The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MARI BELAJAR PERIBAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zazafatma, 2021-10-10 22:50:18

BAHASA MELAYU

MARI BELAJAR PERIBAHASA

MARI BELAJAR
PERIBAHASA

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ZAI

PERIBAHASA

Perumpamaan
Pepatah
Bandingan Semacam
Bidalan
Kata-kata Hikmat
Cogan Kata / Slogan

bagai

Perumpamaan

Bagai

Bagai abu di atas tunggul
=kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin.

Bagai air di daun keladi
=tidak tetap pendirian.
Bagai anjing tersepit di pagar
=serba salah apabila ditimpa kesusahan
Bagai aur dengan tebing

=saling membantu

Perumpamaan

Bagai

Bagai ayam disambar helang
=hilang atau mati secara tiba-tiba.

Bagai berumah di tepi pantai
=selalu bimbang dan cemas
Bagai bertepuk sebelah tangan

= sesuatu yang tidak menjadi kenyataan tanpa persetujuan pihak yang lain

Bagai bulan purnama penuh
= gadis yang sangat cantik

Perumpamaan

Bagai

Bagai bunyi cempedak jatuh
= bunyi jatuh yang sangat kuat

Bagai dakwat dengan kertas
=hubungan persahabatan yang sangat erat

Bagai dihiris dengan sembilu
=perasaan yang sangat sedih

Bagai duri dalam daging
=sesuatu yang amat tidak menyenangkan

Perumpamaan

Bagai

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

=tiada permuafakatan dalam masyarakat, hanya berpegang pada pendapat sendiri
serta melakukan pekerjaan masing-masing.

Bagai haruan makan anak
=bapa yang merogol anak sendiri
Bagai hempedu lekat di hati
=perhubungan yang sukar untuk dipisahkan

Bagai itik pulang petang
=jalan dengan lambat sambil melenggang

Perumpamaan

Bagai

Bagai kucing kehilangan anak
=hilang akal atau kebingungan

Bagai lintah dipotong ekor
=melakukan pekerjaan dengan pantas
Bagai melepaskan batuk di tangga

=melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh

Bagai melukut di tepi gantang
=tidak dipedulikan oleh masyarakat

Perumpamaan

Bagai

Bagai menatang minyak yang penuh
=mendidik anak dengan penuh kasih sayang

Bagai mencencang air
=membuat sesuatu yang tidak berfaedah

Bagai pinang dibelah dua
=pasangan yang sangat sepadan
Bagai si buta kehilangan tongkat

=berada dalam kesukaran kerana hilang tempat bergantung

Perumpamaan

Bagai

Bagai tikus membaiki labu
=merosakkan lagi barang yang sedang dibaiki

Bagai wau putus tali
=putus harapan dan berserah kepada takdir

Bagai mendukung biawak hidup
=menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita sendiri

Bagai ayam mengeram telur
=merah muka seseorang

bak

Perumpamaan

bak

Bak manik putus tali
=air mata yang berderaian membasahi pipi

Bak perahu berat sebelah
=keputusan yang tidak adil

ibarat

Perumpamaan

ibarat

Ibarat ayam, tiada kais, tiada makan
=kalau tidak bekerja tidak makan

Ibarat burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
=hidup yang sentiasa dikongkong

Ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya

=seorang ahli kumpulan yang menerima nasib buruk, kesannya turut dirasai oleh
semua ahlinya.

Ibarat anjing buruk kepala
=orang yang sangat dibenci oleh masyarakat

Perumpamaan

ibarat

Ibarat abu di atas tunggul

=kedudukan yang tidak tetap dan pada bila-bila masa akan
dipecat

Ibarat anak ayam kehilangan ibu
=rakyat menjadi susah kerana kehilangan pemimpin

Ibarat mencurah air ke daun keladi
=perbuatan yang tidak berfaedah

laksana

Perumpamaan

laksana

Laksana garam dengan asam
=amat padan benar

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
=suka memperbesar-besarkan perkara yang kecil

Laksana lembu kasi
=berbadan besar tetapi penakut

Laksana kapur dengan kunyit
=serasi atau rapat sekali

Perumpamaan

laksana

Laksana bulan dipagar bintang
=sangat cantik

Laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak

=seseorang yang elok rupa parasnya tetapi tidak berbudi bahasa

Laksana menatang minyak yang penuh
=melayan dengan sangat baik

Laksana pokok kayu tidak berbuah
=ilmu yang tidak diamalkan

seperti

Perumpamaan

seperti

seperti anak ayam kehilangan ibu
=berpecah dan hilang tempat bergantung

seperti anjing dengan bayang-bayang
=tamak dan tidak pernah bersyukur atas apa yang dimiliki

seperti anjing dengan kucing
=dua orang yang sentiasa bertengkar apabila bertemu

seperti api dalam sekam
=kejahatan yang tersembunyi

Perumpamaan

seperti

seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
=pendapatan yang hanya cukup untuk menampung hidup

seperti batu jatuh ke lubuk
=hilang lenyap, begitu sahaja

seperti bulan dengan matahari
=gandingan yang sangat serasi

seperti cacing kepanasan
=sangat gelisah

Perumpamaan

seperti

seperti cincin dengan permata
=pasangan yang sama cantik dan sama padan

seperti embun di hujung rumput
=kasih sayang yang tidak berkekalan

seperti gunting makan di hujung
=berbuat sesuatu dalam diam tetapi berhasil

seperti isi dengan kuku
=hubungan persahabatan yang sangat erat

Perumpamaan

seperti

seperti kacang lupakan kulit
=tidak mengenang budi

seperti katak di bawah tempurung
=berpengetahuan cetek dalam hal-hal dunia

seperti katak kena simbah air
=mendapat sesuatu yang amat menggembirakan

seperti kera kena belacan
=tidak boleh duduk diam

Perumpamaan

seperti

seperti kera mendapat bunga
=tidak tahu menghargai pemberian orang lain

seperti kera sumbang
=tidak suka bercampur dengan orang lain

seperti kerbau dicucuk hidung

=lurus dan sentiasa mengikut telunjuk orang lain tanpa bantahan

seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

=perbuatan menasihati orang lain supaya membuat pekerjaan dengan betul
sedangkan diri sendiri tidak membuatnya dengan betul.

Perumpamaan

seperti

seperti langit dengan bumi
=sangat berbeza

seperti lipas kudung
=melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat

seperti mencurahkan air ke daun keladi
=nasihat yang tidak dipedulikan

seperti murai tercabut ekor
=sangat becok mulutnya

Perumpamaan

seperti

seperti pungguk rindukan bulan
=mengharapkan sesuatu yang sukar untuk diperoleh

seperti rusa masuk kampung

=berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat yang
baharu

seperti si buta mendapat tongkat
=sombong kerana baru memperolrh sesuatu

seperti si kudung mendapat cincin
=beroleh untung tetapi tidak dapat menikmatinya

Perumpamaan

seperti

seperti tikus jatuh ke beras
=memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka

seperti ular kena palu
=jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

umpama

Perumpamaan

umpama

umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
=sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan

umpama galah di tengah arus
=tidak berasa selamat

umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
=orang yang lemah tidak dapat melawan orang yang berkuasa

umpama tebu, habis manis sepah dibuang

=seseorang yang ditinggalkan akibat kecantikan atau keistimewaannya
yang telah hilang

Selamat belajar dan cubalah
untuk memahami maksud
setiap perumpamaan yang

diselitkan ke dalam nota pada
hari ini.

cikgu zai


Click to View FlipBook Version