor iaitu Bernam, Kuala Selangor, Kelang,
Langat dan Lukut.
Perlombongan begitu pesat berkembang menggantikan pedangangan sebagai hasil
Negeri Selangor.
Kawasan-kawasan Kelang, Lukut dan Langat adalah yang paling kaya ketika itu. (1830-
an). Lombong di Lukut yang dianggap paling maju dikendalikan oleh Tengku Busu.
Apabila Tengku Busu mati dibunuh (oleh orang-oarng Cina) pada 1834, Tengu Omar
dan Raja Sulaiman (putera Sultan Muhammad) mengambil alih kawasan itu.
Oleh kerana keuntungan besar dari perniagaan bijih itu, Sultan Muhammad sendiri telah
tertarik dan menunjukkan minat menjadi usahawan.
Baginda telah meminjam wang untuk dijadikan modal dari pedagang-pedagang di
Melaka. Perniagaan Sultan Muhammad tidak berjaya dan gagal mendatangkan sebarang
keuntungan.
Oleh kerana itu, baginda tidak dapat membayar hutang dan diancam serta pernah
di‘tahan’ oleh golongan pemiutang itu.
Bagaimanapun, baginda berjaya ‘melepaskan diri’ dengan bantuan (jaminan) Raja
Jumaat bin Raja Jaafar dari Riau.
Sebagai balasan, Raja Jumaat diambil menjadi menantu baginda dan dilantik sebagai
Ketua (Pentadbir) Lukut.
Mulai tahun 1846, di bawah pentabiran Raja Jumaat, Lukut menjadi semakin terkenal
sebagai pusat perlombongan bijih timah.
Ramai orang Cina yang datang dan menetap di sana.
Barisan rumah-rumah kedai mula dibina (menurut sumber terdapat 40 buah kedai yang
dibina) dan kebanyakannya milik orang-orang Cina.
Pendapatan hasil perdagangan timah ialah kira-kira $10,000.00 sebulan dan dengan
menggunakan pendapatan itu Raja Jumaat telah membina sebatang jalan raya yang moden serta
menubuhkan sebuah pasukan polis yang berpakaian seragam di sana.
Bagaimanapun, Raja Jumaat telah meninggal dunia pada 1864 dan Lukut mula merosot
selepas itu.
Pendek kata, sepanjang 31 tahun pemerintahan, Sultan Muhammad telah
menampakkan beberapa perubahan di Negeri Selangor dengan pembukaan lombong bijih
timah di Ampang, diikuti dengan pembinaan kedai-kedai bagi keperluan rakyat terutamanya
para pelombong.
Kemangkatan baginda secara mengejut pada penghujung tahun 1857 telah
menyebabkan timbul perbalahan di kalangan kerabat diraja dan para pembesar Selangor dalam
soal memilih Sultan yang baru.
Keputusan akhirnya dicapai dua tahun kemudian untuk melantik Raja Abdul Samad
Raja Abdullah sebagai Sultan Selangor keempat, biarpun baginda hanyalah anak saudara
kepada almarhum Sultan Muhammad.
Sultan Abdul Samad adalah antara Sultan Selangor yang terkenal dalam sejarah negeri
itu. Oleh itu, tidak menghairankan jika beberapa tempat di Negeri Selangor mengabadikan
nama baginda.
Banyak pembangunan yang berlaku di zaman pemerintahan baginda. Umpamanya,
Taman Tasik (Lake Garden) yang ada sekarang dibuka semasa zaman baginda.
Bangunan Sekretariat juga siap di zamannya dan diberi nama Bangunan Sultan Abdul
Samad. Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Selangor untuk beberapa
ketika.
Sejak permulaan pemerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang telah
mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan ke Negeri-Negeri Selat serta berjaya menarik
kemasukan lebih ramai pelombong Cina.
Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Dhiauddin ibni
Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin) selaku Wakil Yam Tuan Selangor dan
menyerahkan Langat sebagai hak milik menantunya itu.
Sementara itu, apabila putera baginda Raja Musa yang juga Yang Di-Pertuan Muda
(Raja Muda) Selangor mangkat secara mengejut pada 1887, cucunda baginda iaitu Tengku
Sulaiman Shah (Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa) telah dilantik
mengambil alih jawatan berkenaan.
Pada 1858, ketika berusia 93 tahun, Sultan Abdul Samad telah jatuh gering dan cucunda
baginda itu telah dilantik sebagai Sultan Selangor Ke-5, mengambil nama Sultan Alaeddin
Sulaiman Shah.
Baginda ditabalkan pada 17 Februari 1898 iaitu 11 hari selepas kemangkatan Sultan
Abdul Samad. Sultan Abdul Samad telah mangkat dan dimakamkan di Jugra (disebut ‘Mahrum
Jugra’) setelah memerintah Selangor selama hampir 40 tahun.
Pemerintahan Sultan Alaeddin dari 1898 hingga 1938 telah menyaksikan pembinaan
banyak landasan keretapi, jalanraya, bangunan (pejabat), rumah batu dan lot kedai terutamanya
di Kuala Lumpur dan Klang.
