The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelajaran 7 ( Bidang Al- Quran _Kewajipan Memelihara Kehormatan Diri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORHAMIZAH BINTI ISMAIL Moe, 2020-07-07 00:25:09

Pelajaran 7 ( Bidang Al- Quran _Kewajipan Memelihara Kehormatan Diri

Pelajaran 7 ( Bidang Al- Quran _Kewajipan Memelihara Kehormatan Diri

1

PELAJARAN ALLAH SWT PENGAMPUN SEGALA DOSA
1
Surah Al-‘Araaf, ayat 23
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan & Ayat Hafazan)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

AYAT DAN MAKSUD

‫ﭐﱁﱂﱃﱄ‬

Mereka berdua merayu : “Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami

dan jika Engkau tidak mengampunkan dan merahmati kami ‫ﱅﱆﱇﱈﱉ‬
‫ﱊﱋﱌﱍ‬

pasti kami termasuk dalam golongan orang yang rugi”

Intisari Ayat Melakukan dosa suatu kezaliman terhadap diri sendiri.

Umat Islam wajib memohon keampunan daripada
Allah SWT atas dosa yang dilakukan.

Allah SWT sentiasa menerima taubat hambaNya
yang menyesal atas dosa yang dilakukan.

Orang yang mendapat keampunan Allah SWT ialah
orang yang beruntung.

Antara sebab untuk mendapat keampunan dan kasih sayang
Allah SWT termasuklah mengakui dosa yang dilakukan.

2

PELAJARAN AL-QURAN PETUNJUK KEBENARAN
2
Surah Al-Kahfi, ayat 1-10
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan & Ayat Hafazan)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

UNIT 1 : MESEJ AL-QURAN (Surah Al-Kahfi, ayat 1-5)

AYAT DAN MAKSUD

‫ﲭ ﲮ ﲯ ﲰ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﲶ ﲷﲸ‬

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menurunkan kepada hambaNya kitab suci a-Quran dan tidak
menjadikannya sesuatu yang bengkok.

‫ﲺﲻﲼﲽﲾﲿ‬

(bahkan keadaannya) tetap benar untuk memberi peringatan dengan azab yang sangat dahsyat
disisi Allah SWT

‫ﳀﳁﳂ ﳃﳄﳅﳆﳇﳈ‬

dan memberikan berita gembira kepada orang yang beriman yang melakukan ama-amal soleh,
bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik.

‫ﳊ ﳋﳌ‬

Mereka tetap tinggal dalam balasan yang baik itu selama-lamanya.

‫ﳎﳏﳐﳑﳒﳓ‬

Dan juga al-Quran itu memberi amaran kepada orang yang berkata “Allah mempunyai anak”.

‫ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆ ﱇﱈ‬

Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, dan tiada juga datuk nenek mereka

‫ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ‬

besar sungguh perkataan syirik yang keluar daripada mulut mereka, mereka hanya mengatakan
perkara yang dusta.

Intisari Ayat Allah SWT menjadikan al-Quran sebuah kitab yang benar dan sebagai
petunjuk kepada manusia.

Al-Quran memberikan peringatan tentang balasan neraka kepada
orang yang melakukan syirik.

Al-Quran membawa gembira kepada orang yang beriman dan
melakukan amal soleh.

Perbuatan syirik berpunca daripada kejahilan dan mengikut
ajaran nenek moyang secara membuta tuli.

Lafaz syirik merupakan suatu pembohongan terhadap Allah SWT.

3

Intisari AyatUNIT 2 : BIMBINGAN KEJAYAAN (Surah Al-Kahfi, ayat 6-10)
AYAT DAN MAKSUD

‫ﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚﱛﱜﱝﱞ‬

Maka janganlah kamu membinasakan dirimu kerana berdukacita terhadap perbuatan mereka, jika
mereka enggan beriman kepada keterangan al-Quran ini.

‫ﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪ‬

Sesungguhnya Kami jadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami
hendak menguji mereka, siapakah antaranya yang lebih baik amalannya.

‫ﱬﱭﱮﱯﱰﱱ‬

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa-apa yang ada di bumi itu sebagai tanah yang tandus.

‫ﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼ‬

Adakah kamu menyangka kisah Ashabul Kahfi dan ar-Raqim itu sahaja yang menakjubkan antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami.

‫ﱾﱿﲀﲁﲂ‬

(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda mencari tempat perlindungan ke gua.

