The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-08-07 21:14:24

Minit Curai Mesyuarat HEM BIL.3 2018

Minit Curai Mesyuarat HEM BIL.3 2018

MINIT CURAI
MESYUARAT HEM BIL.3/2018
SK TANJUNG BATU KERAMAT TAWAU

Rujukan : SKTBKT/700-0( 9 )
Tarikh : 06 Ogos 2018 (Isnin)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Rafflesia

BIL. PERKARA TINDAKAN
01. UCAPAN PENGERUSI Unit HEM

• Pengerusi memulakan dengan surah Al-Fatihah.
• Terima kasih kehadiran guru-guru
• Terima kasih kepada semua Unit HEM atas pelaksanaan program

sepanjang Januari hingga Julai 2018.
• Diharapkan semua AJK dapat memberikan kerjasama kepada ketua unit

masing-masing dalam melaksanakan program dan aktiviti.
• Program-program yang akan dilaksanakan atau belum dilaksanakan agar

dapat dilaksanakan sebelum cuti akhir tahun.

02. UCAPAN GURU BESAR
• Terima kasih kepada semua Unit HEM yang telah melaksanakan
program dengan cemerlang sepanjang semester 1.
• Bagi mengukuhkan kerja-kerja seharian di sekolah, semua guru
hendaklah menjaga hubungan dan komunikasi dengan ibubapa supaya
timbul kepercayaan ibubapa terhadap pihak sekolah seterusnya dapat
memudahkan urusan.
• Makluman semasa sekolah :
1. Pendaftaran Pra Sekolah Tahun 2019

Makluman

2. Pendaftaran Tahun 1 Tahun 2019

1

3. Antara projek pembaikan yang sedang dijalankan ialah projek kumbahan, Makluman
Ketua Panitia
pemasangan water pressure pump, kerja-kerja perpaipan dan menambah

baik tempat berwuduk.

4. Persiapan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) - SOP telah dikeluarkan dan sila

pastikan :
➢ Ketua Panitia menyediakan jadual penggubal soalan.
➢ Menepati tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dalam SOP
➢ Jadual Standard Ujian (JSU) - tetapkan dalam panitia nisbah aras kesukaran

soalan.
➢ Soalan yang dikeluarkan adalah tajuk yang telah diajar di semua kelas.
➢ Menyediakan analisis item selepas peperiksaan.

03. PENGESAHAN MINIT
• Disahkan Oleh : En. Kamil Mahmud
• Disokong Oleh :En. Hamatan Sahari

04. PERKARA BERBANGKIT

• Semua perkara telah diambil tindakan

05. SSDM 2.0 Semua Guru
• Sekiranya berlaku kes disiplin, guru terus rekod dalam SSDM tidak perlu Unit Disiplin
rujuk Guru Disiplin, PK HEM atau Guru Besar.
• Unit Disiplin perlu sediakan SOP merekod kes disiplin ke SSDM sebagai Semua Guru
rujukan kepada semua guru dan Unit Disiplin perlu tetapkan hari bagi
menyemak kes-kes yang dilaporkan di SSDM.
• Laporan eksekutif Taklimat Literasi Undang-Undang PGB Negeri Sabah :

Slot 1 - Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) V.2.0 :

1. Fahami SPI Bil.10/2001 - Semua Guru Adalah Guru Disiplin.
2. Tidak boleh sesuka hati mendenda murid khasnya sentuhan-cedera.
3. Bertindak mengikut prosedur-SOP dan GBK perlu merancang
program/aktiviti-intervensi berfokus berdasarkan data dalam SSDMv2.0.
4. Kes yang dilaporkan dalam SSDMv2.0 boleh digugur- sekiranya tidak
berasaskan
5. Penglibatan semua warga sekolah (Guru, Guru Disiplin, GPKHEM, Kaunseling,
PGB).
6. Kuasa menghukum adalah kuasa PGB.

