The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelajaran 7 _ Bidang Al-Quran _ Kewajipan Memelihara Kehormatan Diri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORHAMIZAH BINTI ISMAIL Moe, 2020-07-07 00:58:00

Pelajaran 7 : Bidang Al-Quran : Kewajipan Memelihara Kehormatan Diri

Pelajaran 7 _ Bidang Al-Quran _ Kewajipan Memelihara Kehormatan Diri

PELAJARAN KEWAJIPAN MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI
7
Surah An-Nur ayat 30-31
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan & Ayat Kefahaman)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

AYAT DAN MAKSUD

‫ﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵ‬

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka.

‫ﱶﱷﱸﱹ‬

yang demikian itu lebih suci bagi mereka

‫ﱺﱻﱼﱽﱾﱿ‬

sesungguhnya Allah Maha mengetahui tentang apa-apa yang mereka kerjakan.

‫ﲀﲁﲂﲃﲄ‬

dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan
mereka (daripada memandang yang haram)

‫ﲅﲆ‬

dan memelihara kehormatan mereka

‫ﲇﲈﲉﲊﲋﲌ ﲎﲍ‬

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya

‫ﲏﲐﲑ ﲓﲒ‬

dan hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala ke paras dada mereka

‫ﲔﲕﲖﲗﲘ‬

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka

‫ﲙﲚﲛﲜﲝ‬

atau bapa mereka atau bapa menantu mereka

‫ﲞﲟﲠﲡﲢ‬

atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri meraka

‫ﲣﲤﲥﲦﲧﲨﲩﲪ‬

atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak saudara mereka yang lelaki, atau anak-anak
saudara mereka yang perempuan

‫ﲫﲬﲭﲮﲯﲰ‬

atau perempuan islam, atau hamba mereka

18

AYAT DAN MAKSUD

‫ﲱﲲﲳﲴﲵﲶﲷ‬

atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan

‫ﲸﲹﲺﲻﲼﲽﲾ ﳀﲿ‬

atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan lagi

‫ﳁﳂﳃ‬

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka

‫ﳄﳅﳆﳇﳈﳉ‬

untuk diketahui orang perhiasan mereka yang disembunyikan

‫ﳊﳋﳌﳍﳎﳏ‬

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman

‫ﳐﳑﳒ‬

semoga kamu berjaya

Menundukkan
pandangan

Bertaubat PERINTAH ALLAH Memelihara
DALAM AYAT kehormatan

Menutup aurat

19

1. MENUNDUKKAN PANDANGAN

Allah SWT memerintah hambaNya menjaga pandangan mereka daripada melihat yang
haram. Pandangan mata yang menyalahi syarak akan menjerumuskan seseorang kepada
keburukan dan kerosakan seperti perbuatan zina.

Antara Panduan Menundukkan Pandangan Termasuklah :
✓ Sentiasa mengingati Allah SWT dengan berzikir
✓ Menghindari tempat-tempat maksiat
✓ Segera mengalihkan pandangan jika terlihat perkara maksiat
✓ Memilih untuk melihat bahan-bahan yang baik dan bermanfaat
✓ Memperbanyak amalan berpuasa

2. MEMELIHARA KEHORMATAN
✓ Menghindarkan perbuatan zina, lesbian, homoseksual dan onani.
✓ Berpakaian yang menepati kehendak syarak.
✓ Menjaga tatasusila dalam pergaulan termasuk dalam media sosial.
✓ Bercakap perkataan yang baik, lemah-lembut dan bersopan.

3. MENUTUP AURAT

Aurat ialah batasan anggota badan yang wajib ditutup menurut hukum syarak.

Aurat Lelaki Aurat Perempuan
Daripada pusat hingga lutut
Seluruh tubuh badan kecuali muka dan
kedua-dua tapak tangan

PAKAIAN KETIKA BERHADAPAN DENGAN BUKAN MAHRAM

Baju yang labuh dan longgar Lengan baju panjang hingga ke
serta tidak jarang pergelangan tangan

Tudung yang labuh menutupi Kain atau seluar yang dipakai
dada serta tidak jarang perlu labuh hingga ke buku lali

Memakai sarung kaki

20

KEADAAN AURAT SESEORANG PEREMPUAN

Ketika bersama dengan Daripada pusat hingga lutut
WANITA ISLAM lain
Daripada pusat hingga lutut. Namun sekiranya
Ketika bersama dengan dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah, hendaklah
LELAKI MAHRAM berpakaian sopan yang boleh menutup tubuhnya

Ketika bersama dengan Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
LELAKI BUKAN MAHRAM
Seluruh badan kecuali anggota yang zahir ketika
Ketika bersama dengan bekerja
WANITA BUKAN ISLAM

4. BERTAUBAT
Taubat ialah perbuatan kembali kepada Allah SWT dan menyesal dengan bersungguh-
sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan.
Cara Dan Syarat Bertaubat

✓ Menyesal atas dosa yang dilakukan

✓ Berhenti melakukan dosa

✓ Berazam tidak mengulangi perbuatan dosa

✓ Minta maaf dan memulangkan hak kepada pemiliknya

PENGAJARAN AYAT

1 Kita hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang
haram agar beroleh balasan Syurga.

2 Kita hendaklah memelihara kehormatan diri agar kehidupan dirahmati Allah SWT.

3 Kita hendaklah berpakaian menutup aurat agar selamat daripada keburukan dan
gangguan.

4 Kita hendaklah sentiasa bertaubat agar dicintai Allah SWT.

21


Click to View FlipBook Version