1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu 2. Tahun : 5 Adruja 3. Bilangan Murid : 21 orang 4. Tarikh : 30/10/ 2023 5. Hari : Rabu 6. Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi (60 minit) 7. Tema : Kesihatan dan Kebersihan 8. Tajuk : Makanan sihhat yang sedap 9. Kemahiran Fokus : Kemahiran Membaca 10. Standard Kandungan 2.1 Asas membaca dan memahami. 11. Standard Pembelajaran 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. 12. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat : i. Membaca petikan Makanan Sihat yang Sedap dengan jelas dan betul. ii. Menulis dua daripada tiga maklumat tersirat dan tersurat yang terdapat dalam gambar untuk memberikan respons. 13. Kriteria Kejayaan i. Murid dapat membaca petikan Makanan Sihat yang Sedap dengan jelas dan tepat. ii. Murid dapat menulis tiga daripada tujuh isi tersurat dan tersirat yang terdapat dalam petikan dialog Makanan Sihat yang Sedap. 14. Sistem Bahasa ● Kosa kata ● Tatabahasa 15. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) ● Nilai murni : hormat menghormati, prihatin. ● Teknologi maklumat dan Komunikasi
2 16. Amalan Pedagogi Masa Kini ● Literasi TMK ● Kreativiti dan inovasi 17. Kemahiran Insaniah ● Kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa, khususnya dalam menghadapi lambakan kepelbagaian makanan di Malaysia. 18. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik) ● Pembelajaran kontekstual ● Kepelbagaian sumber dan bahan 19. Bahan Bantu Belajar • Laptop 20. Pengetahuan Sedia Ada i. Murid pernah makan makanan yang sihat. ii. Murid mengetahui piramid makanan.
3 LANGKAH/ MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi 1. Bermain permainan pau food drop menggunakan aplikasi scratch. 2. Murid meneka tajuk pembelajaran menggunakan aplikasi mentimeter. 1. Murid bermain permainan makan makanan yang sihat dan mengelak makan makanan tidak sihat. Langkah 1 1. Bermain game dalam spline, permainan mencari 2. Mendengar pembelajaran isi tersurat isi tersirat. 3. Bermain permainan padankan perkataan. 4. Melihat video pembelajaran melalui canva berkaitan ayat tersurat ayat tersirat. 5. Menjawab soalan padanan perkataan 1) Murid dikehendaki mendengar atau membaca arahan guru dengan teliti. 2) Murid dikehendaki mengakses aplikasi spline. 3) Murid mencari ayat isi tersurat dan isi tersirat yang terdapat dalam permainan tersebut 4) Murid mengisi ayat yang telah dicari dengan menggunakan typeform. 5) Murid dikehendaki membaca dan mendengar arahan guru untuk memulakan. 6) Murid dikehendaki mendengar video guru mengajar cara membina isi tersurat dan tersirat.
4 7) Murid bermain permainan padankan perkataan berkaitan isi tersurat dan isi tersirat. Langkah 2 1. Mendengar bacaan petikan dialog Makanan Sihat yang Sedap. 2. Membaca petikan dialog makanan sihat yang sedap. 3. Merakam suara. 1. Murid dikehendaki mendengar guru membaca petikan dialog makanan sihat yang sedap. 2. Murid membaca petikan dialog makanan sihat yang sedap menggunakan intonasi yang betul. 3. Murid merakam suara pembacaan berdasarkan petikan dialog yang diberikan. 4. Murid dikehendaki menghantar pautan link rakaman menggunakan googleform. MIKRTUK MEMULAKAN KAMAN Penilaian Objektif: Membaca petikan Makanan Sihat yang Sedap dengan jelas dan betul.
5 Langkah 3 1. Bermain permainan isi tersurat isi tersirat. 2. Murid membina isi tersurat dan isi tersirat. 1) Murid bermain permainan menentukan isi tersurat dan tersirat yang terdapat dalam petikan dialog Makanan Sihat yang Sedap. 2) Murid menentukan isi tersurat dan membina isi tersirat berdasarkan petikan dialog “ Makanan Sihat yang Sedap” dalam padlet. Penilaian objektif: Murid dapat menyatakan tiga daripada tujuh maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan gambar serta memberikan respon. Penutup 1. Penutup Kognitif Contoh soalan : i. Apa yang kita belajar hari ini? I 2. Penutup Sosial -Murid melihat paparan “tahniah anda sudah berjaya” 1. Murid menjawab soalan dalam jamboard.