Dengan kata lain, semasa pemerintahan baginda, Selangor mula mengalami perubahan
besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan keretaapi dibina begitu juga meningkatnya
pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Kelang.
Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan
Jubli Emas di Kelang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.
Namun begitu, beberapa bulan selepas sambutan di atas iaitu pada 30 Mac 1938,
baginda telah mangkat dan dimakamkan di Kelang dan diberi gelaran `Marhum Atiqullah'.
Putera baginda, Tengku Alam Shah telah dilantik menjadi Sultan Selangor Ke-6,
menggunakan gelaran Sultan Hisamuddin Alam Shah dan ditabalkan pada 4 April 1938.
Kerajaan Sultan Hisamuddin bagaimanapun tidak kekal lama apabila baginda dipaksa
turun takhta pada 1942 oleh tentera Jepun yang telah menyerang dan menjajah negeri-negeri
Melayu.
Jepun yang merasakan kekanda sulong Tengku Alam Shah, Tengku Musauddin lebih
layak menjadi pemerintah Selangor telah melantik baginda sebagai Sultan dengan
menggunakan gelaran Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah dan Tengku Alam Shah diminta
memberi kerjasama membantu kakandanya dalam soal pemerintahan negeri.
Sekembalinya Inggeris ke Tanah Melayu membolehkan Sultan Hisamuddin dilantik
semula sebagai Sultan Selangor.
Seterusnya, berikutan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan
Hisamuddin Alam Shah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara
Persekutuan Tanah Melayu, sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama
disandang oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni
almarhum Tuanku Muhammad.
Berikutan kemangkatan baginda Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960, Sultan
Hisamuddin Alam Shah pula dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-2.
Bagaimanapun, lima bulan selepas mengambil alih jawatan di atas, baginda pula
mangkat pada 1 September 1960 setelah gering selama 27 hari.
Putera sulung baginda, Tengku Abdul Aziz Shah iaitu Raja Muda Selangor ketika itu
telah dilantik Sultan Selangor kelapan.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika
pertabalannya pada 3 September 1960.
Selepas memerintah hampir 40 tahun, Sultan Salahuddin menjadi Sultan Ke-2 dari
Negeri Selangor yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong (Ke-11) pada Jun 1999.
Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin banyak meninggalkan
perubahan yang membanggakan rakyat. Baginda mangkat pada 21 November 2001 di Pusat
Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Jawatan Sultan Selangor diambil-alih putera sulung baginda yang juga Raja Muda
Selangor, Tengku Idris Shah yang menggunakan gelaran Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tengku Idris Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor pada 22 November 2001
namun kemahkotaan dan pertabalan baginda hanya dibuat pada 8 Mac 2003.
Tarikh 8 Mac dipilih oleh Sultan Sharafuddin kerana ia adalah tarikh keputeraan
Almarhum ayahandanya, Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (Utusan Malaysia, 22
November 2001).
Susur Galur Kesultanan Selangor
Buyers (2005), dalam usaha memberi gambaran lebih jelas tentang sejarah Kesultanan
Selangor, telah memberikan perincian susur galur, bermula dari Sultan pertama hingga
kesembilan sepeti berikut:
i) Sultan Saleh ud-din Shah ibni al-Marhum Raja Chelak, Sultan Selangor Pertama,
yang memerintah dari 1766 hingga 1778.
Baginda diputerakan pada tahun 1705 sebagai Raja Lumu, putera kedua Raja Chelak
bin Daeng Rilaga, Yang di-Pertuan Muda Riau dengan isteri mudanya. Mengisytiharkan
dirinya sebagai pemerintah Selangor pada 1743 selepas menanda- tangani satu perjanjian
dengan Sultan Sulaiman Badr ul-'Alam Shah, Johor di mana baginda mengakui kedaulatannya
pada 8Januari 1758.
Ditabal sebagai Sultan Selangor, di Lumut oleh Sultan Mahmud Shah, Perak, pada
1766. Baginda berkahwin dengan Engku Puan, puteri Paduka Sri Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat
Shah bin Daeng Rilaga, Yang di-Pertuan Muda Riau. Baginda bagaimanapun berkahwin kali
kedua pada Disember 1770 dengan puteri Raja Chulan bin Raja Abdul Hamid, Raja Bendahara,
Perak. Sultan Salehuddin mangkat pada 1778, meninggalkan dua putera dan tiga puteri iaitu:
1) Sultan Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din, Sultan Selangor – lihat
di bawah.
2) Raja Nala ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din.
1) Tengku Puneh binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din.
2) Tengku Perak binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din
3) Tengku Sharifa binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din
ii) Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Saleh ud-din Shah, Sultan Selangor
Kedua, yang memerintah dari 1778 hingga 1826.
Diputerakan pada 1736, putera sulung Sultan Saleh ud-din Shah ibni al-Marhum Raja
Chelak, Sultan Selangor, dengan isteri pertama, Engku Puan, puteri Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat
Shah bin Daeng Rilaga, Yang di-Pertuan Muda Riau.
Mendapat pendidikan secara persendirian. Ditabalkan menggantikan ayahandanya
yang mangkat pada 1778.