‫ﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍ‬

Lalu mereka berdoa, “Wahai Tuhan Kami ! Kurniakanlah rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk
yang benar dalam urusan kami.

Allah SWT memujuk Rasulullah SAW supaya tidak berdukacita
terhadap keingkaran Musyrikin.

Allah SWT menjadikan perhiasan dunia seperti harta benda dan
anak pinak sebagai suatu ujian kepada manusia.

Ujian Allah SWT adalah untuk memilih orang yang terbaik
amalannya.

Orang beriman berasa bahagia melakukan ketaatan sekalipun
menghadapi kerumitan hidup.

4

PELAJARAN HUKUM TAJWID
3
(HUKUM MAD)
(AL-QURAN)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

Bahasa Penambahan atau pemanjangan.
MAKSUD Memanjangkan suara pada huruf mad )‫(مد‬
HUKUM MAD Istilah atau huruf lin )‫(لين‬.

Bahagian Mad Asli Mad Wajib Muttasil
Hukum Mad Mad Jaiz Munfasil
‫مد أصلى‬ Mad Badal
Mad Aridh Lissukun
Mad Far'ie Mad Lin
Mad 'Iwad
‫مد فرعي‬ Mad Lazim Kalimi
Mad Lazim Harfi
NOTA Mad Faraq
Mad Far’ie : Mad Silah
Memanjangkan
suara pada huruf
mad yang bertemu
selepasnya huruf

hamzah (‫)ء‬atau

huruf lain yang
bertanda sukun ( ).

Huruf Mad : ada 3 Huruf Lin: ada 2
Huruf Mad Huruf Lin

5

Mad Asli / Memanjangkan suara pada huruf mad dalam keadaan
Thobi’ie
berikut :
‫ طبيعي‬/ ‫ مد أصلى‬Maksud
• Alif (‫ )ا‬yang didahului dengan baris atas (‫(قَا َل‬

• WYaa(w‫()ي‬y‫و‬a)ynagndgiddaidhauhluuiludiednegnagnabnabriasribsadweaphan(‫(ي ُقو(ُقِلَي(َل‬


Contoh ‫ﱤﱥ‬ ‫ﲏﲐ‬
‫ﲣ ﲥﲤ‬ ‫ﲢ‬

Cara bacaan 2 harkat.

Mad Wajib Maksud Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah (‫ )ء‬dalam
Muttasil Contoh
satu kalimah.
‫مد َوا ِجب ُمَتّ ِصل‬
‫ﱧﱂ‬

‫ﱄﱍ‬

Cara bacaan 4 atau 5 harkat.

Mad Jaiz Maksud Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah (‫ )ء‬pada dua
Munfasil Contoh
kalimah yang berlainan.
‫مد َجائِز ُمْن َف ِصل‬
‫ﱣﱤ ﱥ‬ ‫ﲭﲮ‬

‫ﳂﳃﳄ‬ ‫ﱋﱌ‬

Cara bacaan 4 atau 5 harkat.

Nota

Huruf ‫ ه‬dan ‫ ي‬dalam beberapa kalimah juga ialah Mad Jaiz Munfasil,

dibaca 4 atau 5 harkat tanpa memutuskan bacaan pada kalimah yang

pertama kerana huruf-huruf itu merupakan gabungan dua kalimah.

‫ﲌﲍ‬ ‫ﲍ‬

6

Mad Badal Maksud Huruf hamzah (‫ )ء‬bertemu dengan huruf mad dalam

‫مد بََدل‬ satu kalimah.

‫ ء‬bertemuَ‫َي‬ ‫ ء‬bertemuَ‫َو‬ ‫ ء‬bertemuَ‫َا‬

Contoh ‫ﳐ‬ ‫ﲿ‬ ‫ﲇ‬

‫ﳛﳜ‬ ‫ﱘ‬ ‫ﱡ‬

Cara bacaan 2 harkat.

Nota

Dinamakan Mad Badal kerana :

✓ Huruf mad tersebut ialah gantian kepada huruf hamzah (‫)ء‬.

✓ Huruf hamzah (‫ )ء‬kedua ditukar kepada huruf mad mengikut baris

huruf hamzah (‫ )ء‬pertama.

✓ Contoh : ‫اَأْ َد ََم‬ ‫آ َد ََم‬
َ‫ِاأْ َمان‬ َ‫إ ْي َمان‬

Mad Aridh Maksud Huruf mad bertemu dengan huruf hijaiyyah di akhir
Lissukun kalimah dan dibaca secara waqaf.

