The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hidden GAH: where the wondrous treasure can be found only at GAH.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ivy Andrea, 2023-06-22 09:17:47

Gallery Azman Hashim

Hidden GAH: where the wondrous treasure can be found only at GAH.

Syukur Alhamdulillah dan lautan kasih dihulurkan buat Yayasan Azman Hashim telah menyumbang sebuah galeri Seni dengan nama azman hashim UMS gallery atau dikenali sebagai Galeri Azman Hashim UMS (GAH). Sebuah bangunan yaxczng indah dengan rekaan berkonsepkan alam, terletak di dalam Kawasan Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lokasi berhampiran dengan laut China Selatan menghidangkan keindahan matahari terbenam menambahkan lagi keindahan visual alam yang dapat menarik kehadiran pelancong. Di balik timur suria pagi merenung pasak bumi Kinabalu terkunci sepi menghiasi sebuah galeri lambang kukuhnya karya seni. GAH-UMS merupakan Pusat sehenti menyediakan pameran berkala karyawan tanah air dan luar negara untuk memberi peluang kepada pengunjung menilai serta membuat rujukan terhadap perkembangan seni secara global. Peranan GAH-UMS berusaha berkongsi produk visual tujuan menyuntik kesedaran dan kefahaman masyarakat pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia. Justeru GAH-UMS menyajikan pameran karya dalam dan luar negara, aktiviti persembahan dan aktiviti seni bersifat ilmiah yang dapat menyalurkan maklumat seni visual. GAH-UMS juga menyediakan ruang oudiotorium, ruang mesyuarat, ruang pameran dan ruang menarik untuk pengunjung berswafoto atau photoshoot. GAH-UMS menjadikan pusat rujukan kepada mahasiswa dan penyelidik khususnya perkembangan seni berelemenkan budaya Sabah. Dr. Mohammad Puad Bebit Pengarah Azman Hashim UMS Gallery 1


Tan Sri Dato’ Azman adalah salah seorang anak didik Malaysia dalam perbankan, mula terbabit dalam sektor itu pada 1960-an. Namanya sangat sinonim dengan sebuah bank di negara Malaysia iaitu Ambank. Berbekal semangat keusahawanan yang kukuh, beliau telah menjadi pemacu utama pertumbuhan Ambank Group sejak 1982. Beliau mempunyai sifat pemurah, dermawan, personaliti yang unik dan sering membantu meningkatkan kualiti Pendidikan. Pada Julai 1939 Tan Sri Dato’ Azman Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ayahnya, Encik Hashim berkhidmat sebagai juruteknik sementara ibunya, Zabedah Shahid bertugas sebagai guru. Mendapat pendidikan awal di Malay’s Boys School, Setapak dan meneruskan pendidikan di Sekolah Methodist Boy’s School di Sentul. Menamatkan persekolahan dengan kelulusan Senior Cambridge pada usia 15 tahun sekitar tahun 1954. Seorang pemegang biasiswa Yayasan Colombo yang membolehkan beliau menyambung pendidikan di Australia dalam bidang perakaunan. Tan Sri Dato’ Azman Hashim Pengerusi Emeritus/Penasihat Kehormat AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) 2


Latar Belakang Galeri Azman Hashim UMS gallery yang dibina di dalam Kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dibiayai pembinaannya oleh Yayasan Azman Hashim dengan peruntukan RM15.6 juta. Pembinaannya bermula pada awal 6 Oktober 2017. Galeri Azman Hashim UMS satu tingkat yang berkeluasan 27,800 kaki persegi beroperasi sebagai pusat sehenti atau One-Stop Centre dengan pelbagai bentuk pameran berkaitan bidang kesenian pameran karya, seni persembahan dan pameran Pendidikan seni secara berkala serta menjadi pusat jualan produk seni berteraskan kesenian Borneo terutama negeri Sabah. Reka bentuk bangunan telah di sesuaikan bagi tujuan ini dengan penyediaan ruang dan kemudahan yang lengkap. Kesiapan ban gunan galeri yang bercirikan rough and bare finish pengunjung dan pelancong. 5


Konsep Galeri Azman Hashim Keunikan struktur galeri adalah hasil dari pandangan Tan Sri Azman Hashim sendiri sebagai penyumbang besar, khususnya apabila beliau mencadangakan reka bentuk berkonsepkan ‘popular design and do-able’ serta ‘typical of Sabah’, sesuai dengan niat TanSri untuk menjadikan galeri sebagai bangunan iconic myang terdapat di kampus induk UMS. Konsep berdasarkan belahan kayu balak yang sinonim dengan sumber ekonomi negeri Sabah. Manakala sebuah nemara yang berasaskan alat harian perangkap ikan yang dikenali sebagai bubu atau lukah. Beliau Bersama designed team telah menyempurnakan pembinaan galeri dengan penyediaan ruang pameran koleksi peribadi, ruang pameran karyawan dalam dan luar negara serta ruang pameran mahasiswa. Kehendak beliau mewujudkan galeri ini adalah memperkasakan bidang seni yang akan memberi manafaat dalam aspek Pendidikan dan komersial kepada masyarakat. 6


Misi Visi “Azman Hashim UMS galleri menyediakan ruang kepada karyawan seni dalam mempamer, mempromosi, persembahan dan menjual karya yang berkaitan kesenian, serta meningkatkan pengetahuan baharu masyarakat dalam pelbagai bidang melalui program berkonsepkan ilmiah” menjadi pusat sehenti pameran, promosi dan jualan produk seni bagi perkembangan ilmu dan pelancongan” 3