Dikalahkan oleh tentera Belanda dan Siak serta hidup dalam buangan di Pahang pada
13 Ogos 1784.
Ditabalkan semula melalui satu perjanjian pada 29 Julai 1786. Berkahwin kali pertama
dengan Chu Che [Ku Che'] seorang puteri Kedah dan memperolehi 19 anakanda.
Berkahwin kali kedua (bercerai pada 1776) dengan Raja Andak Fatima binti Raja
Kemboja, puteri Raja Kemboja bin Daeng Parani, Yang di-Pertuan Muda Riau, dengan
isterinya Raja Fatima binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Shah, puteri Paduka Sri Sultan 'Ala
ud-din Shah bin Daeng Rilaga, Yang di-Pertuan Muda Riau, yang telah menghasilkan seorang
putera.
Berkahwin kali ketiga, puteri Tengku Mangku Putera, Kedah.
Baginda berkahwin kali keempat dengan Che' Besar Halija, puteri sulung Dato' Husain
bin Pakjong, Dato' Sri Maharaja Lela Selangor, dengan isterinya, Raja Sitti.
Berkahwin kali kelima dengan Che' Shaima. Berkahwin kali keenam di Pahang pada
1784 dengan Tun Salama binti Tun 'Abdu'l Majid, puteri bongsu Tun 'Abdu'l Majid bin Tun
Abbas, Bendahara Paduka Raja, Johor dan Pahang. Berkahwin kali ketujuh di Rembau pada
1784 dan kali kelapan di Lingga pada 1796 dengan Raja Tengah binti Raja Haji, Tengku
Ampuan, puteri Raja Haji bin Raja Chelak, Yang di-Pertuan Muda Riau dengan Raja Halima
[Enchik Ghoen], puteri Sultan Hasan, Sultan Indragiri.
Baginda mangkat pada 27 Oktober 1826, meninggalkan putera dan puteri berikut:
1) Raja Ismail ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
2) Raja Abu Said ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
3) Sultan Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Sultan Selangor –
lihat di bawah.
4) Raja 'Abdu'llah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
5) Raja Ahmad ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
6) Raja Yusoh ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
7) Raja Hasan ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
8) Raja Husain ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
9) Raja Haji ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
10) Raja Yusuf ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
11) Raja Saleh ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
1) Raja Fatima binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
2) Raja Maimunah binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
3) Raja Khadija binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
4) Raja Amina binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
5) Raja 'Aisha binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
6) Raja Sani binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
7) Raja Mariam binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
8) Raja Hamida binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
iii) Sultan Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor
Ketiga, yang memerintah dari 1826 - 1857
Diputerakan pada 1772, anakanda ketiga Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah ibni Sultan
Saleh ud-din, Sultan Selangor, dengan isteri keempat, Che' Besar Halija, puteri Dato' Husain
bin Pakjong, Dato' Sri Maharaja Lela.
Pendidikan: persendirian. Dilantik pewaris takhta dengan gelaran Raja Muda oleh
ayahandanya dan dilantik sebagai Sultan selepas kemangkatan ayahandanya pada 27 Oktober
1826.
Berkahwin kali pertama dengan Raja Bisik binti Arung To' Mojong, Tengku Ampuan,
puteri Arung Temujung [To' Mojong], seorang bangsawan Bugis dengan isterinya Tengku
Puneh binti al-Marhum Sultan Saleh al-din, puteri sulong Paduka Sri Sultan Saleh al-din Shah
ibni al-Marhum Raja Chelak, Sultan Selangor.
Berkahwin kali kedua dengan Raja Asiah binti Sultan 'Ali 'Ala ud-din Shah, puteri
ketujuh Sultan Ali 'Ala ud-din Shah bin Raja Kambodja, Yang di-Pertuan Muda Riau.
Berkahwin kali ketiga (tetapi tiada maklumat lanjut). Baginda mangkat pada 6 Januari 1857,
meninggalkan tiga putera dan tiga puteri:
1) Raja Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah.
2) Raja Mahmud ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah.
3) Raja Laut ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah
1) Raja 'Atfah [Tipah] binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah
2) Raja Lijah binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah.
3) Raja Senai [Seng] binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah.
iv) Sultan Abdu'l Samad Shah ibni al-Marhum Raja 'Abdu'llah, Sultan Selangor
Keempat, yang memerintah dari 1857 - 1898
Diputerakan pada 1804, putera sulong Raja 'Abdu'llah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim,
Tengku Panglima Besar, dengan isteri keduanya, Che' Lipah.
Pendidikan: persendirian. Menggantikan ayahandanya sebagai Tengku Panglima Besar
dan ayahanda saudaranya (Sultan Muhammad) yang mangkat pada 6 Januari 1857.
Memerintah di bawah naungan dan bimbingan ayahandanya sehingga cukup umur dan
dilantik dengan kuasa penuh pada 1859.
Menanda-tangani Perjanjian Persekutuan untuk menubuhkan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu pada Julai 1895.
Menerima pedang kehormat dari Ratu Victoria pada 1879, sebagai penghormatan
terhadap penghapusan sistem perhambaan akibat hutang di negerinya.