Slot 2 - Bicara Ilmu 'Menangani Saman Kanun Keseksaan VS Saman Sivil :

1. PGB berkuasa penuh dalam sekolah. Sesiapa yang datang/masuk ke sekolah,
pastikan ada pengetahuan/kebenaran dari PGB.
*kes guru lapor murid nakal/masalah disiplin tapi dalam SSDMv2.0 tidak
pernah dilapor.
*kes gunting rambut tidak boleh walaupun ada kelulusan PIBG.
*Rujuk Buku Panduan, SPI dan Surat Siaran berkaitan.
2. Buku Peraturan Sekolah akan datang akan dikeluarkan oleh pihak KPM
(diselaraskan).

2

3. Jawatankuasa Disiplin perlu diwujudkan, dipengerusikan oleh GPK HEM. PGB Semua Guru
bertindak semasa membuat hukuman dan keputusan kes rayuan.
*GPK HEM hanya boleh mencadangkan hukuman/keputusan dan hanya PGB
yang boleh menentukan/membuat Hukuman/keputusan.
*Kaunselor perlu bela murid (bimbingan/kaunselor).
4. Pastikan SSDMv2.0 hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa. (Jangan
ambil mudah, pemantauan dari JPN/KPM melalui atas talian).
5. Laporan dalam SSDMv2.0 adalah data utama dalam menyangkal aduan dari
pihak luar.

06. HFMD Makluman
• Tiada murid yang terlibat atau suspek kes HMFD.
• Semua guru diminta ambil sedikit masa sebelum PdPc untuk
mengingatkan murid berkaitan kes HFMD.

07. KWAMP/e-KASIH
• Jumlah KWAMP dan e-KASIH terkini:

Fasa 1 Makluman
KWAMP =375 murid
e-KASIH=46 murid

Fasa 2
KWAMP =89 murid
e-KASIH=10 murid

08. e-HADIR Guru Kelas
• Surat amaran hendaklah ditandatangan oleh GPK HEM.
• Sekiranya surat amaran dikeluarkan pastikan satu salinan disimpan
dalam fail di bilik GPK HEM.
• Kongsi di group kelas SOP tindakan terhadap murid ponteng.

09. BANTUAN YAYASAN SABAH Unit Bantuan
• Sedia SOP pembahagian bantuan bagi memudahkan urusan pengagihan Makluman
dan semua guru maklum.
• Borang yang akan diedarkan dalam masa terdekat ialah borang
kebenaran minum susu dan borang RMT 2019.

10. HAL-HAL LAIN Unit Bantuan
• Isu yang sering timbul di group whatApps kelas ialah tentang murid-
murid tidak membawa buku tulis dan ini akan mengganggu sesi PdPc.
*Mohon Unit Bantuan menyediakan buku Bantuan Yayasan Sabah untuk
diberikan kepada murid yang bermasalah ini.
*Personal mesej dengan Guru Besar nama murid yang kerap tidak
membawa buku untuk tindakan GB.

• Kecederaan murid sejak kebelakangan ini kerap berlaku dan perlu ada Makluman
tindakan.

• Beberapa pendekatan yang perlu diambil :
*Guru bertugas mesti berada di kantin semasa rehat bagi memastikan

3

murid berada dalam keadaan berdisiplin dan tidak berlaku pergaduhan. Semua Guru
*Semasa peralihan masa waktu PdPc, pastikan guru menepati masa
terutama kelas hujung.
*Semasa pulang sekolah adalah diluar kawalan guru dan guru hanya boleh
bertindak dengan memberi peringatan semasa perhimpunan.

• 07.08-09.08.2018 - SEGAK berpusat tahun 4,5 dan 6 pukul 7.00 - 9.30
pagi.

• Bermula 09.08.2018 setiap hari khamis - Program UBK bersama murid
tahun 6.

• 13.08-14.08.2018 - Program bimbingan menghadapi peperiksaan

11. PENUTUP
• Terima kasih sekali lagi atas kehadiran guru-guru.

• Mesyuarat ditamatkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan Oleh:

(SITI NURAISHAH BINTI HUSSIN)
Setiausaha HEM.

4


Click to View FlipBook Version