‫مد َعا ِرض‬ Contoh ‫ﲼﲽ‬ ‫ﱦﱧ‬
‫للِ ُّس ُكون‬ ‫ﱖﱗﱘ‬ ‫ﳌﳍﳎ‬

Cara bacaan 2, 4 dan 6 harkat.

Mad Lin Huruf lin (‫ )و‬dan (‫ )ي‬bertanda sukun didahului

‫مد لِين‬ Maksud sebelumnya huruf berbaris atas dan dibaca secara
waqaf.

Hurufَ‫ي‬ Huruf ‫َو‬

Contoh ‫ﱂﱃ‬ ‫ﱔﱕ‬

‫ﱌﱍ‬ ‫ﲦ ﲧﲨ‬

Cara bacaan 2, 4 dan 6 harkat.

Nota
Dinamakan Mad Lin jika bacaan secara waqaf. Apabila bacaan secara
wasal, huruf tersebut kekal sebagai huruf lin sahaja.

7

Mad ‘Iwad Maksud Huruf mad yang berbaris dua di atas ( ) dibaca dengan

‫مد ِعَوض‬ baris satu di atas ( ) ketika waqaf, dengan bacaan
mad.

Contoh ‫ﱈﱉ‬ ‫ﲒﲓﲔ‬
‫ﲓﲔ‬ ‫ﲈﲉﲊ‬

Cara bacaan Dibaca baris satu di atas sekadar 2 harkat.
Nota

Mad ‘Iwad tidak berlaku pada huruf ‫ َة‬walaupun ketika waqaf seperti :

‫ﲷﲸﲹ‬

Tentukan hukum mad dan kadar harkat bagi kalimah berikut :

Kalimah Hukum Mad Harkat
4 atau 5 harkat.
‫ﱣﱤﱥ‬ Mad Jaiz Munfasil
2 harkat
‫ ﱄ‬Mad Asli 4 atau 5 harkat.
4 atau 5 harkat.
‫ﲋ‬ Mad Wajib Muttasil

‫ﲌ‬ Mad Jaiz Munfasil

Tentukan hukum mad dalam ayat berikut :

(Surah al-Baqarah, ayat 257)

‫ﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈ ﱊﱉﱋﱌﱍ‬

‫ﱎﱏﱐﱑﱒ ﱔﱓﱕﱖ ﱘﱗﱙﱚ‬

‫ﱛﱜ‬

8

PELAJARAN PANCAINDERA YANG DIMANFAATKAN
4
Surah Al-‘Aaraf, ayat 179
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

AYAT DAN MAKSUD

‫ﭐﱁﱂﱃ‬

Sesungguhnya Kami jadikan untuk penghuni Neraka Jahanam

‫ﱄﱅﱆ ﱈﱇ‬

ramai daripada golongan jin dan manusia.

‫ﱉﱊﱋﱌﱍ‬

Mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami (ayat Allah SWT) dengannya

‫ﱎﱏﱐﱑﱒ‬

dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat (bukti keesaan Allah SWT) dengannya

‫ﱓﱔﱕﱖ ﱘﱗ‬

serta yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) dengannya.

‫ﱙﱚ‬

Mereka itu (diumpamakan) seperti binatang ternakan

‫ﱛﱜﱝﱞ‬

bahkan mereka lebih sesat lagi.

‫ﱟﱠﱡﱢ‬

Mereka itulah orang yang lalai.

Penghuni Neraka :
Menurut Imam Ibnu Kathir, Allah SWT menciptakan neraka dan menjadikan
sebahagian besar penghuninya daripada kalangan jin dan manusia.

Masuk Neraka Masuk Syurga

Manusia yang beramal Manusia yang beramal dengan
dengan amalan buruk dan amalan baik berlandaskan
keimanan kepada Allah SWT.
kufur kepada Allah SWT.

9

Bagaimanakah keadaan penghuni neraka?
Allah SWT menceritakan beberapa keadaan penghuni neraka, antaranya termasuklah :

1 Penghuni neraka diseret beramai-ramai ke neraka dalam keadaan tertiarap di
atas mukanya.

2 Penghuni neraka ingin hidup semula kerana tidak tertanggung dengan azab
neraka dan ingin melakukan amal soleh.

3 Orang yang menyeleweng daripada jalan yang benar menjadi bahan bakar api
neraka Jahannam.

4 Muka penghuni neraka hitam legam akibat pendustaan mereka terhadap
Allah SWT.

5 Orang munafik dan kafir kekal dalam neraka selama-lamanya atas kekufuran.

CARA MENCARI KEBENARAN.