Berkahwin kali pertama pada 1840 (tetapi kemudiannya bercerai) dengan Raja 'Atfah
binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah, Tengku Ampuan, puteri sulong Paduka Sri Sultan
Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Sultan Selangor, dengan isteri kedua Raja
Aisha binti Sultan 'Ali 'Ala ud-din Shah, puteri kelima Paduka Sri Sultan Ali I 'Ala ud-din Shah
bin Raja Kambodja, Yang di-Pertuan Muda of Riau. Berkahwin kali kedua di Kuala Langkat
pada 1887.
Baginda mangkat di Istana Jugra, Langat pada 6 Februari 1898 (dan dimakamkan di
sana) dan meninggalkan tujuh putera dan empat puteri berikut:
1) Raja Musa ibni al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
2) Raja Kahar ibni al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
3) Raja Ibnu Shah ibni al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
4) Raja Yakub ibni al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
5) Raja Daud ibni al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah
6) Raja Mahmud ibni al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
7) Raja Abu usah ibni al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
1) Raja 'Atfah binti al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
2) Raja Tipa binti al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
3) Raja Muna binti al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
4) Raja 'Arfa binti al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah.
v) Sultan Ala ud-din Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor
Kelima, yang memerintah dari 1898 - 1938
Diputerakan di Kuala Selangor pada 11September 1863, merupakan putera sulong Raja
Musa ibni al-Marhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah, Raja Muda, dengan isteri pertama, Raja
Buntal binti Barkat, puteri Raja Barkat bin Husain, Tengku Panglima Raja. Pendidikan.
Raffles Institution, Singapura dan Sekolah Raja Muda, Kuala Lumpur.
Dilantik pewaris takhta dengan gelaran Raja Muda pada 10 Disember 1887.
Menggantikan ayahandanya (Raja Musa) selepas kemangkatan mengejut baginda
(ayahandanya) pada 6 Februari 1898.
Ditabalkan pada 17Februari 1898. Kolonel Kehormat Batalion Selangor, MVF pada 18
Jun 1919. Kolonel Kehormat 2nd (Selangor) Btn. Malay States Vol. Regt. 1/8/1931-1938.
Berkahwin kali pertama pada 1891 dengan Tengku Maharum binti Tengku Zia ud-din
(mangkat pada 1908), dimahkotakan di Klang sebagai Tengku Ampuan Paduka Sri Negara
dengan gelaran Yang Maha Mulia pada 22 Oktober 1903, Puteri Tengku Zia ud-din ibni al-
Marhum Sultan Zain al-Rashid al-Mu'azzam Shah [Tunku Kudin] Kedah, dengan isterinya,
Raja 'Atfah binti al-Marhum Sultan Sir 'Abdul Samad Shah.
Berkahwin kali kedua pada 1895 dengan Che' Hasnah alias Che' Amina binti Pelong,
rakyat biasa. Berkahwin kali ketiga pada 1899 dengan Hajah Sofia binti Haji 'Abdu'l Ghani,
anak perempuan Haji 'Abdu'l Ghani.
Berkahwin kali keempat di Kuala Kangsar pada Mei 1910 dengan Raja Zubaida binti
al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil Nasr ud-din Karamatu'llah Shah, Tengku Ampuan (mangkat
pada 17 Oktober 1918), dimahkotakan di Klang 1910, puteri Maulana Paduka Sri Sultan Sir
'Abdu'l-Jalil Nasir ud-din al-Muhtaram Shah Radiu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Sir
Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu'llah, Sultan Perak, dengan isteri pertamanya, Che' Yong
Sofia, Tengku Permaisuri.
Berkahwin kali kelima pada 1913 dengan Che' Maimunah binti 'Abdu'llah, Che' Anjung
Negara (lahir 1900; mangkat 22 Februari 1972). Berkahwin kali keenam dengan Che' Mon
binti 'Abdu'llah, Che' Anjung Negara.
Berkahwin kali ketujuh di Kuala Kangsar pada September 1921 dengan Raja Fatima
binti al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu'llah Shah (lahir 1899; mangkat 8
April 1983), dimahkotakan sebagai Tengku Ampuan Paduka Sri Negara dan diberi gelaran
Yang Mulia pada 11 Januari 1922, puteri bongsu Maulana Paduka Sri Sultan Sir Idris Murshid
al-Azzam Shah Rahmatu'llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar, Sultan dan
Yang di-Pertuan Negeri Perak, dengan isteri keduanya, Che' Haji Ngah Uteh Mariah binti Haji
Sulaiman, Tengku Permaisuri, anak perempuan Haji Che' Sulaiman.
Berkahwin kali kelapan dengan Che' Bidaya binti Ahmad, Che' Puri (mangkat 11
September 1955).
Berkahwin kali kesembilan dengan Che' Chik binti 'Abdu'llah (mangkat 11 Jun 1949).
