PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN LIMA
Disediakan oleh : CikguZai
Mari Belajar
Teknik Gosokan
Definisi Teknik Gosokan
Gosokan adalah satu proses
pemindahan reka bentuk atau
corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan yang lain dengan cara
menggosok di atas permukaan
yang hendak dipindahkan.
Teknik Gosokan
Gosokan satu lapis dan satu arah
sahaja.
Gosokan beberapa lapisan di atas
tempat yang sama secara berulang kali.
Gosokan beberapa kali dari arah dan
sudut yang berlainan.
Teknik Gosokan
Gosokan secara pusingan.
Gosokan menggunakan pelbagai
warna.
Gosokan monokrom dan gosokan
potongan kertas.
Penerokaan Alat dan Bahan
Penggunaan pensel dan pensel warna
akan memberikan kesan jalinan halus.
Jalinan yang dihasilkan daripada kapur
dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak
kekal lama.
Krayon memberikan kesan tebal dan
nyata apabila diaplikasi ke atas jalinan.
Penerokaan Alat dan Bahan
Penggunaan arang dalam aktiviti
gosokan akan menghasilkan jalinan yang
mudah rosak.
Hasil jalinan daripada aktiviti gosokan
boleh disimpan dengan baik apabila
menggunakan semburan pemati warna ke
atas jalinan tersebut.
Bahan dan alatan yang diperlukan
Pensel
Pensel warna
Lakaran objek
Kertas lukisan
Permmukeamanpubnahyaani j/aolibnjeank yang
Contoh Karya Teknik Gosokan
Contoh Karya Teknik Gosokan
Contoh Karya Teknik Gosokan
TUGASAN
Hasilkan sebuah karya seni dengan menggunakan teknik
gosokan sebagai teknik utama. Walau bagaimanapun, anda
boleh menggabungkan teknik lain untuk menambah variasi.
Bahan lakaran boleh dihasilkan sendiri ataupun boleh diambil
daripada mana-mana sumber sedia ada sama ada melalui
Internet atau mana-mana buku. Hantar tugasan selewat-
lewatnya hari Isnin (25 Oktober 2021). Letakkan karya anda di
dalam bakul kelas. Selamat berkarya. cikgu_zai