Memahami ayat-ayat al-Quran dan hadis Mengambil iktibar daripada tanda-tanda
Rasulullah SAW. kebesaran Allah SWT sebagai pencipta

melalui kejadian alam semesta.

Cara memanfaatkan
pancaindera untuk
mencari kebenaran
dengan melalui perkara

makruf.

Telinga mendengar ayat-ayat al-Quran, Mata melihat segala ciptaan Allah SWT
hadis Rasulullah SAW dan zikir-zikir untuk seperti melihat kejadian gunung-ganang
dan laut, dapat menambahkan keimanan.
menenangkan jiwa.

10

Berusaha membetulkan salah faham kandungan ayat-ayat
al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Cara memanfaatkan Berusaha menyedarkan manusia supaya tidak lalai daripada
pancaindera untuk merenung tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang ada pada
mencari kebenaran
dengan mencegah alam semesta.

kemungkaran. Berusaha menjauhkan diri daripada melihat perkara-
perkara yang haram.

Berusaha mengelakkan diri daripada mendengar perkara-
perkara yang negatif.

Pengajaran Ayat.

1 Sebagai umat Islam, kita hendaklah melaksanakan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan laranganNya supaya dijauhkan daripada neraka Jahannam.

2 Sebagai umat Islam, kita hendaklah memanfaatkan hati, mata dan telinga kerana
Semuanya ialah amanah Allah SWT kepada manusia.

3 Sebagai umat Islam, kita hendaklah menzahirkan kelebihan manusia berbanding
binatang ternakan dengan memanfaatkan pancaindera untuk kebaikkan dunia
dan akhirat.

4 Sebagai umat Islam, kita hendaklah mengelakkan diri daripada mnjadi orang
yang lalai agar tidak diazab oleh Allah SWT.

11

PELAJARAN ZIKIR PENENANG HATI
5
Surah Al-‘Aaraf, ayat 205-206
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

AYAT DAN MAKSUD

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu ‫ﭐﲱﲲﲳﲴ‬

dengan merendah diri dan rasa takut serta tidak ‫ﲵﲶﲷﲸﲹﲺ‬
menyaringkan suara

pada waktu pagi dan petang ‫ﲻﲼ‬

serta janganlah engkau termasuk orang yang lalai. ‫ﲽﲾﲿﳀﳁ‬
‫ﳂﳃﳄﳅ‬
Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi
Tuhanmu ‫ﳆﳇﳈﳉ‬

Tidak ingkar daripada beribadah kepada-Nya.

Mereka sentiasa bertasbih bagi-Nya ‫ﳊ‬

serta kepada-Nya mereka bersujud. ‫ﳋﳌﳍﳎﳏ‬

Menurut Al-Imam Ibnu Kathir, Allah SWT memerintahkan manusia
untuk memperbanyakkan zikir kepada-Nya.

Perintah Zikir hendaklah sentiasa diucapkan agar manusia tidak tergolong
Allah SWT dalam kalangan orang yang lalai.

Allah SWT memotivasikan manusia dengan memuji malaikat dan
menjadikan malaikat sebagai contoh.

Malaikat sentiasa berzikir kepada Allah SWT tanpa henti.

12

Bahasa : Ingatan.
Maksud

Istilah : Mengingati Allah SWT sama ada melalui hati atau lisan.

1. Menimbulkan rasa syukur kepada Allah SWT.
Zikir

2. Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.

Peranan 3. Menjadikan perisai peribadi daripada gangguan syaitan.

4. Memberi petunjuk ke jalan yang benar.

5. Menenteramkan hati.

Zikir yang terbaik ialah zikir yang ma’thur seperti : ‫• بِ ْسِم اللِه الَّرْْحَ ِن الَّرِحيِم‬
ُ‫• لاَ إِٰلهَ إِلَاّ الله‬
‫• لاَ َحْوَل َو قَُّوةَ إَِلّا ِبلِل‬
‫• أَ ْستَغِْفُر الله‬ ‫• ُسْب َحا َن الله‬
‫• اْْلَْم ُد اللِه‬
‫• َما َشاءَ اللهُ لا قَُّوةَ إَِّلا ِبلِل‬
‫• َح ْسَِِب اللهُ َونِْع َم الَْوكِيل‬ ‫• اللهُ أَ ْكَُب‬

ADAB BERZIKIR

Sentiasa Berzikir dengan Berzikir dengan Berzikir dengan
mengingati Allah penuh merendah penuh takut kepada suara yang lembut.
SWT dalam hati.
diri. Allah SWT.