Sultan Ala ud-din mangkat di Istana Negara, Klang pada 31March 1938, dengan meninggalkan
enam putera dan lapan puteri:
1) Tengku Musa ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
2) Tengku Bahdar Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
3) Paduka Sri Sultan Hisam ud-din Alam Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan 'Ala
ud-din Sulaiman Shah, Sultan Selangor – lihat di bawah
4) Tengku 'Abdu'l Aziz Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
5) Tengku Ahmad Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
6) Tengku Zainal Kharib Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
7) Tengku Zainon Rashid Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
8) Tengku Akram Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
9) Tengku Muhammad Khalid Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din
Sulaiman Shah.
Selain itu, Sultan Sir 'Ala ud-din Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa juga
meninggalkan putera dan puteri berikut:
10) Tengku Muhammad Uzab Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman
Shah.
11) Tengku Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
12) Tengku Zaharian ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
13) Tengku Shahar ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
14) Tengku Idris Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
15) Tengku 'Abdu'l Halim Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah
16) Tengku Muhammad Tahir ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
17) Tengku Yakub Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
18) Tengku Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah
19) Tengku 'Abdu'l Jalil ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
20) Tengku Muhammad Yusuf Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman
Shah.
21) Tengku 'Abdu'l Rahman ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
22) Tengku 'Abdu'l Murad Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
23) Tengku 'Abdu'l Hamid ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
24) Tengku 'Abdu'l Samad Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
25) Tengku Harun Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
26) Tengku Azlan Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
1) Tengku Maheran binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
2) Tengku Badaria binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
3) Tengku Fatima binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah
4) Tengku Arfa binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
5) Tengku Puteri Zahara binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
6) Tengku Salwa binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
7) Tengku Sofia binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
8) Tengku Khadija binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
9) Tengku Rajhani binti al-Marhum Sultan Sir 'Ala'ud-din Sulaiman Shah.
10) Tengku Nur Ashiha binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
11) Tengku Nur Aisha binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
12) Tengku Puan Nur Sa'ada binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
13) Tengku Yong binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
14) Tengku Safia binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
15) Tengku Nur Anuwar binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
16) Tengku Hajah Shahar ul-Baria binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman
Shah.
17) Tengku Nur Asikhin binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
18) Tengku Azia binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah.
vi) Sultan Hisam ud-din Alam Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Ala ud-din Sulaiman
Shah, Sultan Selangor Keenam, yang memerintah dari 1938 – 1942, digulingkan Jepun
(digantikan dengan kakanda sulong baginda, Tengku Musa ud-din Shah) pada 1942, tetapi
dinaikkan semula ke takhta oleh Inggeris pada 1945.
vii) Sultan Musa Ghiath ud-din Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din
Sulaiman Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Selangor Dar ul-Ihsan ketujuh, yang memerintah
dari 1942 – 1945.
Diputerakan di Kuala Kangsar, Perak pada 9 Disember 1893, putera sulong Paduka Sri
Sultan Sir 'Ala ud-din Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor,
GCMG, KCVO, dengan isteri pertamanya, Tengku Maharum binti Tengku Zia ud-din, Tengku
Ampuan Paduka Sri Negara.
Mendapat pendidikan di Victoria Institution dan Malay College, Kuala Kangsar.
Dianugerah gelaran Tengku Putra Mahkota pada 4 November 1903.
Pernah berkhidmat sebagai Assist. Supt. Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari
1913-1916, ditauliahkan sebagai Lt. Muda. MVI 1916, dinaikkan pangkat ke Lt Kehormat,
MVF pada 1 Januari 1925.
Baginda kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Kapten Kehormat pada 25 Februari
1932, sebagai ADC kepada Pesuruhjaya Tinggi dari 1920-1933, Naib Pengerusi Majlis Negeri,
Anggota Tidak Rasmi Majlis Persekutuan dari tahun 1927-1928.
Baginda dilantik sebagai pewaris takhta dengan gelaran Raja Muda pada 1919.
Walaubagaimanapun, perlantikan baginda itu ditarik-balik dan diturunkan pangkat pada 31
October 1934, lalu diwujudkan jawatan baru untuk baginda iaitu Tengku Kelana Jaya Petra
pada 20 Julai 1936.
Dilantik sebagai Sultan oleh Jepun selepas mereka menggulingkan adindanya pada 15
Januari 1942.
Sebilah pedang Jepun telah diletakkan di tangannya dengan arahan supaya baginda
memenggal kepala adindanya sendiri, tetapi baginda enggan.
Baginda dimahkotakan di Istana Mahkota, Klang pada 4 November 1943, namun telah
digulingkan selepas kembalinya Pentadbiran Tentera British pada 14 September 1945.
Disingkirkan dari negeri dan hidup dalam buangan di Pulau Cocos, tetapi dibenarkan pulang
dan tinggal di Singapura pada Mei 1946. Berkahwin kali pertama 1913 dengan Sharifa Mastura
binti Syed Ahmad Shahab ud-din, Tengku Permaisuri (lahir 1897; mangkat 31 Julai 1959),
dimahkotkan di Istana Mahkota, Klang 4 November 1943, puteri Syed Ahmad Shahab ud-din,
Tengku Suri Kedah. Berkahwin kali kedua dengan Tengku Jeriah binti Tengku Ariffin,
Langkat, Sumatra. Baginda mangkat di Kuala Lampur pada 8 November 1955.
vi) Paduka Sri Sultan Hisam ud-din Alam Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-
din Sulaiman Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Selangor Dar ul-Ihsan keenam, yang
memerintah antara tahun1938 - 1942 dan 1945 – 1960.
