PELAJARAN PENCIPTAAN MANUSIA BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT
8
Surah Ghafir ayat 67
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan & Ayat Kefahaman)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
AYAT DAN MAKSUD
ﱁﱂﱃﱄﱅ
Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah
ﱆﱇﱈﱉﱊﱋ
Kemudian daripada air mani, kemudian daripada sebuku darah beku
ﱌﱍﱎ
Kemudian dia mengeluarkan kamu berupa anak kecil
ﱏﱐﱑ
Kemudian kamu dipelihara sampai ke peringkat dewasa
ﱒﱓﱔﱕ
Kemudian kamu sampai menjadi tua
ﱖﱗﱘﱙﱚﱛ
Dan ada antara kamu yang dimatikan sebelum itu
ﱜﱝﱞ
Supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan
ﱟﱠﱡ
Dan supaya kamu memahami kekuasaan Allah.
PROSES KEJADIAN MANUSIA
Allah SWT menjadikan manusia pertama, Nabi Adam AS daripada saripati tanah (sulalah).
Proses kejadian manusia begitu unik, rapi dan diatur dengan sangat sempurna. Hal ini
merupakan bukti kekuasaan Allah SWT.
NUTFAH ALAQAH (Zigot)
Nutfah merupakan percampuran air mani yang Alaqah ialah segumpal darah yang tergantung di
dikenali sebagai sperma bagi lelaki dan ovum dalam rahim. Allah menjadikan rahim ibu sebagai
bagi perempuan. tempat yang paling sesuai dan selamat bagi
proses kejadian manusia.
MUDGHAH (Embrio) JANIN (Fetus)
Mudghah ialah seketul daging yang lembut. Pada peringkat janin, pembentukan seluruh anggota
Tahap ini merupakan permulaan bagi telah sempurna. Para ulama’ bersepakat menyatakan
pertumbuhan otak, saraf tunjang dan
bahawa roh ditiup selepas sempurnanya
pembentukan anggota lain seperti telinga dan pembentukan organ-organ tubuh. Hakikat roh tidak
mata. tidak dapat dikaji kerana hakikat ini merupakan antara
rahsia Allah SWT dalam penciptaan manusia.
22
FASA KEHIDUPAN MANUSIA
KANAK-KANAK
Anak-anak belajar bercakap, berjalan, bermain dan bergaul dengan persekitaran mereka.
REMAJA
Mereka mula ditaklifkan Allah SWT, bertanggungjawab dengan apa-apa yang dilakukan
berpandukan aturan syariat.
DEWASA
Manusia mencapai tahap kematangan akal yang sempurna. Mereka menerima
tanggungjawab yang lebih besar dengan membina keluarga, mencari rezeki dan
memimpin masyarakat.
TUA
Daya fizikal mereka semakin lemah, namun pengalaman hidup yang telah dilalui sangat
berharga untuk dijadikan pedoman kepada generasi berikutnya.
MATI
Kematian menyedarkan kita untuk memanfaatkan kehidupan dengan perkara yang
memberikan kebaikan tidak hanya pada diri sendiri, bahkan kepada orang lain
PENGAJARAN AYAT
1. Sebagai umat Islam kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT Maha Berkuasa
mencipta manusia dengan sangat sempurnanya agar kita menjadi hamba yang
bertaqwa.
2. Sebagai umat Islam kita hendaklah menghargai anggota badan ciptaan Allah SWT
kerana manusia merupakan sebaik-baiknya kejadian.
3. Sebagai umat Islam kita hendaklah mengakui bahawa anatomi tubuh manusia
diciptakan dengan fungsi yang tersendiri bahkan saling melengkapi agar kita yakin
dengan kesempurnaan Allah SWT.
4. Sebagai umat Islam kita hendaklah menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa
bersyukur agar tidak termasuk dalam golongan yang kufur dengan nikmatnya.
23