13

Para ulama menyatakan bahawa adab berzikir yang lain termasuklah :
1 Membersihkan mulut daripada kekotoran dan menyucikan diri daripada hadas.
2 Memastikan tempat zikir bersih daripada kekotoran dan suci daripada najis.
3 Menghadap kiblat ketika berada di dalam majlis zikir.
4 Berzikir dengan tenang dan khusyuk.
5 Berusaha untuk memahami maksud lafaz zikir.
6 Berzikir bersama-sama imam seperti selepas solat berjemaah.
7 Memilih waktu yang afdhal seperti selepas solat fardu.
8 Mengelakkan berzikir dalam keadaan-keadaan yang tidak sesuai seperti ketika

sedang qada hajat.

Kepatuhan Malaikat Dalam Berzikir Kepada Allah SWT.

Menurut As-Syeikh Wahbah az-Zuhaili, dalam Kitab at-Tafsir al-Munir, para malaikat
sangat dekat dengan Allah SWT. Mereka tidak sombong untuk menyembah Allah SWT dan
berzikir memuliakanNya. Para malaikat juga sentiasa patuh kepada perintah Allah SWT.

Hal ini dibuktikan melalui firman Allah SWT :

(164 – 166 ‫ اية‬: 37 ،‫)سورةَال َّصافات‬
‫ دان تياد سسيافا فون درفد كالغن كامي ملاءينكن اد باضيث درجت كدودوقن يغ‬: ‫مقصود‬
‫ دان‬.‫ دان سسوغضوهث كاميله يغ سنتياس برباريس منجونجوغ فرينته دان برعبادة‬.‫ترتنتو‬
.‫سسوغضوهث كاميله يغ سنتياس برتسبيح مثوخيكن الله درفد سبارغ صيفت ككورغن‬

Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah SAW ditanya tentang ucapan yang

paling afdhal, Baginda SAW menjawab :

: ‫ اوخفن يغ دفيليه اوليه الله اونتوق ملائكة اتاو همباث‬: ‫مقصود‬

(.‫سُبْ َحانَ اللهِ وَبِحَمْ ِدِه )مها سوخي الله دان سضالا فوجي باضيث‬

14

Pengajaran ayat :

1. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah SWT sepanjang
masa agar hidup kita lebih tenang.

2. Sebagai umat Islam, kita hendaklah melembutkan suara ketika berzikir agar dapat
mendatangkan rasa khusyuk, takut dan rendah diri kepada Allah SWT.

3. Sebagai umat Islam, kita hendaklah mengelakkan diri daripada menyaringkan suara
ketika berzikir kerana Allah SWT Maha Mendengar.

4. Sebagai umat Islam, kita hendaklah mencontohi kepatuhan para malaikat yang
sentiasa berzikir agar tidak lalai dan sombong.

Sujud Tilawah

✓ Umat Islam disunatkan untuk melaksanakan sujud tilawah apabila membaca atau

mendengar ayat – ayat al-Quran yang mempunyai tanda ‫ ﳎ‬.

✓ Orang yang sedang solat perlu berniat untuk sujud di dalam hati, lalu sujud sekali
seperti sujud biasa. Kemudian bangun untuk meneruskan solat seperti biasa.

✓ Bagi orang yang berada di luar solat, hendaklah berniat untuk sujud, takbiratul ihram,
sujud sekali, duduk selepas sujud dan memberikan salam.

✓ Bacaan ketika sujud ialah :

َ‫وصَّورهَُ وش َّقََسْعهَُوبصرهَُِِبْولِِهَوقَُّوتِِه‬.َ‫فتسباجردكََوالْلجهُِهَأيْحَلَِلّسِذُنَايَْْلاخلِلِققيهَُن‬

Maksud : Wajahku bersujud kepada Allah Yang Maha Mencipta, Maha Membentuk
pelbagai rupa, Yang Membuka pendengaran dan penglihatan dengan daya dan
kekuatan-Nya. Maka nyatalah Allah sebagai sebaik-baik pencipta.