Diputerakan di (Istana) Bandar, Selangor pada 13 Mei 1898, anakanda ketiga Paduka
Sri Sultan Sir 'Ala ud-din Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor,
bersama isteri keduanya, Che' Hasnah, alias Che' Amina binti Pelong, Pendidikan: Sekolah
Melayu, Kuala Langat dan Malay College, Kuala Kangsar.
Pengerusi Masjid 'Ala ud-din 1925, Pengerusi, Sekolah-sekolah Arab pada 1933.
Dikurniakan gelaran Tengku Panglima Diraja pada tahun 1920 dan dinaikkan pangkat sebagai
Tengku Laksamana pada 1931.
Dilantik menjadi pewaris takhta dengan gelaran Raja Muda pada 31 Oktober 1934 dan
dilantik secara rasmi pada 20 Julai 1936 menggantikan ayahandanya yang mangkat pada 31
Mac 1938.
Ditabal pada 4April 1938.
Dimahkotakan di Istana Mahkora, Klang, sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri
Selangor Dar ul-Ihsan pada 26 Januari 1939. Dibawa ke Kuala Lumpur dan dilucutkan jawatan
oleh Tentera Jepun pada 15Januari 1942.
Dilantik semula oleh British Military Administration di Klang pada 14September 1945.
Baginda kemudiannya pernah menghadiri majlis pemahkotaan Ratu Elizabeth II, di
Westminster Abbey di London pada 1953.
Dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 3 Ogos 1957 dan majlis
pertabalan itu telah disempurnakan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 2 September 1957.
Menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas kemangkatan pemegang jawatan pada 1 April
1960. Ditabalkan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada tanggal 30 Julai 1960. Dikurniakan
gelaran Kolonel Kehormat.
Batalion Kedua (Selangor), Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu antara
tahun 1938 sehingga 1942.
Baginda pernah berkhidmat sebagai Kapten Kumpulan Kehormat, SSVAF pada 1
Januari 1941. Menyambut Jubilee Perak pemerintahan baginda pada 1935.
Berkahwin kali pertama pada 1920, dengan Raja Hajah Jema'ah binti Raja Ahmad,
Tengku Ampuan (lahir 1900; mangkat pada 8 April 1973), dimahkotakan di Istana Mahkora,
Klang pada 26 Januari 1939, puteri Raja Ahmad, Selangor.
Berkahwin kali kedua pada 1927, Che' Puan Hajah Kalsum binti Haji Mahmud (lahir
tahun 1913; mangkat tanggal 6 Mei 1990).
Berkahwin kali ketiga dengan Raja Halija binti Paduka Sri Sultan Sir Idris Murshid al-
Azzam Shah Rahmatu'llah, Tengku Ampuan, puteri Maulana Paduka Sri Sultan Sir Idris
Murshid al-Azzam Shah Rahmatu'llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar, Sultan
Perak, GCMG, GCVO, dengan isteri keduanya, Che' Haji Ngah Uteh Maria binti Haji
Sulaiman, Tengku Permaisuri, anak perempuan Inche' Sulaiman.
Baginda mangkat di Istana Tetamu, Kuala Lumpur pada 1 September 1960,
meninggalkan empat putera dan tiga puteri:
1) Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah ibni al-Marhum Sultan Hisam ud-din
Alam Shah, Sultan Selangor – lihat di bawah
2) Tengku Badli Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Hisam ud-din Alam Shah al-
Haj.
3) Tengku Datuk Putra Azman Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Hisam ud-din
Alam Shah al-Haj.
4) Tengku Ismail Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Hisam ud-din Alam Shah al-
Haj.
1) Tengku Raudzah binti al-Marhum Sultan Hisam ud-din Alam Shah.
2) Tengku Hajah Bariah binti al-Marhum Sultan Hisam ud-din Alam Shah.
3) Tengku Taksiah binti al-Marhum Sultan Hisam ud-din Alam Shah.
viii) Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah Alhaj ibni al-Marhum Sultan Hisam ud-din
Alam Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul-Ihsan kelapan, yang
memerintah dari tahun 1960 hingga 2001.
Diputerakan di Istana Bandar Temasha, Kuala Langat pada 8 Mac 1926. Putera sulong,
Paduka Sri Sultan Hisam ud-din Alam Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan 'Ala ud-din
Sulaiman Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Dar ul-Ihsan, KCMG, dengan
isteri pertamanya Raja Hajah Jema'ah binti Raja Ahmad, Tengku Ampuan. Pendidikan:
Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang, Malay College, Kuala Kangsar, SOAS, London dan
Federation Mil. Coll., Port Dickson. Berkhidmat dengan Pejabat SUK, Jabatan Perangkaan dan
Nazir Sekolah, Jabatan Pendidikan.
