The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zazafatma, 2021-11-09 19:52:27

NOTA BANDINGAN SIRI 1

NOTA BANDINGAN SIRI 1

BANDINGAN
(SIRI 1)

Disediakan oleh : Cikgu Zai

BANDINGAN

Bandingan ialah bentuk
ungkapan yang

menggambarkan sifat seseorang
atau benda secara bandingan.
Bandingan yang digambarkan

itu adalah jelas.

adil seperti hakim

Contoh ayat :



Kita hendaklah bersifat adil
seperti hakim dalam mengadili

perselisihan ini.

alim seperti ulama

Contoh ayat :



Haji Abdullah alim seperti ulama
kerana mempunyai pengetahuan
yang luas dalam bidang agama.

angkuh seperti merak

Contoh ayat :



Kartini tidak mempunyai kawan
kerana sikapnya yang angkuh
seperti merak.

baik seperti malaikat

Contoh ayat :



Mazlan disenangi orang kerana
dia baik seperti malaikat.

becok seperti murai

Contoh ayat :



Kak Joyah digelar mulut murai
kerana mulutnya becok seperti

murai.

bebas seperti burung

Contoh ayat :



Alangkah seronoknya kalau
dapat hidup bebas seperti burung.

berani seperti harimau

Contoh ayat :



Hanya orang yang berani seperti
harimau sahaja yang sanggup
bermalam di hutan tebal itu.

berat seperti batu

Contoh ayat :



Saya tidak mampu mengangkat
kotak yang berat seperti batu itu.

bersinar seperti bintang /
permata

Contoh ayat :



Mata kucing itu bersinar seperti
bintang pada waktu malam.

besar seperti gajah

Contoh ayat :



Walaupun badannya besar
seperti gajah tetapi dia ringan

tulang.

bijak seperti pendeta

Contoh ayat :



Razlin dikatakan bijak seperti
pendeta kerana sentiasa mendapat
keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan.

biru seperti laut

Contoh ayat :



Kain yang berwarna biru seperti
air laut itu akan dibuat baju
kurung.

bising seperti pasar

Contoh ayat :



Suasana di kelas itu bising seperti
pasar apabila guru tiada.

bodoh seperti keldai

Contoh ayat :



Orang yang bodoh seperti keldai
akan mudah diperdaya oleh orang

lain.

bujur seperti telur

Contoh ayat :



"Lukis bentuk bujur seperti telur di
atas kertas ini," kata Cikgu Mamat

kepada murid-muridnya.

bulat seperti bola

Contoh ayat :



Bumi berbentuk bulat seperti bola.


Click to View FlipBook Version