15

PELAJARAN GENERASI UNGGUL
6
Surah At-Taubah, ayat 100
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

AYAT DAN MAKSUD ‫ﱁﱂ‬

dan orang-orang yang terdahulu - Yang mula-mula
(berhijrah dan memberi bantuan),

dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", ‫ﱃﱄﱅ‬

dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka ‫ﱆﱇﱈ‬
Dengan kebaikan (iman dan taat),

Allah reda akan mereka dan mereka pula meredainya ‫ﱉﱊﱋﱌﱍ‬

Allah juga menyediakan untuk mereka syurga-syurga ‫ﱎﱏﱐ‬

Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ‫ﱑﱒﱓ‬

mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; ‫ﱔﱕ ﱗﱖ‬

itulah kemenangan yang besar. ‫ﱘﱙﱚﱛ‬

TAKRIF SAHABAT dan beriman
BAHASA : Yang mendampingi

Sesiapa yang berjumpa dengan Rasulullah SAW
ISTILAH : kepadaNya serta meninggal dunia dalam Islam.

NAMA –NAMA SAHABAT RASULULLAH SAW TERMASUKLAH MUHAJIRIN DAN ANSAR

MUHAJIRIN ANSAR

Penduduk Mekah yang beriman kepada . Penduduk Madinah daripada kalangan
................... Rasulullah SAW.
Qabilah Aus’ dan Khazraj yang
Mereka berhijrah ke Madinah dan tinggal di
sana. beriman kepada Rasulullah SAW.

Contohnya : Hamzah bin Abdul Mutalib, Mereka membantu Rasulullah SAW dan
Abdullah bin Mas’ud, Ammar bin Yaasir, golongan Muhajirin ketika tiba di Madinah.
Asma’ binti Abu Bakar. Contohnya : Ubadah bin al-Shomit RA, Said
bin al-Rabi’ RA, Anas bin Malik RA, Umu
Sulaim bin Milhan RA.

1. Abu Bakar al-Siddiq RA 10 SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA 8. Saad bin Abi Waqas RA
2. Umar bin al-Khattab RA 9. Said bin Zaid RA
3. Uthman bin Affan RA 5. Tolhah bin Ubaidillah RA 10. Abu Ubaidah bin Jaraah RA
4. Ali bin Abi Thalib RA 6. al-Zubair bin Awam RA
7. Abdul Rahman bin Auf RA

Dianggarkan jumlah sahabat melebihi 100 000 orang. Sahabat yang paling akhir meninggal dunia ialah Abu Tufail Amir
bin Wasilah al-Laisi RA, iaitu pada tahun 110 hijrah bersamaan dengan 728 masihi.

16

PENGIKTIRAFAN ALLAH SWT TERHADAP PARA SAHABAT

Allah SWT meredai para sahabat. Para sahabat dijanjikan dengan
( Surah at-Taubah, 9: ayat 100 ) kemenangan.

( Surah al-Fath, 48: ayat 18 )

Allah SWT meningkatkan darjat para Allah SWT memuji sifat lemah
sahabat yang membelanjakan harta lembut dan kasih sayang sesama

dan berjuang dijalan Allah SWT. mereka.

( Surah al-Hadiid, 57: ayat 10 )

PENGAJARAN AYAT.

1 Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba dalam urusan kebaikan
agar kita menjadi seperti as-Sabiqun al-Awalun. Mereka membantu perjuagan
Rasulullah SAW ketika orang lain menolaknya.

2 Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaan Allah SWT
dengan menjauhi laranganNya supaya kita beroleh kesejahteraan yang
berpanjangan.

3 Kita hendaklah mengelakkan diri daripada membenci, mencela, mencaci dan
menghina para sahabat kerana mereka ialah golongan yang diredai Allah SWT.

4 Kita hendaklah berusaha dengan menjadikan amalan para sahabat sebagai contoh
ikutan supaya mendapat syurga yang abadi.

17

PELAJARAN KEWAJIPAN MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI
7
Surah An-Nur ayat 30-31
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan & Ayat Kefahaman)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

AYAT DAN MAKSUD

‫ﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵ‬

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka.