Objektif • Sebuah Pusat sehenti (one-stop-center) bagi pameran karyawan tempatan atau luar negara, pemuliharaan, penyelidikan, Pendidikan, jualan produk pelancongan dan kesenian yang berkonsepkan komersial dan ilmiah. • Menampung keperluan ruang pengajaran dan pembelajaran bagi Program Teknologi Seni Visual, Akadeni Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF). • Menjalankan pelbagai program yang berkonsepkan komersial dan pendidikan selaras dengan fungsi bidang seni atau industri kreatif yang terdapat di UMS. • Melaksanakan operasi harian GAH yang berorientasikan pengurusan acara melalui penganjuran projek/aktiviti pendidikan dan komersial bagi memastikan pengunjung/pelancong tertarik untuk melawat GAH seperti yang dilaksanakan oleh galeri-galeri seni lain di dunia. 4


Pada 07 Ogos 2014, Prof Madya Dr. Zairul Md Dawam (Pensyarah FKSW) telah menyediakan kertas cadangan bertajuk “program Biasiswa Pembangunan Bakat Seni Luar Bandar Negeri Sabah” diajukan kepada Pengarah Seksyen Endowmen UMS tujuan permohonan sumbangan berbentuk bangunan galeri Seni dan dipersetujui oleh Timbalan Naib Canselor Prof. Dr Shahril Yusof. Pihak Ambank telah memberi cadangan kepada pihak UMS untuk memohon sebuah Galeri Seni untuk memperkasakan lagi kegiatan akademik dan program-program kesenian yang menekankan perkembangan ilmu dan Pendidikan. BERDIRINYA GAH 7


Pada 14 April 2015 satu kunjungan hormat terhadap Tan Sri Azman Hashim telah dibuat oleh rombongan UMS dan UMS Investment Holdings Sdn Bhd. Cadangan pembinaan galeri seni di UMS Kampus Induk telah dibentangkan pada perjumpaan ini. Tan Sri Azman bersetuju untuk membiayai projek pembinaan galeri seni dan rekabentuk bangunan akan diperhalusi oleh arkitek AmCorp. Project team AmCorp telah membuat lawatan tapak dan mengadakan perbincangan dengan UMS pada 8 Mei 2015. Memorandum of Agreement (MOA) dan majlis pecah tanah telah disempurnakan pada 07 Oktober 2015 di Dewan Canselor UMS. PERSETUJUAN PEMBINAAN GAH 8


Tamu Ruang Pameran TAMU adalah membawa maksud "bertemu". Tamu sangat sinonim dengan masyarakat negeri Sabah yang bermaksud tempat pertemuan bagi penduduk-penduduk kampong di sekitar bagi menjual hasil-hasil kampung bertemu rakan-rakan dan Tamu ialah pasar yang diadakan secara mingguan di Sabah, Labuan dan juga Brunei yang menjual barangan tani dan keluaran tempatan. Ruang Tamu di Geleri ini adalah sebuah tempat yang menjual produk kraf, hasil karya seni pelajar, buku hasil penulisan pensyarah, baju dan barangan cenderamata dengan harga mampu milik kepada pengunjung. Galeri Azman Hashim UMS menyediakan empat ruang pameran bagi menampung pelbagai pameran seperti pameran koleksi, pameran berkala, pameran solo, pameran berkumpulan, pameran terbuka, ruang multimedia dan juga pameran dari dalam dan luar negara. • Ruang Lepa • Ruang Kalimaran • Ruang kaamatan • Ruang Magavol


Ruang Beriu Ruang Dalaman/ Terbuka Ruang Auditorium Sekafi, Bilik Seminar Rumambai, Konservasi Suling, Ruang Kedai Tamu, Ruang Pameran Kalimaran, Ruang Pameran Kaamatan, Anjung Tinjau, Ruang Tengah Galeri (taman) Soliwan, Ruang Terbuka Bumbung Beriu, Menara Beriu, Ruang Magavol, Parking dan Bilik VIP Pantaran. Bagi Ruang Terbuka Atas Bumbung Beriu (1713 sqm), dengan ciri di atas bumbung yang mempunyai ketinggian 7 meter (21 kaki), terbuka dan menghadap laut akan menarik pelbagai pihak untuk menyewa. Dengan kapasiti 300 – 500 orang pada satu-satu masa, Ruang Terbuka Atas Bumbung ini boleh digunakan untuk penganjuran mini konsert (Sunset Love Concerts) atau pelbagai aktiviti lain. Dengan kedudukannya yang mengadap matahari terbenam dan mempunyai lampu limpah, ruang ini sesuai untuk majlis perkahwinan berkonsepkan Sunset Wedding yang boleh dilakukan sehingga waktu malam. Ruang Auditorium Sekafi, Bilik Seminar Rumambai, Konservasi Suling, Ruang Kedai Tamu, Ruang Pameran Kalimaran, Ruang Pameran Kaamatan, Anjung Tinjau, Ruang Tengah Galeri (taman) Soliwan, Ruang Terbuka Bumbung Beriu, Menara Beriu, Ruang Magavol, Parking dan Bilik VIP Pantaran. Bagi Ruang Terbuka Atas Bumbung Beriu (1713 sqm), dengan ciri di atas bumbung yang mempunyai ketinggian 7 meter (21 kaki), terbuka dan menghadap laut akan menarik pelbagai pihak untuk menyewa. Dengan kapasiti 300 – 500 orang pada satu-satu masa, Ruang Terbuka Atas Bumbung ini boleh digunakan untuk penganjuran mini konsert (Sunset Love Concerts) atau pelbagai aktiviti lain. Dengan kedudukannya yang mengadap matahari terbenam dan mempunyai lampu limpah, ruang ini sesuai untuk majlis perkahwinan berkonsepkan Sunset Wedding yang boleh dilakukan sehingga waktu malam.


Click to View FlipBook Version