Lt Muda. Regimen Askar Melayu Di-Raja, dinaikkan pangkat ke Kapten Kehormat
pada 1952, dinaikkan pangkat sebagai Mejar pada 1960, berkhidmat sebagai Inspektor Polis
Bantuan dan OC Pasukan Kawalan Kampong, Ipoh dari tahun 1949 hingga 1953.
Dianugerahkan gelaran Tengku Laksamana pada 1Ogos 1946. Dilantik sebagai pewaris
takhta dengan gelaran Raja Muda pada 13Mei 1950. Baginda pernah mempengerusikan Majlis
Di-Raja pada 1952 dan 1953.
Dilantik Pemangku Raja pada 16 Mei 1960. Diisytiharkan sebagai Sultan Selangor
ekoran kemangkatan ayahandanya pada tanggal 2 September 1960.
Majlis pertabalan dilakukan pada keesokan harinya iaitu pada 3 September 1960.
Dimahkotakan di Istana Alam Shah, Klang pada 28 Jun 1961.
Dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 4 Februari 1994 namun hanya
ditabalkan pada 26 April 1994.
Baginda akhirnya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dan dimahkotakan di Istana
Negara, Kuala Lumpur pada 26 April 1999.
Baginda pernah berkhidmat sebagai Kapten Pemerintah TLDM pada 26 April 1984.
Kolonel Pemerintah TUDM dari tahun 1966 hingga 1984.
Penerima pingat jasa kebaktian DK, DMN (28 Ogos 1961), SPMS, SSSA, DK I (7
Ogos 1988) dan DKMB Brunei (28 Jun 1961), DK Trengganu, Kelantan, Perlis, Johor (8 Mac
1976), Kedah (9 Oktober 1977), Negri Sembilan, dan Pahang (4 Julai 1987), DK I Perak
(1987), SPDK Sabah, DP Sarawak, DUNM Melaka (30 Julai 1989), PJK Selangor (15 Mei
1958), menerima: DK 1 Selangor (14 Disember 2002).
Baginda pernah dilantik sebagai Canselor UPM untuk tahun 1971.
Berkahwin kali pertama pada 1943 (bercerai) dengan Raja Nur Saidat ul-Ihsan binti
Tengku Bahdar Shah, Paduka Bonda Raja (lahir pada 1924), Puteri Tengku Bahdar Shah ibni
al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman Shah, Raja Bendahara Selangor, dengan isteri
pertamanya, Raja Ambin binti al-Marhum Paduka Sri Sultan Sir 'Abdu'l-Jalil Nasir ud-din
Muhtaram Shah, Puteri Maulana Paduka Sri Sultan Sir 'Abdu'l-Jalil Nasir ud-din al-
Mukhataram Shah Radiu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam
Shah Rahmatu'llah, Sultan Perak, KCMG.
Berkahwin kali kedua pada 1954 (bercerai) dengan Che' Mahiran binti Muhammad
Rais. Berkahwin kali ketiga di Istana Selangor Kuala Lampur pada 11 Mac 1956 dengan
Tengku Hajah Rahima binti al-Marhum Sultan 'Abdu'l Aziz 'Abdu'l Jalil Rahmat Shah
(dilahirkan pada 4 Ogos 1927; mangkat tanggal 27 Jun 1993) yang kemudiannya dilantik
menjadi Raja Puan Muda pada 13 Mei 1958, dimahkotakan sebagai Tengku Ampuan di Istana
Alam Shah, Klang pada 28 Jun 1961, menerima pingat anugerah DK Selangor (9 Mac 1963),
SPMK Kelantan (12 November 1988), Puteri Paduka Sri Tuanku Sultan 'Abdu'l 'Aziz 'Abdu'l
Jalil Rahmat Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Musa al-Khalid al-Mu'azzam Shah, Sultan
Langkat, dengan isterinya Tengku Puteri Zahra binti al-Marhum Sultan 'Ala ud-din Sulaiman
Shah, puteri Sultan Sir 'Ala ud-din Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa, Sultan
Selangor, GCMG, KCVO.
Berkahwin kali keempat pada 16 November 1961 (bercerai pada 5 Februari 1962)
dengan Sharifa Salmah binti Syed Ahmad al-Kaf (lahir 1943), berkahwin kali kedua dengan
Maulana Paduka Sri Sultan Idris al-Mutawakil Allahahi Shah II Afifu'llah ibni al-Marhum
Sultan Iskandar Shah Kadasu'llah, Sultan Perak, CMG), anak perempuan Syed Ahmad al-Kaf.
Berkahwin kali kelima pada 3 Mei 1990, Tuanku Siti Aisha binti Datuk Seri Abdu'l
Rahman, Tengku Permaisuri (lahir di Kuala Lumpur, 19 November 1971), berpendidikan di
SRK Jalan Gurney, SMK Titiwangsa, Kuala Lumpur, dan ITM Cawangan Kelantan,
dikurniakan gelaran Che' Puan Besar pada 3 Mei 1990, kemudian ditabal sebagai Tengku
Permaisuri Selangor dengan membawa gelaran Duli Teramat Mulia, dan menjadi Raja
Permaisuri Agong Malaysia pada 26 April 1999. Raja Permaisuri Agong menerima beberapa
pingat anugerah iaitu DK Selangor (8 Mac 1996), DMN, DA Sarawak (20 Jun 1994), dan GC
of the Order of Chula Chom Klao of Thailand (27 Mac 2000).