‫ﱶﱷﱸﱹ‬

yang demikian itu lebih suci bagi mereka

‫ﱺﱻﱼﱽﱾﱿ‬

sesungguhnya Allah Maha mengetahui tentang apa-apa yang mereka kerjakan.

‫ﲀﲁﲂﲃﲄ‬

dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan
mereka (daripada memandang yang haram)

‫ﲅﲆ‬

dan memelihara kehormatan mereka

‫ﲇﲈﲉﲊﲋﲌ ﲎﲍ‬

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya

‫ﲏﲐﲑ ﲓﲒ‬

dan hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala ke paras dada mereka

‫ﲔﲕﲖﲗﲘ‬

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka

‫ﲙﲚﲛﲜﲝ‬

atau bapa mereka atau bapa menantu mereka

‫ﲞﲟﲠﲡﲢ‬

atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri meraka

‫ﲣﲤﲥﲦﲧﲨﲩﲪ‬

atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak saudara mereka yang lelaki, atau anak-anak
saudara mereka yang perempuan

‫ﲫﲬﲭﲮﲯﲰ‬

atau perempuan islam, atau hamba mereka

18

AYAT DAN MAKSUD

‫ﲱﲲﲳﲴﲵﲶﲷ‬

atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan

‫ﲸﲹﲺﲻﲼﲽﲾ ﳀﲿ‬

atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan lagi

‫ﳁﳂﳃ‬

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka

‫ﳄﳅﳆﳇﳈﳉ‬

untuk diketahui orang perhiasan mereka yang disembunyikan

‫ﳊﳋﳌﳍﳎﳏ‬

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman

‫ﳐﳑﳒ‬

semoga kamu berjaya

Menundukkan
pandangan

Bertaubat PERINTAH ALLAH Memelihara
DALAM AYAT kehormatan

Menutup aurat

19

1. MENUNDUKKAN PANDANGAN

Allah SWT memerintah hambaNya menjaga pandangan mereka daripada melihat yang
haram. Pandangan mata yang menyalahi syarak akan menjerumuskan seseorang kepada
keburukan dan kerosakan seperti perbuatan zina.

Antara Panduan Menundukkan Pandangan Termasuklah :
✓ Sentiasa mengingati Allah SWT dengan berzikir
✓ Menghindari tempat-tempat maksiat
✓ Segera mengalihkan pandangan jika terlihat perkara maksiat
✓ Memilih untuk melihat bahan-bahan yang baik dan bermanfaat
✓ Memperbanyak amalan berpuasa

2. MEMELIHARA KEHORMATAN
✓ Menghindarkan perbuatan zina, lesbian, homoseksual dan onani.
✓ Berpakaian yang menepati kehendak syarak.
✓ Menjaga tatasusila dalam pergaulan termasuk dalam media sosial.
✓ Bercakap perkataan yang baik, lemah-lembut dan bersopan.

3. MENUTUP AURAT

Aurat ialah batasan anggota badan yang wajib ditutup menurut hukum syarak.

Aurat Lelaki Aurat Perempuan
Daripada pusat hingga lutut
Seluruh tubuh badan kecuali muka dan
kedua-dua tapak tangan

PAKAIAN KETIKA BERHADAPAN DENGAN BUKAN MAHRAM

Baju yang labuh dan longgar Lengan baju panjang hingga ke
serta tidak jarang pergelangan tangan

Tudung yang labuh menutupi Kain atau seluar yang dipakai
dada serta tidak jarang perlu labuh hingga ke buku lali

Memakai sarung kaki

20

KEADAAN AURAT SESEORANG PEREMPUAN

Ketika bersama dengan Daripada pusat hingga lutut
WANITA ISLAM lain
Daripada pusat hingga lutut. Namun sekiranya
Ketika bersama dengan dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah, hendaklah
LELAKI MAHRAM berpakaian sopan yang boleh menutup tubuhnya

Ketika bersama dengan Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
LELAKI BUKAN MAHRAM
Seluruh badan kecuali anggota yang zahir ketika
Ketika bersama dengan bekerja
WANITA BUKAN ISLAM

4. BERTAUBAT
Taubat ialah perbuatan kembali kepada Allah SWT dan menyesal dengan bersungguh-
sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan.
Cara Dan Syarat Bertaubat