Baginda merupakan anak perempuan Lt. Kolonel Datuk Seri Haji Abdul Rahman bin
Tan Sri Muhammad Yatim, dengan isterinya, Datin Seri Shamshina. Sultan Salahuddin
mangkat di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur pada 21 November 2001 (di makamkan di
Makam Diraja Sultan Sulaiman, Klang), meninggalkan empat putera dan lapan puteri berikut:
1) Tengku Idris Shah yang kemudiannya bergelar Paduka Sri Sultan Sharaf ud-din
Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah Alhaj, Sultan
Selangor – lihat di bawah.
2) Tengku Sulaiman Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz
Shah.
3) Tengku Abdu'l Samad Shah ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz
Shah.
4) Tengku Ahmad Shah ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah.
1) Tengku Puteri Nur Halija Fatima binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l
Aziz Shah.
2) Tengku Puteri Safia binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah.
3) Tengku Puteri Datin Paduka Zaharia binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din
'Abdu'l Aziz Shah.
4) Tengku Puteri Nur Halija binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz
Shah.
5) Tengku Puteri Arafia binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah.
6) Tengku Puteri Aisha binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah.
7) Tengku Puteri Nur Marina binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz
Shah.
8) Tengku Puteri Nur Zihan binti al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz
Shah.
ix) Sultan Sharaf ud-din Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz
Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Selangor Darul-Ihsan Ke-9, yang memerintah dari
2001 hingga sekarang
Diputerakan di Istana Jam'ah, Klang pada 24 Disember 1945, putera sulong Sultan
Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah Alhaj ibni al-Marhum Sultan Hisam ud-din Alam Shah Alhaj,
Sultan Selangor, dengan isteri pertamanya, Raja Nur Saidat ul-Ihsan binti Tengku Bahdar Shah,
Paduka Bonda Raja.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu, Jalan Raja Muda dan
St John's Institution, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran ke Hale School, Perth,
Western Australia dan kemudiannya di Langhurst College, Surrey, England.
Berkhidmat di pejabat SUK, Pejabat Daerah dan Jabatan Polis, Kuala Lumpur. Dilantik
sebagai pewaris takhta dengan gelaran Raja Muda pada 3 September 1960 dan ditabalkan
secara rasmi pada 1970.
Baginda pernah mempengerusikan Majlis Di-Raja pada 22 Februari hingga 20
September 1969.
Baginda juga menyandang gelaran Pemangku Raja Selangor semasa ketiadaan
ayahandanya di Kuala Lumpur pada 26 April 1999.
Menggantikan ayahanda sebagai Sultan pada 21 November 2001.
Dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 22November
2001 sementara upacara pemahkotaan dilakukan pada 8 Mac 2003.
Perkhidmatan baginda juga meliputi aktiviti pendidikan seperti perlantikan sebagai
Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2002 dan Pro-Canselor Universiti Teknologi
Mara pada tahun 2000.
Baginda turut dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Pentadbiran
Awam oleh UTM pada 2001.
Selain itu, baginda juga merupakan Pengerusi Seumur Hidup Royal Selangor Yacht
Club. Menerima: DK (1970), DK Trengganu dan DK Negeri Sembilan (19 Julai 2002), SPMJ.
Kesimpulan
Tanpa Lima Putera Bugis Bersaudara yang datang dan membantu Sultan Sulaiman Badrul
Alam Shah menaiki takhta kerajaan Johor-Riau dan perlantikan salah seorang dari mereka
(lima putera bugis) sebagai Yam Pertuan Muda Johor-Riau (kemudiannya Yam Tuan Muda
Selangor), Kesultanan Selangor seperti yang ada sekarang mungkin tidak akan wujud.
Berasal dari Makasar, Sulawesi Selatan, lima bersaudara itu adalah pelayar, pahlawan dan
putera golongan bangsawan Bugis.
Justeru, kedatangan mereka ke Selangor yang pada waktu itu merupakan sebahagian dari
Johor-Riau adalah permulaan kepada sebuah keturunan raja yang begitu unggul sejarah
perkembangannya.
Kedatangan mereka ke Selangor memang dialu-alukan kerana telah ada penempatan orang-
orang Bugis di situ. Di bawah Kesultanan yang diasaskan oleh salah seorang dari mereka inilah
Selangor telah menjadi negeri yang terpesat perkembangannya di Tanah Melayu (dan
kemudiannya Malaysia).
Kegemilangan kesultanan ini mencapai kemuncaknya pada 2001 apabila Tengku Idris Shah
dilantik menjadi Sultan Selangor dengan menggunakan gelaran Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Asas kukuh yang diletakkan oleh Raja Lumu dan sultan-sultan terdahulu serta pengalaman luas
yang dimiliki Sultan Selangor kesembilan ini adalah gabungan faktor yang memudahkan
Selangor mencapai taraf negeri maju pada 2005.