✓ Menyesal atas dosa yang dilakukan

✓ Berhenti melakukan dosa

✓ Berazam tidak mengulangi perbuatan dosa

✓ Minta maaf dan memulangkan hak kepada pemiliknya

PENGAJARAN AYAT

1 Kita hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang
haram agar beroleh balasan Syurga.

2 Kita hendaklah memelihara kehormatan diri agar kehidupan dirahmati Allah SWT.

3 Kita hendaklah berpakaian menutup aurat agar selamat daripada keburukan dan
gangguan.

4 Kita hendaklah sentiasa bertaubat agar dicintai Allah SWT.

21

PELAJARAN PENCIPTAAN MANUSIA BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT
8
Surah Ghafir ayat 67
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan & Ayat Kefahaman)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

AYAT DAN MAKSUD

‫ﱁﱂﱃﱄﱅ‬

Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah

‫ﱆﱇﱈﱉﱊﱋ‬

Kemudian daripada air mani, kemudian daripada sebuku darah beku

‫ﱌﱍﱎ‬

Kemudian dia mengeluarkan kamu berupa anak kecil

‫ﱏﱐﱑ‬

Kemudian kamu dipelihara sampai ke peringkat dewasa

‫ﱒﱓﱔﱕ‬

Kemudian kamu sampai menjadi tua

‫ﱖﱗﱘﱙﱚﱛ‬

Dan ada antara kamu yang dimatikan sebelum itu

‫ﱜﱝﱞ‬

Supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan

‫ﱟﱠﱡ‬

Dan supaya kamu memahami kekuasaan Allah.

PROSES KEJADIAN MANUSIA

Allah SWT menjadikan manusia pertama, Nabi Adam AS daripada saripati tanah (sulalah).
Proses kejadian manusia begitu unik, rapi dan diatur dengan sangat sempurna. Hal ini
merupakan bukti kekuasaan Allah SWT.

NUTFAH ALAQAH (Zigot)

Nutfah merupakan percampuran air mani yang Alaqah ialah segumpal darah yang tergantung di
dikenali sebagai sperma bagi lelaki dan ovum dalam rahim. Allah menjadikan rahim ibu sebagai

bagi perempuan. tempat yang paling sesuai dan selamat bagi
proses kejadian manusia.

MUDGHAH (Embrio) JANIN (Fetus)

Mudghah ialah seketul daging yang lembut. Pada peringkat janin, pembentukan seluruh anggota
Tahap ini merupakan permulaan bagi telah sempurna. Para ulama’ bersepakat menyatakan
pertumbuhan otak, saraf tunjang dan
bahawa roh ditiup selepas sempurnanya
pembentukan anggota lain seperti telinga dan pembentukan organ-organ tubuh. Hakikat roh tidak
mata. tidak dapat dikaji kerana hakikat ini merupakan antara

rahsia Allah SWT dalam penciptaan manusia.

22

FASA KEHIDUPAN MANUSIA

KANAK-KANAK
Anak-anak belajar bercakap, berjalan, bermain dan bergaul dengan persekitaran mereka.

REMAJA
Mereka mula ditaklifkan Allah SWT, bertanggungjawab dengan apa-apa yang dilakukan

berpandukan aturan syariat.

DEWASA
Manusia mencapai tahap kematangan akal yang sempurna. Mereka menerima
tanggungjawab yang lebih besar dengan membina keluarga, mencari rezeki dan

memimpin masyarakat.

TUA
Daya fizikal mereka semakin lemah, namun pengalaman hidup yang telah dilalui sangat

berharga untuk dijadikan pedoman kepada generasi berikutnya.

MATI

Kematian menyedarkan kita untuk memanfaatkan kehidupan dengan perkara yang
memberikan kebaikan tidak hanya pada diri sendiri, bahkan kepada orang lain

PENGAJARAN AYAT

1. Sebagai umat Islam kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT Maha Berkuasa
mencipta manusia dengan sangat sempurnanya agar kita menjadi hamba yang

bertaqwa.

2. Sebagai umat Islam kita hendaklah menghargai anggota badan ciptaan Allah SWT

kerana manusia merupakan sebaik-baiknya kejadian.

3. Sebagai umat Islam kita hendaklah mengakui bahawa anatomi tubuh manusia

diciptakan dengan fungsi yang tersendiri bahkan saling melengkapi agar kita yakin

dengan kesempurnaan Allah SWT.

4. Sebagai umat Islam kita hendaklah menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa

bersyukur agar tidak termasuk dalam golongan yang kufur dengan nikmatnya.

23


Click to View FlipBook Version